Bantuan Elaun Rm300 Kepada Pelajar Sekolah Dan Graduan


 

Bantuan Elaun RM300 Kepada Pelajar Sekolah Dan Graduan. Ini adalah berita gembira kepada pelajar lepasan sekolah dan graduan baharu.
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa seseorang yang baru habis belajar atau baru sahaja bergraduasi pasti merasa ‘struggle’ untuk mencari pekerjaan. Dan sebagaimana maklum bahawa kalau baru habis belajar mesti tak berduit. Ye lah kan, kalau tak ada kerja macam mana nak dapat duit kan?
Bila cari kerja pula kebanyakan syarikat inginkan yang mempunyai pengalaman untuk memohon jawatan kosong di syarikat mereka. Sedangkan kalau seblum kerja mana nak dapat pengalamannya kan? Sepatutnya terima lah dulu barulah dapat pengalaman!
Oleh itu, Kerajaan telah membuat pengumuman untuk memberikan bantuan elaun RM300 kepada seseiapa sahaja yang telah pun tamat Sekolah dan Universiti yang mana bantuan ini adalah diperuntukan khas kepada golongan belia yang sedang mencari pekerjaan dalam apa jua sektor.
Kerajaan hari ini dengan tekad yang tinggi telah memberi sokongan kepada golongan belia melalui pemberian elaun RM300 secara bulanan. Dibawah seliaan badan kerajaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menawarkan bantuan secara elaun RM300 melalui peruntukan bajet tahun 2022 oleh Kerajaan Malaysia.
Bantuan Elaun RM300 Kepada Pelajar Lepasan Sekolah Dan Graduan
Melalui saluran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sumbangan tersebut akan diberi secara elaun RM300 kepada pelajar lepasan sekolah dan graduan baharu dari Universiti berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan. Pemberian bantuan elaun RM300 adalah diatas program pencarian pekerjaan kepada mereka yang baru sahaja tamat persekolahan, graduasi dari universiti dan pekerja sektor tidak formal. Menurut pihak PERKESO program tersebut ialah:-
Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+) Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+) adalah merupakan satu program yang khas kepada bukan pencarum PERKESO dan ini adalah merupakan bantuan kewangan yang bakal diberikan kepada individu yang bukan pencarum PERKESO lebih lebih lagi graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal yang terkesan dan terjejas akibat krisis wabak COVID-19 bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu.
Bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini mengandungi insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang diterima apabila individu yang layak menghadiri temuduga dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sekiranya telah kembali bekerja.
Permohonan Elaun RM300 Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+)  Sekiranya anda berminat untuk memohon skim bantuan yang ditawarkan oleh PERKESO ini, pemohon boleh membuat permohonan di laman web rasmi PERKESO atau boleh juga melalui aplikasi PERKESO PRIHATIN. Sebelum membuat permohonan di laman web PERKESO atau melalui aplikasi PERKESO PRIHATIN, pemohon perlu mendaftarkan diri di profil MYFUTUREJOB bagi melayakkan diri untuk menerima bantuan elaun RM300.
Cara Memohon
 Daftar/ kemas kini profil anda dalam portal MYFUTUREJOB. Muat turun aplikasi PERKESO PRIHATIN melalui Apple App Store atau Google Play Store Pemohon boleh memohon tuntutan di aplikasi PERKESO PRIHATIN. Syarat Kelayakan
Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 jun 2021. Daftar sebagai pencari kerja di portal MYFUTUREJOB Menghadiri temu duga sekurang-kurangnya 3 kali sebulan kemas kini log aktiviti di portal MYFUTUREJOB. Pemohon yang berjaya mendapat elaun berjumlah RM300 semasa dalam proses mencari pekerjaan akan menerima elaun tersebut dalam tempoh 3 bulan dan pemohon juga akan  mendapat Elaun Persedian Bekerja (EPB) secara “ONE-OFF” iaitu setelah mendapat pekerjaan.

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh merujuk ke laman rasmi PERKESO.
Laman Web Rasmi PERKESO
Soalan lazim berkenaan bantuan elaun RM300 dibawah Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+):-
Soalan lazim berkenaan SIPEMP+
Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus hubungi pihak PERKESO di talian 1300-22-8000-03-80915400.
“Semoga dipermudahkan urusan mencari pekerjaan” Bantuan Elaun RM300 Kepada Pelajar Sekolah Dan Graduan. Sumbangan bantuan berbentuk elaun RM300 merupakan bantuan yang sangat membantu kepada pelajar yang baharu tamat persekolahan dan graduan yang baharu tamat belajar. Melalui bantuan berupa elaun itu akan menyuntik semangat golongan belia untuk keluar mencari pekerjaan di era COVID-19. Kerajaan Malaysia telah banyak memainkan peranan dalam mengolak langkah kepada rakyat untuk menyenangkan dan memudahkan urusan rakyat Malaysia. Segala pemberitahuan maklumat berkenaan diatas adalah tertakluk terma dan syarat kepada pengurusan pihak PERKESO.
Baca Juga:
Permohonan Miliki Rumah Tahun 2023 | Skim TEDUH Bantu Rakyat Ambilan Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2023 Terkini : Jawatan Kosong Di Badan Kebajikan Dan Sukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) | Permohonan Kini Di Buka! SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)
1. Apakah yang dimaksudkan dengan program SIP EMP+ kepada bukan
pencarum?
 Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022 oleh Kementerian Kewangan, Program SIP Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+) kepada bukan pencarum ini merupakan penambahbaikan kepada Program SIP PRIHATIN 2.0 yang akan berakhir pada 31 Disember 2021.  SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini adalah bantuan kewangan diberikan kepada individu bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal yang terkesan akibat krisis wabak COVID 19 bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu. Bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini mengandungi insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang diterima apabila individu yang layak menghadiri temuduga dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sekiranya telah kembali bekerja. 2. Bilakah tarikh kuatkuasa bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum?
Tarikh kuatkuasa membuat permohonan bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum adalah bermula pada 1 Januari 2022.  Tarikh tutup membuat permohonan adalah pada 31 Disember 2022. 3. Adakah pencarum PERKESO yang sedang atau telah menerimaf aedah di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan bantuan kewangan di bawah program kerajaan yang dikendalikan oleh Pejabat SIP layak menerima bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini?
Tidak. Individu yang telah mendapat bantuan di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 atau mana – mana bantuan yang lain seperti JaminKerja – Insentif Penggajian (JKIP) dan SIP EMP+ kepada pencarum tidak layak mendapat bantuan ini. Walau bagaimanapun, penerima bantuan SIP PRIHATIN 2.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) masih layak untuk memohon bantuan SIP EMP+ ini dengan syarat pemohon masih belum mendapat penempatan pekerjaan selepas enam puluh (60) hari dari tarikh tamat tempoh bantuan SIP PRIHATIN 2.0. 4. Berapa lamakah tempoh bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini dan jumlah bayaran yang layak diterima?
 Tempoh aktiviti pencarian pekerjaan adalah selama 4 bulan yang bermula sebaik sahaja permohonan dikemukakan. Permohonan yang diluluskan adalah layak untuk menerima bantuan kewangan EMP yang berjumlah RM 300 sebulan untuk tempoh 3 bulan sahaja.  Bayaran keempat bagi EPB akan dilaksanakan sekiranya pemohon telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan dalam tempoh 4 bulan daripada tarikh permohonan dikemukakan.  Sebagai contoh, sekiranya beliau telah mendapat pekerjaan baharu semasa menerima EMP yang pertama, kedua atau ketiga, maka bayaran tambahan EPB sebanyak RM 400 akan dibayar terus pada bulan yang sama. Sekiranya individu itu mendapat kelulusan pertama pada 2 Januari 2022 dan menerima tawaran pekerjaan pada 2 Julai 2022, individu tersebut adalah tidak layak untuk menerima bantuan tambahan EPB kerana penempatan pekerjaan tersebut berlaku di luar tempoh penilaian aktiviti pekerjaan iaitu 4 bulan yang telah ditetapkan. Untuk lebih FAQ sila layari https://www.perkeso.gov.my/bajet-2022/sip-bajet-2022.html


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2022/12/bantuan-elaun-rm300-kepada-pelajar-sekolah-dan-graduan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berang Lamaran Ditolak Kerana Cacat Lelaki Bunuh Pelajar Sekolah Mayatnya Dibuang Dalam Telaga

Berang Lamaran Ditolak Kerana Cacat Lelaki Bunuh Pelajar Sekolah Mayatnya Dibuang Dalam Telaga

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 325 hits
The ReporterMayat seorang pelajar sekolah menengah ditemui mati dalam telaga di kebun jagung Desa Serbajadi Sumatera Utara Indonesia pada 15 Disember 2022 Mangsa Lidya Patmos Sitinjak 17 ditemui dalam telaga tersebut dalam keadaan terlungku...
Terkini Permohonan Bantuan Kewangan Rm3 920 00 Pelajar Kolej Komuniti Ini Cara Mohon

Terkini Permohonan Bantuan Kewangan Rm3 920 00 Pelajar Kolej Komuniti Ini Cara Mohon

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 176 hits
Terkini Permohonan Bantuan Kewangan RM3 920 00 Pelajar Kolej Komuniti Ini Cara Mohon Di situasi ekonomi kini adalah merupakan satu cabaran yang cukup besar bagi rakyat Malaysia terutama bagi pelajar pelajar Malaysia yang telah memasuki sama...
Pm Umum Semua Pelajar Dapat Bantuan Awal Persekolahan Rm150 Januari Depan

Pm Umum Semua Pelajar Dapat Bantuan Awal Persekolahan Rm150 Januari Depan

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 138 hits
Kerajaan Perpaduan Malaysia bersetuju untuk menyalurkan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid bermula Januari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemberian bantuan itu melibatkan semua murid tanpa meng...
Inflasi Desember Tinggi Bps Karena Ada Libur Sekolah Dan Nataru

Inflasi Desember Tinggi Bps Karena Ada Libur Sekolah Dan Nataru

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 122 hits
Badan Pusat Statistik mencatat terjadi inflasi pada Desember 2022 sebesar 0 66 persen Inflasi di bulan ini merupakan inflasi musiman lantaran terjadi peningkatan permintaan akibat perayaan natal dan tahun baru
Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 200 hits
Cepat masa berlalu Kakak Maira dah nak masuk darjah 1 sesi persekolahan baru akan datang terasa makin tua ibu anak dah makin besar eh tiba sebak huhuu Maka bermulalah rutin baru untuk ibu menyediakan kelengkapan persekolahan formal kakak Te...
Murid Murid Perlu Menaiki Bas Dan Van Ke Sekolah

Murid Murid Perlu Menaiki Bas Dan Van Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 194 hits
Kesesakan lalu lintas sebahagiannya berpunca daripada ramai ibu bapa yang menghantar anak anak ke sekolah Sesetengah pelajar menggunakan motosikal atau basikal sukan yang diubah suai Walaupun separuh daripada pelajar berjalan ke sekolah ter...
Buka Sekolah Cuti Sekolah

Buka Sekolah Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 210 hits
Buka Sekolah Cuti Sekolah Diam tak diam tinggal beberapa hari sahaja lagi sekolah akan dibuka semula untuk penggal 3 sesi 2022 2023 Sana sini asyik baca cerita jalan jalan cari makan bercuti dan macam macam lagi aktiviti hujung tahun Lepas ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy