Bayi Pra Matang Terdedah Dengan Prosedure Yang Menyakitkan Sebab Tu Dia Perlukan Sentuhan Kasih Sayang


Pernah tak ibu bapa tertanya..“Kenapa bayi saya nangis bila dipegang orang lain, tetapi bila ibu/ayah dukung terus senyap?” “Kenapa bayi saya taknak tidur selagi tak pegang tangan saya?” “Ada beza ke sentuhan penyayang dengan sentuhan biasa?”

KEAJAIBAN SENTUHAN: PELUK, CIUM, DUKUNG BAYI BAGUS UNTUK PERKEMBANGAN OTAKNYA?
Kita boleh tahu niat seseorang hanya dengan sentuhan. Contohnya, bila orang hulur tangan, kita tahu dia nak salam untuk memperkenalkan diri atau atas dasar hormat menghormati. Bila Ibu peluk kita, kita tahu yang dia sayangkan kita. Itulah keajaiban deria sentuhan. Untuk bayi pula bagaimana?
Sentuhan itu nutrien penting untuk bayi baru lahir
Semasa dalam rahim, sentuhan adalah deria pertama yang terbentuk. Sentuhan mula terbentuk sekitar minggu ke-8 kehamilan. Selama beberapa minggu, badan bayi akan mengembangkan rangkaian saraf yang membentuk deria sentuhan ini. Walaupun dalam rahim, bayi boleh mula merasai sesuatu. Sebelum mereka dilahirkan lagi, bayi telah “diurut” disebabkan oleh pergerakan dalam rahim dan pergerakan fizikal ibu. Oleh itu, bayi memerlukan rangsangan sentuhan ini secara berterusan untuk perkembangan yang baik. Sentuhan merupakan antara NUTRIEN PENTING untuk perkembangan otak, fizikal, dan emosi anak kecil.
Dalam banyak-banyak deria yang ada(sentuh, dengar, lihat dsb), deria sentuhanlah yang membantu bayi baru lahir mengetahui bahawa dia disayangi. Tanpa sentuhan berunsur kasih sayang (nurturing, gentle touch) pada usia awal, perkembangan bayi boleh terganggu. Bahkan, kekurangan sentuhan penyayang di antara penjaga dan bayi boleh membawa kepada kematian, seperti yang berlaku dalam kalangan sesetengah bayi yang member dalam keadaan diabaikan. Ini kerana bayi mempunyai keperluan untuk disayangi dan dilindungi yang sangat tinggi. Walaupun dimandikan, ditukarkan lampin dan diberi susu (procedural, passing touch), bayi yang tidak pernah disayangi, dipeluk, diusap atau dicium boleh terbantut perkembangannya dan dalam kes yang lebih teruk, bayi tersebut boleh meninggal.

Bagi bayi yang lahir pra-matang pula, sentuhan penyayang adalah SANGAT PENTING untuk tumbesarannya. Bayi pramatang selalu terdedah kepada prosedur perubatan yang menyakitkan. Bayi pramatang juga sangat sensitif kepada rangsangan sentuhan, menyebabkan prosedur perubatan lebih menyakitkan berbanding untuk bayi yang cukup bulan. Mereka juga tidak mempunyai ruang yang banyak untuk bergerak sepanjang berada dalam NICU. Ini juga boleh menyebabkan gangguan dalam sistem sensori dan perkembangan emosi. Oleh itu, sentuhan kulit ke kulit (skin to skin contact) dari ibubapa sangat disyorkan kerana dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan ketahanan terhadap rangsangan sentuhan. Secara tidak langsung, perkembangan sosial dan emosi bayi akan bertambah baik dan ini boleh membantu bayi “catch up” dengan perkembangan yang normal.
Sentuhan penting untuk proses pembelajaran
Melalui sentuhan, bayi dapat belajar bagaimana menggerakkan badannya, mengenali dunia sekeliling dan berkomunikasi dengan keluarganya. Pada usia 60 hari, bayi memberikan respons yang baik terhadap sentuhan di tangan, kaki, dan terutamanya di bibir. Ini adalah asas untuk bayi mengenalpasti setiap fungsi anggota badannya (seperti mulut digunakan untuk makan dan bercakap). Seawal usia 7 bulan, bayi sudah boleh mengenalpasti bahawa orang lain juga mempunyai anggota badan sepertinya (tangannya sama bentuk macam tangan ibunya, bibirnya sama bentuk dengan ayahnya dsb). Ini membentuk asas kepada kemahiran meniru perbuatan (imitation skill) dan bersikap empati (memahami perasaan orang lain).
Sentuhan membentuk asas dalam sikap empati
Bayi akan merasa selamat, dilindungi dan disayangi apabila dipegang oleh ibubapanya. Pelukan dari ibubapa akan membina kepercayaan dalam hubungan antara ibu bapa dan anak kerana memberikan kesan yang menenangkan dan meyakinkan. Sentuhan penyayang yang konsisten dan responsif akan terus merapatkan dan mengukuhkan hubungan ibu dan anak. Inilah sebabnya bayi baru lahir boleh membezakan siapa yang memegangnya. Semakin bayi membesar, bayi akan cuba meniru sentuhan yang sama. Secara tidak langsung, perasaan empati akan terbentuk dari usia yang awal dan membantu bayi mempelajari komunikasi sosial pada masa yang akan datang.
Sentuhan kasih sayang yang berlebihan TIDAK AKAN “terlalu memanjakan/merosakkan” bayi baru lahir
Mungkin kita biasa dengar orang tua kita selalu suruh letak bayi yang baru lahir dan jangan selalu dukung kerana bimbang bayi kita akan menjadi “terlalu manja”, tidak biasa tidur sendiri dan akan menyusahkan kita walaupun baru berusia berapa hari saja. Jangan risau, banyak kajian telah buktikan bahawa tiada istilah memeluk atau mencium anak secara berlebihan itu boleh “memudaratkan” anak. Tetapi kekurangan kasih sayang sudah tentu akan mengganggu perkembangan anak dan hubungan antara ibu/bapa dan anak.
Ya, realitinya amat sukar bagi sesetengah ibu bapa untuk sentiasa memberi sentuhan penyayang untuk anaknya pada setiap masa seperti yang diinginkan. Kemungkinan kita mempunyai beban kerja yang banyak atau perlu menguruskan anak yang lain juga. Namun begitu, ibu bapa perlu jadikan setiap masa yang kita habiskan dengan bayi amat bermakna dan penuh dengan kasih sayang , kerana setiap sentuhan yang diberi akan membantu otak bayi untuk terus berkembang dengan pesat.
Cara mudah memberi rangsangan sentuhan di rumah
angkat/peluk/dukung bayi apabila dia nangis atau memandang kita
gendong bayi atau “baby wearing”
Urut bayi setiap kali tukar lampin atau selepas mandi
letakkan/baringkan bayi di atas pelbagai tekstur (tuala, selimut, tikar, playmat)
berikan rangsangan pelbagai tekstur di tangan dan kaki seperti tekstur basah, melekit, sejuk, lembut, dan berkedut
kurangkan waktu bayi berada dalam buai atau baby carrier
Buka sarung tangan bayi untuk menggalakkan “explore” tangannya sendiri
Dah peluk cium anak anda hari ini?
Sumber: Syahirah Jermadi
School Based Occupational Therapist,
LiyanaRaya Training&Consultancy
The post Bayi Pra-Matang Terdedah Dengan Prosedure Yang Menyakitkan, Sebab Tu Dia Perlukan Sentuhan Kasih Sayang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-pra-matang-terdedah-dengan-prosedure-yang-menyakitkan-sebab-tu-dia-perlukan-sentuhan-kasih-sayang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiap Perangai Bertuah Anak Sebenarnya Sedang Menguji Kasih Sayang Ibu Ayah

Setiap Perangai Bertuah Anak Sebenarnya Sedang Menguji Kasih Sayang Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 361 hits
Kadang kala sikap nakal si kecil buat anda hilang sabar dan tentu ada cara untuk atasinya Macam macam perangai akan pun panjang Ada saja perkara yang ingin dibuatnya Dalam usia 2 4 tahun kanak kanak dalam tempoh belajar Artikel Menarik Mere...
Kasih Sayang Itu Ada 100 Bahagian 9602

Kasih Sayang Itu Ada 100 Bahagian 9602

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 435 hits
Allah menjadikan kasih sayang itu menjadi seratus bahagian Sembilan puluh sembilan bahagian Allah tahan di sisi Nya dan satu bahagiannya Allah turunkan ke muka bumi Maksud Sabda Rasulullah Dari satu bahagian inilah para makhluk Allah saling...
Di Balik Sifat Malasnya Ini Bukti Bahwa Nobita Itu Sosok Yang Penuh Kasih Sayang Patut Ditiru

Di Balik Sifat Malasnya Ini Bukti Bahwa Nobita Itu Sosok Yang Penuh Kasih Sayang Patut Ditiru

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 742 hits
Awalnya memang banyak yang menyangka kalau Nobita adalah laki laki bebal dan juga pemalas Tapi ternyata kasih sayangnya ke semua hal nggak diragukan lagi
Terima Kasih Ummi Farhan Syukur Bekas Isterinya Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Terima Kasih Ummi Farhan Syukur Bekas Isterinya Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 600 hits
Pendakwah bebas Nik Ahmad Farhan memanjatkan rasa syukur atas kelahiran anak keduanya semalam Menerusi akaun Instagramnya Farhan memuat naik sekeping foto dirinya mendukung cahaya mata lelakinya itu Alhamdulillah selamat melihat dunia puter...
Gigih Sorong Kerusi Roda Berkilo Meter Ke Masjid Kasih Sayang Isteri Temani Suami Demi Tuntutan

Gigih Sorong Kerusi Roda Berkilo Meter Ke Masjid Kasih Sayang Isteri Temani Suami Demi Tuntutan

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 445 hits
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan kebahagiaan yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat Dikurniakan pasangan yang sanggup mengharungi susah dan senang walau sudah di usia emas menjadi satu nikmat yang harus d...
E Tunai Rakyat 9 Maklumat Peribadi Anda Akan Terdedah Benarkah

E Tunai Rakyat 9 Maklumat Peribadi Anda Akan Terdedah Benarkah

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 999 hits
Rancak warga Malaysia hari ini menebus RM30 e Tunai Rakyat masuk kedalam salah satu daripada tiga e Wallet yang berada bawah program tersebut Tapi adakah anda ambil masa untuk baca Terma Syarat yang dikepilkan bersama samanya Secara ringkas...
Saintis Kata Orang Tak Makan Sayur Disebabkan Keturunan Mudah Terdedah Rasa Pahit

Saintis Kata Orang Tak Makan Sayur Disebabkan Keturunan Mudah Terdedah Rasa Pahit

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 275 hits
Pasti ada diantara kita yang tak makan sayur Ya ada yang sanggup habiskan masa berjam jam untuk asingkan sayur daripada makanan Perkara ini bukan sahaja berlaku pada anak kecil malah orang dewasa juga ada yang tidak gemarkan untuk menerima ...
27 Hari Terdedah Di Tempat Terbuka Apa Yang Terjadi Pada Daging Cincang Ini Sangat Mengejutkan

27 Hari Terdedah Di Tempat Terbuka Apa Yang Terjadi Pada Daging Cincang Ini Sangat Mengejutkan

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 319 hits
Jika makanan tidak disimpan dengan selamat ia akan menjadi tempat untuk bakteria dan seranga yang tidak diundang merebak serta akan berlaku perubahan kimia Seperti daging cincang walaupun ianya diproses berkali kali namun ia tetap tidak sel...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids