Beam Terus Melabur Di Malaysia Dengan Pelancaran Gudang Sentral Di Selangor




Pengendali khidmat mikromobiliti yang terbesar di Asia Pasifik, Beam Mobility, telah melancarkan gudang sentral miliknya untuk negara Malaysia yang beralamat di Subang Jaya, Selangor bagi menampung perkembangannya di sini. Gudang sentral berkeluasan 8,000kps tersebut memenuhi keperluan operasi Beam di Selangor, yakni dalam menjamin bekalan yang stabil bagi bateri-bateri bercas penuh serta penyelenggaraan perkakasan bagi kenderaannya yang berada dalam operasi. Di samping itu, ia akan memainkan peranan yang penting dalam jaringan gudang sedia ada milik Beam, berfungsi sebagai hab pengedaran, baik pulih, dan ujian perkakasan yang utama di Malaysia, selain turut menjadi hab utama bagi menerima penghantaran dari luar negara dan bagi penghantaran alat ganti ke gudang-gudang Beam yang lain di seluruh Malaysia


Gudang Bukti Komitmen BeamBuat masa ini, Beam menjalankan operasi di bandar-bandar Malaysia yang termasuk Kuala Lumpur, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Kuantan, serta Langkawi, dan terus memberi perkhidmatnya untuk membawakan pengalaman mikromobiliti yang selamat lagi menarik buat pelbagai lapisan masyarakat. Beam ditunjangi oleh tenaga kakitangan sepenuh masanya yang meliputi para juruteknik dan penyelia bagi mengoperasi gudang berkenaan. Tambahan lagi, pelancaran gudang sentral ini juga dijangka dapat menambah peluang pekerjaan dalam ekonomi sambilan. “Gudang ini membuktikan komitmen Beam untuk terus melabur di Malaysia. Menerusinya, kami dapat memiliki rantaian bekalan yang efisien bagi perkhidmatan Beam, di samping terus mencipta aneka peluang pekerjaan, khususnya dalam ekonomi sambilan negara. Kami ingin meluaskan lagi operasi Beam dan terus memberi khidmat kepada warga Malaysia menerusi kaedah pengangkutan alternatif yang mereka boleh yakini,” ujar Justin Tiew, Pengurus Besar Beam Mobility Malaysia

Selain memainkan peranan yang penting dalam jaringan gudang sedia ada milik pengendali khidmat mikromobiliti tersebut, gudang sentral baharu ini juga diunjurkan akan menservis 30 buah e-skuter Beam setiap hari secara purata. Ia akan memastikan e-skuter Beam sentiasa berada dalam kondisi yang baik dan selamat untuk digunakan. Untuk makluman, setiap e-skuter didatangkan bersama aneka teknologi serba inovatif, yang akan diselenggara secara berkala bagi menjamin tahap keselamatan yang tertinggi

Setiap e-skuter didatangkan bersama peranti penjejakan GPS IoT dan sebuah sistem khas untuk membolehkan Beam memantau kenderaan berkenaan, yang akan menggera pasukan Beam jika ia perlu dibawa pulang ke gudang tersebut untuk diselenggara. Peranti IoT ini membolehkan Beam mengenal pasti e-skuter mana yang memerlukan perhatian, lokasinya, serta memberi keupayaan untuk menyahaktifkan ketersediaan e-skuter berkenaan melalui aplikasi Beam

Peluang Pekerjaan Sebagai Beam RangersEkonomi sambilan di Malaysia juga dapat menimba manfaat daripada pembukaan gudang sentral baharu oleh Beam, kerana ia merungkai peluang buat penduduk tempatan untuk mendapatkan pekerjaan sebagai Beam Rangers, iaitu pasukan kerja yang akan meronda kawasan Lembah Klang untuk mengambil, mengagih, dan menyelenggara e-skuter Beam bagi memenuhi keperluan pengguna awam dan juga standard keselamatan tertinggi seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Inisiatif ini juga menjadi sebahagian daripada penglibatan Beam dalam program eRezeki oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dirumus khas untuk menjana peluang pekerjaan dalam ekonomi perkongsian

Akhir sekali, gudang sentral tersebut juga akan terus membantu Beam menunaikan komitmennya dari sudut ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus). Sekiranya ada komponen yang tidak lagi diperlukan selepas kerja membaik pulih, Beam akan menghantarnya kepada rakan kongsi mereka untuk memastikan ia dikitar semula dengan selamat dan sewajarnya, sekali gus meminimumkan pembaziran

Beam merupakan pengendali yang memiliki perakuan Neutral Iklim sejak tahun 2019. Bagaimanapun, ia telah berjanji untuk mengangkat komitmennya terhadap bumi ke aras yang lebih tinggi dengan mencapai aspirasi Negatif Iklim menjelang tahun 2025 menerusi aneka usaha sama strategik bersama organisasi-organisasi sehaluan, juga menerusi penyelidikan, dan dengan terus berpegang kepada amalannya yang berpaksikan kelestarian alam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2023/03/beam-terus-melabur-di-malaysia-.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Ke Kaum Cina Di Malaysia Balik China Terus Jadi Warganegara Betul Ke

Boleh Ke Kaum Cina Di Malaysia Balik China Terus Jadi Warganegara Betul Ke

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 192 hits
Boleh ke kaum cina di Malaysia balik China terus jadi warganegara Betul ke Sebelum PM kita cop istilah 1Malaysia lagi negara kita dah lama bangga dengan konsep masyarakat majmuk Tak sah bila selak buku Kajian Tempatan kalau tak jumpa gambar...
Terus Sokong Running Man Kami Akan Song Jihyo Titip Pesan Buat Peminat Malaysia

Terus Sokong Running Man Kami Akan Song Jihyo Titip Pesan Buat Peminat Malaysia

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 174 hits
Sudah 13 tahun bersama pastinya setiap ahli Running Man mempunyai cinta yang mendalam buat program itu ARTIKEL BERKAITAN Sama seperti Song Ji hyo yang turut menyebut mengenai rancangan kegemaran ramai itu ketika kehadirannya di acara pelanc...
Vivo Malaysia Celebrates Its E Store 2nd Anniversary With Exciting Offers Stand A Chance To Win Prizes Worth Rm28 000

Vivo Malaysia Celebrates Its E Store 2nd Anniversary With Exciting Offers Stand A Chance To Win Prizes Worth Rm28 000

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 218 hits
vivo E store is turning two this month As a token of appreciation to all vivo fans and customers vivo Malaysia is offering a wide range of exclusive deals special promotions and exciting benefits to customers across Malaysia From 3 to 31 Ma...
Kind Malaysia 2023 Kicks Off The Year With Altruism And Hope

Kind Malaysia 2023 Kicks Off The Year With Altruism And Hope

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 201 hits
The two day expo brings together corporates non governmental organisations and interested individuals keen on promoting kindness for the greater good The advocates of kindness comprising Kind Malaysia s advisory board organisers and CSR par...
2 Cara Beli Mohon Saham Ipo Malaysia Secara Online

2 Cara Beli Mohon Saham Ipo Malaysia Secara Online

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 401 hits
Jom rebut peluang mohon saham IPO Malaysia kerana ada peruntukan yang di sedia kan khas untuk kaum bumiputera sahaja Tak ramai dari kita yang tahu serta berminat untuk menceburi bidang saham terutama nya saham IPO Tahu kah anda pihak keraja...
Sumpahan Syaitan Filem Seram Komedi Menampilkan Pelawak Pelawak Tersohor Malaysia

Sumpahan Syaitan Filem Seram Komedi Menampilkan Pelawak Pelawak Tersohor Malaysia

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 224 hits
SUMPAHAN SYAITAN FILEM SERAM KOMEDI MENAMPILKAN PELAWAK PELAWAK TERSOHOR MALAYSIA Assalammualaikum semua Pada 23 Februari 2023 yang lalu Ruby berkesempatan ke tayangan perdana filem Sumpahan Syaitan yang bergenre seram komedi arahan Roy Kri...
Banjir Parah Landa Malaysia 41 000 Orang Diungsikan

Banjir Parah Landa Malaysia 41 000 Orang Diungsikan

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 181 hits
Banjir Parah Landa Malaysia 41 000 Orang Diungsikan Banjir yang disebabkan oleh hujan lebat tidak biasa yang berlangsung berhari hari merendam beberapa negara bagian di Malaysia Akibatnya empat orang tewas dan hampir 41 000 orang dievakuasi
5 Proposals For A Disability Inclusive Malaysia Madani

5 Proposals For A Disability Inclusive Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 187 hits
From Boleh Space Society of the Blind in Malaysia Deaf Advocate Well Being National Council Malaysia National Early Childhood Intervention Council Rangkaian Solidariti Demokratik Pesakit Mental and United Voice On Jan 19 Prime Minister Anwa...
Relawan Ini Tanpa Lelah Selamatkan Hewan Ternak Dan Kucing Dari Banjir Parah Malaysia

Relawan Ini Tanpa Lelah Selamatkan Hewan Ternak Dan Kucing Dari Banjir Parah Malaysia

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 120 hits
Relawan Saifulamri Tumiran adalah seorang petani yang terkena dampak parah banjir di Johor Pria berusia 36 tahun itu tanpa lelah terus mengarungi genangan banjir dengan perahunya untuk melakukan pencairan kehidupan di tengah banjir besar me...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online