Bayaran Guru Takmir Kafa Imam Adalah Bantuan Berbentuk Elaun Bukan Gaji Tetap


Bayaran Guru Takmir, KAFA & Imam Adalah Bantuan Berbentuk Elaun, Bukan Gaji Tetap
Bayaran kepada guru takmir, guru KAFA dan imam adalah bukan gaji tetap sebaliknya merupakan bantuan berbentuk elaun.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau menjawab soalan Hassan Saad (PN-Baling) iaitu sama ada kerajaan bercadang untuk melaksanakan kenaikan elaun guru takmir kepada RM1,200 sebulan bagi memperkasa ilmu dan kefahaman agama Islam kepada seluruh masyarakat.
Jelas Zulkifli, kerajaan sentiasa mengambil perhatian terhadap pemerkasaan ilmu dan kefahaman agama Islam kepada seluruh masyarakat.
Sebagai menghargai peranan guru takmir, guru KAFA dan imam, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan elaun kepada mereka sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam menyampaikan  ilmu agama kepada masyarakat.
BACA JUGA: Elaun Minimum Guru KAFA Di Selangor Diseragamkan RM1,500 Sebulan Bermula Tahun Depan “Elaun guru takmir, guru KAFA dan imam tidak dikira sebagai gaji tetap tetapi sebaliknya merupakan satu bentuk dan inisiatif bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan.
“Inisiatif ini sebagai usaha untuk membantu meringankan beban dan menjaga kebajikan mereka yang berkhidmat di peringkat akar umbi.
“Bagi guru takmir, setakat ini seramai 4,752 guru takmir berkhidmat di seluruh negara. Guru takmir dilantik secara sambilan, bayaran dibuat mengikut jumlah kelas pengajaran, kadar semasa adalah sebanyak RM100 bagi setiap kelas.
“Sebelum ini, maksimum tuntutan yang boleh dibuat adalah sebanyak RM800 tetapi kerajaan telah menaikkan kepada RM900. Bukan itu sahaja, kerajaan telah menaikkan kuota guru takmir daripada 4,000 kepada 5,000 orang,” katanya.
Ujarnya lagi, sehingga kini seramai 34,284 orang guru KAFA sedang berkhidmat di seluruh negara.
Guru KAFA ini menerima elaun sebanyak RM1,100 sebulan dan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Selain itu, kerajaan juga menambah lagi iaitu PERKESO dan KWSP.
“Kadar elaun guru KAFA ini telah disemak beberapa kali secara berperingkat sejak dari pelaksanaan pada tahun 1990. Pada tahun 1990, bayaran hanya RM168 sahaja dan ia telah disemak dan telah dinaikkan pada tahun 2023 dari RM1,000 kepada RM1,100 sebulan,” katanya.
Berhubung elaun bulanan imam, dari segi kronologi, kerajaan persekutuan telah menyambung imbuhan bulanan ini melalui beberapa siri penambahbaikan. Bagi tahun 2005, elaun RM450 sebulan telah dinaikkan pada tahun 2017 RM750 sebulan, kemudian dinaikkan lagi kepada RM850 sebulan. “Kerajaan turut mengambil maklum mengenai peningkatan kadar gaji minimum pada RM1,700. Walau bagaimanapun, perlu dijelaskan bahawa bayaran kepada guru takmir, guru KAFA dan imam bukan merupakan gaji tetap sebaliknya merupakan bantuan berbentuk elaun.
“Kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa meneliti dan membuat penilaian terhadap keperluan menaikkan kadar elaun guru takmir, guru KAFA dan imam berdasarkan kemampuan sokongan semasa negara serta keutamaan dalam pengurusan perbelanjaan kerajaan,” tegasnya lagi.

Sumber: Parlimen Malaysia
The post Bayaran Guru Takmir, KAFA & Imam Adalah Bantuan Berbentuk Elaun, Bukan Gaji Tetap appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/11/bayaran-guru-takmir-kafa-imam-adalah-bantuan-berbentuk-elaun-bukan-gaji-tetap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Woii Lebai Qazaf Baik La Hang Bela Gaji Guru Oasti Tunjuk Lah Berjuang Ekonomi Penyokong Senxiei

Woii Lebai Qazaf Baik La Hang Bela Gaji Guru Oasti Tunjuk Lah Berjuang Ekonomi Penyokong Senxiei

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 393 hits
PAS jangan hanya pandai berpidato soal ekonomi rakyat sedangkan di depan mata sendiri guru guru PASTI terus dibayar elaun rendah yang tidak sepadan dengan jasa mereka Ekonomi bukan sekadar angka di pentas ceramah Jika benar mahu perjuangkan...
Gaji Rm700 Kepada Guru Pasti Langgar Undang Undang

Gaji Rm700 Kepada Guru Pasti Langgar Undang Undang

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 201 hits
Predeep NambiarKUALA LUMPUR Seorang Ahli Parlimen kerajaan menyifatkan tidak adil kepada lebih 9 500 guru di pra sekolah kendalian PAS hanya menerima elaun antara RM600 hingga RM700 jauh di bawah kadar gaji minimum Nik Nazmi Nik Ahmad berka...
Pembatalan Konsert Adalah Perkara Biasa

Pembatalan Konsert Adalah Perkara Biasa

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 241 hits
Susulan pembatalan Konsert Tsumawi Mawi World pengacara terkenal Datuk Aznil Hj Nawawi menitipkan kata kata semangat kepada penyanyi Mawi Artikel Berkaitan Penanda aras Menerusi perkongsian di platform Threads Aznil atau mesra disapa Pak Ni...
Apakah Benar Ikan Adalah Makanan Untuk Otak Cerdas

Apakah Benar Ikan Adalah Makanan Untuk Otak Cerdas

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 384 hits
Otak adalah pusat kendali tubuh yang berperan penting dalam berpikir mengingat dan mengendalikan berbagai aktivitas Agar otak dapat berfungsi optimal nutrisi yang tepat sangat diperlukan terutama sejak usia dini Salah satu makanan yang seri...
Blog Ini Adalah Luahanku

Blog Ini Adalah Luahanku

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 238 hits
Blog Ini Adalah Luahanku Kerana tidak semua rasa boleh dikatakan tapi boleh dituliskan Blog ini bukan sekadar laman sesawang biasa Ia rumah bagi segala yang aku simpan dalam diam Segala yang tak terluah dengan suara aku titipkan dengan aksa...
Israel Gempur Bandar Gaza 123 Termasuk Pencari Bantuan Terbunuh Dalam 24 Jam

Israel Gempur Bandar Gaza 123 Termasuk Pencari Bantuan Terbunuh Dalam 24 Jam

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 392 hits
Sekurang kurangnya 123 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam akibat serangan udara dan darat Israel di kawasan padat penduduk di Gaza Gambar fail GAZA Sekurang kurangnya 123 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam terakhir susul...
Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia