Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024


 
PETALING JAYA – Terdapat segelintir pengamal perubatan alternatif di negara ini yang me­ngenakan caj ‘harga kayangan’ mencecah ribuan ringgit yang disifatkan tidak masuk akal sehingga membebankan pelanggan mereka.
Kebanyakan kaedah rawatan yang digunakan tidak melibatkan kos yang besar, namun bayaran yang dikenakan mengatasi caj di klinik swasta dan hospital yang menggunakan peralatan dan ubat-ubatan.
Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia, Azlin Othman mendedahkan, pihaknya menerima aduan daripada wanita berusia dalam lingkungan 60-an yang terpaksa membayar lebih RM1,000 bagi mendapatkan rawatan kerana tidak boleh tidur malam.
“Wanita itu tidak boleh tidur malam sehingga menyebabkan dia kemurungan.
“Bagaimanapun, masalah itu yang turut dikaitkan dengan sihir masih tidak pulih, sebaliknya ­mengundang masalah baharu kerana kerugian,” katanya kepada Kosmo!.
Azlin berkata, caj ‘harga ka­yangan’ yang ditetapkan pengamal perubatan alternatif perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
“KPDN dan KKM perlu meneliti perkara ini kerana negara mempunyai undang-undang antipencatutan yang terpakai ke atas semua perniagaan yang menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan,” katanya.
Jelas Azlin, pihaknya tidak berniat untuk menafikan per­khidmatan rawatan alternatif, tetapi caj yang dikenakan haruslah berpatutan.
Beliau memberi contoh bayaran ‘seikhlas hati’ atau rawatan akupuntur, bekam, ayurveda dan rawatan tradisional lain yang meletakkan kadar bayaran munasabah oleh sesetengah pengamal perubatan alternatif.
“Ada yang yang kata bayaran ‘seikhlas hati’, tetapi pesakit diminta membeli produk mereka yang harganya mencecah ratusan ringgit. Begitu juga rawatan alternatif lain yang diiklankan di media sosial, cajnya terlalu tinggi walaupun kos rawatan tidak seberapa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, satu garis panduan me­ngenai caj rawatan oleh pengamal perubatan alternatif wajar diwujudkan.
Katanya, garis panduan itu bukan bertujuan menafikan keberkesanan sesuatu rawatan alternatif, tetapi memberi keadilan kepada semua pihak sekali gus mengelakkan penipuan.
“Ini yang perlu kita kaji. Kita mahukan yang terbaik dan tiada mana-mana pihak terperdaya. Mungkin KKM boleh keluarkan garis panduan misalnya mengikut jam (tempoh) rawatan,” katanya.
Tambahnya, pengguna juga perlu bijak memilih pengamal perubatan bagi mengelakkan kerugian besar.
Berdasarkan laman web myhealth.gov.my, program perubatan integrasi merangkumi amalan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) yang disepadukan dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan telah bermula sejak 2006.
PT&K yang ditempatkan di hospital terpilih di seluruh negara adalah urut Melayu, akupunktur amalan Melayu dalam penjagaan ibu lepas bersalin, herba sebagai rawatan sampingan bagi pesakit kanser dan shirodara.
Perkhidmatan PT&K yang disediakan bukanlah satu rawatan alternatif, sebaliknya pelengkap atau komplemen bagi rawatan allopati yang diberikan hanya untuk penyakit kronik bukannya kes akut.
Kronologi rawatan adalah berpandukan kepada garis panduan PT&K bagi hospital integrasi, tetapi pesakit akan disaring terlebih dahulu sebelum rawatan PT&K diberikan. -KOSMO! ONLINE
Artikel oleh: Kosmo
BAYAR RM1,000 UNTUK DAPATKAN RAWATAN JARAK JAUH
https://www.kosmo.com.my/2024/12/14/bayar-lebih-rm1000-rawat-sihir-tidak-boleh-tidur/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2024/12/bayar-rm1000-untuk-dapatkan-rawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Kena Bayar Rm400 000 Sebelum 31 Dis

Muhyiddin Kena Bayar Rm400 000 Sebelum 31 Dis

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memberikan arahan kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membayar RM400 000 kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam kes saman fitnah Pembayaran tersebu...
Jadi Mangsa Along Pinjam Rm1 564 Kena Bayar Rm31 200

Jadi Mangsa Along Pinjam Rm1 564 Kena Bayar Rm31 200

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 245 hits
ASLIZA MUSACHIN ketika sidang akhbar di Wisma MCA di Ipoh hari ini IPOH Tindakan seorang lelaki memohon pinjaman daripada ceti haram menyebabkan keluarganya kini hidup dalam ketakutan apabila sering diganggu termasuk diugut untuk membakar r...
Tiada Niat Bangga Diri Aliff Syukri Amp Isteri Syukur Bayar Zakat Perniagaan Rm1 Juta

Tiada Niat Bangga Diri Aliff Syukri Amp Isteri Syukur Bayar Zakat Perniagaan Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 247 hits
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri Datin Seri Nur Shahida tiada niat bangga diri ketika berkongsi mereka membayar zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman 37 berkat...
Mara Fail Bankrap Terhadap Che Ta Amp Anak Lelaki Gagal Bayar Hutang Hampir Rm1 Juta

Mara Fail Bankrap Terhadap Che Ta Amp Anak Lelaki Gagal Bayar Hutang Hampir Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 281 hits
Bahagian undang undang Majlis Amanah Rakyat fail bankrap terhadap Che Ta atau Rozita Che Wan 51 dan anak sulungnya Ammar Effendy 28 Langkah itu adalah prosedur susulan kegagalan aktres jelita itu membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak 2017...
Zuraida Kamaruddin Hanya Perlu Bayar Rm100 000 Kepada Pkr

Zuraida Kamaruddin Hanya Perlu Bayar Rm100 000 Kepada Pkr

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 263 hits
Ho Kit YenPUTRAJAYA Mahkamah Rayuan mengurangkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar Zuraida Kamaruddin kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti yang ditandatangani tujuh tahun lalu daripada RM10 juta kepada RM100 000 Hakim See Mee Chu...
Sebaran Pengeluaran Wang Simpanan Kwsp Sebanyak Rm10 000 Dibenarkan Mulai 17 Disember 2024 Adalah Tidak Benar

Sebaran Pengeluaran Wang Simpanan Kwsp Sebanyak Rm10 000 Dibenarkan Mulai 17 Disember 2024 Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 350 hits
SEBENARNYA Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Jangan terpedaya dengan maklumat palsu di media sosial Pastikan maklumat yang anda terima adalah sahih SUMBER Facebook Rasmi KWSP Instagram Rasmi KWSP
Tak Bayar Hutang Pinjaman Hampir Rm1 Juta Rumah Che Ta Diserbu Mara

Tak Bayar Hutang Pinjaman Hampir Rm1 Juta Rumah Che Ta Diserbu Mara

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 177 hits
Gara gara tak bayar hutang pinjaman kediaman pelakon sensasi Rozita Che Wan diserbu oleh pihak Majlis Amanah Raya pada pagi ini Menurut laporan Kosmo Online serbuan itu dibuat gara gara Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta gagal melunaskan...
Bayar Rm13 000 Masuk Haram Lalu Singapura

Bayar Rm13 000 Masuk Haram Lalu Singapura

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 218 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sebuah rumah transit di Larkin Indah Johor diserbu disyaki lokasi menyeludup warganegara Bangladesh ke negara ini dengan bayaran RM13 000 Dalam serbuan pada 19 Dis dua lelaki warganegara itu berusia 37 dan 42 tahu...
Rumah Rozita Che Wan Diserbu Tak Bayar Pinjaman Mara Hampir Rm1 Juta

Rumah Rozita Che Wan Diserbu Tak Bayar Pinjaman Mara Hampir Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 272 hits
Rumah pelakon dan usahawan sensasi Rozita Che Wan dilaporkan telah diserbu pihak Majlis Amanah Raya pagi selasa media melaporkan Difahamkan serbuan itu dilakukan pihak MARA setelah pelakon itu dilaporkan tidak membayar hutang pinjaman dari ...
Influencer Cantik Mati Dikelar

Sprm Berkas Enam Lagi Anggota Polis Ipd Temerloh Rasuah Tidak Ambil Tindakan Suspek Kes Air Ketum

Drama Seadanya Kita

Temuramah Eksklusif Profesor Madya Dr Maizah M Abdullah Ketua Penyelidik Malaysia Dalam Oceanx Mission 2024

Uria Novita Kaba Dari Rantau Chord

Lunch Warong Geprek Cyberjaya

Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Kemboja Akan Calonkan Trump Untuk Hadiah Nobel Keamanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teknik Penanaman Dutch Bucket Potensi Dan Pelaksanaannya Di Malaysia

Kerana Seorang Lelaki

Mudah Betul Nak Tanam Pokok Daun Bawang Guna Kotak Telur Je

Elmina Lakeside Mall Membawa Warna Kesenian Dan Komuniti Sempena Sambutan Ulang Tahun Pertama

Exploring The Essential Marine Supplies For Smooth Sailing

Sultan Pahang Tinggalkan Pahang Jika Ada Niat Ceroboh