Bayi 6 Bulan Meninggal Dunia Di Taska


 


BAYAN LEPAS, PULAU PINANG: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia ketika berada di bawah jagaan pengasuhnya di sebuah taska di Bukit Gedung, di sini, semalam.
Bayi yang dilaporkan tidak sedarkan diri pada awalnya itu dihantar ke Klinik Kesihatan Bayan Baru jam 9.30 pagi, sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan, berkata siasatan awal mendapati bayi itu dihantar ke taska berkenaan oleh ibu bapanya jam 6.30 pagi seperti biasa sejak tiga bulan lalu.
Beliau berkata, siasatan ke atas ibu bapa bayi itu dan pekerja taska juga mengesahkan mangsa berada dalam keadaan baik dan sihat serta tidak menunjukkan sebarang masalah ketika dihantar ke premis terbabit.
"Selepas bayi itu dihantar oleh ibu bapanya, pekerja taska berusia 20 tahun itu tertidur bersama mangsa, namun sebaik tersedar dia meninggalkannya seketika jam 8 pagi untuk ke tandas.
"Kira-kira 30 minit kemudian, wanita itu datang semula dan mendapati bayi lelaki berkenaan sudah tidak sedarkan diri dan kelihatan pucat lalu cuba memberikan bantuan pernafasan, tetapi tidak berjaya," katanya di sini hari ini.
Anbalagan berkata, bayi itu kemudian dihantar ke klinik oleh pengusaha taska dan doktor kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang di sini.
"Hasil bedah siasat mengesahkan kematian bayi itu disebabkan pendarahan lama di kepala. Pihak hospital turut membuat saringan COVID-19 ke atasnya dan mendapati ia negatif.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Sementara itu, ibu mangsa, Suraya Mohd Taib, 24, berkata dia menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pihak taska jam 9.15 pagi.
"Saya dimaklumkan anak, Muhammad Nur Fatih tidak sedarkan diri dan dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut.
"Ketika kejadian saya dan suami sedang bekerja di sebuah kilang sebelum bergegas ke lokasi dan dikejutkan dengan berita kematian anak.
"Kami reda dan tidak menyalahkan sesiapa atau memperbesarkan hal ini serta menganggap Allah SWT pinjamkan anak untuk sementara," katanya jenazah Muhammad Nur dibawa pulang ke kampungnya di Pengkalan Hulu, Perak untuk dikebumikan.
Sumber: Berita Harian
Oleh: Zuhainy Zulkiffli


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/05/bayi-6-bulan-meninggal-dunia-di-taska.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Meninggal Dunia Didakwa Jatuh Katil Di Rumah Pengasuh Tulang Kepala Retak

Bayi Meninggal Dunia Didakwa Jatuh Katil Di Rumah Pengasuh Tulang Kepala Retak

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 385 hits
Seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dan retak tulang kepala dipercayai terjatuh dari katil ketika berada di rumah pengasuhnya di Paka pada Ahad Bayi berusia 14 bulan itu meninggal dunia kira kira jam 10 malam ta...
Disahkan Meninggal Dunia Warga Emas Ini Buka Mata Sebelum Dibakar

Disahkan Meninggal Dunia Warga Emas Ini Buka Mata Sebelum Dibakar

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 321 hits
Seorang warga emas India berusia 76 tahun yang dipercayai telah meninggal dunia akibat positif COVID 19 membuka matanya beberapa minit sebelum upacara pembakaran mayatnya dilakukan Mengikut portal berita tempatan di India wanita yang bernam...
Pelakon Esok Untuk Siapa Meninggal Dunia

Pelakon Esok Untuk Siapa Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 432 hits
Datuk DJ Dave sempat menziarahi Sharifah Aminah di sebuah pusat penjagaan warga emas tahun lalu KUALA LUMPUR Pelakon dan penerbit Sharifah Aminah Syed Abdullah 76 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang dekat sini pukul 6 40 pagi in...
Ciuman Terakhir Syafaat Untuk Abi Ummi Di Akhirat Bayi Jatuh Katil Di Rumah Pengasuh Meninggal Bapa Mohon Doa Ramai

Ciuman Terakhir Syafaat Untuk Abi Ummi Di Akhirat Bayi Jatuh Katil Di Rumah Pengasuh Meninggal Bapa Mohon Doa Ramai

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 811 hits
Ciuman terakhir dari kedua ibu bapa buat arwah Khaleek Islam bayi 14 bulan yang maut di rumah pengasuh akibat terjatuh dari katil mengundang sebak ramai Artikel Berkaitan Mangsa sebelum itu dihantar bapanya berusia 30 tahun ke rumah pengasu...
2 Wisatawan Meninggal Dunia Terseret Ombak Di Pantai Batu Bengkung

2 Wisatawan Meninggal Dunia Terseret Ombak Di Pantai Batu Bengkung

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 247 hits
Dari total lima orang korban yang terseret ombak tersebut dua orang ditemukan dalam keadaan meninggal dunia satu orang dibawa ke rumah sakit dan dua orang lainnya masih belum ditemukan hingga saat ini
Tiada Kejadian Sebuah Keluarga Meninggal Dunia Di Dalam Rumah Di Taman Merdeka Ketika Dalam Tempoh Kuarantin

Tiada Kejadian Sebuah Keluarga Meninggal Dunia Di Dalam Rumah Di Taman Merdeka Ketika Dalam Tempoh Kuarantin

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 254 hits
SEBENARNYA Polis menafikan video tular sebuah keluarga meninggal dunia dalam rumah di Taman Merdeka yang dikaitkan dengan COVID 19 Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad tiada sebarang
Anak Isa Samad Nafi Bapa Meninggal Dunia

Anak Isa Samad Nafi Bapa Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 297 hits
54 total views 54 views today SEREMBAN 27 Mei Anak kepada bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menafikan khabar angin yang mengatakan bapanya telah meninggal dunia malam ini Mohamad Najib Mohd Isa yang juga Ketua Pemuda UMNO P...
Putri Pb Xii Gkr Retno Dumilah Meninggal Saat Saksikan Gerhana Bulan Di Sarangan

Putri Pb Xii Gkr Retno Dumilah Meninggal Saat Saksikan Gerhana Bulan Di Sarangan

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 317 hits
Wanita yang juga mempunyai nama GKR Retno Dumilah meninggal dalam usia 67 tahun Almarhum meninggalkan 2 orang putra yakni KRMH Herjuno Suryo Wijoyo dan KRMH Aditya Surya Harbanu
Seorang Ulama Aceh Meninggal Dunia Ditabrak Pemotor Yang Sedang Touring

Seorang Ulama Aceh Meninggal Dunia Ditabrak Pemotor Yang Sedang Touring

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 389 hits
Seorang ulama Aceh bernama Waled Ibrahim Usman pimpinan Dayah Raudhatut Thalibah meninggal dunia pada usia 60 tahun karena ditabrak pengendara yang sedang touring Sabtu kemarin
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Bella Astilah Akhirnya Kamu Chord

Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas