Baru Je Dilantik Mufti Wilayah Abusyafiq Up Status Perli Dr Luqman


PENSYARAH Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) Dr Luqman Abdullah dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu.
Perkara berkenaan disahkan menerusi Facebook rasmi Universiti Malaya yang memuatnaik poster ucapan tahniah kepada Dr Luqman atas perlantikan berkenaan.
Pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu diumumkan hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang turut menzahirkan ucapan tahniah.
“Alhamdulillah, pada pagi ini selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara, saya menerima kunjungan Sahibus Samahah Dr Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan ke-8 yang baharu dilantik.
“Enam tahun memegang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan memberi saya pengalaman baharu yang amat bermakna.
“Saya mohon maaf kepada semua umat Islam di Wilayah Persekutuan dan Malaysia amnya sekiranya terdapat tutur kata, tindakan mahupun apa jua salah dan silap sepanjang enam tahun sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Majlis serah terima tugas berlangsung dalam suasana yang ringkas dan mahabbah.
Mengulas lanjut, Zulkifli melahirkan keyakinan Luqman mampu memimpin institusi fatwa di Wilayah Persekutuan yang memberi manfaat besar kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan.
“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga dikurniakan kekuatan kepada Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan agar dapat melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin,” katanya.
Kekosongan jawatan Mufti Wilayah Persekutuan selepas Dr Zulkifli dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sejak 9 Mac lalu.
Menerusi poster berkenaan, UM berbangga dan merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada Dr Luqman Abdullah daripada Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam atas pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan berkuat kuasa mulai 15 Mei 2020 hingga 14 Mei 2022.

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), beberapa bulan lalu.
Dr Luqman berusia 51 tahun dilahirkan di Kelantan dan anak kepada seorang ulama terkenal iaitu Allahyarham Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman yang juga Pengerusi Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Lubok Tapah.
Sumber memberitahu Harian Metro bahawa Dr Luqman sudah menerima surat perlantikan petang tadi dan kini dalam proses menguruskan peminjaman perkhidmatannya ke Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, ia adalah proses biasa memandangkan beliau adalah pensyarah yang masih bertugas di UM.
Dr Luqman mendapat bimbingan pendidikan agama menerusi Allahyarham bapanya.
Dan aktif dalam pembentangan kertas kerja dalam forum dan seminar sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam bidang persoalan wakaf, zakat, usul fiqh dan pengajian tradisional.
Beliau pernah menetap selama empat tahun di United Kingdom ketika melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran Falsafah (PhD) di Universiti Edinburgh dalam bidang undang-undang harta Islam.

Peringkat profesional, beliau adalah Ahli Lembaga Pusat Pembangunan Pengajian Pondok Kelantan, Ahli Panel Pakar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ahli Panel Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Ustaz Abu Syafiq perli Mufti Wilayah?
Baru sahaja mufti baru dilantik, penceramah bebas Ustaz Abu Syafiq mula memuat naik satu posting seolah-olah memerli Dr MAZA dan Dr Luqman dengan memuat naik satu video kedua-dua tokoh tersebut menari dan kelihatan gembira. Berikut tulisan Abu Syafiq di IG milik beliau
“Hepy sungguh MAZA Mufti Wilayah ‘baru’ berjoget. Letih melobi ke?”

Sebelum ini, banyak posting Abu Syafiq yang kelihatan mengkritik dan menyindir mufti perlis tersebut
Biodata  Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman. Dr Luqman Bin Haji Abdullah (Pengerusi Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Lubok Tapah)
Biodata ; Dr Luqman bin Haji Abdullah dilahirkan pada 12 September 1969 di kampung pondok lubok tapah, pasir mas, Kelantan.
Pendidikan formal beliau ialah di sekolah kebangsaan lemal, pasir mas (1976-1980), sekolah menengah ugama (Arabiah), pasir mas 1981-1986), pra akademi islam universiti Malaya nilam puri (1987-1989) dan peringkat sarjana muda di fakulti syariah, akademi islam universiti Malaya (1989-1993).
Pernah mengikuti pengajian undang undang perbandingan di UIA (1994-1995).
Di samping itu beliau juga mengikuti pengajian tidak formal secara tradisional di pondok lubok tapah di bawah bimbingan ayahanda beliau sendiri Al Marhum Tuan Guru Haji Abdullah
Bermula dari peringkat bawah sehinggalah peringkat tinggi dalam bidang bidang seperti nahu, saraf, fiqh, usuluddin, tafsir, hadis, mantiq dan balaghah.
Pernah berada di united Kingdom selama 4 tahun untuk pengajian peringkat PhD dan telah memperolehi ijazah doktor falsafah (PhD) dari universiti of Edinburgh, Scotland pada tahun 2005 dalam bidang undang undang harta islam.

Beliau juga aktif dalam pembentangan kertas kerja dalam forum, seminar dan konferens sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di dalam dan di luar negara.
Mahir dalam bidang wakaf, zakat, usul fiqh dan pengajian tradisional dan telah menghasilkan beberapa penulisan ilmiah dalam jurnal jurnal dan prosiding prosiding di dalam dan luar negara.
Walaupun masih bertugas di universiti Malaya kuala lumpur, beliau bersama adinda beliau Ustaz Hamdan meneruskan amanah Al Marhum Ayahandanya yang dikasihi untuk tanggungjawab kepimpinan pondok lubuk tapah selepas pemergiannya.
Antara sumbangan beliau selepas mengambil alih kepimpinan ialah beliau bersama dengan bonda beliau Hajjah Kamariah (ummi) dan Ustaz Hamdan sebagai pemenang amanah.
Mereka telah menubuhkan Akademi Tuan Guru Haji Abdullah Sdn Bhd, sebuah syarikat kebajikan sebagai entiti mencari dana untuk pondok dengan bantuan rakan korporat.
Di samping memperkemaskan pentadbiran pondok demi memastikan kelangsungan pondok yang di anggap antara pondok tertua di Kelantan
Sumber : Budaksitu

The post Baru je dilantik Mufti Wilayah, AbuSyafiq up Status Perli Dr Luqman appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/baru-je-dilantik-mufti-wilayah-abusyafiq-up-status-perli-dr-luqman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Luqman Dilantik Mufti Wilayah Persekutuan Yang Baharu

Dr Luqman Dilantik Mufti Wilayah Persekutuan Yang Baharu

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 354 hits
PENSYARAH Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Dr Luqman Abdullah akan dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu Perkara berkenaan disahkan menerusi Facebook rasmi Universiti Malaya yang memuatnaik po...
Kerajaan Baru Kedah 10 Exco Kedah Dilantik Tampilkan 4 Muka Baharu

Kerajaan Baru Kedah 10 Exco Kedah Dilantik Tampilkan 4 Muka Baharu

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 376 hits
Sidang media memperkenalkan barisan Exco Perikatan Nasional Kedah di Bilik Gerakan Negeri Wisma Darul Aman Alor Setar hari ini ALOR SETAR Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ...
Um S Luqman Abdullah Is New Kl Mufti

Um S Luqman Abdullah Is New Kl Mufti

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 267 hits
New Kuala Lumpur mufti Luqman Abdullah PETALING JAYA Universiti Malaya lecturer Luqman Abdullah is the new Kuala Lumpur mufti UM had congratulated Luqman in a tweet with a poster of the appointment The university said it is happy over the a...
Kebijakan Salat Id Dan Status Wilayah Dari Jabar Bikin Wali Kota Bekasi Bingung

Kebijakan Salat Id Dan Status Wilayah Dari Jabar Bikin Wali Kota Bekasi Bingung

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 201 hits
Pemerintah Kota Bekasi telah mengklasifikasi wilayah berdasarkan kelurahan Bagi wilayah yang tidak terdapat pasien Covid 19 maka dinyatakan sebagai zona hijau Sehingga boleh menggelar salat Id
Pensyarah Um Mufti Baharu Wilayah Persekutuan

Pensyarah Um Mufti Baharu Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 252 hits
Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Dr Luqman Abdullah dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan ke lapan yang baharu Perkara berkenaan disahkan menerusi Facebook Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dat...
Kedah Kelantan Hilang Status Negeri Zon Hijau Selepas Catat Satu Kes Baru Covid 19 Hari Ini Kkm

Kedah Kelantan Hilang Status Negeri Zon Hijau Selepas Catat Satu Kes Baru Covid 19 Hari Ini Kkm

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 344 hits
Putrajaya 20 Mei Kementerian Kesihatan memaklumkan Kedah dan Kelantan hilang status negeri zon hijau selepas masing masingmencatatkan satu kes baru hari ini Kedah dan Kelantan telah merekodkan masing masing satu kes baharu positif sekaligus...
Selepas Sidang Dun Kecoh Ab Rauf Dilantik Speaker Baru Melaka

Selepas Sidang Dun Kecoh Ab Rauf Dilantik Speaker Baru Melaka

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 272 hits
Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh PETALING JAYA Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Melaka yang baru Perkara itu diputuskan dalam Persidangan Pertama Penggal Ketiga DUN Melaka ke 14 yang dipe...
Kasdam Dan Pejabat Kodam Cenderawasih Yang Baru Dilantik

Kasdam Dan Pejabat Kodam Cenderawasih Yang Baru Dilantik

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 269 hits
Herman mengatakan sertijab merupakan salah satu implementasi pembinaan personel sekaligus bentuk perhatian penghormatan dan penghargaan kepada Perwira yang mendapat jabatan baru
Bpn Rayuan Bila Dapat Tarikh Duit Masuk Untuk Status Lulus Permohonan Baru

Bpn Rayuan Bila Dapat Tarikh Duit Masuk Untuk Status Lulus Permohonan Baru

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 693 hits
BPN Rayuan bila dapat Masuk akaun bila untuk Status Lulus Permohonan Baru 1 Apakah yang dimaksudkan dengan status permohonan adalah DALAM PROSES atau DALAM PROSES RAYUAN Status dalam proses atau dalam proses rayuan adalah merujuk kepada per...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Khaled Loyal Umno Voter Base Is Shrinking

Perkampungan Sunnah Ke 9 Kangar Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord