Bayi Comel Ini Meninggal Dunia Dipercayai Tersedak Susu Di Rumah Pengasuh
Tiada lagi senyuman manis yang dapat dilihat oleh wanita ini. Hanya kenangan yang sentiasa terpahat di hati. Kematian anaknya dikatakan kerana tersedak susu di rumah pengasuh, namun keputusan sepenuhnya belum diketahui lagi.
Berikut luahan hati Puan Noraziah Ramli mengenai arwah anak syurganya, Aleefa yang pergi buat selama-lamanya pada 12 September lalu.
Assalamualaikum. Dengan berat hati dan secara terbuka dengan ini saya ingin memperkenalkan puteri syurga saya Aleefa (kind, compassion,friendly). Pilihan nama diberi bersempena dengan huruf pertama dalam jawi dan al quran “alif”.
Dilahirkan pada 12.03.2020 Khamis di labour room bilik 14, PPUM dengan berat 2.675 kilogram pada jam 5.28 sebelum subuh. Kesakitan contraction dialami sejak Isnin 09.03.2010 petang dan semakin sakit pada malam Rabu 11.03.2020 dan start admitted. Disebabkan dengupan jantung baby agak berisiko maka doktor decided untuk pecahkan air ketuban pada pukul 12 tengah malam.
Dilahirkan secara normal namun di dalam keadaan ibu yang sangat penat sebab dah lama menahan sakit.
Betul kata orang bersalin tu tak sakit cuma waktu jahit tu je yang teramat sakit. Saat diberikan bayi pada kali pertama, hati ini mengucap syukur atas nikmat sakit itu dengan diberikan hadiah tak ternilai itu.
Hari pertama dilahirkan dengan keadaan yang sihat baby dan ibu tanpa ada kuning untuk baby. Namun ibu terpaksa ditahan di wad sebab BP naik sewaktu di dalam labour room. Ditambah pulak dengan ibu punyai rujukan pakar PSY. Kali pertama cubaan beri susu ibu. Bagusnya baby pandai sangat hisap tapi susu belum keluar sepenuhnya.
Malam pertama, nurse ambil semula baby untuk dijaga dan ibu dapat rehat sepenuhnya. Bila masuk hari kedua, aku rasa separuh badan aku ke bawah macam sakit sangat. Tapi kuatkan kudrat jugak.
Hari kedua susu ibu langsung tak ada. Baby hisap kerap tapi tetap tak ada. Bila malam nak tidur aku terpaksa panggil nurse untuk topup susu formula. Sebab susu ibu tak ada, so kuning dia pun tiba-tiba naik mendadak.
Hari ketiga sebelum subuh, baby diam je walaupun mata besar sangat. Ibu dah lepas balik tapi anak kena masuk wad. Alhamdulillah satu malam je kena tahan dah boleh balik.
Aleefa anak yang paling mudah jaga. Menangis pun jarang dan tak kuat. Senantiasa bangun pagi dengan senyuman yang manis. Tidur malam lena tanpa jaga (kadang-kadang je bangun sekali dua nak susu).
Dia dah mula merangkak dua tiga tapak.
Pada pagi akhir, dia bangun awal tapi duduk diam je dalam bed dia. Diangkat pindah ke tilam depan dengan senyuman manis. Sebab pagi tu sejuk. Dibalut dengan kain tuala. Takut lapar, aku buatkan susu sambil pegang dia. Tapi dia minum seteguk dua je. Lebih excited dengan apa yang ada depan mata dia. Ditukarkan pampers, dicibuk kan penuh dengan ketawa dan senyuman. Dipakaikan pampers dan baju juga tak putus dengan gelak tawa. Abang datang bergurau mengacah adik terkekek gelak.
Saat menghantar di muka pintu, saat aku melambai sebelum dia berlalu pergi. Dia sempat pandang dan senyum pada ibunya. Dan tak sangka itu lambaianku yang terakhir.
Terima kasih tunggak utama ibu mertua saya yang tak pernah tinggalkan saya. Dari hari pertama kejadian sampai mandikan jenazah dan solatkan jenazah. Tak pernah tinggalkan menantu mu ini. Buat ipar duai ku semua yang jauh dan yang dekat terima kasih atas doa dan usaha bantu puteri syurga kami. Terima kasih untuk kata-kata semangat yang tak putus. Terima kasih Kak long, Abang Ngah, Kak Lang, Kak Pah, Dik Zan dan Dik Ami.
Untuk saudara mara sebelah aku, terima kasih atas doa dan kata-kata semangat.
Untuk sahabat-sahabat ku yang sudi berada bersama Noshey, Dayah besar, Dayah kecik, Fieza, Kak Ila yang datang dari jauh, Fatin dan yang tidak tersebut nama terima kasih atas jasa kalian.
Tak lupa juga kawan kerja semua, kawan zaman sekolah rendah, sekolah menengah, kawan-kawan kampung, kawan universiti dan semua lah yang tak tersebut. Terima kasih.
Untuk sahabat-sahabat belah En. Nan; En. Shak, kak Lin, Brotherhood Team, Sir Azri PapaGomo, kawan-kawan team teater, team Maxis Fiber, untuk adik Khairul yang datang jauh dari Pahang dan isteri, dan semua yang tak tertaip hanya ucapan terima kasih kami sekeluarga mampu balas.
Anak saya meninggal secara pengesahan doktor adalah pada 11.09.2020 Jumaat jam 2.15 petang mengikut masa tiba di hopsital namun atas kertas siasat doktor tertulis anak telah meninggal di rumah pengasuh.
Setakat apa yang kami tahu anak meninggal akibat tersedak susu di rumah pengasuh. Namun masih menunggu keputusan post mortem paling awal dua bulan.
Kami sekeluarga termasuk keluarga mentua tidak sama sekali menyalahkan mana-mana pihak. Kami terima ujian ini dengan hati yang redha dan ikhlaskan semua ini.
Berlari rianglah puteri syurgaku, ditimang-timang berebut timang dengan Wan Saad, Embang Lanang, Embah Wedok dan daddy Nanang. Tunggulah Papa dan Abi mu di pintu syurga nanti sayangku.
Ibu mu ini mengikhlaskan kesemua kesakitan mengandungkan kamu, melahirkanmu dan setiap air susu yang mengalir buatmu puteri syurgaku.
“Isteri yang kematian suami dipanggil balu, anak yang kematian ibu bapanya dipanggil anak yatim piatu, ibu bapa yang kehilangan anak dipanggil. Tiada perkataan yang mampu diungkapkan sebab ianya terlalu perit”. Salah satu dialog drama Black versi Korea.
Jasadmu di dunia 12.03.2020 – 12.09.2020.
Aleefa Mohamad Afnan
The post Bayi comel ini meninggal dunia dipercayai tersedak susu di rumah pengasuh appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaraviral.org/bayi-comel-ini-meninggal-dunia-dipercayai-tersedak-susu-di-rumah-pengasuh/