Bayan Lepas Terlepas Ini Semua Salah Mahiaddin Yang Tidak Benar Benar Mengutamakan Pas




Meskipun Pas melalui Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hasan sudah meminta maaf dan menyatakan parti itu tidak merestui tindakan menghalau Presiden Gerakan, Dominic Lau dalam satu program kempen PN di Tasik Gelugor dua hari lalu, perbuatan mereka itu secara umumnya adalah sesuatu yang boleh difahami dan munasabah sifatnya.


Segala-galanya berpunca kerana ada ahli-ahli Pas tidak puas hati apabila Lau diletakkan bertanding di Dun Bayan Lepas, satu kawasan majoriti Melayu di Pulau Pinang pada PRN ini.


Lau sendiri dikatakan memang mengidam kawasan tersebut kerana merasakan ia kawasan yang selamat dan mudah menang baginya.


Gerakan adalah sebuah parti pelbagai kaum yang didominasi kaum Cina yang kedudukannya mirip seperti DAP.


Maka, kenapa Gerakan sibuk nak bertanding di kawasan Melayu?


Bukankah peranannya ialah untuk berlawan dengan DAP dan bertanding di kawasan Cina?


Dengan komposisi pengundi Melayu di Bayan Lepas adalah kira-kira 65 peratus, malah sejak kawasan berkenaan wujud pada 1959 lagi, majoriti Adunnya adalah Melayu, kecuali pada PRU7, PRU8 dan PRU9 diwakili oleh wakil rakyat kaum Cina daripada Gerakan dan pada PRU10 diwakili MCA, memang logiknya kawasan itu wajar ditandingi wakil Melayu pada PRN kali ini.


Dalam hal ini, disebabkan Pas agak berpengaruh dan buat kerja di situ, maka Paslah yang sepatutnya bertanding.


Tambahan lagi sejak PRU11, PRU12, PRU13 dan PRU14, wakil rakyat yang terpilih adalah Melayu belaka.


Kenapa sekarang PN mahu memberikan kerusi itu kepada Lau daripada Gerakan?


Kenapa tidak diletakkan calon Melayu di Bayan Lepas dan biarkan Gerakan sebagai parti pelbagai kaum yang didominasi kaum Cina, berlawan dengam DAP di kerusi-kerusi majoriti Cina?


Apatah lagi, PH pun meletakkan calon Melayu dengan mempertaruhkan semula Adun sedia ada, Azrul Mahathir Aziz mempertahankan kerusinya di Bayan Lepas.


Jadi, di mana logiknya PN memilih Lau diletakkan di Bayan Lepas?


Tidak lain, yang bersalah di sini ialah Mahiaddin Md Yasin selaku Pengerusi PN yang gagal mempertahankan kepentingan Melayu dalam membuat keputusan, sebaliknya lebih memberi muka kepada Gerakan berbanding Pas.


Kalau Mahiaddin benar-benar mengutamakan Pas dan sedar kebangkitan gelombang hijau adalah penyumbang kekuatan PN, perkara ini pasti boleh dielakkan.


Kepada penyokong Pas di Bayan Lepas yang kecewa kerana kerusi itu diserahkan kepada Gerakan, tak perlu rasanya ditunjuk ajar apa yang perlu dilakukan pada 12 Ogos nanti.


Pokoknya, jika Lau menang, bakal selama-lamanyalah, selagi Gerakan bersama PN, kerusi itu akan menjadi warisan turun temurun buat mereka.


Selama-lamanyalah juga Pas akan melopong dan melepas.


Hanya jika Lau kalah sajalah yang boleh membuka peluang kepada Pas memperolehi semula kerusi Bayan Lepas dalam PRU seterusnya pada lima tahun akan datang nanti. – ShahbudinHusiin 04/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/bayan-lepas-terlepas-ini-semua-salah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyokong Pas Dun Bayan Lepas Kena Kencing

Penyokong Pas Dun Bayan Lepas Kena Kencing

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 289 hits
PAS ajak ahli lihat parti gabungan PN sebagai kawan bukan musuhMalaysiakiniPAS sekali lagi mengingatkan ahli dan pemimpinnya agar walak kepada keputusan parti dan tidak melawan arahan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli...
Bayan Lepas Pas Threatens Boycott Against Gerakan President

Bayan Lepas Pas Threatens Boycott Against Gerakan President

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 166 hits
Gerakan president Dominic Lau is facing further resistance from PAS members in Penang against him contesting in Malay seats Bayan Lepas PAS members staged a protest against the Perikatan Nasional leader threatening to boycott him if he cont...
Lepas Dipinggir Pas Kempen Dominic Lau Dibantu Zuraida

Lepas Dipinggir Pas Kempen Dominic Lau Dibantu Zuraida

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 164 hits
MalaysiakiniDi saat dia seperti dipinggirkan dalam program ceramah di Tasek Gelugor Pulau Pinang malam tadi program kempen Presiden Gerakan yang juga calon PN di Bayan Lepas Dominic Lau mendapat sokongan bekas menteri Zuraida Kamaruddin Men...
Semua Orang Ada Sejarah Pas Sedia Terima Dr M Selepas Berubah

Semua Orang Ada Sejarah Pas Sedia Terima Dr M Selepas Berubah

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 121 hits
Dr Mahathir Mohamad membuat kemunculan sulung di pentas Perikatan Nasional malam tadi PETALING JAYA PAS sedia menerima bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sudah berubah dalam konteks perjuangannya kata Naib Presidennya Mo...
Cita Cita Pas Menang Semua 10 Kerusi Dun Pulau Pinang

Cita Cita Pas Menang Semua 10 Kerusi Dun Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 263 hits
PAS nampaknya memasuki gelanggang PRU15 peringkat DUN Pulau Pinang dengan keyakinan usaha keras jenteranya akan membuahkan hasil apabila menyasarkan menang di semua 10 kerusi ia tandingi Kita mahu 10 0 kita tidak mahu overconfident tapi kit...
In Bayan Lepas Locals View Azrul As More Than Lau S Opponent

In Bayan Lepas Locals View Azrul As More Than Lau S Opponent

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 280 hits
STATE POLLS At dusk on Tuesday the normally quiet Taman Perda in Penang roars with life as night market vendors set up for business This time things are slightly different Some 20 activists in Pakatan Harapan uniforms are dining at a restau...
Dakwaan Terdapat Bantuan Kewangan Rm750 Kepada Semua Rakyat Malaysia Adalah Tidak Benar

Dakwaan Terdapat Bantuan Kewangan Rm750 Kepada Semua Rakyat Malaysia Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 332 hits
SEBENARNYA Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat Informasi yang tular di laman sosial berkenaan Bantuan Kewangan RM750 adalah palsu Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai bantuan
Kelantan Semua Layak Jadi Mb Tunggu Lepas Prn Ahmad Yakob

Kelantan Semua Layak Jadi Mb Tunggu Lepas Prn Ahmad Yakob

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 175 hits
Hazira Ahmad Zaidiam hmetro com myKota Bharu Pas Kelantan menegaskan setakat ini belum ada bayangan berhubung calon Menteri Besar yang akan dipilih selagi Pilihan Raya Negeri belum selesai Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata pe...
Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Mural By The One Academy

Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ego Dan Rumahtangga Jangan Sampai Periuk Nasi Retak

Cara Buat Duit Dengan Canva

Diet Kurus Yang Betul

Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj