Bayi Usia 6 8 Bulan Tak Semestinya Perlu Makan Sampai Licin Sikit Pun Dah Ok


Baby dah 6 bulan, mesti excitedkan nak mulakan makanan pelengkap. Lepas tu, kita masak sendiri, anak makan pun selera, poo poo pun ok, tak keras, tak nampak beria meneran sampai kita tengok pun sedih.
Biasanya, apabila bayi menunjukkan tanda bersedia untuk menerima makanan pelengkap seperti dibawah;
~ Boleh duduk tanpa sokongan atau sedikit sokongan dan boleh mengawal kepalanya.
~ Cepat lapar atau meminta susu lebih kerap selepas diberi susu.
~ Mampu mengawal lidah dengan baik.
~ Mula mengunyah atau menggerakkan mulut sepeti mengunyah.
~ Gemar memasukkan benda kedalam mulut.
~ Menunjukkan minat kepada makanan atau yang anda makan atau cuba merampas makanan dan membuka mulutnya.

Ini menandakan baby sudah bersedia untuk terima makanan TETAPI kena tahu, baby boleh mula makan makanan pelengkap apabila bayi berusia 6 BULAN (waktu ini sistem penghadaman bayi sudah matang) kecuali telah dinasihatkan oleh doktor untuk mula makanan pelengkap lebih awal.
Bila nak mulakan makanan pelengkap ni, bukan tang kita je nak selesa, baby pun sama juga.
1. Jangan bagi makanan sambil baby baring. Nanti boleh tersedak lepas tu makanan masuk paru-paru pula nanti. Seeloknya tinggikan kepala baby atau dudukkan baby.
2. Gunakan sudu lembut, bukannya sudu besi. Baby ni baru nak mula kenal makanan, takut masa masukkan sudu dalam mulut, takut boleh lukakan bibir atau gusi si kecil.
Kekerapan pemberian makanan pelengkap
6-8 bulan = Makanan 2-3kali sehari.
Susu ibu 5-6 kali.
Tidak perlu SNEK
Boleh beri jika baby boleh terima.
9-11bulan = Makanan utama 3-4kali sehari.
Susu ibu ikut permintaan
Snek 1-2 kali.
1-2 tahun = Makanan utama 4-5kali sehari.

Susu ibu ikut permintaan
Snek 1-2 kali.
** Snek berkhasiat bermaksud buah-buahan seperti pisang/betik/biskut mengikut umur dan pertumbuhan gigi. Bukannya jajan.
 BOLEH
• Perkenalkan SATU makanan pada SATU masa. Contoh, mulakan dengan bubur nasi yang dilenyek/dikisar/dicair sehingga baby boleh menyesuaikan diri.
• Tunggu sehingga 3 HARI /4 HARI (3 day/4 day rules) selepas memperkenalkan makanan baru. Selain boleh mengesan alahan terhadap sesetengah makanan jika ada, baby akan menunjukkan penerimaan atau tidak terhadap makanan yang diperkenalkan.
• Mulakan dengan kuantiti yang sikit, barulah tambah mengikut kesesuaian peringkat umur baby.
• Boleh campur jenis makanan dalam satu hidangan mengikut khasiatnya apabila baby sudah mula membiasakan diri dengan makanan yang diperkenalkan. Kiranya dah pass dah 3 days/4 days rules.
• Kalau baby sembelit, tukar menu lain atau jangan campur lagi makanan yang sama untuk menu seterusnya.
• Pastikan beri anak makan apabila baby lapar, sebelum meragam atau hilang selera makan.
• Pastikan tekstur dan rasa makanan sesuai dengan tahap perkembangan baby.
• Beri peluang kepada baby (mengikut keupayaan) untuk ambil makanan sendiri atau minum menggunakan cawan.
• Beri makanan tanpa gangguan dari televisyen, mainan semasa makan. Gangguan akan menyebabkan selera makan baby terputus.
• Makan sekali bersama baby anda.
TIDAK BOLEH
• Mencampur semua makanan berlainan jenis kepada bayi dalam satu masa sewaktu awal-awal memperkenalkan makanan pelengkap.
• Elak beri makanan yang boleh membuatkan baby tercekik seperti kekacang, daging ayam yang tidak dilecek/carik sempurna.
• Paksa baby untuk makan atau beri makanan berlebihan. Berhenti apabila anak anda memalingkan muka atau mengeluarkan makanan yang disuap.
• TAK PERLU letak gula atau garam dalam makanan baby . Sebab setiap makanan dah ada rasa dia sendiri dan beri peluang baby untuk rasa perasa yang asli dari ikan, ayam, nasi, sayur dan buah-buahan.
Anda perlu tahu, weaning/memperkenalkan makanan pelengkap di usia 6-8 bulan BUKAN untuk memberikan baby kenyang tetapi memperkenalkan baby dengan tekstur dan rasa.
Teruskan penyusuan susu ibu.
Kredit: Jururawat, Bel Nawhen

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Bayi Usia 6-8 Bulan, Tak Semestinya Perlu Makan Sampai Licin. Sikit Pun Dah OK! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-usia-6-8-bulan-tak-semestinya-perlu-makan-sampai-licin-sikit-pun-dah-ok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi 6 Bulan Tak Senyum Bila Di Agah Buat Hal Sendiri Mungkin Petanda Autism

Bayi 6 Bulan Tak Senyum Bila Di Agah Buat Hal Sendiri Mungkin Petanda Autism

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 271 hits
Tanda autisme pada anak anak ibu ayah boleh lihat dari bayi seawal 6 bulan Ini adalah antara soalan paling ramai juga mula bertanya Ye lah asyik minta ibu ayah peka akan perkembangan anak Sebab dari situ ramai ibu ayah boleh lakukan sesuatu...
Polis Sengal Dakwa Bayi 9 Bulan Rancang Pembunuhan

Polis Sengal Dakwa Bayi 9 Bulan Rancang Pembunuhan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 180 hits
Lahore Polis di Pakistan kini menjadi bahan jenaka Semuanya selepas mereka mendakwa seorang bayi berusia sembilan bulan Musa atas tuduhan merancang pembunuhan Polis mendakwa Musa cuba membunuh anggotanya dengan membaling batu ketika operasi...
Tergempar Nenek Lahirkan Seorang Bayi Pada Usia 65 Tahun

Tergempar Nenek Lahirkan Seorang Bayi Pada Usia 65 Tahun

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 178 hits
Inderapura Seorang nenek berusia 65 tahun telah melahirkan seorang anak dalam umur yang terlalu lanjut ramai masyarakat amat terkejut tentang perkara yang telah berlaku atas nenek itu Beramai ramai masyarakat ingin tahu adakah benar berita ...
Sorok Mayat Bayi Lima Bulan Dalam Peti Sejuk Mahkamah Kekalkan Hukuman Terhadap Pengasuh

Sorok Mayat Bayi Lima Bulan Dalam Peti Sejuk Mahkamah Kekalkan Hukuman Terhadap Pengasuh

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 245 hits
Beberapa tahun lalu negara dikejutkan dengan penemuan mayat bayi lelaki berusia lima bulan dalam bahagian sejuk beku peti ais rumah pengasuh di Batu Caves Selangor Mengimbau kronologi kes pada 3 Julai 2018 ibu Adam Rayqal telah menghantar a...
Resepi Smoothie Avocado Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas Sesuai Untuk Naikkan Berat Badan

Resepi Smoothie Avocado Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas Sesuai Untuk Naikkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 305 hits
Kadangkala susah juga nak buat pilih makanan yang sesuai untuk bayi lebih lebih lagi yang kurang menunjukkan minat untuk makan Tapi avokado sangat sesuai diberi kepada bayi seawal 6 bulan kerana ia memiliki tekstur yang lembut berkrim dan r...
Tumbuh Gigi Geraham Seawal Usia 2 Bulan Dijemput Ilahi Selepas Pendarahan Dalam Otak

Tumbuh Gigi Geraham Seawal Usia 2 Bulan Dijemput Ilahi Selepas Pendarahan Dalam Otak

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 256 hits
Anak syurga hanya sempat bersama dua bulan sebelum pergi buat selama lamanya Difahamkan puncanya kerana pendarahan dalam otak disebabkan sakit gigi geraham yang tumbuh Walaupun dipinjamkan dalam tempoh yang singkat pemergiannya sangat terke...
Anak Tolak Direct Feed Masuk Usia 3 Bulan Bukan Sebab Tak Nak Susu Ibu Ini Jawapanya

Anak Tolak Direct Feed Masuk Usia 3 Bulan Bukan Sebab Tak Nak Susu Ibu Ini Jawapanya

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 329 hits
Aduh kenapa pulak anak tak nak menyusu Memang risau memikirkan perkara ni kan Lebih lebih lagi masa dalam pantang si kecil elok je menyusu susu badan Bila jadi macam ni tentu sekali mama rasa sedih Opss jangan sedih sedih Mama kena kekal te...
Atta Halilintar Susp3k Bayi Dalam Kandungan Isteri Suka Minta Makan Jajan

Atta Halilintar Susp3k Bayi Dalam Kandungan Isteri Suka Minta Makan Jajan

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 430 hits
Umum sedia maklum pasangan selebriti popular Indonesia Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi Sedang h4mil lima bulan Aurel dijaga rapi oleh Atta Malah dalam wawancara terbaharu di Yout...
Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Cara Matikan Ai Microsoft Word Yang Mengintip Apa Yang Anda Tulis

Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

The Oven Of Elfarion A Spanish Folk Tale That Will Warm Your Heart And Fill Your Stomach

Jangan Sesekali Cerita Benda Ni Kat Bos


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Pengalaman Seram Siapa Bagi Salam Dalam Surau R R

Pengiring Vip Semakin Menggila Terbaru Langgar Kereta Orang Awam

Vicente Stays Calm Despite Key Player Absences For India Friendly

Siti Muncul Juara Siri Antarabangsa Malaysia

5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata Ibu Bapa Dilanggar Pemandu Mabuk

Uec Recognition Won T Stand In Way Of National Unity Lau Tells Razman