Bayam Brazil Jenis Sayuran Yang Mudah Hidup Dan Cepat Tuai Hasilnya Seawal 3 Minggu
As Salam,Bayam Brazil Jenis Sayuran Yang Mudah Hidup Dan Cepat Tuai Hasilnya Seawal 3 Minggu-Saya mempunyai kisah tersendiri bagaimana Bayam Brazil atau Spinich Brazilian ini menjadi dorongan kuat bagi saya untuk meminati dunia perkebunan.Korang boleh tengok entri saya sebelum ini tentang gigihnya saya mendapatkan anak benih bayam brazil yang sangat viral dalam kalangan pekebun tanaman sayuran di Malaysia
Bayam Brazil yang sedang saya usaha menanam dan mengusahakannya supaya dapat hidup subur dan menghijau
Mengapa saya katakan sayuran Bayam Brazil ini mudah hidup ?Saya nyatakan ini bersandarkan kepada pengalaman sendiri yang mulai menanam bayam brazil ini daripada keratan batangnya dengan ditanam sementara dalam botol berisi air. Mengikut pemerhatian dan pengamatan saya, Bayam Brazil ini akan cepat tumbuh dan mengeluarkan daun apabila mendapat air yang mencukupi atau ditanam dalam medium yang sentiasa lembap
Keratan batang Bayam brazil ketika saya menanamnya dalam botol berisi air.Ketika ini usianya dalam 3 hari selepas saya mendapat keratan batang di sebuah Homestay di Sungai Besar
Bayam Brazil pada hari pertama saya pindahkan dari botol berisi air kepada medium tanah dengan keluasan tanah yang lebih besar
Bayam brazil selepas dua minggu dipindahkan atas tanah.Kita boleh lihat pertumbuhan daun yang lebih besar, lebih banyak dan hijau.Saya harap daun bayam brazil saya akan dapat dituai pada minggu ketiga pertumbuhannya.aamin
Walaupun pada anggapan saya tanaman ini sudah viral seantaero Malaya, saya dapati masih ada yang tidak mengenali jenis sayuran berdaun ini dan bertanya bagaimana untuk menanamnya atau mendapatkan benihnya
Sayuran Bayam Brazil yang subur dan daunnya menghijau kerana mendapat air dan cahaya matahari yang mencukupi.Cara membajanya juga sangat mudah sama ada dengan baja AB atau baja organik menggunakan siraman air beras dan lain-lain
Tanaman ini juga mudah membiak jika kerap dipetik pucuk atau daunnya yang muda
Untuk makluman anda yang mungkin belum tahu, bayam brazil ini boleh ditanam hanya dengan mencucuk batangnya di atas tanah, dan mendapat air mencukupi serta cahaya matahari yang tidak terlalu direct. Saya pula memilih menanam dengan kaedah menumbuhkan akar dalam air terlebih dahulu, kemudian barulah ditanam atas tanah
Kita digalakkan memetik daunnya dengan mengunting terus dahannya supaya tumbuh tunas baru yang lebih banyak dan subur
Selain itu, jika mahu pokoknya rimbun dan bertunas dengan lebih banyak,kita hendaklah rajin memetik pucuk atau daunnya yang muda untuk dibuat ulam, sayuran lemak atau goreng belacan atau digoreng dengan tepung
Saya kongsikan dalam entri terdahulu bagaimana saya menanam Bayam Brazil di sini :Cara Mudah Tanam Bayam Brazil dalam bekas berisi air.Cara Tanam Bayam Brazil ke Medium Tanah Supaya Lebih Subur
Selamat menanam Bayam Brazil, semoga berjaya dengan apa jua tanaman sayuran pilihan anda:)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/04/bayam-brazil-jenis-sayuran-yang-mudah.html