Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam Rm2000


Belanjawan 2024: Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam RM2000
Antara pengumuman yang ditunggu-tunggu dalam Belanjawan 2024 hari ini tentunya adalah berkaitan kenaikan gaji untuk penjawat awam.
Ini kerana, sebelum ini media telah melaporkan bahawa Perdana Menteri pernah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menaikkan gaji penjawat awam dalam amaun yang kecil buat sementara waktu menerusi Belanjawan Madani 2024 sebelum kenaikan berkala bagi setiap 10 tahun diselesaikan selewat-lewatnya tahun depan.
Berikut dikongsikan update terkini dan perkhabaran tentang berita ini menerusi laporan media sebelum ini serta LIVE UPDATE Belanjawan 2024.
Sumber : Berita RTM Belanjawan 2024: Isu Kenaikan Gaji Penjawat Awam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan gaji penjawat awam sepatutnya telah naik sejak dua tahun lalu, namun tidak dilaksanakan kerajaan sebelum ini.
Jelasnya, mesyuarat bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini mengesahkan tidak ada sebarang langkah dibuat kerajaan terdahulu untuk melihat perkara tersebut termasuk mengadakan mesyuarat berkaitan perkara itu.
“Jadi bila kita adakan mesyuarat dan bila saya semak dengan JPA saya kata kenapa tidak ada mesyuarat lagi? Dia kata takda. Pada hal gaji penjawat awam ini tiap 10 tahun ikut keupayaan kita, kalau kita boleh naik sikit kena naik sebab inflasi tu naik juga sikit,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Geopark Discovery Centre, Langkawi pada 11 Ogos 2023.
Untuk rekod, kali terakhir kadar gaji penjawat awam dinaikkan adalah pada tahun 2013 iaitu 10 tahun lalu yang melibatkan pemberian kepada semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) mulai 1 Julai 2013, melibatkan kenaikan antara RM80 hingga RM320.
Kerajaan sewajarnya bersedia untuk menaikkan gaji penjawat awam dengan pelaksanaan kenaikan kadar gaji 8 peratus bagi gred 40 dan ke bawah dan 5 peratus bagi gred 41 hingga gred 54.
Kadar minimum kenaikan kadar gaji yang ditetapkan adalah sebanyak RM200. Perubahan kadar gaji ini juga akan turut melibatkan penyelarasan pencen pesara yang akan menikmati pencen bulanan yang lebih baik.
RASMI : Bayaran Insentif Awal RM2000 Untuk Penjawat Awam Belanjawan 2024: Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak terima Bayaran Insentif Awal RM2,000, dibayar akhir Februari 2024.
Insentif RM1000 pula diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Berita lanjut menyusul.
Cadangan CUEPACS – Kenaikan RM300, Bonus Minimum 1 Bulan Setengah Antara cadangan CUEPACS ialah menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300, bonus minimum satu bulan setengah yang kali terakhir diterima pada 2012 dan selepas itu hanya diberikan bantuan khas kewangan.
Diskaun sekurang-kurangnya 30 peratus bagi pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam dan meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan hingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen bakal diterima penjawat awam.
Ini antara permohonan sangat wajar bagi membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa.
Diharap Perdana Menteri juga dapat mengambil peluang ketika pembentangan belanjawan untuk menoktahkan polemik cadangan pemansuhan pencen penjawat awam sama ada membabitkan penjawat awam sedia ada mahupun baru dilantik. Kerajaan perlu mengumumkan secara terbuka pendirian dan keputusan terhadap isu ini.
Ini penting kerana masyarakat dan ahli politik hangat membahaskan isu ini hingga menimbulkan keresahan serta ketidakselesaan penjawat awam dan rakyat yang berminat menyertai perkhidmatan awam.
Skim pencen menjadi keistimewaan penjawat awam di negara ini tidak wajar dilihat sebagai bebanan kepada kerajaan, justeru tidak wajar dipertikaikan apatah lagi dicadang untuk dimansuhkan.
Semoga Belanjawan Madani 2024 menjadi peristiwa penting mengiktiraf sumbangan dan menyantuni harapan semua penjawat awam dengan menyediakan buah tangan sewajarnya sebagai suntikan semangat dan motivasi untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kerajaan, rakyat dan negara.
Walaupun berhadapan pelbagai kekangan, kerajaan perlu berusaha sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan dan harapan penjawat awam dalam belanjawan kali ini.
Sumber: RTM, Berita Harian
Baca juga :
STR Fasa 4 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran Belanjawan 2024 [LIVE Update] Senarai Intipati Bajet 2024 Ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial rasmi Berita RTM:
Portal Rasmi Berita RTM https://berita.rtm.gov.my Twitter Rasmi Berita RTM https://twitter.com/beritartm Facebook Rasmi Berita RTM https://www.facebook.com/BeritaRTM Instagram Rasmi Berita RTM https://www.instagram.com/beritartm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bayaran-insentif-awal-penjawat-awam/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bayaran-insentif-awal-penjawat-awam

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Insentif Awal Rm2 000 Untuk Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

Insentif Awal Rm2 000 Untuk Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 193 hits
Kerajaan ketika ini sedang menyiapkan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam PETALING JAYA Penjawat awam akan menikmati bayaran insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan awam sebanyak RM2 000 kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Beliau ...
Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Dalam Bajet 2024

Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Dalam Bajet 2024

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 314 hits
Dalam Belanjawan 2024 Malaysia Madani kerajaan ada mewar warkan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kepada semua kakitangan awam di seluruh negara Semoga segala penambahbaikan yang kerajaan beri dapat dimanfaatkan oleh hampir lebih 2 jut...
Bantuan Rm2000 Kepada Penjawat Awam Untuk Gred 56 Kebawah Serta Inisiatif Pekerja Swasta Dalam Pembentangan Bajet 2024

Bantuan Rm2000 Kepada Penjawat Awam Untuk Gred 56 Kebawah Serta Inisiatif Pekerja Swasta Dalam Pembentangan Bajet 2024

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 174 hits
bantuan rm2000 kepada penjawat awam Dalam pembentangan Bajet 2024 hari ini kerajaan akan salurkan bantuan RM2000 kepada penjawat awam tahun hadapan Kerajaan telah mengumumkan bahawa Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Aw...
Kelantan Penjawat Awam Mengaku Salah Curi Lembu Ingkar Arahan Polis

Kelantan Penjawat Awam Mengaku Salah Curi Lembu Ingkar Arahan Polis

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 177 hits
Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina nstp com myMOHD Balian mengaku bersalah atas dua pertuduhan termasuk mencuri lembu di Machang pada 25 September lalu FOTO Nik Abdullah Nik OmarKota Bharu Penjawat awam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret d...
Selamat Hari Ulangtahun Yang Ke 21 Tahun Kerjaya Sebagai Penjawat Awam

Selamat Hari Ulangtahun Yang Ke 21 Tahun Kerjaya Sebagai Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 229 hits
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah pada 1 Oktober 2023 maka genaplah 21 tahun saya berkhidmat sebagai seorang penjawat awam yang memegang gelaran pembantu pustakawan Pelbagai peristiwa gembira dan sedih dalam menjalani kerjaya yang saya saya...
Selepas Kejayaan Prk Di Johor Penjawat Awam Mula Sokong Ph Bn

Selepas Kejayaan Prk Di Johor Penjawat Awam Mula Sokong Ph Bn

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 160 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI SITI Kejayaan dua calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil di Simpang Jeram dan Pulai bulan lalu memberi indikasi penjawat awam cenderung menyokong gabungan itu dan Barisan Nasional Presiden AMANAH Datuk...
Cara Login Tempahan Online Rumah Peranginan Persekutuan Yang Mempunyai 3 Jenis Disediakan Kepada Penjawat Awam

Cara Login Tempahan Online Rumah Peranginan Persekutuan Yang Mempunyai 3 Jenis Disediakan Kepada Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 186 hits
Cara Login Tempahan Online Rumah Peranginan Persekutuan yang Mempunyai 3 Jenis Disediakan Kepada Penjawat Awam 14 Kerajaan Malaysia sentiasa mengutamakan kesejahteraan penjawat awam yang berkhidmat dengan setia Oleh itu telah diwujukan inis...
Setiap Kali Bila Penjawat Awam Dapat Bonus

Setiap Kali Bila Penjawat Awam Dapat Bonus

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 145 hits
1 Setiap kali bila dalam Bajet atau Belanjawan Negara diumumkan Bantuan Khas kepada penjawat awam ramai orang yang bukan pekerja kerajaan tak puas hati Dia cakap asyik pekerja kerajaan je dapat bonus kami yang kerja swasta atau yang kerja s...
Pmx Mahu Kajian Gaji Penjawat Awam Disiapkan Segera

Pmx Mahu Kajian Gaji Penjawat Awam Disiapkan Segera

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 199 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama sebahagian kakitangan awam pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Okt ober 2023 di Puspanitapuri hari ini Foto BERNAMAKUALA LUMP...
In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment

Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden

Siapalah Punya Kerja

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb

14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Rumah Terbuka Tc Metal Care

Has Pn Behaved Ungentlemanly By Wanting To File A Petition After Its Face Losing Defeat In Kkb S By Election

Box Bag Crochet

Pinup Casino Peru Casino En L Nea Pin U

Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik

Rizky Febian Feat Mahalini Bermuara Chord