Bank Rakyat Perkenal Program Usahawan B40 Rakyatpreneur



BANK RAKYAT memperkenalkan program Rakyatpreneur sebagai inisiatif membangunkan perniagaan mikro khususnya daripada latar belakang yang kurang berkemampuan seperti usahawan asnaf dan berpendapatan rendah (B40).
Menurut Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, program Rakyatpreneur adalah sejajar dengan usaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk membantu usahawan B40 termasuk perniagaan informal yang terjejas teruk ekoran daripada pandemik Covid-19.
“Usahawan daripada golongan B40 dan informal yang tidak berdaftar adalah antara yang amat terkesan dengan situasi Covid-19 kerana kebanyakannya bergantung kepada pendapatan harian serta tidak mempunyai simpanan wang,” jelas beliau.
Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Haji Abd Rani Lebai Jaafar berharap agar inisiatif ini dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan asnaf dan B40 dalam meningkatkan taraf hidup dengan memperkembangkan perniagaan mereka.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan pula berkata, program Rakyatpreneur ini dijangka akan memberi impak dalam membuka potensi keusahawanan serta memberi peluang kepada komuniti yang kurang (underserved) dan tidak (unserved) mendapat perhatian untuk merealisasikan impian menjadi usahawan berjaya.
“Program Rakyatpreneur ini juga membuktikan bahawa Bank Rakyat sentiasa berusaha untuk memahami permasalahan serta keresahan pelanggannya khususnya daripada golongan yang kurang berkemampuan.”
“Kami yakin bahawa program ini sangat relevan dalam membantu peserta memperoleh dana perniagaan, bimbingan serta kemahiran baharu untuk menjamin kelangsungan perniagaan sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi negara,” ujar beliau lagi.
Seramai 20 orang peserta telah terpilih untuk menyertai projek rintis Rakyatpreneur fasa pertama yang dilancarkan pada bulan Disember tahun lalu.
Peserta yang terpilih merupakan pengusaha industri kecil dan sederhana yang mempunyai pendapatan bulanan purata antara RM1,000 hingga RM3,000.
Salah seorang peserta yang mengusahakan perniagaan makanan laut, Azlan Osman, 36, berkata, beliau bersyukur dipilih menjadi peserta program ini yang memberikannya peluang untuk mendapat bimbingan kewangan daripada Bank Rakyat untuk memajukan perniagaannya.
Manakala, penjual kuih berumur 30 tahun dari Manjung Perak, Nur Hafisah Shohaimi berkata, beliau dapat membeli barang keperluan membuat kuih seperti mesin pengadun tepung dan peti sejuk beku dengan dana yang diperolehi.
Menurut Bank Rakyat lagi, menerusi projek rintis ini, peserta menerima dana perniagaan secara berperingkat sebanyak RM5,000 setiap seorang termasuk bimbingan khidmat nasihat menerusi latihan modul selama enam bulan.
Ianya bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran keusahawanan menerusi program webinar dengan kerjasama daripada Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
Program Rakyatpreneur akan diteruskan dengan pelbagai modul lain sehingga projek rintis ini berakhir pada Jun 2021.
Pelancaran Rakyatpreneur 2.0 akan dilaksanakan pada Julai tahun ini bagi mencapai sasaran pembangunan hampir 300 usahawan asnaf dan B40 yang akan dipilih dari setiap pelusuk negara.
Melalui latihan modul secara dalam talian ini, peserta dapat mempelajari asas keusahawanan termasuk memperluaskan teknik pemasaran dengan mengaplikasikan teknologi serta pembangunan produk. SM

The post Bank Rakyat perkenal program usahawan B40, Rakyatpreneur appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/05/bank-rakyat-perkenal-program-usahawan-b40-rakyatpreneur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yayasan Bank Rakyat Taja Lebih Rm500 000 Untuk Program Tuisyen Pelajar

Yayasan Bank Rakyat Taja Lebih Rm500 000 Untuk Program Tuisyen Pelajar

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 220 hits
Yayasan Bank Rakyat memperuntukkan hampir RM550 00 untuk menaja 253 Program Tuisyen Rakyat sepanjang tahun 2020 di seluruh negara walaupun ketika pandemik Covid 19 Pengerusi Yayasan Bank Rakyat Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata progr...
Ada Penerlma Bantvan Prlhatin Rakyat Dah Dapat Ada Juga Yang Belum Ini Statvs Byaran Ikut Jenis Bank

Ada Penerlma Bantvan Prlhatin Rakyat Dah Dapat Ada Juga Yang Belum Ini Statvs Byaran Ikut Jenis Bank

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 193 hits
PUTRAJAYA Pembayaran Fasa I B antuan Pr ihatin Rakyat melibatkan peruntukan berjumlah RM 1 93 b ilion disalurkan secara berp eringkat bermula esok berbanding jadual asal Mei depan
Dimulai Sejak 2019 Program Peremajaan Sawit Rakyat Di Riau Capai 9 500 Hektare

Dimulai Sejak 2019 Program Peremajaan Sawit Rakyat Di Riau Capai 9 500 Hektare

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 292 hits
Program peremajaan sawit rakyat yang dilakukan PT Perkebunan Nusantara V hingga awal tahun ini telah mencapai 9 500 hektare Angka itu menjadi realisasi peremajaan perkebunan kelapa sawit terluas yang telah dilakukan perusahaan perkebunan ne...
Cara Daftar Ssm Percuma Untuk Usahawan B40

Cara Daftar Ssm Percuma Untuk Usahawan B40

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 398 hits
Cara Daftar SSM Percuma Daftar SSM percuma Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin Untuk makluman anda SPPP ini kini diperluas kepada semua usahawan B40 diberikan peluang untuk daftar SSM secara percuma Bagaimana Anda inginkan maklumat lanjut ...
Program Rumah Rakyat Anies Dikorupsi

Program Rumah Rakyat Anies Dikorupsi

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 293 hits
Mengetahui kabar tersebut Anies langsung menonaktifkan jabatan Direktur Utama Perumda Pembangunan Sarana Jaya Yoory C Pinontoan sebagai buntut statusnya sebagai tersangka
Rakyat P Pinang Diseru Beri Sokongan Penuh Program Imunisasi Daftar Segara

Rakyat P Pinang Diseru Beri Sokongan Penuh Program Imunisasi Daftar Segara

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 177 hits
Pada 25 Februari 2021oleh PENTADBIROleh B SuffianSemua rakyat Pulau Pinang diseru memberikan sokongan penuh terhadap Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow Beliau berkata sokongan itu boleh dilakukan dengan m...
Drzahidhamidi Keputusan Kpm Yang Menyusahkan Rakyat

Drzahidhamidi Keputusan Kpm Yang Menyusahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 335 hits
Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan membuka semula sesi persekolahan pada awal Mac nanti dilihat bukanlah sebagai keputusan popular yang ditunggu tunggu oleh rakyat Ramai dikalangan ibu bapa mengeluh kerana tindakan KPM yang...
Rakyat Pening Sekolah Sekejap Buka Sekejap Tutup

Rakyat Pening Sekolah Sekejap Buka Sekejap Tutup

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 281 hits
Rakyat pening sekolah sekejap buka sekejap tutupOleh February 22 2021Kami Ahli Ahli Parlimen pembangkang mengambil maklum keputusan mengejut Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meneruskan kembali sesi persekolahan awal Mac ini Keputusan K...
Muhyiddin Langsung Tak Tahu Realiti Rakyat

Muhyiddin Langsung Tak Tahu Realiti Rakyat

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 274 hits
Mahu jadi penerima pertama vaksin bagi membayangkan kepada rakyat tahap berani tahap konfiden dan tahap pengorbanan nya Walaupun Lokman adam kata mungkin suntikan air suam walaupun kj kata ada special pampasan jika ada kesan sampingan tetap...
Cuktech Perluas Barisan Produk Di Malaysia Dengan Pelancaran Tiga Produk Kuasa Inovatif

Kawasan Terbaik Di Malaysia Dengan Internet Boleh Dipercayai Untuk Pedagang

Kalau Ada Dua Tempat Timbalan Presiden Pkr Dua Dua Saya Sokong Anwar Puji Calon Layak

Empowering Digital Teams With Sap Business Training In Malaysia

Future Of Penang Turf Club Land Depends On Owners Says Chow

Buasir Otak Tv Bila Orang Minta Sedekah Tapi Kau Kedekut Be Like

Aduhai Cik Pepel Accident Lagi

Nasi Lemak Abang Strawberry


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A New Look At How Android Xr Will Bring Gemini To Glasses And Headsets

Mastering The Art Of Shelter Essential Survival Skill For Wilderness Adventures

Isobahtos Feat Fareedpf Chord Walai Tokou Chord

Co Opbank Pertama Perkenal Produk Takaful Dalam Talian

Is Linking Mykad To Fuel Subsidies Helping Malaysians

Sabah Saw Little Development When Governed By Local Parties Says Bung