Bayi Jadi Peneman Bapa Daki Gunung Hana Langsung Tak Meragam Menangis


Bayi jadi peneman bapa daki gunung, “Hana langsung tak meragam, menangis…” Kisah dua beranak Hazwan Harawi mendaki bukit bersama bayinya mendapat perhatian warga maya.
Bayi Jadi Peneman Bapa Daki Gunung  Hazwan memuat naik video pendakiannya bersama anak angkatnya, Hana di TikTok. Hana mendapat pendedahan mendaki bukit kerana bapa angkatnya, Hazwan Harawi, 29, sering membawanya sebagai peneman untuk mendaki di bukit dan taman riadah sekitar Lembah Klang.

Hana sudah merasai pengalaman mendaki walaupun baru berumur sembilan bulan. Bercerita lanjut, Hazwan berkata, mendaki adalah minat dan salah satu hobinya sejak di kampus lagi.
MENURUT HAZWAN, ISTERINYA, FATIN SIHAN, 29, JUGA ADA MINAT YANG SAMA DAN MEREKA PERNAH PERGI MENDAKI BERSAMA, SALAH SATUNYA DI BUKIT BROGA, SELANGOR.
“Dulu kami pergi mendaki berdua saja tapi sejak hadirnya Hana, dia pun dibawa bersama.
“Cuma, kami ambil Hana sebagai anak angkat pada umurnya tiga bulan. Waktu umurnya empat bulan baru dedahkannya dengan aktiviti riadah.
“Hana Langsung Tak Meragam, Menangis…” “Awalnya bawa Hana pergi Taman Saujana Hijau di Putrajaya saja kemudian waktu umurnya lima bulan saya dan isteri bawa dia berkhemah di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan pernah juga ke Taman Tugu, Kuala Lumpur ketika umurnya tujuh bulan selain berjalan di Pulau Pinang,” katanya.

Hazwan berkata, setakat ini, isterinya tiada halangan walaupun dia pernah pergi berdua saja dengan Hana.
Ia kerana dia dan isteri percaya aktiviti itu baik malah dapat mendedahkan anak kepada alam semula jadi dan bukan hanya membesar dengan gajet atau menonton televisyen semata-mata.
“Selalunya memang kami pergi bertiga tapi dua bulan lalu, isteri ditahan di Hospital Kajang dan saya kena uruskan anak waktu ketiadaannya.
“Jadi bila nampak saya boleh lakukan, isteri tak ada masalah untuk saya bawa Hana berdua tambahan dia kini pun baru hamil.
“CUMA, SAYA TETAP BUAT PERSEDIAAN RAPI SEBELUM BAWA HANA MENDAKI DI SESUATU TEMPAT DENGAN MENONTON VIDEO TERLEBIH DULU UNTUK TENGOK BAGAIMANA LALUAN TREK DAN PERIKSA SAMA ADA KAWASAN BERKENAAN MESRA BAYI SERTA ADA KEMUDAHAN TANDAS BERHAMPIRAN ATAU TIDAK,” KATANYA YANG BEKERJA DI SEBUAH SYARIKAT DALAM BAHAGIAN PEMASARAN DAN DIGITAL.
Hazwan juga membuat persediaan lain termasuk menyediakan alat pembawa kanak-kanak selain lampin, susu juga snek sebagai bekalan.
Katanya, persiapan lain adalah dengan melihat ramalan cuaca dan ke pusat gimnasium sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu bagi memantapkan stamina.
“Setakat ini, Hana beri kerjasama baik malah tak meragam pun… paling terkejut waktu mendaki Bukit Sri Bintang kerana dia tak menangis langsung.
“Cuma waktu di Taman Tugu, Hana menangis dalam 100 meter sebelum sampai di atas tapi itu pun sebab dia nak minum susu.

 
 
“Cabarannya lebih kepada saya kerana umur Hana pun sudah sembilan bulan jadi agak berat juga nak pikulnya di belakang dan memang sakit bahu serta lenguh kaki setiap kali balik mendaki,” katanya.
Menyentuh mengenai perkongsiannya di TikTok, Hazwan berkata, dia baru memuat naik video aktiviti bersama Hana sejak Mei lalu dan tidak menyangka mendapat perhatian hingga ada yang mengenali serta mahu bergambar dengan anaknya ketika berjumpa di luar.
Menurutnya, niatnya adalah untuk menyimpan memori dengan Hana dan memberi inspirasi kepada bapa di luar sana untuk habiskan masa di luar sana.
“Secara tak langsung, saya nak buktikan juga orang lelaki pun boleh diharap untuk jaga anak cuma bila baca komen, baru saya sedar ramai rupanya ibu bapa di luar sana tak bawa anak beriadah.
“Ada yang tak pernah keluar rumah pun sejak ada anak kecil kerana paranoid. Segelintir netizen pula persoalkan kenapa bawa Hana mendaki kerana anggap ia bahaya untuk keselamatan selain risau jika anak terkena gangguan mistik.
“Saya faham kebimbangan mereka malah sebagai orang Islam memang kena percaya dengan benda ghaib cuma risiko atau bahaya ada di mana-mana jadi kita cuba ambil langkah keselamatan.
“Selebihnya doa minta perlindungan Allah SWT,” katanya yang menggalakkan ibu bapa lain membawa anak beriadah sebagai terapi emosi bagi menghilangkan tekanan menjaga si kecil.
Sumber: Harian Metro Facebook Hazwan Harawi 
Baca artikel lain juga: Pelakon Hafeez Mikail Timang Bayi Sulung, Dahlia Ayesha Nama Jadi Pilihan
Ibu Hamil Hidap Diabetes Jangan Pandang Remeh, Boleh Bahayakan Jantung Bayi Dalam Kandungan
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
The post Bayi Jadi Peneman Bapa Daki Gunung, “Hana Langsung Tak Meragam, Menangis…” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-jadi-peneman-bapa-daki-gunung-hana-langsung-tak-meragam-menangis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lemas Dalam Tali Air Bapa Naikkan Jasad Anak Perempuan Sambil Menangis Ibu Pengsan

Lemas Dalam Tali Air Bapa Naikkan Jasad Anak Perempuan Sambil Menangis Ibu Pengsan

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 138 hits
Lemas dalam tali air bapa naikkan jasad anak perempuan sambil menangis ibu pengsan Ainun Mardiah Azeman 14 ditemukan bapanya Azeman Harun 56 pada jam 5 petang di dasar tali air sedalam kira kira semeter Lemas Dalam Tali Air Menurut Ahmad Az...
Kerja Keras Ibu Bapa Yuran Tadika Amp Taska Dijangka Naik Sebanyak 25 Mulai Tahun Hadapan

Kerja Keras Ibu Bapa Yuran Tadika Amp Taska Dijangka Naik Sebanyak 25 Mulai Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 132 hits
Susulan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1 700 pada tahun hadapan seperti yang diumumkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu kadar yuran tadika dan taska seluruh negara dijangka mengalami kenaikan sehingga 25 Lapor Berita Harian Persat...
Rekomendasi Outfit Ke Gunung Biar Nyaman Sampai Puncak

Rekomendasi Outfit Ke Gunung Biar Nyaman Sampai Puncak

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 104 hits
Siapa sih yang nggak semangat kalau bicara soal naik gunung Nah kalau kamu lagi nyari inspirasi buat outfit ke genung pantengin aja rekomendasi di bawah Persiapan naik gunung nggak cuma soal fisik dan logistik tapi juga soal tampilan kece m...
Wanita Dakwa Jadi Perempuan Simpanan Langsai Hutang Bapa Akan Dihadapkan Ke Mahkamah

Wanita Dakwa Jadi Perempuan Simpanan Langsai Hutang Bapa Akan Dihadapkan Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 104 hits
Zuhainy Zulkiffliam hmetro com myGeorgetown Wanita yang mendakwa dirinya terpaksa menjadi perempuan simpanan di negeri ini bagi melangsaikan hutang bapa dengan sindiket pinjaman wang atau along akan dihadap ke mahkamah esok Pemangku Ketua P...
Mohon Sedekahkan Al Fatihah Untuk Bapa Saya Bapa Mk Meninggal Dunia

Mohon Sedekahkan Al Fatihah Untuk Bapa Saya Bapa Mk Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 81 hits
Pelakon dan penyanyi MK berkongsi berita duka atas pemergiaan bapanya iaitu Hamdan Abdul Razak pada pagi tadi Pelakon itu turut memohon agar orang ramai mendoakan Allahyarham agar ditempatkan di dalam kalangan orang orang yang beriman var c...
Jadi Lah Dapat Sikit Pun Dari Tak Dak Langsung

Jadi Lah Dapat Sikit Pun Dari Tak Dak Langsung

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 112 hits
Zamri Zainal AbidinBaru sahaja umum kenaikan gaji dapat pemberian khas lagi Bersyukurlah Nak gelak lagi ke
Seorang Bapa Membonceng Skuter Dibawa Oleh Anak Perempuan Bawah Umur Tanpa Topi Keledar Mendapat Kecaman

Seorang Bapa Membonceng Skuter Dibawa Oleh Anak Perempuan Bawah Umur Tanpa Topi Keledar Mendapat Kecaman

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 192 hits
Budak bawa skuter bapa boncengKOSMOTangkap layar menunjukkan gadis itu menunggang skuter di tengah jalan sambil dibonceng oleh bapanya InstagramNEW DELHI Perbuatan seorang bapa di India membenarkan anak perempuannya menunggang skuter di jal...
Janna Nick Menangis Rayu Henti Tanya Soal Zuriat Pernah Cuba Ivf Tapi Gagal

Janna Nick Menangis Rayu Henti Tanya Soal Zuriat Pernah Cuba Ivf Tapi Gagal

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 126 hits
Lebih setahun mendirikan rumah tangga dan berusaha untuk mempunyai zuriat sendiri pelakon dan penyanyi Janna Nick merayu orang ramai agar berhenti bertanyakan soal zuriat kepada dirinya Tambah Janna lagi menerusi videonya di Instagram dia d...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun