Bantuan Baitulmal Kamek


BANTUAN BAITULMAL KAMEK (Permohonan & Semakan Tabung Baitulmal Sarawak tbs.org.my)

 
Kerajaan Sarawak juga telah memperkenalkan Bantuan Baitulmal Kamek bagi membantu masyarakat Islam di negeri Sarawak golongan asnaf yang kurang berkemampuan serta menghadapi kesukaran menjalani kehidupan seperti biasa semasa pasca Covid-19. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan Bantuan Baitulmal Kamek, semoga membantu.
 
APA ITU BANTUAN BAITULMAL KAMEK
Baitulmal Kamek adalah portal khidmat pelanggan terbaru Tabung Baitulmal Sarawak yang akan memudahkan umat Islam mengemukakan permohonan secara atas talian (online) Dalam masa yang sama, ia akan mempertingkatkan lagi kualiti sistem penyampaian.
 
Inisiatif mewujudkan portal tersebut merupakan salah satu kaedah bagi menyalurkan agihan Zakat kepada Asnaf, di mana pihak Tabung Baitulmal Sarawak telah menyediakan 3 Program Utama iaitu :-
Program Mengukuhkan Tradisi Kelimuan Program Memantapkan Kebajikan Ummah Program Membangunkan Institusi Islam.  
KELEBIHAN PORTAL PELANGGAN TBS(TABUNG BAITULMAL SARAWAK)
Antara kemudahan menggunakan portal pelanggan TBS ialah ia dapat memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang produk bantuan yang boleh dipohon oleh Asnaf. Melalui portal Baitulmal Kamek, juga pemohon boleh memohon bantuan secara atas talian untuk mana-mana bantuan yang hendak dipohon.
Namun, ini hanyalah untuk mereka yang layak menerima bantuan yang disediakan sahaja. Tambahan lagi, pada peringkat awal pelancaran portal pelanggan TBS ini, hanya sebahagian bantuan sahaja boleh dipohon melalui atas talian. Sebahagian lagi boleh dipohon dengan berkunjung ke mana-mana kaunter-kaunter TBS yang berdekatan.
Nak tahu apa tiga cara mudah mohon bantuan TBS?
Terdapat tiga cara mudah mohon bantuan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) iaitu secara dalam talian. Hal ini disebabkan pihak TBS tidak dapat bertemu secara langsung dengan orang ramai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
 
JENIS BANTUAN TABUNG BAITULMAL SARAWAK
Tabung Baitulmal Sarawak mempunyai Tiga Program Utama Bantuan iaitu
Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan Program Memantapkan Kebajikan Ummah Program Membangunkan Institusi Islam. Setiap program bantuan ini mempunyai pecahan aktiviti-aktiviti bantuannya yang tersendiri seperti:
Bantuan Ke Institut Pengajian Tinggi, Bantuan ke Timur Tengah Bantuan Sarahidup Fakir/Miskin Bantuan Kecemasan/Bencana Alam (i.e kebakaran) Bantuan Kelengkapan Asas masjid atau surau Lain-lain bantuan tersedia Nota: Hanya mereka yang berhak mengikut hukum syara’ dan peraturan serta syarat-syarat sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan Tabung Baitulmal Sarawak.
 
CARA PERMOHONAN BANTUAN BAITULMAL KAMEK
Berikut ialah cara untuk apply Baitulmal Kamek
Layarai laman web rasmi, iaitu portal pelanggan TBS di sini: https://pelanggan.tbs.org.my Jika anda sudah berdaftar: Masukkan Nombor Kad Pengenalan (Username) Masukkan Kata Laluan Tekan butang Log Masuk Jika anda belum berdaftar: Klik pautan Daftar Akaun Masukkan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan Masukkan Nombor Telefon Masukan E-mel Masukkan Nombor Kad Pengenalan (ini akan digunakan sebagai Username) Masukkan Kata Laluan Sahkan Kata Laluan Tekan butang Daftar Selepas selesai proses pendaftaran, sila Log Masuk semula Pilih bantuan yang ingin dipinta  
GARIS PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN BAITULMAL SARAWAK
Pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak mengamalkan konsep ‘Kail dan Ikan’.
‘Konsep Kail’ memberi pengkhususan dalam bantuan pendidikan dimana kesan jangka panjangnya boleh mengubah corak penghidupan seseorang. ‘Konsep ikan’ pula adalah bantuan yang diberikan kepada mereka yang tidak berupaya dan tidak berkemampuan untuk mencari rezeki selain mengharap belas ihsan jiran-jiran. la lebih bersifat sebagai usaha untuk menampung keperluan yang mendesak bagi tempoh-tempoh tertentu dan kesannya adalah dalam bentuk jangka pendek. Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon untuk mendapat bantuan sara hidup ini ialah pemohon hendaklah beragama Islam dan bermastautin di Sarawak, fakir/miskin yang telah disahkan benar-benar dhaif oleh Penghulu Kampung dan diperakui oleh pihak Tabung Baitulmal Sarawak setelah penyiasatan dibuat dengan melihat ciri-ciri fizikal kedhaifan pemohon tersebut dan keutamaan adalah kepada mereka yang uzur dan hidup sebatang kara dengan hanya bergantung hidup dari belas ihsan jiran tetangga.
 
CARA LAIN UNTUK MOHON BANTUAN BAITULMAL SARAWAK
Permohonan menerusi aplikasi Jejak Asnaf
Orang ramai boleh mengemukakan permohonan menerusi aplikasi Jejak Asnaf Versi 2 yang boleh dimuat turun menerusi Appstore atau Playstore. Selain itu, seseorang itu juga boleh mencadangkan orang lain yang layak menerima bantuan daripada TBS. Permohonan menerusi e-mel Rasmi Tabung Baitulmal Sarawak (TBS)
Bagi kaedah ketiga, orang ramai boleh mengemukakan permohonan atau berkomunikasi dengan TBS menerusi emel [email protected].  
SOALAN LAZIM (FAQ) TABUNG BAITULMAL SARAWAK
Apakah rasional Tabung Baitulmal Sarawak mewujudkan borang bantuan secara online?
Tabung Baitulmal Sarawak sentiasa memastikan saluran sistem penyampaiannya dapat memberi kemudahan kepada masyarakat Islam baik bagi tujuan pembayaran zakat atau permohonan bantuan. Pengunaan internet dalam apa jua urusan pada zaman ini sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat tempatan. Permohonan pekerjaan, kemasukan ke IPT, urusan pembayaran dan lain-lain sudah dipermudahkan melalui kaedah ini. Justeru, pengambilan borang permohonan bantuan di kaunter tidak digalakkan bagi memastikan prasarana online berfungsi dan diterima pakai sepenuhnya. Cara permohonan bantuan pendidikan Tabung Baitulmal Sarawak
Bantuan Pendidikan iaitu Bantuan Ke institut Pengajian Tinggi (IPT) hanya  dikhususkan kepada mereka yang telah mendapat surat tawaran daripada mana-mana Universiti , samada IPTA atau IPTS pada peringkat Matrikulasi, Diploma, Ijazah, atau mana-mana kursus/sijil yang melebihi enam (6) bulan ke atas dan tidak termasuk kakitangan awam. Objektif utama wujudnya skim bantuan ini ialah bertujuan bagi memudahkan pendaftaran di tahun satu semester satu sahaja bagi pelajar yang tergolong dalam asnaf fakir, miskin, yang tiada sumber pendapatan khusus atau tidak berpendapatan tetap. Bagaimanakah Tabung Baitulmal Sarawak hendak memastikan kesesuaian produk bantuan yang sedia ada dengan keperluan semasa?
Berdasarkan kepada keterhadan kutipan zakat pada masa ini, Tabung Baitulmal Sarawak hanya mampu untuk memberi keutamaan agihan zakatnya bagi program pendidikan, kebajikan dan pembangunan institusi Islam. Bantuan-bantuan ini berdasarkan kepada kelaziman permohonan daripada masyarakat Islam dimana ia membantu meringankan bebanan kewangan para pemohon.  
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Layari laman facebook TABUNG BAITULMAL SARAWAK
 
ARTIKEL LAIN
CARA BAYAR BIL AIR SARAWAK ONLINE (Aplikasi Sarawak Pay & PayBills Malaysia)
 
 
The post BANTUAN BAITULMAL KAMEK (Permohonan & Semakan Tabung Baitulmal Sarawak tbs.org.my) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/bantuan-baitulmal-kamek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Umum Bantuan Tambahan Rm100 Untuk Golongan B40 Tiada Bantuan Untuk Golongan M40

Pm Umum Bantuan Tambahan Rm100 Untuk Golongan B40 Tiada Bantuan Untuk Golongan M40

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 191 hits
PM umum bantuan tambahan RM100 untuk golongan B40 tiada bantuan untuk golongan M40Golongan B40 yang terkesan dengan kos sara hidup ekoran penarikan balik subsidi harga ayam telur dan kenaikan harga barang akhirnya dapat menarik nafas lega a...
Senarai Bantuan Biasiswa Percuma Pendidikan Tinggi Pelajar Ipt 2022

Senarai Bantuan Biasiswa Percuma Pendidikan Tinggi Pelajar Ipt 2022

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 540 hits
Berikut adalah senarai wang bantuan untuk pelajar IPT berkelayakan yang ditawarkan oleh pusat zakat baitulmal dan yayasan di Malaysia namun bergantung kepada kelulusan syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan Per...
M40 Kekal Tersisih Bantuan Tambahan Keluarga Malaysia

M40 Kekal Tersisih Bantuan Tambahan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 220 hits
Keluarga yang menerima Bantuan Keluarga Malaysia akan menerima tambahan RM100 kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini Ini berikutan kenaikan kos sara hidup dengan perdana menteri menjangkakan harga ayam dan telur ayam akan naik bu...
Semakan Status Bkm Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia

Semakan Status Bkm Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 165 hits
TERKINI Semakan Status BKM Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah Terkini lama...
Bantuan Tunai Tak Guna Jika Tarif Elektrik Naik Pemimpin Ph Beritahu Pu

Bantuan Tunai Tak Guna Jika Tarif Elektrik Naik Pemimpin Ph Beritahu Pu

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 169 hits
Pemimpin Pakatan Harapan membidas bantuan tunai tambahan kerajaan tidak akan memanfaatkan rakyat khasnya menjelang kenaikan tarif elektrik mulai bulan depan
Tak Apa Biar Saya Rayu Bantuan Aznil Nawawi Bantu Zamani Kumpul Dana Pembedahan Kini Cecah Rm32 000

Tak Apa Biar Saya Rayu Bantuan Aznil Nawawi Bantu Zamani Kumpul Dana Pembedahan Kini Cecah Rm32 000

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 167 hits
Pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi atau Paknil turut bersedih dengan berita yang berlaku kepada Zamani dan membuat keputusan untuk membantu penyanyi itu mengumpul dana pembedahan Zamani mnderita pnyakit skoliosis iaitu keadaan di ma...
Bantuan Bayi Baru Lahir Rm300 2022

Bantuan Bayi Baru Lahir Rm300 2022

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 215 hits
Tahukah anda di bawah bajet 2022 kerajaan negeri kerajaan akan memberikan insentif sebanyak RM300 kepada ibubapa yang mempunyai anak yang baru lahir Program ini bertujuan untuk meringankan beban ibubapa yang memerlukan duit untuk pembelian ...
Bantuan Makanan Ke Sudan Selatan Ditangguhkan Kerana Kurang Dana

Bantuan Makanan Ke Sudan Selatan Ditangguhkan Kerana Kurang Dana

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 120 hits
Bantuan makanan ke Sudan Selatan ditangguhkan kerana kurang dana Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 15 Jun 2022 7
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense