Bayar Dividen Atau Henti Operasi Ladang Sawit Penduduk Beritahu Felcra


 
Felcra Berhad dituntut membayar dividen kepada peserta di Skim Sekuau, Sibu, Sarawak dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini.PETALING JAYA: Felcra Berhad diberi kata putus menghentikan operasi ladang kelapa sawit atau membayar dividen kepada peserta dalam tempoh tujuh hari, kata Majlis Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Skim Sekuau, Sibu, Sarawak.
Pengerusinya, Henry Kanyan Vincent Rawing, berkata sejak memulakan operasinya kira-kira 25 tahun lalu di kawasan itu, Felcra hanya membayar dividen sebanyak empat kali kepada peserta terlibat.
“Felcra bahkan gagal membawa sebarang bentuk pembangunan ke kawasan Sekuau dan meningkatkan taraf ekonomi penduduk di Sekuau mahupun melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sebagaimana yang dijanjikan dahulu,” katanya pada sidang media turut dihadiri ketua rumah panjang terlibat.
Menurut laporan Bernama, laporan polis juga telah dibuat terhadap pihak pengurusan Felcra di Balai Polis Stapang, semalam, oleh seorang ketua rumah panjang, Tuai Rumah Labang Ayom yang mewakili 25 rakan sejawatnya bagi membolehkan siasatan dilakukan pihak polis, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak.
“Kami tidak mahu berunding kerana sudah banyak rundingan dilakukan sebelum ini, yang semuanya tidak mendatangkan apa-apa keputusan. Tahun lepas sahaja enam rundingan telah dilakukan,” kata Henry.
Skim penempatan itu yang terletak 47km dari Sibu, diwujudkan di bawah Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang (Rascom), pada 26 Mac 1972, bagi menentang aktiviti komunis pada waktu itu.
Henry ketika mengulas lanjut, turut mendakwa, Felcra memberikan alasan tidak membayar dividen kerana tiada keuntungan, dibebani hutang pembangunan, tidak mempunyai pekerja untuk menuai buah sawit segar dan tiada sebarang perjanjian dengan penduduk terlibat bahawa ia perlu membayar dividen kepada mereka.
“Itu bukan masalah kami. Apa yang kami tahu kami telah menyerahkan tanah untuk dibangunkan dan atas alasan tiadanya perjanjian antara kami dengan Felcra, maka Felcra perlu menghentikan operasi dengan serta-merta,” katanya.
Felcra dijadual membuat penanaman semula kelapa sawit di Sekuau pada tahun depan di kawasan tanah seluas 900 hektar.
Beliau berkata, hasil pertanyaan dengan pihak Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, mendapati tanah terlibat adalah milik rakyat di Sekuau dan jabatan itu tiada rekod bahawa Felcra menjalankan operasi perladangan kelapa sawit di situ.
Henry yang juga ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu menambah jika pihak Felcra tidak menghentikan operasinya maka peserta terlibat akan melakukan demonstrasi bantahan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/06/bayar-dividen-atau-henti-operasi-ladang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ladang Teh Dan Pendakian Ke Menara Pandang Di Agro Teknologi Mardi Cameron Highlands

Ladang Teh Dan Pendakian Ke Menara Pandang Di Agro Teknologi Mardi Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 214 hits
Assalammualaikum Dunia Weiii biar betui kat sini ada Ladang Teh Haaa betui tue Siap ada tempat proses teh sekali Muzium Teh tau Ladang teh Agro teknologi MARDI Cameron Highlands Panas kan Tapi udara nyer fresh Ni masa nak turun Heheheee See...
Melihat Operasi Pencarian Jurnalis Inggris Yang Hilang Di Hutan Amazon

Melihat Operasi Pencarian Jurnalis Inggris Yang Hilang Di Hutan Amazon

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 247 hits
Melihat Operasi Pencarian Jurnalis Inggris yang Hilang di Hutan Amazon Jurnalis Inggris Dom Phillips dan teman perjalanannya pakar suku pedalaman Bruno Pereira dilaporkan hilang saat meliput di bagian terpencil dan tanpa hukum di hutan huja...
Operasi Mesin Kiosk Ltat Ditamatkan

Operasi Mesin Kiosk Ltat Ditamatkan

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 210 hits
Bermula bulan Jun 2022 Lembaga Tabung Angkatan Tentera akan menamatkan operasi mesin mesin e kiosk yang terletak di dalam kem kem ATM di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak Proses ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut n...
China Ingin Jadikan Angkasa Lepas Sebagai Ladang Solar Bumi Baharu

China Ingin Jadikan Angkasa Lepas Sebagai Ladang Solar Bumi Baharu

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 255 hits
Kita biasanya melihat ladang solar dipasang di kawasan gurun ataupun di daratan Terkini China sedang menjalankan ujian untuk menjadikan angkasa lepas sebagai ladang solar Bumi baharu Para saintis di China dilaporkan telah berjaya menguji te...
Harga Sawit Di Daerah Masih Anjlok Meski Larangan Ekspor Cpo Dicabut

Harga Sawit Di Daerah Masih Anjlok Meski Larangan Ekspor Cpo Dicabut

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 198 hits
146 kabupaten kota dari 22 provinsi mulai dari Aceh hingga Papua harga TBS Petani sudah semakin anjlok
Karyawan Pabrik Sawit Di Bengkalis Mengaku Disekap Petugas Ini Penjelasan Klhk

Karyawan Pabrik Sawit Di Bengkalis Mengaku Disekap Petugas Ini Penjelasan Klhk

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 159 hits
Selain disekap karyawan pabrik sawit juga mengaku dipaksa untuk tanda tangan surat penyitaan aset
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya

Eaaci Melancarkan Kempen Kesedaran Alergi Antibiotik Global

Badan Greges Tapi Tidak Demam Ini Penyebabnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lautan Manusia Di Kompleks Sukan Keningau Malam 11 08 2025 Justice For Zara

Feruni Farah Mohan Loka Made Cipta Kelainan Jubin Melalui The Transformative Power Of Art

The Conjuring Last Rites Penghujung Satu Legasi Seram

Sal Priadi Malang Suantai Sayang Chord

Belanjawan 2026 Tarikh Pembentangan Jangkaan Intipati

Solidariti Rakyat Laungan Justice For Zara Bergema Di Tengah Kuala Lumpur