Bayi Demam Nafas Laju Batuk Selepas Dipeluk Cium Tetamu Hingga Masuk Wad


Saat bayi baru dilahirkan, ibu bapa orang yang paling gembira dan bersyukur. Perasaan tak sabar bawa pulang anak ke rumah memang berita yang ditunggu untuk berkongsi kegembiraan dengan ahli keluarga.
Apabila bayi dibawa pulang, pastinya saudara mara dan rakan-rakan yang tahu akan datang untuk melawat bayi. Masa ini, masing-masing akan pegang dan cium bayi kerana teruja.
Perasaan geram nak cium dan gomol itu memang tak boleh dielakkan oleh sesiapa tetapi jika tak dielakkan dari awal, kesannya pada bayi kita tak tahu. Boleh jadi masalah lebih teruk kerana bayi masih mempunyai sistem imun yang lemah dan cepat jatuh sakit.

Sebagai tetamu, perlu ada had ketika melawat bayi. Janganlah tunggu ibu bapa bayi yang cakap. Kadang nak cakap lebih takut terasa hati. Sepatutnya kita sebagai tetamu yang perlu tahu batas dan elakkan mencium dan memegang bayi.
Hormatilah ibu bapa bayi. Sebaiknya berikan dulu ibu dan bayi rehat. Nak datang melawat mungkin boleh, tapi tunggulah sehingga habis pantang untuk kedua-dua cepat pulih dan sihat. Maklumlah kadang waktu pantang ni ibu pun tak dapat rehat cukup kerana berulang alik ke klinik atau hospital untuk check kuning atau follow up lain.
Perkongsian dari Dr Redza Zainol ini mungkin boleh jadi peringatan bersama.
Nafas laju, demam, batuk
Saya hembus nafas perlahan-lahan selepas saya terima panggilan dari Jabatan Kecemasan. Bayi usia 2 bulan ni nafasnya laju, demam tinggi dan batuk.
Selepas diteliti, bayi ni memenuhi kriteria sebagai pesakit SARI (Severe Acute Respiratory Infection). Nama lainnya ialah jangkitan pernafasan akut teruk.
Menurut polisi Kementerian Kesihatan Malaysia, pesakit SARI perlu dimasukkan ke wad isolasi dan disaring untuk Covid-19.
Selepas selesai memakai pakaian lengkap PPE, saya masuk ke wad isolasi untuk mengambil sampel Covid-19 dari hidung dan tekak bayi ni. Dibantu oleh jururawat yang cekap, kerja saya jadi mudah.
Dipeluk cium saudara mara yang melawat
Menurut ibunya, bayi mula demam dan batuk selepas dipeluk cium oleh saudara mara yang datang ke rumah. Beliau cuba untuk menegah tapi ada saja alasan yang diberi.
Saya jadi kagum sebab ibu ni sangat sabar orangnya. Bukan calang-calang sebab tinggal di wad isolasi ni sangat tak selesa.
Bayangkan kipas tak boleh dibuka, jadi bayi asyik menangis sebab kepanasan. Ibu pula jadi kepenatan cuba menenangkan bayi.
Sampel Covid-19 pada bayi perlu diambil dan paling sedih, ayah bayi tak boleh datang melawat sampailah keputusan Covid-19 siap.
Elaklah pegang dan cium bayi
Selepas keputusan sampel Covid-19 disahkan negatif, barulah boleh pindah ke wad biasa.
Nasihat saya, jangan suka-suka pegang dan cium bayi orang tanpa izin ibu dan ayah bayi tu. Penjarakan sosial tu termasuk antara orang dewasa dan bayi kecil juga.

Biarlah penjaga utama bayi saja yang pegang dan cium bayi tu. Kalau bayi masuk ke wad isolasi dan kita sanggup menjaga bayi tu sepenuh masa, maknanya kitalah penjaga utama bayi tu.
Sistem imun bayi belum matang
Bayi ni sistem imunnya belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman. Banyak kuman yang ada pada orang dewasa, gejalanya tak teruk tapi pada bayi sampai boleh mengancam nyawa.
Bila pergi ke rumah orang, ingat tau apa yang saya kongsikan ni. Kadang-kadang kita tak sengaja sebab seronok sangat nampak baby kan.
Kredit: Dr Redza Zainol
Kredit Gambar: www.pexels.com
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
 
 
The post Bayi Demam, Nafas Laju & Batuk Selepas Dipeluk Cium Tetamu Hingga Masuk Wad appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-demam-nafas-laju-batuk-selepas-dipeluk-cium-tetamu-hingga-masuk-wad/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masuk Hospital Selepas Alami Sesak Nafas Netizen Minta Caprice Cari Isteri

Masuk Hospital Selepas Alami Sesak Nafas Netizen Minta Caprice Cari Isteri

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 452 hits
Penyanyi rap Caprice telah dibawa ke hospital selepas mengalami sesak nafas gara gara tidak minum air secukupnya sehingga menyebabkan badan dehidrasi source
Pelanggan Bank Dikompaun Rm1 000 Selepas Polis Tidak Menemui Rekod Pendaftaran Masuk Dalam Aplikasi Mysejahtera

Pelanggan Bank Dikompaun Rm1 000 Selepas Polis Tidak Menemui Rekod Pendaftaran Masuk Dalam Aplikasi Mysejahtera

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 267 hits
Seorang lelaki berusia 31 tahun dikenakan kompaun RM1 000 selepas anggota polis tidak menemui sebarang rekod pendaftaran masuk di dalam aplikasi MySejahtera sebelum dia masuk ke sebuah bank di Kepong baru baru ini Lapor Oriental Daily lelak...
Anak Cerita Lihat Bapa Berpeluk Atas Katil Dengan Perempuan Lain Isteri Murung Hingga Nak Campak Bayi

Anak Cerita Lihat Bapa Berpeluk Atas Katil Dengan Perempuan Lain Isteri Murung Hingga Nak Campak Bayi

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 629 hits
Menurut perkongsian daripada Facebook Syed Azmi ada seorang wanita baru baru ini berkongsi luahan hatinya dan meminta pendapat atas apa yang dialaminya Masalahnya itu melibatkan suami curang dan telah melafazkan cerai talak kedua Dan yang l...
Penyanyi M Daud Kilau Dikejarkan Ke Hospital Selepas Alami Sesak Nafas

Penyanyi M Daud Kilau Dikejarkan Ke Hospital Selepas Alami Sesak Nafas

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR Penyanyi veteran Datuk M Daud Kilau dikejarkan ke Hospital Teluk Intan pada Khamis selepas mengalami sesak nafas Memetik laporan portal Utusan Online anak lelakinya Ahmad Zaini berkata bapanya dimasukkan ke hospital pada pukul ...
M Daud Kilau Mengadu Sesak Nafas Masuk Hospital

M Daud Kilau Mengadu Sesak Nafas Masuk Hospital

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 330 hits
Teluk Intan Raja Gelek Malaysia Datuk M Daud Kilau 82 dimasukkan ke Hospital Teluk Intan di sini hari ini selepas mengadu sesak nafas Anaknya Ahmad Zaini Mohd Daud 49 berkata bapanya mengadu sesak nafas sejak semalam dan sudah dibawa ke Kli...
Suami Koma Isteri Lepas Pantang Dijangkiti Kuman Dalam Icu Baby Pula Masuk Wad

Suami Koma Isteri Lepas Pantang Dijangkiti Kuman Dalam Icu Baby Pula Masuk Wad

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 393 hits
Tiada siapa pun yang minta diuji dengan sakit tetapi jika ujian ini diberikan hanya kekuatan dan doa dipohon untuk mengembalikan semangat Begitulah situasi yang dialami oleh pasangan suami isteri ini apabila Allah uji suami koma kerana meng...
Video Subhanallah Detik Bayi Hidup Semula Selepas 6 Jam Disangkakan Telah Tiada

Video Subhanallah Detik Bayi Hidup Semula Selepas 6 Jam Disangkakan Telah Tiada

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 290 hits
Seorang bayi pramtang yang dlsangkakan sudah mengadap ilahi dan dimasvkkan ke dalam peti sejvk m4yat selama enam jam di sebuah hospital La Margarita di bandar Puebla Mexico didapati hidvp semula semalam Pekerja rumah myt berkata mereka meny...
M Sian Man Slammed For Feeding Monkeys Poisoned Food

Fresh From Heiwa Mc A Modern Triumph Scrambler 900 With Retro Style

Panduan Lengkap Untuk Membuat Itinerary Perjalanan Yang Praktikal Dan Teratur

Jaga Aib Rumahtangga Ya Kawan Kawan

Sejarah Sungai Lembing Dan Pelombongan Bijih Timah Pahang

Sarapan Dengan Tetamu Pagi

Bila Larut Malam Melaka 2025 Harga Dan Senarai Lokasi Produk Pelancongan

Experts Warn Of Ripple Effect From Ummc Fees Hike


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu


Our Last Working Sunday

Psychology Of Liars Kebenaran Yang Ditakuti Antivaksin

Tahukah Anda Fasal Pelancong Ke Tuvalu

Majlis Perkahwinan Dan Majlis Bertandang

From Thrill Seeking Dinosaur To Crypto Icon The Story Of Pino

Pesawat Ringan Terhempas 2 Maut