Bantuan Ibu Tunggal Jabatan Kebajikan Masyarakat
Seseorang wanita ditakrifkan sebagai Ibu Tunggal sekiranya :
Wanita yang kematian suami dan sedia meneruskan tugas membesarkan anak-anak.Wanita yang telah bercerai dengan suami dan diberi hak penjagaan ke atas anak-anaknyaWanita yang tidak diberi nafkah oleh suami untuk menyara hidupnya dan anak-anaknyaWanita yang berada di dalam proses penceraian (yang mungkin akan mengambil masa yang panjang).Suami uzur dan tidak mampu menyediakan nafkah dan memerlukan penjagaan rapi.Wanita yang membesarkan anak orang lain tanpa pertolongan suamiKesan gelaran “ibu tunggal” kepada wanita tersebut
Tiada wanita yang inginkan gelaran tersebut. Oleh itu status ibu tunggal sebenarnya secara tidak langsung memberi tamparan yang begitu hebat kepada perubahan kehidupan secara keseluruhanya kepada golongan ini samada dari segi sudut ekonomi, sosial, psikologi berbanding sebelum itu.
Cabaran yang dihadapi oleh golongan Ibu Tunggal
Cabaran ekonomi
Cabaran utama yang terpaksa golongan ibu tunggal hadapi adalah keadaan/isu ekonomi. Bagi isteri yang menjadi ibu tunggal yang selama ini merupakan suri rumahtangga, bukanlah perkara yang mudah untuk golongan ini untuk mencari peluang pekerjaan diluar. Suasana ini semakin rumit bagi golongan ibu tunggal yang tidak berpendidikan. Walaupun golongan ini mungkin mendapat peluang pekerjaan, cabaran seterusnya yang terpaksa dihadapi adalah penjagaan anak semasa mereka berkerja. Disebabkan ini ramai ibu tunggal yang memilih untuk bekerja atau berniaga sendiri. Namun, ini hanya mendatangkan pendapatan yang kecil. Sumber pendapatan yang tidak seberapa menghadkan pilihan mereka justeru hanya mampu menikmati kualiti hidup yang rendah bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Cabaran Sosial
Oleh kerana kekangan kewangan dan tiada sumber pendapatan tetap terdapat juga kes yang mana golongan ini terjerumus dengan gejala sosial. Mereka yang terjerumus selalunya dari golongan yang mempunyai spiritual dan kefahaman jati diri yang rendah serta kemahiran daya tindak yang tidak membantu. Ramai melibatkan diri dengan jenayah sosial seperti pelacuran, penagihan dadah dan jenayah kecurian demi menyara anak-anaknya.
Taraf hidup yang tinggi di kawasan bandar memaksa golongan ini tinggal di tempat tinggal yang tidak kondusif. Ini bukan sahaja mendedahkan mereka tetapi juga anak-anak mereka kepada ancaman sosial seperti rogol, peras ugut dan sindiran orang lain.
Ibu tunggal harus diberi pendedahan tentang prosedur permohonan skim perumahan kos rendah yang disediakan oleh kerajaan serta pelbagai bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan ataupun swasta. Satu daripadanya iaitu bantuan sosial, pemberian pengetahuan, latihan dan kemahiran bagi membolehkan ibu tunggal memulakan perniagaan mereka dan berdikari. Pengetahuan tentang selok-belok perniagaan, misalnya, boleh dimanfaatkan oleh mereka.Kemahiran kerja tangan,memasak, menggubah dan mengandam pula boleh dijadikan aset untuk mereka memulakan perniagaan.
Cabaran psikologi
Tanggapan negatif seiring dengan gelaran ibu tunggal boleh menimbulkan tekanan psikologi. Golongan ini sering kali tidak menjadi pilihan majikan memandangkan tanggungjawab mereka yang mungkin akan mengganggu kerja mereka.
Wanita yang tiba-tibanya kehilangan suami dan tempat bergantung menyebabkan kehancuran perangkatan jiwanya. Dalam keadaan ketiadaan suami sebagai pencari rezeki utama mereka terpaksa bergantung kepada diri sendiri. Stigma yang dikenakan terhadap mereka oleh masyarakat memburukkan lagi keadaan. Kegagalan memberikan sebuah keluarga yang bahagia kepada anak-anak mereka, membuatkan mereka berasa bersalah. Tekanan hidup atas sebab kesempitan wang juga menjejaskan kehidupan mereka di masa depan.
Cabaran dalam berurusan dengan MahkamahBagi ibu tunggal akibat perceraian, masalah yang dihadapi ada dalam berurusan dengan Mahkamah. .Mereka sering dipersendakan, tidak dilayan dengan adil, terpaksa berulang-alik ke Mahkamah untuk menyelesaikan kes dan seumpamanya. Ada juga ibu tunggal ini tidak tahu undang-undang serta prosedur mahkamah dan tidak tahu hak mereka.
Majoriti dari mereka ini juga menghadapi masalah dengan bekas suami yang enggan bekerjasama terutamanya dalam hal memberi nafkah untuk anak-anak yang sebenarnya merupakan tanggungjawab mereka.
Kesan
Kesan menjadi ibu tunggal kepada anak-anak
Anak yang tinggal dalam keluarga ibu tunggal tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya. Ini menjejaskan perkembangan diri anak-anak tersebut secara menyeluruh dari aspek fizikal, intelektual dan sosial. Kekurangan kasih sayang juga boleh menganggu perkembangan personaliti kanak-kanak. Kanak-kanak daripada ibu tunggal sukar untuk melafazkan perasaan mereka ini disebabkan mereka takut untuk menyinggung perasaan ibu
Kesan menjadi ibu tunggal kepada masyarakat
Kedudukan Ibu tunggal pada padangan masyarakat juga berbeza-beza samada persepsi yang berbentuk positif ataupun negatif. Terdapat segelintir ibu tunggal yang dapat memajukan diri dan bangkit dari kejatuhan dengan berkecimpung dengan perniagaan akan dilihat sebagai ibu tunggal yang berjaya untuk memajukan diri. Sebaliknya ibu tunggal juga dianggap sebagai ancaman kepada wanita-wanita dan pasangan suami isteri yang akhirnya boleh mendatangkan pandangan yang negatif.
Bantuan yang boleh diberikan kepada golongan ibu tunggal
Skim Bantuan Kewangan Bagi Golongan Ibu Tunggal merupakan skim bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan Ibu Tunggal.
Jenis-jenis bantuan yang ada di JKM ialah:
Bantuan Bulanan – Bantuan AmBantuan Penyaraan Kanak-kanakBantuan Anak PeliharaBantuan Sekaligus – Geran PelancaranBantuan Alat Tiruan/SokonganGeran Pendidikan dan Latihan KemahiranBantuan Sekolah (sekiranya mempunyai anak-anak bersekolah)
Perkhidmatan kaunseling
Bantuan kebajikanSenarai cawangan JKM ada dilampirkan di bawah:
Selain daripada pihak JKM terdapat juga bantuan-bantuan yang boleh diperolehi daripada jabatan jabatan yang lain. Disamping itu pihak pihak tertentu seperti syarikat dan juga badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memberikan skim-skim dan pinjaman kredit.
Di samping itu badan-badan yang boleh dijadikan sumber rujukan dalam memberikan bantuan kepada golongan ibu tunggal ini adalah seperti berikut:
1) Yayasan Tekun Nasional (TEKUN)
2) Amanah Ikthiar Malaysia (AIM)
3) Program e-Kasih
Majlis Amanah Rakyat MARAUsaha yang dijalankan untuk membangunkan potensi wanita
Memperkukuhkan Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) sebagai jentera Pembangunan Dasar.Mengorentasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan supaya memasukkan prpses perancangan, perlaksanan dan pengawasan proram-program pengintegrasian wanita.Pendidikan dan latihan untuk menyedarkan pihak pentadbiran kerajaan mengenai isu wanitaPenglibatan Badan- badan Bukan KerajaanMembasmi kemiskinan dan mengambil tindakan tegasMemajukan dan menyelaras penyelidikan mengenai isu wanitaPeruntukan Anggaran Belanjawan
Kesimpulan
Jelas kehidupan ibu-ibu tunggal adalah sangat mencabar iaitu dari aspek ekonomi, sosial, psikologi, perhubungan dengan masyarkat dan sebagainya terdapat juga golongan yang ini dapat membangunkan semula kehidupan mereka kerana dari cabaran yang dihadapi mereka telah dapat meningkatkan “resilency” jati diri. Selain dari itu, bantuan dan skim yang telah diberikan kepada golongan ini dapat meringankan beban dan juga untuk memindahkan beban yang terpaksa dipikul setelah kehilangan/kematian pasangan.
Kepada golonga ibu tunggal yang mahir berniaga secara tidak langsung dapat mengubah dan mengelak dari hidup dalam kemelaratan dan membolehkan untuk memperkukuhkan semula sistem dalam keluarga terutamanya dari aspek ekonomi. Terdapat juga sebilangan ibu tunggal ini yang telah berjaya membuktikan kehidupan mereka berjaya apabila menceburi bidang perniagaan. Oleh itu masyarakat sejagat juga perlu memainkan peranan penting agar golongan ibu tunggal ini dapat meneruskan kelangsungan hidup bersama-sama anak yang ditinggalkan dan mengubah persepsi dan tanggapan yang negatif pada golongan ini.
Rujuk badan – badan yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Sumber: Mr.Bagaimana
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hanifidrus.com/2019/01/bantuan-ibu-tunggal-jabatan-kebajikan.html