Bau Lpg Dikesan Di Sekolah Yang Terlibat Dalam Pencemaran Udara Semalam


Petang semalam kita dikejutkan dengan perkhabaran duka sekali lagi dari daerah Pasir Gudang apabila seramai 15 orang pelajar Sekolah Agama Taman Mawar mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas dipercayai berlaku akibat dari pencemaran udara.
Terbaru, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon menyatakan bahawa ketika berlaku pencemaran udara semalam, ia dikatakan berbau seperti Liquefied Petroleum Gas (LPG).
Beliau berkata bau itu dikesan pihak sekolah sejak tiga hari lepas dan kemudian memaklumkannya kepada pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).
Berikutan makluman itu, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dan Johor Bahru; Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor dan agensi-agensi lain telah digegaskan ke tempat kejadian untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat dan kerja ‘detomination’ di tempat kejadian dengan kadar segera.
Bagaimanapun, selepas pemantauan kualiti awal udara dilaksanakan, didapati tiada bau tersebut dikesan di tempat kejadian, katanya dalam satu kenyataan.
“Menurut pemantauan kualiti awal udara oleh pihak JAS dan Pasukan HAZMAT, parameter bagi elemen seperti karbon monoksida, hidrogen sulfida dan Volatile Organic Compound (VOC) adalah sifar. Bacaan oksigen di tempat kejadian adalah 21.2 ppm dan ini bermaksud kualiti udara di tempat kejadian adalah normal dan terkawal,” katanya.
Gambar : Info Roadblock JPJ/Polis Tan berkata pihak JAS kemudiannya melakukan pemantauan kualiti udara di empat ‘point’ dengan frekuensi empat jam sekali.
“Pihak JAS, pasukan HAZMAT dan agensi lain akan meneruskan pemantauan udara di kawasan sekolah terlibat. Pada masa yang sama, pemantauan dalam radius dua kilometer dari sekolah turut dilakukan, selain mengaktifkan satu jawatankuasa saintifik bagi menjalankan siasatan dan mengenal pasti punca pencemaran,” katanya.
Dalam kejadian petang semalam, seramai 13 murid berusia antara tujuh hingga 12 tahun dan dua kakitangan dari Sekolah Agama Taman Mawar dan Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4 telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan selepas mengalami simptom muntah-muntah serta sesak nafas akibat terdedah kepada pencemaran itu.
Ini adalah kejadian kedua melibatkan pencemaran udara di Pasir Gudang.
Pada 7 Mac lepas, hampir 6,000 penduduk di kawasan sama terjejas akibat pencemaran udara daripada pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim. Pencemaran tersebut turut mengakibatkan 111 buah sekolah ditutup sementara.
Sumber : BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/21/bau-lpg-dikesan-di-sekolah-yang-terlibat-dalam-pencemaran-udara-semalam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Murid Kakitangan 2 Sekolah Jadi Mangsa Pencemaran Udara

Murid Kakitangan 2 Sekolah Jadi Mangsa Pencemaran Udara

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 265 hits
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kebudayaan dan Warisan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar KUALA LUMPUR Seramai 15 mangsa terdiri daripada 13 murid dan dua kakitangan sekolah dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru selepas dikesan menja...
Kementerian Pendidikan Malaysia Arah Tutup Sekolah Insiden Pencemaran Bau Pasir Gudang

Kementerian Pendidikan Malaysia Arah Tutup Sekolah Insiden Pencemaran Bau Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 469 hits
Berikutan pencemaran bau yang dikesan pada pukul 6 30 petang semalam pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil langkah untuk menutup semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sekitar daerah Pasir Gudang Tinda...
Pencemaran Udara Di Pasir Gudang Lima Sekolah Diarah Tutup Hari Ini Hingga Isnin

Pencemaran Udara Di Pasir Gudang Lima Sekolah Diarah Tutup Hari Ini Hingga Isnin

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 444 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Pencemaran Udara Terbaru Di Pasir Gudang Jejas Sebuah Lagi Sekolah

Pencemaran Udara Terbaru Di Pasir Gudang Jejas Sebuah Lagi Sekolah

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 434 hits
JOHOR BAHRU 20 Jun Kejadian pencemaran udara yang dilaporkan berlaku di Sekolah Agama Taman Mawar Pasir Gudang petang tadi turut menjejaskan sebuah lagi sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4 Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kebuda...
Kementerian Kesihatan Siap Sedia Bencana Pencemaran Udara Berulang

Kementerian Kesihatan Siap Sedia Bencana Pencemaran Udara Berulang

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 348 hits
Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan bencana pencemaran udara di Pasir Gudang Johor boleh berulang JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERI...
Pencemaran Udara Sesi Persekolahan Smk Taman Nusa Damai Ditangguhkan

Pencemaran Udara Sesi Persekolahan Smk Taman Nusa Damai Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 874 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Pencemaran Udara Lagi Pelajar Muntah Dan Pengsan

Pencemaran Udara Lagi Pelajar Muntah Dan Pengsan

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 257 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Pencemaran Udara Di Taman Mawar Tiada Kaitan Dengan Kes Pembuangan Sisa Kimia

Pencemaran Udara Di Taman Mawar Tiada Kaitan Dengan Kes Pembuangan Sisa Kimia

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 338 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Pencemaran Udara Berulang Apa Tindakan Pihak Berkuasa

Pencemaran Udara Berulang Apa Tindakan Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 339 hits
PPIM masih menerima aduan mangsa alami komplikasi perubatan BANGI Persatuan Pengguna Islam Malaysia kesal dengan pihak berkuasa negeri dan Persekutuan susulan insiden pencemaran gas yang berlaku di Pasir Gudang Johor semalam Ketua Aktivisny...
Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Unit Trust Patuh Syariah Panduan Memulakan Pelaburan Dari Rm100

Ju Haknyeon Didepak Dari The Boyz Oleh Agensi Begini Kronologinya

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord

Hiburan Pernah Ke Kami Bertindak Kosong Caprice Dakwa Ada Bukti Naim Daniel Terlibat Kes Amang Seks Al

Ranking Universiti Malaysia Terbaik Di Dunia 2026

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Ustaz Azhar Idrus Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Pesan Jangan Letak Harapan Tinggi Tiada Yang Sempurna

Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib

Pas Sudah Melupakan Shahidan Kassim Annuar Musa

Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment

Friday Notes From The Quran Declaring This Halal And Declaring That Haram