Banyak Duit Diguna Beli Undi Jatuhkan Warisan Di Sabah



Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu disebabkan menggunakan “duit yang banyak”, kata bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, sepatutnya Warisan Plus pimpinan bekas ketua menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal yang memenangi PRN tersebut.
“Dan kita dapati , Warisan yang terbesar lah. Tapi saya difahamkan kegunaan duit yang banyak.
“Ada yang cerita la, saya tak boleh nak prove (buktikan), satu orang pengundi dapat sampai seribu ringgit,” katanya dipetik MalaysiaNow.
PRN Sabah pada Sabtu menyaksikan GRS yang dianggotai Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS memenangi 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Sementara Warisan Plus yang dianggotai Warisan, DAP, Amanah, PKR dan Upko hanya mendapat 32 kerusi DUN. Manakala tiga lagi kerusi dimenangi calon bebas.
Dr Mahathir berkata, Shafie membubarkan DUN selepas terdapat percubaan untuk menjatuhkan kerajaan Warisan dengan cara membeli wakil rakyat.
“Shafie bubarkan Dewan Undangan Negeri dan adakan pilihan raya untuk serah kepada rakyat.
“Tetapi apabila serah kepada rakyat, rakyat ada yang diguna, yang terpengaruh dengan wang, ye la kita nak prove (buktikan) cukup susah.
“Umpamanya di Slim (Pilihan Raya Kecil Slim) di sini, kita dapati bahawa mereka pura-pura angkut pengundi. Hantar bas, hantar van. Dalam van tu, bagi duit,” katanya yang pernah menjadi perdana menteri sebanyak dua kali.
Menurut Dr Mahathir, daripada maklumat diterimanya, pengundi yang diberikan wang perlu membuktikan kepada pemberi mereka keluar mengundi,
“Lepas tu ada pula yang ambil gambar. Bila dia dah pangkah, kemudian guna telefon bimbit ambil gambar, tunjuk jari dah hitam.
“Esok, bila dah keluar, tunjuk kepada mereka, dapat duit lagi. Ini yang berlaku. Kita sudah sampai kepada satu tahap yang mana kerajaan boleh dibeli,” katanya.
Menurut Dr Mahathir, di Malaysia pada hari ini pilihan raya sudah tidak lagi “bermakna”.
“Orang yang kalah jadi kerajaan. Ini yang berlaku di peringkat pusat dan mungkin juga berlaku di Sabah.”
Beliau berkata, kerajaan GRS di Sabah yang dipimpin Hajiji Noor tidak begitu stabil kerana majoriti dimenanginya tidak begitu besar.
“Seperti yang pusat (kerajaan pusat) ni basically dia ada cuma lebih dua undi sahaja.
“Tiga orang tak sedap perut tak boleh hadir, jatuh kerajaan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29951

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Sabah Tidak Dapat Apa Apa Jika Undi Warisan Najib

Rakyat Sabah Tidak Dapat Apa Apa Jika Undi Warisan Najib

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 285 hits
Warisan Plus didakwa mahu mengalihkan perhatian rakyat dengan menggunakan slogan perpaduan dalam kempen Pilihan Raya Negeri sedangkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke 14 Sabah memang terkenal dengan keharmonian kaum dan semangat muhibah yang me...
Undi Keadilan Warisan Plus Demi Masa Depan Sabah Anwar

Undi Keadilan Warisan Plus Demi Masa Depan Sabah Anwar

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 263 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menyampaikan amanat buat kali terakhir kepada rakyat Sabah supaya mengundi KEADILAN dan Warisan Plus dalam Pilihan Raya Negeri Sabah esok Presiden KEADILAN itu berkata undi rakyat adalah penting kerana ia aka...
Christina Liew Banyak Berjasa Di Sabah Jangan Lupa Undi Keadilan Shafie Apdal

Christina Liew Banyak Berjasa Di Sabah Jangan Lupa Undi Keadilan Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 242 hits
Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal menyeru rakyat supaya mengundi calon KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Api Api Christina Liew pada Pilihan Raya Negeri Sabah Beliau berkata Christina berjaya membawa hasil pendapatan yang ba...
With Six Days To Polling Warisan And Perikatan Neck And Neck In Sabah Race

With Six Days To Polling Warisan And Perikatan Neck And Neck In Sabah Race

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 259 hits
Zainal Epi Malay Mail Online Sabah political parties should be stepping up their pace for polling day next Saturday The incumbent Warisan Plus coalition led by Datuk Seri Shafie Apdal can count on 30 seats edged out narrowly by the Oppositi...
Sabah Election Bn And Warisan Dependent On Their Partners For A Good Result

Sabah Election Bn And Warisan Dependent On Their Partners For A Good Result

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 309 hits
Zainal Epi Malay Mail Online Political parties participating in the Sabah state election have already identified the seats that they are confident of winning Except for Parti Cinta Sabah headed by Datuk Seri Anifah Aman which is contesting ...
Pbs Dakwa Parti Kapal Hubungi Pemimpinnya Untuk Beli Kerusi Tawar Duit Jawatan

Pbs Dakwa Parti Kapal Hubungi Pemimpinnya Untuk Beli Kerusi Tawar Duit Jawatan

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 321 hits
freemalaysiatoday com September 27 2020 11 11 PMPBS mendakwa disebabkan mahukan jawatan dan kuasa terdapat pihak tertentu daripada parti kapal mula menghubungi pemimpin parti itu bertujuan untuk membeli kerusi PETALING JAYA PBS hari ini men...
As Grs Announce Hajiji As Sabah Cm Political Intrigue Around Warisan S Next Move

As Grs Announce Hajiji As Sabah Cm Political Intrigue Around Warisan S Next Move

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 236 hits
The residence of Parti Warisan Sabah president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal has been a hotbed of activity since early this morning as people waited for the Head of State to confirm who will be Sabah s next chief minister Talks among the War...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al Quran Dan Fardu Ain Tahun 2023

Honor Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah