Bayar Fidyah Secara Online


Bayar Fidyah Secara Online | Selesaikan pembayaran fidyah segera secara online. Ramai yang bertanya tentang bayaran fidyah terutama dari kalangan ibu mengandung, ibu yang menyusukan anak dan orang tua yang uzur belum sempat menggantikan puasa ataupun tidak berkemampuan melaksanakan ibadah puasa. Jom sama-sama kita fahami beberapa perkara berkaitan fidyah dan panduan pembayarannya. 

*a) Apa Maksud Qada' Puasa?*Qada' puasa ialah menggantikan puasa Ramadan yang tertinggal atas sebab-sebab tertentu

*b) Apa Maksud Fidyah?*Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya
*c) Apakah Hukum Membayar Fidyah?*Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan

*d) Apakah Sebab-Sebab Dikenakan Fidyah?*
1. Meninggalkan puasa kerana tua
Orang tua yang tidak mampu berpuasa dan jika mereka berpuasa akan memudaratkan dirinya sendiri dan kesihatan tubuh badannya

2. Meninggalkan puasa kerana sakit kronik
Orang yang sakit berpanjangan dan tidak diharapkan boleh sembuh berdasarkan pengesahan doktor perubatan

3. Meninggalkan puasa kerana hamil
Wanita yang bimbang akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Mereka hendaklah membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan

4. Meninggalkan puasa kerana menyusukan Anak
Ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Mereka hendaklah membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan

5. Meninggalkan puasa kerana musafir atau sakit dan tidak qada’ puasa pada tahun ia ditinggalkan
Musafir dan Pesakit yang tidak menggantikan (qada’) puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib menggantikan (qada’) puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan

6. Melambatkan ganti puasa (qada’)
Mereka yang melambat-lambatkan ganti (qada’) puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadan) dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan

7. Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat

*e) Bagaimana Kiraan Fidyah?*Kiraan fidyah dihitung dari berapa banyak hari puasa Ramadan yang ditinggalkan. 1 hari bersamaan 1 cupak

Contoh:(Hari yang ditinggalkan) X (1 Cupak) = FIDYAH
*f) Berapa Kadar Fidyah?* Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak 1 cupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya

Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Selangor sehingga tahun 2019, iaitu secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM 1.80

Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Hanya masukkan jumlah keseluruhan puasa yang ditinggalkan

*g) Bagaimana Membuat Bayaran Fidyah?* Di Selangor terdapat dua kaedah pembayaran fidyah iaitu melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau Lembaga Zakat Selangor (LZS MAIS).  
Pada masa PKP ini, bayaran boleh dibuat secara atas talian iaitu:
1. Majlis Agama Islam Selangor: Klik: http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php
2. Lembaga Zakat SelangorKlik: https://fpx.zakatselangor.com.my/v2/
Kedua-dua bayaran ini sama ada melalui MAIS atau LZS MAIS akan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Harta Baitulmal sebelum diagihkan kepada fakir miskin. 
Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu kita melunaskan hutang kita dengan Allah Ta'ala. 
Ramadan Kareem! Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

Sumber; Sektor BaitulmalMajlis Agama Islam Selangor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2020/04/bayar-fidyah-secara-online.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Bayar Fidyah Online Seluruh Negeri Di Malaysia

Cara Bayar Fidyah Online Seluruh Negeri Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 1036 hits
Cara Bayar Fidyah Online Seluruh Negeri di Malaysia Dah nak puasa pasti ada yang tak sempat nak puasa ganti habis Terutama ibu ibu yang keuzuran ataupun orang tua yang memang tak mampu puasa Jadi golongan yang tak mampu puasa ganti habis wa...
3 Cara Bayar Zakat Fitrah Online Johor 2020

3 Cara Bayar Zakat Fitrah Online Johor 2020

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 1047 hits
Bagaimana cara bayar zakat Fitrah online Johor untuk Ramadhan 2020 ni Kita faham sekarang negara kita dalam tempoh PKP dan tidak boleh kontak rapat secara lansung bersalaman antara satu sama lain Jadi cara bayar zakat fitrah online Johor in...
Waktu Bayar Fidyah Bagi Orang Tua Orang Sakit Yang Tidak Mampu Puasa

Waktu Bayar Fidyah Bagi Orang Tua Orang Sakit Yang Tidak Mampu Puasa

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 493 hits
Bila dan bagaimana cara bayar fidyah bagi orang tua dan orang sakit yang tiada harapan sembuh Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Orang yang sakit...
Bayar Zakat Fitrah Secara Online Maidam

Bayar Zakat Fitrah Secara Online Maidam

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 504 hits
KUALA TERENGGANU 21 April Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu menggalakkan rakyat di negeri itu untuk membayar zakat fitrah secara online atau atas talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dalam satu kenyataan kelmarin ...
Zakat Fitrah Bayar Online Normal Baharu Bagi Kita Ini Apa Yang Perlu Kita Tahu

Zakat Fitrah Bayar Online Normal Baharu Bagi Kita Ini Apa Yang Perlu Kita Tahu

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 392 hits
Zakat Fitrah Bayar Secara Online Berikutan permasalahan yang dilalui seluruh negara masa kini Jabatan Wakaf Zakat dan Haji dari Jabatan Perdana Menteri telah memperincikan cara terkini mengenai kaedah kutipan zakat fitrah bagi tahun ini yan...
Kerajaan Terengganu Bayar Elaun Runner Bazar Online

Kerajaan Terengganu Bayar Elaun Runner Bazar Online

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 395 hits
Dr Alias Razak KUALA TERENGGANU 10 April Kerajaan Terengganu akan membayar elaun khas kepada penghantar makanan di sepanjang Bazar Ramadan Online berlangsung Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar nege...
Bayar Zakat Fidyah Dalam Talian Tepati Hukum Syarak

Bayar Zakat Fidyah Dalam Talian Tepati Hukum Syarak

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 494 hits
Umat islam digalak membayar zakat fitrah secara dalam talian memandangkan ia lebih mudah dan selaras dengan pematuhan perintah kawalan pergerakan Menurut Setiausaha Kehormat Panel Undang Undang Majlis Dakwah Negara Dr Nurul Haq Shahrir kaed...
Betul Ke Ibu Hamil Menyusu Boleh Bayar Fidyah Sahaja Tanpa Qadha Puasa Ini Penjelasan Mufti

Betul Ke Ibu Hamil Menyusu Boleh Bayar Fidyah Sahaja Tanpa Qadha Puasa Ini Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 365 hits
Wanita yang hamil dan menyusukan bayi memerlukan tenaga yang banyak untuk meneruskan aktiviti seharian Mereka bukan sahaja perlu memastikan pengambilan makanan berkhasiat cukup untuk diri sendiri namun untuk bayi di dalam kandungan juga Ket...
Bayar Zakat Fitrah Online

Bayar Zakat Fitrah Online

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 766 hits
Ramadan ini tak perlu keluar rumah untuk membayar zakat fitrah Bayar melalui
Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Dapurhack Trik Mudah Kurangkan Masin Ikan Kering Confirm Mak Mertua Puji

Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Menziarahi Pusara Akiko Okumura Di Tanah Perkuburan Usj 22 Subang Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Tahu Nak Gelak Ke Nangis Intan Najuwa Dedah Aksi Spontan Suami Gunting Rambut Anak

Darjah Satu Tapi Stres Macam Spm Realiti Anak Kita Sekarang

Pandangan Tentang Orang Bodoh Dan Orang Pandai

Kadangkala Allah Pilih Seorang Dalam Keluarga Untuk Menjaga Orang Tua

Zafrul Biarlah Dia Pakai Baju Warna Apa Pun

Kurma Muda