Based On True Crime Story On My Skin 2018


Filem yang SANGAT MERUNTUN JIWA🥹 DARI KISAH SEBENAR - HANYA DI #NETFLIX‼️
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


BASED ON TRUE CRIME STORY “ON MY SKIN 2018” Filem “On My Skin” ini berdasarkan kisah sebenar kes jenayah berprofil tinggi, hari-hari terakhir yang meruntun jiwa Stefano Cucchi yang diperlekehkan dan menjadi mangsa kekejaman polis sebelum dibawa ke tahanan dan akhirnya meninggal dunia seminggu kemudian di dalam penjara hospital pada 2009.

Matinya bersendirian, tidak disedari sesiapa pun. Malam kematiannya, permintaan terakhirnya hendak makan coklat pun tidak dihiraukan oleh warden penjara. Siapa sangka, itu mungkin menjadi makanan terakhirnya di dunia namun tetap tidak kesampaian (sedihnya melihat dia ketika ini, sis jadi sebak terus)

Kisah ini telah merupakan kes mahkamah Itali yang paling kontroversi dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Stefano Cucchi yang berumur 31 tahun bekerja dengan bapanya sebagai juruukur bangunan telah ditangkap kerana jenayah kecil dan ditemui mati secara misteri ketika penahanannya. Kesnya adalah termasuk antara lebih 170 kematian misteri di penjara Itali pada akhir 2000-an.

Filem yang diangkat dari kisah tragis sebenar ini merupakan filem drama biografi Itali yang diarahkan oleh Alessio Cremonini telah mula ditayangkan di Netflix sejak 2018.

Watak utamanya, Alessandro Borghi adalah artis baru yang sedang meningkat naik menjadi tumpuan utama yang menampilkan lakonannya yang cukup memcengkam dan penuh penghayatan dari awal hingga akhir yang pasti membuatkan para penonton turut sama menyelami nasib yang dialaminya, sungguh emotional! Bermula dari kisah tentang dirinya, keluarganya, hari penangkapannya, kesakitan dan kesengsaraannya sehinggalah hari kematiannya yang sangat menyayat hati. Ringkasan Jalan Cerita Suatu malam pada 15 October 2009, selepas makan malam dengan ibubapanya, Stefano yang sedang menghisap rokok bersama sahabat baiknya tiba-tiba didatangi oleh 2 pegawai polis beruniform. Ketika membuat pemeriksaan badan, Stefano didapati menyembunyikan 20 gram ganja, dua gram kokain dan ubat untuk penyakit epilepsi yang dihidapinya.


Tiba-tiba, 2 pegawai polis yang tidak memakai uniform muncul dan mengambil alih menahan Stefano dan sahabatnya.

Setelah itu terjadilah satu insiden yang cukup sadis ketika dalam perjalanan ke pusat tahanan.

Insiden yang menyebabkan matanya, kepalanya lebam dan 2 tulang rusuknya patah!

Namun kerana tidak ingin membesarkan hal itu dan risau jika penahanannya akan bertambah lama, Stefano tidak memaklumkan insiden itu kepada sesiapa pun. Pegawai yang terlibat dengan insiden tersebut juga hanya mendiamkan diri dan berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Setelah 7 hari menahan kesakitan, akhirnya Stefano ditemukan meninggal dunia dalam keadaan yang cukup meruntun jiwa di penjara hospital.

Keluarganya yang merasa curiga dengan kematian Stefano segera menyetujui autopsi dijalankan ke atas jasad Stefano. Hasil dari keputusan autopsi ternyata menunjukkan yang kematian Stefano adalah berpunca daripada luka-luka dalaman yang dialaminya ketika dia dipukul dan disepak terajang dengan begitu kejam sekali!

Keluarga Stefano tidak berdiam diri, demi menuntut keadilan dan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan, mereka berusaha mencari sumber dan bukti serta melancarkan tunjuk perasaan bersama poster Stefano dengan wajah yang cukup menyayat hati.

Dari sumber theguardian.com, Carabinieri Alessio di Bernardo dan Raffaele d’Alessandro ditahan dan didapati bersalah atas tuduhan membunuh tanpa rela terhadap Stefano Cucchi. Dua pegawai polis Itali tersebut telah dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun atas kesalahan memukul Stefano Cucchi sehingga menyebabkan maut.

Stefano Cucchi yang ditemui mati di dalam biliknya di hospital penjara Sandro Pertini di Rom, di mana dia telah dibawa ke sana untuk rawatan kerana kecederaan termasuk patah tulang rusuk dan patah rahang dan beratnya hanya 37kg semasa kematiannya! Setelah itu, gambar penampilannya yang kurus dan mata lebam mula tersebar dengan begitu cepat telah mengejutkan seluruh warga di Itali.

Pada Oktober 2014, hakim telah membebaskan pegawai tersebut kerana kekurangan bukti. Kerana kepincangan sistem perundangan daripada pihak berkuasa ketika itu adalah mustahil untuk menentukan siapa yang bertanggungjawab atas kematian Stefano. Namun akhirnya, “Italy Supreme Court” di Rom telah membuka semula kes itu pada Disember 2015 dan perbicaraan baharu pun bermula.

Titik perubahan berlaku pada Oktober 2018 apabila seorang lagi pegawai polis yang sedang disiasat atas pembunuhan itu mula bekerjasama dengan pendakwa raya, mengakui butiran pembunuhan itu.


Francesco Tedesco yang juga didakwa atas pembunuhan Stefano Cucchi memberitahu pihak mahkamah di Rom bahawa rakan sekerjanya telah menendang dan menumbuk muka Stefano Cucchi serta menyebabkan kematiannya. Tedesco juga mendakwa dia telah diugut oleh pegawai yang menyuruhnya berdiam diri dan menyembunyikan laporannya mengenai kejadian itu.

“Saya memohon maaf kepada keluarga Cucchi,” Tedesco memberitahu mahkamah pada masa itu. Katanya lagi, “Beberapa tahun kebelakangan ini merupakan masa yang sangat sukar untuk saya. Bukan mudah untuk saya melaporkan jenayah yang dilakukan oleh rakan sekerja saya.”

Kakak Cucchi, Ilaria, yang telah lama berjuang untuk mendedahkan kebenaran tentang kejadian itu berada di mahkamah untuk mengetahui keputusan mahkamah menjawab, “Stefano terbunuh. Kami tahu itu dan kami telah menghadapinya selama 10 tahun,” katanya selepas itu. “Sekarang mungkin adik saya boleh berehat dengan tenang.”

Kes itu memberi inspirasi kepada pembikinan filem “On My Skin”, yang akhirnya membawa pulang tiga anugerah David di Donatello, setara dengan anugerah Itali dalam Oscar.

UNTUK JALAN CERITA YANG LENGKAP DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN SEPERTI YANG DIALAMI STEFANO CUCCHI, ANDA PERLU TONTON SENDIRI DI NETFLIX.

TRAILER: RATING FILEM INI BINTANG UNTUK REVIEW INIPURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5
SOURCE: /movieloversmy.com

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://baratwood.blogspot.com/2022/05/based-on-true-crime-story-on-my-skin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Random Story

Random Story

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 162 hits
Salam to all readers Yes today aku nak share random story Memandangkan aku kekangan masa nak update blog lately masa banyak yang problem sekarang rumah sewa aku Dari aku berperang cari line baik aku tidur kemas rumah ada faedahnya juga Untu...
Perebutan Jawatan Dalam Keadilan Jangan Ulang Peristiwa 2018

Perebutan Jawatan Dalam Keadilan Jangan Ulang Peristiwa 2018

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 143 hits
RENCANA KHASHarap salam ini kemas sampai akhir SEMASA Keadilan mengadakan pemilihan tahun 2018 saya menulis artikel ini menerusinya saya menyatakan kebimbangan tentang kesan pertandingan antara Rafizi Ramli dengan Azmin Ali Mesej artikel it...
Bypass Frp Asus Zenfone 5 2018 Ze620kl Via Pc

Bypass Frp Asus Zenfone 5 2018 Ze620kl Via Pc

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 159 hits
Bypass FRP Asus Zenfone X00QD ZE620KL via PC Diag Mode Tested Kali ini saya akan memberikan tips terbaru mengatasi lupa akun google asus x00qd Banyak cara tentunya untuk membuka akun gmail dengan beberapa metode contohnya senam jari Tapi un...
Sepintas Atm Mega Gathering 2018

Sepintas Atm Mega Gathering 2018

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 128 hits
Jumaat 19hb Oktober 2018 di Stadium Kuala Selangor dianjurkan Atm Mega Gathering Program ini dianjurkan oleh sebuah kumpulan alam maya yang bertapak di Facebook Group Adventure Touring Malaysia Lawati Blog Cikgu Joe Satun Untuk Info Satun L...
Gambar Ucapan Selamat Hari Raya Idul Fitri 1443 H 2022 Cocok Buat Insta Story Fb Dan Wa

Gambar Ucapan Selamat Hari Raya Idul Fitri 1443 H 2022 Cocok Buat Insta Story Fb Dan Wa

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 248 hits
Gambar Ucapan Selamat Hari Raya Idul Fitri 1443 H 2022 ini semoga bermanfaat untuk para pembaca semuanya Wabah corona yang semakin mengganas di seluruh dunia tak melulu membuat jarak terasa jauh diantara kita Namun kita masih bisa mengucapk...
A Story From Euthanasia Rasuah In The Highlands No One Cares

A Story From Euthanasia Rasuah In The Highlands No One Cares

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 183 hits
I received the following from someone Its a short story In a far away country called Euthanasia I have several friends who are close to the farmers and are procuring veggies from the farmers in Rasuah Highlands The real story is that the wh...
Hourly Based Minimum Wage Better For Both Sides Says Economist

Hourly Based Minimum Wage Better For Both Sides Says Economist

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 139 hits
Developed countries such as Australia New Zealand and the US employ the hourly based wage model says economist Firdaos Rosli GEORGE TOWN An economist has proposed that Malaysia adopt an hourly based minimum wage rate instead of the monthly ...
Lirik Sumandak Idaman True Echo

Lirik Sumandak Idaman True Echo

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 159 hits
memang aku orang miskin datang dari kampungtiada kereta ada pun bapa punyatapi aku pigi sebrang cari duit dulubikin berian sama dua ikur karabau walaupun jauh aku merantaunamun hati ku mau pulang ke bawah bayu ku merayau rayau sampailah ken...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Breakthrough Your Fitness Plateau Vo2 Max Testing Personalized Plans

Tiada Desakan Mb Perlis Letak Jawatan Setiausaha Agung Pas

Apa Itu Sakit Sciatica Dan Rawatannya

Alas Meja Baru Beli Di Mr Diy

Kerajaan Tak Perlu Layan Najib Razak

Kek Coklat Lembab Dengan Taburan Cheedar Cheese