Bantuan Mypsv Untuk Semua Berkelayakan 2023
Bantuan MyPSV Untuk Semua Berkelayakan 2023.
Kerajaan telah melancarkan program MyPSV yang memberikan 4,000 lesen PSV secara PERCUMA kepada golongan B40, di bawah peruntukan bernilai RM2 juta. Program ini menyediakan peluang kepada golongan B40 untuk memperoleh Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) tanpa sebarang bayaran.
Program ini merangkumi 3,500 lesen untuk pemohon khidmat seru-pandu dan teksi, serta 500 lesen PSV untuk khidmat bas di seluruh negara. Langkah ini diambil oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk meringankan beban kos kepada golongan B40 yang ingin memperoleh lesen PSV.
Baca maklumat Bantuan MyPSV Untuk Semua Berkelayakan 2023 secara menyeluruh agar anda tidak terlepas sedikit maklumat berkenaan.
Ikuti telegram kami yang menyediakan pelbagai maklumat anda ingin dari Pihak kerajaan atau swasta:
Bantuan MyPSV Untuk Semua Berkelayakan 2023
Sebelum ini, kos untuk memperoleh Bantuan MyPSV atau lesen PSV bas adalah sekitar RM2,590. Dengan tawaran ini, golongan B40 dapat menjelajahi peluang pekerjaan yang lebih luas dalam sektor pengangkutan, terutamanya dalam khidmat bas yang mengalami kekurangan petugas pada masa ini.
Selain memberi manfaat kepada golongan B40, usaha ini juga akan meningkatkan kelancaran perkhidmatan pengangkutan dan membantu memulihkan sektor pelancongan negara. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) yakin bahawa tindakan ini akan memberi impak positif kepada golongan B40 dan sektor pengangkutan secara keseluruhannya.
Bantuan MyPSV Untuk Semua Berkelayakan 2023
Pengenalan Program MyPSV 2023
Program MyPSV adalah suatu inisiatif melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bertujuan untuk memperkasakan kumpulan B40 yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (PSV) E-hailing/Teksi/Bas (BTM >7,500kg) serta membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor kenderaan perkhidmatan awam dan pelancongan
Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (E-hailing/Teksi) dan Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (Bas BTM >7,500)
Permohonan untuk program ini dibuka mulai 3 Julai 2023 sehingga mencapai had kuota permohonan
Kuota permohonan bagi program ini adalah seramai 4,000 orang peserta sahaja:
PSV E-Hailing/Teksi – 3,500 Peserta
PSV Bas (BTM > 7,500 kg) – 500 Peserta
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melancarkan Program MyPSV Tahun 2023. Inisiatif ini ditujukan kepada 4,000 individu yang terkesan oleh penyebaran pandemik COVID-19, dengan tujuan memberikan Lesen Vokasional Malaysia untuk Kelas Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV).
Program ini sepenuhnya dibiayai oleh Kerajaan dan meliputi pengambilan Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License – CDL) untuk kelas E, serta Lesen PSV E-Hailing/Teksi, atau PSV Bas BTM > 7,500kg, tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Bantuan MyPSV Untuk Semua Berkelayakan – Lesen PSV Percuma Untuk B40
INDIVIDU TERJEJAS AKIBAT PENULARAN WABAK PANDEMIK COVID-19 UNTUK MEMPEROLEHI LESEN VOKASIONAL BAGI KELAS KENDERAAN PERKHIDMATAN AWAM [E-HAILING/ TEKSI/ BAS]
PENDAFTARAN TERHAD KEPADA PERMOHONAN YANG TERAWAL
KUOTA 4,000 PESERTA :
500 PESERTA PSV BAS
3,500 PESERTA PSV E-HAILING/TEKSI
SYARAT PESERTA :
WARGANEGARA
BERUMUR 21 TAHUN DAN KE ATAS
LULUS PEMERIKSAAN KESIHATAN (JPJL8A)
BEBAS SENARAI HITAM MAHKAMAH, JPJ & PDRM
PEMOHON PSV (E-HAILING/TEKSI) PERLU MEMILIKI LESEN MEMANDU CDL-D/ DA
PEMOHON PSV (BAS BTM > 7,500 KG) PERLU MEMILIKI LESEN MEMANDU CDL-D TIDAK KURANG 1 TAHUN
Bantuan MyPSV Untuk Semua Berkelayakan 2023
Syarat Penyertaan Bantuan MyPSV Untuk Semua Berkelayakan 2023
Peserta perlu menjadi warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas semasa mengemukakan permohonan.
Peserta perlu memegang Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D/DA) untuk permohonan PSV E-Hailing/Teksi.
Bagi permohonan PSV Bas, peserta perlu memegang Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D) dengan pengalaman sekurang-kurangnya satu tahun atau Lesen Memandu Kompeten Kelas E (CDL E).
Peserta tidak boleh disenarai hitam oleh agensi Kerajaan, badan swasta, atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
Peserta yang berjaya lulus saringan dan ditawarkan untuk menyertai Program perlu memenuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A). Kos pemeriksaan perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej pembiayaan ini.
Pakej pembiayaan ini mencakup kos yuran peserta sepenuhnya, termasuk fi latihan, amali, ujian, dan lesen. Pembiayaan yuran ini hanya berlaku untuk lulusan kali pertama dan kedua sahaja.
Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos tambahan lain tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
Peserta perlu mengikuti latihan, amali, dan ujian memandu mengikut tempoh dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
Peserta perlu bersedia mengikuti program ini mengikut tempoh dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
Peserta tertakluk kepada sebarang syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
Peserta dikehendaki menandatangani Surat Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak terpelihara sehingga program tamat.
Tarikh Perlaksanaan Bantuan MyPSV Untuk Semua Berkelayakan 2023 :
Tarikh permohonan adalah bermula pada 3 JULAI 2023.
Tarikh tutup penyertaan Program MyPSV Tahun 2023 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
Cara Permohonan Bantuan MyPSV Untuk Semua Berkelayakan 2023
Tarikh permohonan adalah bermula pada 3 JULAI 2023.
Tarikh tutup penyertaan Program MyPSV Tahun 2023 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
Permohonan MyPSV boleh dikemukakan secara atas talian melalui pautan Google Form
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan MyPSV:
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Lesen Memandu Malaysia
Laporan Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A) beserta pembuktian resit pembayaran oleh pihak hospital/klinik
Sila hubungi pihak urus setia MyPSV melalui e-mel
[email protected] untuk sebarang pengemaskinian maklumat permohonan setelah permohonan dikemukakan
Peserta yang layak akan dihubungi oleh pihak urus setia melalui surat dan e-mel
Pemohon yang tidak menerima tawaran dalam tempoh empat (4) minggu selepas permohonan dikemukakan adalah dianggap gagal
Rayuan tidak dibenarkan bagi permohonan yang gagal
Semoga bantuan atau inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan ini Bantuan MyPSV Untuk Semua Berkelayakan 2023 dapat meringankan beban bagi mereka sangat memerlukan,Jadi mohon segera Bantuan MyPSV Untuk Semua Berkelayakan 2023 supaya anda termasuk yang menerima.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/07/bantuan-mypsv.html