Batu Kawah Harap Hari Gemilang Kembali Semula


Nur Shazreena Ali Bandar itu alami pelbagai peristiwa jatuh dan bangun, namun tidak pernah jalani PRN seperti kali ini.

Tidak seperti sebelum ini, kempen pilihan raya Batu Kawah kelihatan suram tanpa ceramah dan kehadiran calon. Ketika panas matahari mula terasa ketika bekerja di kedai yang terletak di bandar Batu Kawah, Aunty Foh tahu dia perlu berhenti untuk makan tengah hari.
Selama empat dekad, kedainya di pinggir bandar yang terletak 20km dari Kuching dan diwariskan keluarganya dari generasi ke generasi.
Dan selama empat dekad itulah, Foh dan keluarganya menyaksikan beberapa kali pilihan raya negeri (PRN) dilaksanakan di Bumi Kenyalang itu.
Namun kali ini, perbezaan suasananya sangat ketara.
“Ini satu kempen PRN yang pelik,” kata Foh kepada MalaysiaNow.
“Tak seperti PRN sebelum ini. Bila tiba waktu kempen sudah macam pesta.”
Namun kini, jalan raya kosong menunjukkan kesan pandemik Covid-19 yang melanda sejak awal tahun lalu.
Seorang wanita berbangsa Cina menjalani upacara keagamaan di Tokong Guang Loong di Batu Kawah, Sarawak.Di bawah langkah kesihatan Covid-19, kebanyakan aktiviti-aktiviti fizikal dan kempen bersemuka adalah dilarang.
Walaupun bendera parti politik tergantung di jalanan, poster calon memenuhi seluruh bandar itu, namun calon dan parti tidak kelihatan hadir menemui penduduk.
Sebahagian besar kawasan-kawasan di Batu Kawah dipenuhi poster Gabungan Parti Sarawak dan calonnya, Dr Sim Kui Hian.
Gambarnya tersenyum di tengah-tengah tanglung merah tradisi yang digantung kedai-kedai di bandar itu.
Muzik tradisional Cina menceriakan suasana terdengar dari kedai-kedai itu, namun jalan raya sunyi dan sepi.
Ia jauh berbeza daripada PRN yang pernah dijalankan sebelum ini di mana bandar itu meriah dengan pelbagai aktiviti.
Rumah-rumah juga dipenuhi ahli keluarga yang akan mengundi, sementara orang ramai pula akan berkumpul mendengar ceramah dari calon-calon pilihan raya.
“Ramai yang masih tidak merasai ‘bahang’ pilihan raya ini,” kata Foh.
Menurutnya, kempen PRN kali ini “agak suram”.
Kali ini, calon pilihan raya digesa memfokuskan kempen melalui platform secara dalam talian seperti media sosial untuk mengekang penularan virus Covid-19.
Namun langkah itu menyebabkan golongan seperti Aunty Foh yang tidak begitu terdedah dengan teknologi maklumat terabai selain tidak tahu bagaimana untuk berhubung dengan calon-calon PRN.
Walaupun begitu, Foh berazam untuk keluar mengundi di pusat pengundian Sabtu ini.
“Sekurang-kurangnya masih ada poster calon dan sepanduk parti di sekitar kawasan itu, menunjukkan PRN sedang berlangsung,” katanya.
Jatuh dan bangun
Batu Kawah sudah menyaksikan banyak peristiwa jatuh dan bangun sejak beberapa tahun lalu, melalui setiap hal gembira dan menyedihkan dalam perjalanannya untuk terus bertahan.
Pada zaman kegemilangannya, Batu Kawah merupakan tempat persinggahan yang sibuk bagi peniaga yang akan mengangkut barangan mereka dengan menggunakan bot.
Pada zaman kegemilangannya, Batu Kawah terkenal dengan aktiviti ekonomi menggunakan jalan air.Bercakap kepada MalaysiaNow, peniaga runcit Thien Fong berkata bandar itu mula berkembang lebih dari satu abad yang lalu dengan tiga kedai kayu dimiliki peniaga Cina.
“Dari tiga kedai itu, bandar itu kemudian berkembang, kini sudah ada 61 kedai runcit di kawasan ini,” katanya.
Di Batu Kawah, nampaknya banyak perkara dibuat supaya ia kekal.
“Kesemua kedai-kedai kayu yang anda lihat ini adalah apa yang dibina satu abad lalu,” kata Fong.
“Ia terus bertahan hingga hari ini. Neneak moyang kamilah perintis bandar ini.”
Namun 50 tahun lalu, jalan raya yang dibina di bandar itu menukar cara pergerakan orang ramai yang mula beralih dari sungai ke jalan raya.
Penggunaan jalan air mula berkurangan.
Namun kebelakangan ini, keadaan mula berubah lagi apabila orang ramai mula berkunjung ke bandar itu berikutan pembinaan jambatan Taman Tebing Sungai Batu Kawah siap bulan lalu.
Jambatan waterfront yang dibina untuk pejalan kaki di Batu Kawah Riverbank Park bakal menjadi kawasan tarikan baru di Sarawak.Fasa pertama projek waterfront diselia oleh Sim, penyandang kerusi DUN Batu Kawah, ia juga merupakan sebahagian daripada usaha yang dilakukannya sebagai Adun dalam usaha mempertahankan kerusinya bagi penggal kedua.
Setelah siap, taman itu akan menyaksikan pembinaan lebih 1km laluan pejalan kaki dari Pekan Lama Batu Kawah ke Kampung Rantau Panjang, menjadikannya salah satu taman air tawar terbesar di Malaysia.
Peniaga Cina seperti Fong berharap projek itu akan membawa lebih ramai pengunjung ke bandar bersejarah itu dan pembangunan akan mengubah landskap ekonomi setempat dan menggembalikan zaman gemilangnya.
“Siniawan dan Batu Kawah mempunyai nilai sejarah dan merupakan kawasan warisan,” kata Fong.
“Pelancong boleh menaiki bot dari Kuching sehingga ke Batu Kawah dan seterusnya ke Siniawan.
“Saya harap dapat lihat bandar ini dipenuhi pengunjung,” katanya.
“Ini satu petanda baik untuk masa depan bandar ini.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/batu-kawah-harap-hari-gemilang-kembali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Dugaan Tindak Pidana Terorisme Munarman Kembali Digelar Hari Ini

Sidang Dugaan Tindak Pidana Terorisme Munarman Kembali Digelar Hari Ini

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 191 hits
Sidang hari ini hanya mendengarkan tanggapan Jaksa Penuntut Umum kata salah satu Kuasa Hukum Munarman Aziz Yanuar
Kempen Kembali Ke Sekolah Cerahi Kehidupan Bersama Top Muncul Semula

Kempen Kembali Ke Sekolah Cerahi Kehidupan Bersama Top Muncul Semula

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 353 hits
Kempen Kembali Ke Sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pa...
Batu Kawah Development Dashed Hopes And Two Doctors

Batu Kawah Development Dashed Hopes And Two Doctors

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 159 hits
SARAWAK POLLS Legend has it that Batu Kawah was named after the rock formations on the Sungai Sarawak riverbank one of which was shaped like an overturned kawah the Bahasa Malaysia word for a wok Located at the periphery of Kuching city the...
Sesudah Selesai Aktiviti Di China Jun The8 Seventeen Kini Kembali Ke Korea

Sesudah Selesai Aktiviti Di China Jun The8 Seventeen Kini Kembali Ke Korea

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 271 hits
Jun dan The8 SEVENTEEN telah kembali ke Korea Pada bulan September lalu Pledis Entertainment mengumumkan bahawa 2 ahli SEVENTEEN iaitu Jun dan The8 akan kembali ke China untuk memberi tumpuan kepada aktiviti mereka di sana yang ditangguhkan...
Kami Masih Sangat Rapat Youngji Dedah Tentang Kemungkinan Kara Akan Kembali Bersatu

Kami Masih Sangat Rapat Youngji Dedah Tentang Kemungkinan Kara Akan Kembali Bersatu

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 203 hits
Young ji baru baru ini berborak mengenai album solo baharunya dan kemungkinan perjumpaan semula kumpulan KARA Pada episod terbaru MBC South Korean Foreigners Young ji mendedahkan bahawa dia sedang dalam proses mengerjakan album solonya yang...
Perokok Kembali Bebas

Perokok Kembali Bebas

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 196 hits
BEKAS Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meninggalkan gagasan besar dalam membanteras tabiat merokok di negara ini Sebelum itu kerajaan tidak pernah memperlihatkan kesungguhan jauh sekali keberanian seperti yang ditunjukkan ole...
Banjir Wanita Jalan Kaki 8 Jam Redah Banjir Hujan Lebat Untuk Kembali Ke Rumah

Banjir Wanita Jalan Kaki 8 Jam Redah Banjir Hujan Lebat Untuk Kembali Ke Rumah

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 363 hits
Sungguh menyayat hati melihat seorang ibu bersama anak perempuannya sanggup berjalan kaki kira kira lapan jam dari sebuah stesen minyak di Shah Alam hendak pulang ke rumah mereka di Bandar Putera Klang akibat kenderaan rosak dan cuba untuk ...
Bertemakan Krismas Purple Kiss Kembali Dengan Lagu My My

Bertemakan Krismas Purple Kiss Kembali Dengan Lagu My My

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 216 hits
PURPLE KISS telah kembali dengan lagu baharu Kemunculan semula terakhir PURPLE KISS adalah pada bulan September dengan album mini kedua mereka HIDE SEEK dan lagu utama Zombie Sempena musim krismas ini PURPLE KISS telah keluarkan lagu baharu...
Kembali Beraksi Selepas Elok Dari Demam Dan Tonsil Bengkak

Kembali Beraksi Selepas Elok Dari Demam Dan Tonsil Bengkak

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 175 hits
Assalamualaikum Hi korang SA baru sihat tonsil dah ok tapi kena habiskan antibiotics dari petang Jumaat SA collapse tonsil bengkak teruk ulser dalam mulut lagi demam panas memang buat moody Nak makan memang x lalu Pak Zain buatkan sup kaki ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok