Bayi Ada Masalah Lidah Pendek Mama Ini 10 Cara Yang Betul Untuk Kenal Pasti


Tahukah anda, masalah lidah pendek dalam kalangan bayi sebenarnya boleh memberikan kesan terhadap tumbesarannya kelak? Jika anda ingin tahu apakah kesan lidah bayi pendek, teruskan bacaan anda menerusi penulisan ini.

Apa itu masalah lidah pendek?
Dalam istilah perubatan, ia disebut sebagai ankiloglossia (ankyloglossia). Keadaan ini juga dikenali sebagai tongue tie dalam bahasa Inggeris.
Ia merupakan satu keadaan yang menyekat atau membataskan pergerakan lidah bayi sejak dilahirkan.
Ia berlaku apabila lidah bayi kekal melekat dengan dasar mulutnya dan menjadikan otot nipis di bawah lidah atau frenulum terlalu pendek.
Dengan itu, pergerakan lidah akan menjadi terhad dan sekali gus mengganggu fungsi lidah bayi.
Apakah tanda-tanda lidah pendek dalam kalangan bayi dan kanak-kanak?
Tanda atau simptom lidah pendek dalam kalangan bayi boleh dikategorikan sebagai sederhana atau teruk.
Lidah bayi mungkin kelihatan seperti berbentuk jantung atau mungkin mempunyai takuk di dalamnya.

Antara tanda-tanda atau simptom bayi anda mengalami masalah lidah pendek ialah:
Sukar untuk menghisap susu ketika menyusu Bayi kerap berasa lapar Sesi penyusuan bayi menjadi lebih lama Bayi sukar untuk menambah berat badan Bunyi ‘klik’ ketika bayi sedang menyusu badan Bagi kanak-kanak pula, antara tanda mereka mengalami masalah ini ialah:
Mengalami gangguan atau masalah pertuturan Sukar menjilat aiskrim Sukar untuk menelan makanan Tidak boleh atau sukar untuk menggerakkan lidah ke lelangit atau tepi mulut Sukar untuk mengeluarkan lidah daripada mulut Jenis-jenis lidah bayi pendek Untuk menentukan jenis atau kategori masalah lidah bayi pendek, kita akan menggunakan skala atau Klasifikasi Hazelbaker. Klasifikasi ini telah digunakan secara meluas dalam dunia perubatan.
Dalam Klasifikasi Hazelbaker, terdapat empat jenis kategori lidah pendek:
Jenis 1
Otot nipis di bawah lidah atau frenulum mempunyai ciri yang nipis dan elastik.
Ia melekat pada hujung lidah sehingga ke bahagian dalam rongga mulut. Jika dilihat dari hadapan, ia kelihatan seperti bentuk jantung (love).
Jenis 2
Otot nipis di bawah lidah mempunyai ciri yang nipis dan elastik. Ia berada hanya 2 hingga 4 milimeter daripada hujung lidah dan melekat ke bahagian dalam rongga mulut.
Jenis 3
Frenulum atau otot nipis di bawah lidah bersifat lebih tebal, berserabut dan tidak elastik. Ia melekatkan bawah tengah lidah dengan dasar mulut bayi.
Jenis 4
Frenulum atau otot nipis di bawah lidah tidak kelihatan, namun masih boleh dirasai. Ia bersifat tebal, berserabut dan melekat daripada dasar bawah lidah ke bahagian dasar mulut bayi.
Selain daripada Klasifikasi Hazelbaker, anda juga boleh menggunakan alat penilaian TABBY untuk menilai masalah lidah pendek bayi anda.
Ini kesan tongue tie terhadap anak anda
Apabila berlakunya masalah lidah bayi pendek, ia sememangnya boleh memberikan kesan atau impak terhadap bayi tersebut.
Kesan ini akan semakin jelas apabila bayi semakin membesar.
Antara kesan utama lidah anak pendek ialah:
#1. Kesan terhadap penyusuan
Bayi dengan keadaan lidah yang normal tidak mempunyai masalah untuk menyusu dengan selesa.
Namun, bagi bayi yang mempunyai masalah frenulum yang pendek, mereka akan sukar untuk menghisap puting sewaktu disusukan.
Bukan itu sahaja, puting payudara ibu juga akan mudah mengalami luka dan melecet setiap kali menyusukan bayi.
Apabila bayi tidak dapat menyusu dengan baik, maka mereka tidak akan mendapat nutrisi daripada susu secukupnya.
#2. Kesan terhadap proses kunyahan dan menelan makanan
Bayi dengan lidah yang normal tidak mempunyai masalah yang besar untuk mengunyah dan menelan makanan.
Ini kerana lidah dapat membantu menggerakkan makanan dalam mulut dengan baik dan berkebolehan menolak makanan ke dalam tekak sewaktu menelannya.
Namun, bagi masalah tongue tie, makanan akan menjadi sukar untuk digerakkan dalam mulut.
Selain itu, karies gigi juga lebih mudah terbentuk memandangkan lidah tidak dapat membersihkan sisa makanan pada celah gigi atau bawah lidah dengan berkesan.

 
#3. Kesan terhadap pertuturan
Otot lidah yang normal boleh membuat pelbagai gerakan untuk menghasilkan bunyi perkataan atau percakapan.
Namun, bagi masalah frenulum atau otot nipis di bawah lidah yang pendek, ia akan mengganggu kualiti pertuturan bayi atau kanak-kanak.
Sebutan bayi atau kanak-kanak akan menjadi tidak betul, kelajuan percakapan yang tidak sama, ritma sebutan yang terganggu selain sebutan yang kurang jelas.
#4. Kesan terhadap kehidupan sosial
Apabila bayi anda membesar dan memasuki alam kanak-kanak, mereka akan berdepan dengan beberapa masalah yang berkaitan aktiviti sosial.
Disebabkan mereka tidak mampu untuk bercakap, meniup, dan menjilat dengan baik, maka mereka mungkin akan menolak atau tidak dapat menyertai sebarang aktiviti bersama rakan-rakan.
Masalah ini juga akan membuatkan mereka berasa malu dan rendah diri di hadapan rakan-rakan yang lain.
Jadi, ibu bapa perlu kenal pasti perkembangan setiap anak-anak agar lebih awal bertindak.
Kredit: Hello Doktor


Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Bayi Ada Masalah Lidah Pendek? Mama, Ini 10 Cara Yang Betul Untuk Kenal Pasti! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-ada-masalah-lidah-pendek-mama-ini-10-cara-yang-betul-untuk-kenal-pasti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Betul Hilangkan Kahak Bayi Batuk Selesema Boleh Amalkan 5 Jam Sekali

Cara Betul Hilangkan Kahak Bayi Batuk Selesema Boleh Amalkan 5 Jam Sekali

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 223 hits
Batuk selesema dan berkahak antara keadaan yang sangat merisaukan ibu ayah terutama bagi yang mempunyai bayi kecil Ini pengalaman yang dilalui seorang bapa Muhammad Razi Ysurizal ketika membawa bayinya yang batuk dan selesema hampir semingg...
Cara Betulkan Masalah Amp Quot Ip Configuration Amp Quot Pada Sambungan Amp Quot Wi Fi Amp Quot

Cara Betulkan Masalah Amp Quot Ip Configuration Amp Quot Pada Sambungan Amp Quot Wi Fi Amp Quot

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 164 hits
Masalah Tetapan alamat IP yang tidak sah pada sambungan Wi Fi kerap berlaku pada PC jenis Windows Berikut kami kongsikan cara untuk menetapkan kembali sambungan Wi Fi bagi mengasatasi masalah tersebut Sebelum anda mengubah apa apa tetapan p...
Nak Bantu Anak Pegang Pensil Dengan Betul Buat Cara Simple Ni Di Rumah

Nak Bantu Anak Pegang Pensil Dengan Betul Buat Cara Simple Ni Di Rumah

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 267 hits
Sebaiknya sejak kecil lagi anak sudah diajar dengan pelbagai aktiviti kekuatan otot tangan untuk merangsang mereka agar dapat memegang pensil seterusnya sebagai persediaan untuk menulis Selain merangsang kekuatan otot tangan aktiviti kasar ...
Pn Ph Perlu Segera Kenal Pasti Kepentingan Bersama Penganalisis

Pn Ph Perlu Segera Kenal Pasti Kepentingan Bersama Penganalisis

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 309 hits
satuberita myBy May 25 2022Hanya dengan itu usaha penyatuan boleh dirintis bagi tumbangkan BNGABUNGAN parti parti dalam Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan perlu segera mengenal pasti kepentingan bersama bagi merintis penyatuan dan kerja...
Cara Bancuh Susu Yang Betul Goncang Sampai Berbuih Boleh Buat Anak Kembung

Cara Bancuh Susu Yang Betul Goncang Sampai Berbuih Boleh Buat Anak Kembung

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 342 hits
Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak kerana kandungan nutrisinya tiada tandingan dengan susu formula Bagaimanapun tak semua ibu berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab sebab tertentu Disebabkan itu ada ibu yang terpaksa memberi ...
Laksa Perlis Pasti Sedap Dan Cara Rebus Laksa Kering

Laksa Perlis Pasti Sedap Dan Cara Rebus Laksa Kering

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 315 hits
Saya belajar resipi laksa ini dari sahabat saya Puan Yarina yang berasal dari Perlis Jadi laksa ini adalah laksa utara versi Perlis lah Kata beliau lagi laksa Perlis memang berwarna sedikit pucat tidak kemerahan Kalau suka pedas masukkan hi...
Bapa Kongsi Cara Betul Simpan Duit Raya Anak Berbaloi Tak Rugi

Bapa Kongsi Cara Betul Simpan Duit Raya Anak Berbaloi Tak Rugi

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 236 hits
Setiap kali Hari Raya Aidilfitri dah sinonim duit raya dengan anak anak Pemberian duit raya ini dianggap sebagai berkongsi rezeki untuk ahli keluarga sanak saudara anak anak rakan atau jiran tetangga Memandangkan anak anak yang menerima dui...
Sekali Sekala Cuba Buat Ujian Mata Untuk Anak Di Rumah Dengan Cara Ini

Sekali Sekala Cuba Buat Ujian Mata Untuk Anak Di Rumah Dengan Cara Ini

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 195 hits
Jika anak mengadu penglihatan kabur sewaktu menonton televisyen anda boleh melakukan ujian mata sendiri di rumah Bagaimana caranya Ketahuinya dalam perkongsian artikel ini Anak mengadu penglihatan kabur Sekiranya si kecil mengadu mereka tid...
Modal Paling Jimat Lelaki Ni Kongsi Cara Berkesan Halau Cicak Dalam Rumah

Modal Paling Jimat Lelaki Ni Kongsi Cara Berkesan Halau Cicak Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 213 hits
Satu hal yang menjadi masalah di rumah selain lipas pastinya masalah tahi cicak yang bertebaran di rumah kita Macam mana nak jauhkan cicak ini di rumah Rupanya bahan mudah boleh menghalau cicak dengan mudah Macam mana nak buat Perkongsian p...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti