Batu Permata Bukan Sekadar Batu Berwarna Warni Ketahui Tips Membeli Barangan Kemas Bertatahkan Batu Permata


BATU PERMATA BUKAN SEKADAR BATU BERWARNA WARNI: KETAHUI TIPS MEMBELI BARANGAN KEMAS BERTATAHKAN BATU PERMATA | Trend barangan kemas yang dihiasi dengan keunikan batu permata berwarna-warni semakin mendapat tempat di hati pencinta barangan kemas. Batu permata dibahagikan kepada dua kategori iaitu ‘precious stone’ yang terdiri daripada batu permata popular yang mempunyai permintaan tinggi dari serata dunia iaitu safir, zamrud, delima dan berlian. Selain daripada batu permata utama ini, terdapat juga batu permata daripada kategori ‘semi-precious’ seperti kecubung (amethyst), turmalin (tourmaline), topaz, citrine dan opal.



BATU PERMATA BUKAN SEKADAR BATU BERWARNA WARNI: KETAHUI TIPS MEMBELI BARANGAN KEMAS BERTATAHKAN BATU PERMATASebelum membeli barangan kemas bertatahkan batu permata, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan agar dapat memberikan kepuasan dan keselesaan semasa memakai. Berikut merupakan beberapa tips berguna untuk anda yang baru sahaja berjinak-jinak dalam membeli barangan kemas bertatahkan batu permata:
KENALI JENIS BATU PERMATA DAN WARNA YANG ADASetiap batu permata adalah unik dan tidak akan serupa antara satu sama lain. Contohnya seperti permata zamrud hijau yang merupakan antara batu permata dalam kumpulan ‘Beryl’ selain daripada permata aquamarin biru dan morganit merah jambu. Ia pertama kali dijumpai di Mesir dan dikatakan menjadi batu permata kesukaan Ratu Cleopatra. Batu permata dari kumpulan batu permata berharga atau dikenali sebagai ‘precious stone’, zamrud mempunyai kekerasan setinggi 7.5 ke 8 mengikut skala Mohs dan ianya hanya boleh ditemui di beberapa tempat di dunia seperti Colombia, Brazil, Zimbabwe, Zambia dan Afganistan. Hal ini demikian kerana untuk menghasilkan permata zamrud, ianya memerlukan persekitaran dan mineral yang tertentu di dalam tanah.Bagi batu permata delima dan safir, ianya tergolong dalam kumpulan yang sama iaitu korundum serta mempunyai kekerasan pada skala 9 menurut skala Mohs. Istimewanya kumpulan ini, ia juga boleh didapati dalam hampir semua warna seperti merah, ungu dan biru.Setiap batu permata adalah unik dan tidak akan serupa antara satu sama lain. Warna menjadi satu faktor utama dalam pemilihan permata semulajadi ini. Namun, kecantikan adalah sesuatu yang subjektif dan setiap orang mempunyai minat yang berbeza. Oleh itu, amat penting untuk anda mengetahui nama-nama batu permata yang dijual serta warna batu tersebut. Jangan terkejut jika terdapat dua batu permata yang mempunyai warna yang sama namun dari kategori batu yang berbeza ataupun sebaliknya. Penilaian batu permata menggunakan mata kasar adalah agak sukar, malah kita memerlukan peralatan khas untuk membezakan setiap jenis batu permata yang ada di pasaran. Oleh itu, barangan kemas seperti ini hendaklah dibeli daripada sumber yang diyakini dan dipercayai untuk mengelakkan penipuan.


Dari kiri: Cincin HABIB bertatahkan batu permata zamrud, turmalin hijau, peridot dan tsavorite.


Dari kiri: Cincin HABIB bertatahkan batu permata zircon biru, safir biru dan topaz biru.




JENIS DAN WARAN EMAS YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGIKAT BATU PERMATA
Sebelum membeli barang kemas batu permata, ketahui jenis dan mutu emas yang digunakan untuk mengikat batu permata tersebut. Secara lazimnya, mutu emas bermula 750 dan ke bawah adalah pilihan terbaik untuk mengikat batu permata kerana sifatnya yang lebih kuat dan kukuh, selain memastikan batu permata terletak dengan sempurna. Sifat emas 999 dan 916 yang lembut dan mudah dilentur tidak disarankan untuk barangan kemas seperti ini kerana dikhuatiri batu permata akan terkeluar daripada ikatan. Di samping mengetahui jenis dan mutu emas, pemilihan warna emas seperti kuning, putih dan merah jambu juga perlu dititikberatkan bagi memenuhi citarasa dan menonjolkan warna batu permata.

Rekaan barangan kemas HABIB bertatahkan batu permata yang diikat 
dengan tiga jenis warna emas iaitu kuning, putih dan merah jambu




ANGGARAN BAJET
Sama seperti berlian, batu permata dinilai berdasarkan 4Cs (Color = Warna, Clarity = Kejernihan, Carat = Karat, Cut = Potongan). Semakin sempurna keempat-empat ciri tersebut, semakin tinggi harga yang ditawarkan di pasaran. Di HABIB, barangan kemas bertatahkan permata ditawarkan bermula serendah RM 300 dan mampu milik. HABIB juga menawarkan barangan kemas batu permata pada harga yang eksklusif buat mereka yang ingin tampil lebih mewah. Sebagai contoh, jika anda menggemari batu permata berwarna hijau, dengan bajet yang terhad anda boleh memilih batu turmalin hijau bagi menghiasi barangan kemas anda selain daripada batu zamrud kerana harganya jauh lebih berpatutan dan mampu milik.

TUJUAN MEMBELI
Sebelum membuat pembelian, anda harus memastikan barangan kemas yang dibeli adalah bersesuaian untuk digayakan. Sebagai contoh, sekiranya anda membeli barangan kemas batu permata untuk dipakai harian, mungkin rekaan itu perlu lebih ringkas dan minimalis berbanding jika hendak digayakan ke acara-acara tertentu. Bagi acara-acara istimewa, anda boleh mendapatkan barangan kemas batu permata dengan rekaan yang lebih menonjol bagi menyerlahkan penampilan anda.


KETAHUI TIPS PENJAGAAN YANG BETUL
Setiap batu permata mempunyai cara penjagaan yang berbeza. Oleh itu, sebelum membeli sebarang barangan kemas bertatahkan batu permata, anda harus mengetahui bagaimana kecantikan dan kesempurnaan batu permata itu boleh dikekalkan. Antara tips yang boleh diamalkan adalah:

Batu permata tidak boleh disimpan bersama batu permata yang mempunyai kekerasan lebih rendah atau tinggi (mengikut skala Mohs) bagi mengelakkan batu permata calar dan bergesel antara satu sama lain.Untuk mencuci barangan kemas permata anda, hanya gunakan berus lembut dan air sabun yang suam.Hanya menggunakan pencuci ultrasonik dan pencucian steam pada batu permata tertentu seperti opal, mutiara dan ambar untuk mengekalkan kesempurnaan batu permata. Jika pencuci ultrasonik digunakan pada zamrud atau peridot, perubahan haba akan menyebabkan batu permata mengalami keretakan dan rosak.Simpan dalam bekas yang bersesuaian. Elakkan menyimpan batu permata di dalam beg plastik kerana plastik boleh menghasilkan kimia yang merosakkan permukaan permata.Jika hendak memakai wangi-wangian, semburan rambut, losyen dan sebarang krim yang mempunyai bahan-bahan kimia, lakukannya sebelum memakai barangan kemas.Buat mereka yang menggemari barangan kemas bertatahkan batu permata, Festival Batu Permata adalah waktu yang tepat untuk anda mendapatkan pelbagai rekaan barangan kemas yang pastinya menepati citarasa anda. Festival Batu Permata berlangsung bermula 14 Julai 2022 di seluruh bilik pameran HABIB sehingga 31 Ogos 2022. 
Untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai Festival Batu Permata, layari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com atau ikuti HABIB di media sosial Instagram dan Facebook @HABIB.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/07/batu-permata-bukan-sekadar-batu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Tips Membeli Kenderaan

7 Tips Membeli Kenderaan

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 252 hits
7 TIPS MEMBELI KENDERAAN Assalammualaikum semua Hari ini Ruby ingin berkongsi tentang pengalaman membeli kenderaan pertama Sebelum membeli kenderaan ini Ruby dan suami ada melakukan beberapa kajian terperinci Sebab perkara perkara melibatka...
Quick Skinny Tips For Women After Childbirth

Quick Skinny Tips For Women After Childbirth

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 276 hits
Quick Skinny Tips For Women After Childbirth Greetings everyone Greetings Are you all healthy I m thankful I m getting healthier from morning sickness I know I m pregnant with my first child I m allergic for the first 3 4 months of pregnanc...
5 Tips Penjagaan Kenderaan Bagi Pemandu Wanita

5 Tips Penjagaan Kenderaan Bagi Pemandu Wanita

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 196 hits
5 Tips Penjagaan Kenderaan Bagi Pemandu Wanita Kebanyakan orang khususnya kaum lelaki mempunyai persepsi yang negatif terhadap pemandu wanita Ini mungkin disebabkan kaum wanita lebih cermat dan berhati hati ketika memandu mereka memberi ste...
Tips On How To Choose The Best Mirror If You Are In The Business Of Having A Beauty Salon

Tips On How To Choose The Best Mirror If You Are In The Business Of Having A Beauty Salon

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 341 hits
You can t think of a beauty salon without a mirror right But how to choose the mirror for a beauty salon For those who have a business of this type choosing the right mirror makes all The post appeared first on
Tips For Hiring An Essay Helper

Tips For Hiring An Essay Helper

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 366 hits
If you re looking for an expert essay writer is the right spot Through these services you ll be able to get a writer who has extensive knowledge in different disciplines as well as subject areas for your paper Below are some helpful tips Hi...
Tips To Always Look Skinny

Tips To Always Look Skinny

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 169 hits
Tips To Always Look Skinny Salam are you all healthy The case of covid19 now is getting higher and higher The number of cases up to 20000 new cases a day Since the Lockdown annoucement everyone can t go to work Many offices are closed Many ...
Petua Dan Tips Move On Dari Seseorang

Petua Dan Tips Move On Dari Seseorang

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 328 hits
Dalam hidup kadangkala orang yang pernah hadir meninggalkan kesan memori yang pahit untuk diingati Selalu juga kita tercari petua dan tips move on dari seseorang yang pernah melukakan hati kita Kita cuba setiap kali melupakan namun tidak ma...
Tips Hilangkan Keputihan Khas Untuk Wanita

Tips Hilangkan Keputihan Khas Untuk Wanita

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 261 hits
Masalah Keputihan Normal ke Masih ramai yang alami masalah keputihan ni tapi masih lagi tak ambil serious untuk atasi Busuk berbau gatal dan beberapa lagi Inj adalah antaran masalah masalah jika kita ada keputihan Jangan dibiarkan tau Ada c...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator