Bara Naga Masih Panas Blood Brothers Kutip Rm62 Juta


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Filem aksi Blood Brothers: Bara Naga terus mencipta fenomena luar biasa apabila berjaya mengekalkan kedudukan sebagai juara kutipan box office tempatan selama tiga minggu berturut-turut. Dengan pencapaian ini, Blood Brothers: Bara Naga kini tersenarai dalam kutipan tertinggi pecah panggung dunia perfileman di Malaysia dengan pencapaian RM 62 Juta dalam masa 20 hari tayangan dan tayangan awal. Ini merupakan satu kejayaan manis buat produksi tempatan, malah membuktikan bahawa filem bergenre aksi sentiasa mendapat tempat di hati penonton

Bagi meraikan kejayaan luar biasa ini, satu acara gempak telah diadakan di Bukit Bintang, destinasi ikonik yang sentiasa dipenuhi pelancong dan warga kota, dengan pengumuman mengejut di papan LED gergasi yang memaparkan jumlah kutipan sebanyak RM 62 juta buat masa ini! Bukit Bintang telah dipilih sebagai lokasi utama kerana ia melambangkan semangat yang tidak pernah pudar, sejajar dengan jiwa Blood Brothers yang sentiasa membara. 
Acara malam ini turut diserikan dengan kehadiran Datuk Dr. Yusof Haslam, legenda perfileman tanah air, bersama pengarah Blood Brothers: Bara Naga, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra. Tidak ketinggalan pelakon-pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Andy Teh, Irfan Zaini, Zamarul Hisham, Ray Dap Dap, Amir Nafis dan Razib Salimin turut memeriahkan suasana. 

Untuk menambahkan lagi elemen misteri dan eksklusif, seramai 30 orang individu yang berpakaian sut hitam, menyerupai pengawal peribadi, telah ‘menguasai’ kawasan tersebut, mencipta suasana yang penuh ketegangan dan dramatik. Kehadiran mereka bagaikan membawa dunia Blood Brothers hidup di hadapan mata khalayak ramai. Selain itu, persembahan akustik oleh Genji Busker yang mendendangkan lagu tema filem, Bara Jiwa, terus menambahkan kemeriahan dan menjadikan malam tersebut sarat dengan kegemilangan

Sambutan di tengah-tengah kota ini bukan hanya sekadar promosi, tetapi merupakan satu pernyataan yang jelas: Blood Brothers:Bara Naga akan terus melangkah ke hadapan, terus menarik perhatian, dan semakin mencabar norma dengan caranya yang tersendiri. Sebagai tanda sokongan terhadap industri seni tempatan, WOLO Kuala Lumpur tampil sebagai penaja rasmi penginapan bagi para artis dan tetamu kehormat sepanjang berlangsungnya acara ini

“Terima kasih di atas sambutan yang cukup memberangsangkan dan luar biasa. Segala yang baik daripada Allah dan segala kekurangan adalah dari kami.Saya amat menghargai sokongan yang diberikan oleh semua penonton, yang sentiasa memberikan perhatian dan semangat terhadap industri perfileman tanah air. Jangan lupa untuk menonton filem-filem tempatan lain yang kini sedang hangat dan meriah ditayangkan di pawagam, yang turut memberikan impak besar dalam dunia perfileman tanah air. Saya amat bersyukur dengan pencapaian ini, serta pembaharuan yang terus dihasilkan untuk memajukan lagi industri perfileman tanah air kita. Sokongan padu daripada penonton adalah sumber inspirasi yang besar untuk kami terus berkarya dan saya berharap karya-karya ini akan terus menghiburkan serta memberi kesan yang mendalam kepada semua. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terus setia menyokong industri perfileman tanah air. Semoga karya-karya anak tempatan terus sukses dan mampu menembusi pasaran global”, 
kata Datuk Dr. Yusof Haslam. 

Kejayaan Blood Brothers: Bara Naga membuktikan bahawa filem aksi tempatan mampu mencipta gelombang besar dalam industri, sekal igus membuka jalan untuk lebih banyak karya berani dan berkualiti dihasilkan. Ia juga menjadi petanda bahawa penonton Malaysia kini lebih terbuka menerima filem tempatan yang menawarkan pengalaman sinematik bertaraf antarabangsa

Jika anda belum saksikan filem ini, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan Blood Brothers:Bara Naga! Saksikan filem aksi penuh intensiti ini yang sedang menggegarkan layar perak dan rasai sendiri debaran yang menjanjikan pengalaman sinematik luar biasa

SEKIAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2025/05/bara-naga-masih-panas-blood-brothers.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 131 hits
Filem Blood Brothers Bara Naga membawa satu pengalaman menonton yang luar biasa dalam dunia perfileman tempatan Karya ini memperlihatkan kolaborasi unik antara Syafiq Yusof dan pengarah yang kurang dikenali Abil Chandra namun ternyata gabun...
Penangan Blood Brothers Irfan Zaini Terkejut Ramai Panggil Malik Peminat Melayu Ajak Bergambar

Penangan Blood Brothers Irfan Zaini Terkejut Ramai Panggil Malik Peminat Melayu Ajak Bergambar

papar berkaitan - pada 20/4/2025 - jumlah : 131 hits
Selepas kejayaan filem aksi Blood Brothers Bara Naga nama Irfan Zaini mula menjadi sebutan ramai terutamanya dalam kalangan peminat Melayu yang sebelum ini mungkin kurang mengenalinya dalam dunia lakonan Menurut Irfan watak Malik yang dibaw...
Tengok Wayang Citer Blood Brothers

Tengok Wayang Citer Blood Brothers

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 92 hits
Assalamualaikum Jom la kita sambung lagi citer Sabtu ni last entry kami masuk panggung ngam ngam nak sampai masa tayangan banyak betul panggung yg cater citer ni ye kebanyakkam fullhouse kami dapat panggung 2 seat depan L sabo jer la tapi D...
Kpkt Salurkan Peruntukan Lebih Rm203 Juta Bagi Pelbagai Projek Pembangunan Dan Naik Taraf Di Negeri Pahang

Kpkt Salurkan Peruntukan Lebih Rm203 Juta Bagi Pelbagai Projek Pembangunan Dan Naik Taraf Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 127 hits
KUANTAN Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyalurkan peruntukan lebih RM203 juta bagi pelbagai projek pembangunan dan naik taraf di Pahang pada tahun ini kata Menterinya Nga Kor Ming Beliau berkata peruntukan itu antaranya disalu...
Adakah Tiga Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Rm27 Juta Terhadap Najib Akan Digugurkan

Adakah Tiga Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Rm27 Juta Terhadap Najib Akan Digugurkan

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 116 hits
Adakah tiga pertuduhan pengubahan wang haram RM27 juta terhadap Najib akan digugurkan K PRAGALATHMay 4 2025 Mantan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengetahui sama ada permohonan untuk menggugurkan tiga pertuduhan dalam kes SRC I...
Polis Sita Aset Hampir Rm1 Juta Disyaki Hasil Pengedaran Dadah

Polis Sita Aset Hampir Rm1 Juta Disyaki Hasil Pengedaran Dadah

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 142 hits
KUALA TERENGGANU Polis Terengganu menyita tiga kereta wang tunai serta pelbagai barangan kemas bernilai RM981 500 yang disyaki hasil daripada kegiatan pengedaran dadah Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata ia susulan p...
2 Termasuk Datuk Direman Berkait Tuntutan Palsu Rm450 Juta

2 Termasuk Datuk Direman Berkait Tuntutan Palsu Rm450 Juta

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 100 hits
FMT ReportersDua suspek lelaki ditahan semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman pagi tadi PETALING JAYA Dua individu termasuk seoran...
Rm40 Juta Untuk Kasut Buruk Bunyi Tak Masuk Akal Kan Tapi Ini Adalah Kisah Benar Yang

Rm40 Juta Untuk Kasut Buruk Bunyi Tak Masuk Akal Kan Tapi Ini Adalah Kisah Benar Yang

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 146 hits
RM40 Juta Untuk Kasut Buruk Tak masuk akal kan Tapi ini kisah benar yang pernah gegar dunia Tahun 2008 Seorang wartawan Iraq Muntadhar al Zaidi tiba tiba bangun dan baling kasutnya ke arah Presiden George W Bush masa sidang media Satu dunia...
Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Should You Fly Through Newark Airport Here S What You Need To Know

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Mykasih Sumbangan Asas Rahmah

Saifuddin Bidas Kenyataan Rafizi Pkr Wujud Disebabkan Insiden Terhadap Anwar

10 Essential Roles Of An Insurance Agent

Legendary Malaysian Jazz Family The Solianos Performed At Hard Rock Hotel Desaru Coast For Jazz Blues Tribute Series


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Bacaan Menjadi Cabaran Fahami Disleksia Sebelum Menghakimi

Renaissance Johor Bahru Hotel Named Tripadvisor Travelers Choice Awards Winner For 202

Bayou Lagoon Park Resort

Iman Rabbit Farm

Buah Cempedak Buat Cempedak Goreng Simple Tapi Sedap

Rakam 16 000 Gambar Wanita Buang Hajat Pemuda Berusia 20 An Ditahan