Batu Karang Di Buah Pinggang


Batu Karang di Buah Pinggang I Kalau korang baca entri Juju sebelum ni mesti korang akan tertanya-tanya kenapa dah beli baju raya tapi tak sempat pakai? Eh! Kalau korang tak tertanya-tanya atau dah tau pun Juju nak cerita juga. Okeh meh sini Juju sambung cerita kenapa Juju dah beli baju raya tapi tak sempat nak pakai. 
Kencing kotor
Sebenarnya sejak tahun lepas Juju kerap kena kencing kotor. Bila tengok rekod rupanya banyak kali Juju pergi klinik sebab kencing kotor. Masa tu warna air kencing memang keruh teruk. Keruhnya tu macam kau minum kopi ais kawww punya warna dia. Ha sebijik. Masa tu memang Juju dah cuak dah. Tapi masa kencing memang tak de rasa sakit langsung. So rilek-rilek je pergi klinik and doktor bagi ubat serbuk yang kena bancuh dengan air tu

Few days lepas tu dah okey dah. Tapi since bulan puasa dah mula rasa tak selesa dekat area pinggang. Awalnya memang Juju ignore je sebab sakitnya on off. Juju pergi klinik dan doktor suggest rujuk ke pakar atau hospital. Siap tanya lagi Juju ada insurans ke tak. Sebab macam dah teruk sangat agaknya doktor tengok, tu yang dia suruh pergi hospital terus

Tapi Juju tak terus pergi hospital ya. Juju simpan dulu surat refer hospital tu. Nak raya dulu kekdahnya. Tapi bila dah naik kerja Juju dah mula tak senang duduk. Hari-hari Juju ngadu dekat suami pinggang sakit sangat. Suami Juju memang hari-hari bebel suruh pergi hospital. Tapi Juju takut. Haha, normal lah kan takut pergi hospital. Pastu suami kata dia nak teman baru Juju rasa ada kekuatan sikit nak pergi hospital
Jumpa Pakar Nephorology
Makanya dengan bertemankan suami, Juju ke KPJ Kluang. By the way memang ada 1 je hospital private dekat Kluang ni. Malas betul nak ke Batu Pahat. Jauh. Lagipun pinggang tengah sakit. Kalau tak memang Juju dah redah dah

Juju telah di refer ke klinik doktor Ng Tze Jian, pakar nephorologi. Lepas dah buat beberapa fizikal check up, doktor suggest untuk buat xray. Tapi pagi tu takda slot kosong. Yang ada cuma belah petang je. Jadi Juju balik rumah dan datang semula petang tu

Berdebar juga ya tunggu turn nak xray. Risau jumpa penyakit yang lain pulak. Lama juga doktor dok scan perut dan pinggang Juju. Sebelum juma temoat yang sakit tu doktor jumpa 2 penyakit lain. Tapi yang tu Juju tak nak cerita dulu. Dan doktor sendiri kata 2 penyakit tu bukan punca sakit pinggang. 
Batu karang di buah pinggangDan akhirnya doktor jumpa punca sakit pinggang Juju. Doktor sahkan ada 2 biji batu karang dekat buah pinggang belah kanan. 1 cm dan 0.7cm. Nampak macam kecik tapi dia dah tersekat dekat saluran buah pinggang. Saluran tu sangat kecil ya. Dan punca sakit pinggang tu sebab jalur yang tegak dah jadi melingkar. Macam gambar kat bawah ni lah kalau nak dilukiskan


Jangan gelak pulak dengan lukisan Juju ni. Kita bukan budak sains wak. Tak reti lukis anatomi. Haha. Macam taugeh dah ghoman eh. So doktor kata buah pinggan belah kiri yang tengah kerja keras sekarang ni. So nak tak nak doktor suggest Juju jumpa pakat urologi. Tapi malangnya dekat kluang ni takde pakar urologi. Yang ada dekat KPJ Abd Samad je

Dan Juju pun memang tak fikir panjang terus setuju masa doktor kata Juju kena ke JB. Dan petang Maghrib tu bergeraklah Juju naik ambulans menuju ke jb. Sampai di JB lebih kurang jam 8.30 malam 8 Mei 2024. Terus ke emergency. 
Check in KPJ Johor
Dah memang nasib Juju agaknya, dari pukul 8.30 malam sampai pukul 11.30 malam Juju kena sidai dekat ruang menunggu KPJ JB ya. Orang sangat ramai masa tu. Nurse kata ada 7 orang lagi sebelum Juju yang belum kena panggil. Masa menunggu tu boleh katakan perasaan menyesal tu membuak-buak tau. Menyesal tak drive sendiri. Sensorang melangut tunggu nama kena panggil

Bila dah kena panggil tu baru rasa lega sikit oi. Dapat baring. Lepas doktor check up Juju terus Juju di bawa ke wad. Lama jugak Juju kat emergency. Dari pukul 11.30 malam 8 Mei 2024 sampai pukul 2.45 pagi 9 Mei 2024 oi. Sampai wad je terus Juju minta nak mandi dulu sebelum nurse pasang drip air. Mandi laju-laju. Pukul 3 dah tidur. Tak sedar pun nurse datang pasang drip. Lagipun dekat tangan memang dah ada jarum. Ngantok teruk

Lazer batu karang dan pasang stent di buah pinggangBesoknya doktor bagitau untuk on antibiotik dulu 1 hari. Dan doktor bagitau juga rawatan yang doktor akan buat dekat Juju. Pertamanya doktor akan lazer batu karang tu dan kemudian masukkan stent untuk bantu batu tu keluar


Untuk prosedur lazer, nurse dah suruh Juju puasa dari jam 12.00 tengah malam 10 Mei 2024. Dah tengah malam memang Juju tak makan la kan. Pagi pukul 7 Juju dah siap-siap mandi dan pakai baju untuk ke bilik lazer. Nurse tolak ke bilik pembedahan dengan katil sekali. Fuh masa ni macam-macam doa Juju baca. Nervous oi

Pakar bius tanya Juju nak bius separuh badan ke nak bius penuh? Disebabkan Juju dah ada pengalaman bius separuh badan, jadi Juju mintalah bius separuh. Lagipun kita sedar dan boleh dengar apa yang doktor sembangkan masa jalankan prosedur lazer tu. Kalau bius penuh, lepas sedar nanti kita akan rasa mual. Disebabkan takde yang teman Juju dekat wad, jadi Juju minta bius separuh je untuk pastikan Juju bleh wasap-wasap lepas sedar nanti

Lepas je bius terus doktor bagi ubat tidur. Eh! Bukan ke tadi Juju nak dengar doktor sembang-sembang? Haha, pakai je topeng oksigen terus Juju hanyut ke pulau. Sedar-sedar je nurse kejut "Puan! Puan! Dah siap dah". Eh! Sekejapnya. Kita ni tengah mamai diamkan ajelah yang mampu

Lepas tu nurse tolak Juju balik ke ward semula. Masa ni bius masih belum hilang ya. Dan Juju kena baring flat je. Tak boleh bangun langsung. Dalam 2 jam jugalah Juju dekat bilik lazer. Nurse kata nak apa-apa panggil je diorang. Ha benda pertama yang Juju cari dah tentulah handphone. Nak bitau suami dan family yang Juju dah selamat lazer. Pilihan yang tepat sangat bius separuh. Hehe..

Lama juga Juju baring flat tu. Dari pukul 10.30 pagi sampai pukul 1 petang rasanya. Lepas tu baru nurse naikkan sikit katil Juju. Tu pun naik dalam 45° je. Tapi lega jugalah belakang Juju ni. Ni pun tak boleh bangun lagi tau. Oh ya. Masa bius dah habis baru Juju perasan ada beg urine dekat tepi katil. Jadi fahamlah Juju kenapa tak de rasa nak pergi tandas. 
Suami Juju datang dalam pukul 5 petang baru Juju boleh bangun. Tu pun dengan bantuan suami. Juju dah tak tahan nak ke tandas bersihkan apa yang patut. Masa ni memang dah lapar giler. Nurse offer juga nak suap masa Juju tengah baring flat tu. Eh! Mana selesa makan sambil baring. Juju alas perut dengan roti je. 2 buku jugalah Juju makan. Dah macam puasa penuh rasanya. 
Dah lepas waktu melawat habis pukul 10 malam, Juju tidur selena-lenanya sampailah Subuh. Lega betul bila nurse cakap nak buka tiub air kencing. Lepas dah buka tu terus Juju mandi. Fuh puas betul. Lepas tu Juju di bawa ke bilik x-ray untuk tengok kedudukan stent yang doktor pasang


Lepas tu doktor tunjuk gambar stent yang dia masukkan dalam buah pinggang Juju. Tapi Juju lupa nak snap gambar tu, jadinya Juju pinjam gambar encik Google la ye. Ha lebih kurang macam tulah gambar yang doktor tunjuk. Lepas tu doktor bagi Juju balik. Yahoooo..

Prosedur check out Lepas doktor bagitau dah boleh balik pagi tu bukan terus dapat balik ya. Kena tunggu insurans clear dulu. Dah satu keje Juju asyik semak je apps insurans. Apa yang Juju perasan, hospital upload dokumen ke insurans dalam pukul 3 petang, pukul 6 petang baru insurans release. Dan jumlah yang Juju kena bayar RM80 je untuk fi pendaftaran dan ada 1 prosedur pembedahan yang tak di ambil kira. 
Alhamdulillah, dapat mc seminggu. Hari last mc kena jumpa doktor, dan doktor bagi tarikh kedua untuk keluarkan stent pula. Stent tu mengikut pembacaan Juju, tak boleh lebih 6 bulan dalam badan sebab takut dijangkiti kuman. 
Sebulan jugalah doktor bagi tempoh sebelum nak kelaurkan stent tu. Dan dalam tempoh sebulan jugalah Juju buang air kecil sampai menggigil-gigil badan Juju. Punyalah ngilu. So korang rajin-rajinlah amalkan pemakanan yang sihat ya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kasihjuju.com/2024/06/batu-karang-di-buah-pinggang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Blak Blakan Anak Buah Prabowo Ungkap Judi Online Dimainkan Polisi Hingga Anggota Dpr

Video Blak Blakan Anak Buah Prabowo Ungkap Judi Online Dimainkan Polisi Hingga Anggota Dpr

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 72 hits
Menurutnya permainan tersebut justru mengganggu ekonomi keluarga dan kinerja Polri maupun DPR dan DPRD
Pakar Kesehatan Sarankan Mengombinasi Daging Dengan Sayuran Hijau Dan Buah

Pakar Kesehatan Sarankan Mengombinasi Daging Dengan Sayuran Hijau Dan Buah

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 61 hits
Daging tidak selalu menyebabkan darah tinggi karena memberikan sejumlah zat gizi
Satgas Temukan Jenazah Kkb Anak Buah Undius Kogoya Yang Tewas Saat Penyergapan Di Paniai

Satgas Temukan Jenazah Kkb Anak Buah Undius Kogoya Yang Tewas Saat Penyergapan Di Paniai

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 85 hits
Pihaknya melibatkan personel gabungan TNI Polri selama tiga hari sejak 14 17 Juni 2024
Video Debat Anggota Komisi X Pks Marah Marah Sampai Nunjuk Depan Anak Buah Jenderal

Video Debat Anggota Komisi X Pks Marah Marah Sampai Nunjuk Depan Anak Buah Jenderal

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 55 hits
Ledia meminta klarifikasi kepada pejabat anak buah Menteri Dalam Negeri Tito Karnavian
Check List Makanan Tambah Darah Ibu Hamil Perlu Ambil Jangan Culas Makan Sayur Buah

Check List Makanan Tambah Darah Ibu Hamil Perlu Ambil Jangan Culas Makan Sayur Buah

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 46 hits
Ibu yang baru hamil dan hamil kali pertama mungkin masih belum mengetahui tentang anemia semasa hamil Akan tetapi kepada yang lebih senior atau dengan kata lain sudah mengandung lebih dari sekali biasanya lebih arif dengan perkataan anemia ...
12 Manfaat Dahsyat Buah Sirsak Untuk Kesehatan Tubuh

12 Manfaat Dahsyat Buah Sirsak Untuk Kesehatan Tubuh

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 98 hits
Manfaat Buah Sirsak Untuk Kesehatan Untuk pembahasan kemarin lalu kami telah mengulas tentang khasiat dan manfaat daun sirsak Nah maka dari itulah pada pembahasan sekarag kami akan mengulas mengenai khasiat dan manfaat buah sirsak 12 Manfaa...
Kolesterol Terlanjur Naik Usai Santap Banyak Daging Kurban Buah Buah Ini Ternyata Ampuh Jadi Solusi

Kolesterol Terlanjur Naik Usai Santap Banyak Daging Kurban Buah Buah Ini Ternyata Ampuh Jadi Solusi

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 56 hits
Kolesterol Terlanjur Naik usai Santap Banyak Daging Kurban Buah Buah Ini Ternyata Ampuh jadi Solusi
Buah Strawberi Ini Berharga Rm1 592 Sebiji Antara Buah Paling Mahal Di Dunia

Buah Strawberi Ini Berharga Rm1 592 Sebiji Antara Buah Paling Mahal Di Dunia

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 59 hits
Dikenali dengan nama Bijin Hime buah strawberi ini dikenali dengan reka bentuk dan warnanya yang sempurna Ia turut digelar Puteri Cantik rasanya didakwa memberi kelainan lain dari yang lain Lapor Oddity Central harga Bijin Hime mampu mencec...
Lebih 60 Buah Kediaman Dari Tujuh Kampung Di Kuantan Rosak Di Landa Ribut Petang Kelmarin

Lebih 60 Buah Kediaman Dari Tujuh Kampung Di Kuantan Rosak Di Landa Ribut Petang Kelmarin

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 120 hits
KUANTAN Lebih 60 kediaman di tujuh kampung sekitar daerah ini rosak dilanda ribut petang kelmarin ketika semua mangsa sedang bersiap untuk menyambut ketibaan Aidiladha esok Tujuh kawasan itu membabitkan Rancangan Rumah Murah Batu Tiga Seten...
Trump Dalam Fokus Pasaran Menilai Kesan Bon Jatuh Dolar Stabil

Operasi Patuh Jaya Dimulai Hari Ini Berikut Daftar Pelanggaran Yang Diincar

Dpr Minta Pemerintah Perhatikan Lembaga Pendidikan Seni Budaya

Panduan Untuk Cari Idea Bisnes Yang Baik Untuk Anda Dari 9 Kriteria Berikut

Lokasi Klinik Ar Raudhah Alif Teega Kuantan Pahang

Panduan Lengkap Mengenai Design Dan Printing Kotak Hard Cover Box Chipboard

Gadis Malang Dijadikan Tempat Lempias Nafsu Bapa Sendiri Sejak 2019 Sehingga Lahirkan Anak

Renovation And Interior Design Of A Home In La Xerea Transforming A Historic Space In Valencia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dan Mimpi Pun Berguguran Slot Tiara Astro Ria

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best Mesti Tonton 2024 Juga Tersedia Online

8 Fakta Biodata Alif Teega Yang Kahwini Aisyah Hijanah Azhari Kini Beristeri Dua

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pengantin Pasti Jadi Slot Lestary TV3

Biodata Bay Doucet Isteri Sean Lee Pelakon Malaysia Yang Kahwin Mengejut


Nando S Aeon Mall Taiping Taiping Perak

Cara Mudah Riset Keyword Untuk Mendongkrak Trafik Blog Ala Dudy Adityawan

Cara Buat Duit Dengan Program Affiliate Terbaik Tahun 2024

Breathing New Life Into Old Pavers The Art Of Paver Restoration

Buaya Serang Penduduk Dimasak Barbeku Dan Sup Ekor

Umno Assemblyman Joins Pas