Bank Amerika Anggap Malaysia Destinasi Pengubahan Wang Haram



Bank-bank di Amerika Syarikat (AS) menamakan Malaysia sebagai destinasi pengubahan wang haram, mendorong bank-bank tersebut menandakan pelbagai transaksi yang melibatkan firma-firma Malaysia sebagai “mencurigakan”.
Malaysia disenaraikan sebagai negara dengan “bidang kuasa berisiko tinggi untuk pengubahan wang haram dan jenayah kewangan” di samping negara-negara seperti Angola, Togo, Kemboja, Niger, Indonesia, Kepulauan Virgin Britain.
Ini berdasarkan beberapa laporan yang didedahkan melalui dokumen yang bocor.
Malaysiakini meneliti laporan oleh bank-bank AS itu yang difailkan kepada Perbendaharaan AS, sebagai sebahagian daripada penyiasatan fail FinCEN yang diketuai oleh Konsortium Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) dan BuzzFeed News.
Fail FinCEN melibatkan sejumlah laporan aktiviti mencurigakan (SAR) yang failkan oleh bank-bank kepada Jaringan Penguatkuasaan Jenayah Kewangan Perbendaharaan AS (FinCEN), yang mengumpulkan maklumat untuk memerangi pengubahan wang haram atau jenayah kewangan lain.
Sembilan bank Malaysia ditandakan sebagai mempermudah transaksi mencurigakan bernilai lebih AS$18 juta (kira-kira RM75.76 juta).
Bank berkenaan adalah OCBC Bank, Public Bank, United Overseas Bank, AmBank, Standard Chartered, CIMB, Alliance Bank, HSBC Bank dan Maybank.
Bank-bank Malaysia mempunyai akaun koresponden (wakil) dengan bank-bank AS, yang memudahkan pemindahan dana antarabangsa dan penyelesaian transaksi.
Sekatan dan sumber yang tidak diketahui
Bank-bank Malaysia ditampilkan dalam laporan aktiviti yang mencurigakan atas pelbagai sebab, bermula daripada menjadi “bidang kuasa berisiko tinggi” hinggalah mempermudah pembayaran yang didapati melanggar sekatan AS.
Nilai urus niaga juga berkisar antara beberapa ratus ehingga beberapa ratus ribu dolar AS.
Dalam kes transaksi berkaitan 1MDB – kendalian AmBank – jumlahnya melibatkan berjuta-juta dolar AS.
Satu bank yang berulang kali memaklumkan Malaysia sebagai “destinasi berisiko tinggi untuk pengubahan wang haram dan jenayah kewangan” adalah Bank of New York Mellon (BNYM).
Dalam satu laporannya, BNYM menandakan enam pindahan kawat “mencurigakan” kira-kira AS$230,000 (kira-kira RM950,000) yang dikendalikan HSBC Malaysia.
Laporan itu menyebut, “pelanggan pesanan yang sebenarnya tidak dapat dikenal pasti” dan “sumber dana dan tujuan transaksi tidak dapat dipastikan”.
Begitu juga, JP Morgan Chase mengatakan Maybank memudahkan sembilan kawat bernilai AS$429,795 (RM1.78 juta) dari sebuah firma di Bahrain ke sebuah syarikat “perkhidmatan wang dan pembayaran digital” Malaysia.
Pengirim menyatakan urus niaga itu untuk “melindungi” akaun mereka, kata bank AS itu.
Bank merasakan urus niaga itu “mencurigakan” kerana melibatkan “urus niaga dolar yang banyak dilakukan dengan penghantar dan penerima yang tidak diketahui, serta atas tujuan ekonomi yang juga tidak diketahui” – semua ditandakan merah sebagai pengubahan wang haram.
Ketika dihubungi oleh ICIJ, bank-bank AS berkata pihaknya tidak dapat memberikan komen kerana SAR adalah sulit.
Bukan bukti jenayah
Bank AS diwajibkan untuk memfailkan SAR dalam tempoh 60 hari dari masa aktiviti mencurigakan yang dikesan, tetapi Perbendaharaan AS berkata laporan SAR bukan bukti jenayah.
Ini serupa dengan laporan transaksi mencurigakan (STR) yang mana institusi kewangan diminta untuk menyerahkan kepada Bank Negara Malaysia apabila mensyaki berlaku transaksi mencurigakan.
Bagaimanapun, di Malaysia, STR mesti difailkan dalam tempoh hari bekerja berikutnya selepas mengesan kecurigaan itu.
Seperti SAR, STR juga bersifat sulit dan pelanggaran kerahsiaan boleh menyebabkan hukuman penjara.
Dalam banyak kes, laporan yang difailkan oleh bank AS dibuat selepas terdapat laporan berita negatif yang melibatkan beberapa pihak dalam urus niaga tersebut. Tidak semua yang disebut dalam SAR mempunyai kaitan langsung dengan unsur jenayah yang disyaki.
Dalam beberapa keadaan yang diteliti oleh Malaysiakini, kaitan dengan elemen jenayah sebenarnya agak lemah.
Sebagai contoh, satu SAR yang difailkan oleh Standard Chartered AS ditimbulkan oleh laporan pengubahan wang haram berkaitan pemimpin Libya Muammar Gaddafi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29809

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fincen Leaks Public Bank Ambank Lead Malaysia S Transactions Flagged Suspicious By Us Banks

Fincen Leaks Public Bank Ambank Lead Malaysia S Transactions Flagged Suspicious By Us Banks

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 296 hits
In the Treasury s Financial Crimes Enforcement Network document leaks the bulk of the suspicious transactions sent was by Public Bank Bhd at US 13 37 million in seven transactions followed by OCBC Bank at US 10 100 Reuters picKUALA LUMPUR S...
Malaysia Dinobat Destinasi Kesihatan Terbaik Dunia

Malaysia Dinobat Destinasi Kesihatan Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 403 hits
Malaysia sekali lagi merangkul anugerah Pelancongan Kesihatan dan Perubatan Destinasi Terbaik Tahun Ini pada Anugerah Pelancongan Perubatan 2020 di London Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pengiktifaran itu di...
Akaun Bank Umno Masih Beku Jadi Siapa Yang Main Politik Wang Soal Zahid

Akaun Bank Umno Masih Beku Jadi Siapa Yang Main Politik Wang Soal Zahid

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 454 hits
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan sekeras kerasnya dakwaan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa BN mengunakan kuasa wang untuk meraih undi dan memastikan 41 calonnya menang dalam Pilihan Raya...
Xiaomi Mi Electric Shaver S500 Dan 10000mah Mi Wireless Power Bank Essential Kini Di Malaysia

Xiaomi Mi Electric Shaver S500 Dan 10000mah Mi Wireless Power Bank Essential Kini Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 317 hits
Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran dua lagi aksesori dibawah ekosistem mereka iaitu Mi Electric Shaver S500 dan juga 10000mAh Mi Wireless Power Bank Essential Mi Electric Shaver S500 adalah sebuah pisau cukur elektrik nirwayar y...
Peluang Dapat Kerja Sempena Hari Malaysia Di Johor Bahru

Peluang Dapat Kerja Sempena Hari Malaysia Di Johor Bahru

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 373 hits
Azlinda menunjukkan poster program Jom Semarakkan Srikandi Untuk Malaysia Prihatin pada 16 September ini KUALA LUMPUR Orang ramai berpeluang untuk mengikuti sesi temuduga bagi mengisi kekosongan pekerjaan sempena Hari Malaysia yang akan dis...
Syukur Pak Khamis Amat Sedih Sekarang 25 Ekor Kerbau Mowgli Malaysia Ditemui Mati Secara Tiba Tiba

Syukur Pak Khamis Amat Sedih Sekarang 25 Ekor Kerbau Mowgli Malaysia Ditemui Mati Secara Tiba Tiba

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 669 hits
Sebanyak 25 ekor kerbau ternakan Pak Khamis yang juga bapa kepada adik Muhammad Syukur Khamis dilaporkan mati secara tiba tiba Berita itu disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Albakri menerusi Instagramnya baru seb...
Kempen Beli Barangan Malaysia 2020

Kempen Beli Barangan Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 416 hits
Usaha kerajaan memperkasa Kempen Beli Barangan Malaysia tahun ini adalah bertepatan memandangkan ekonomi semasa yang terjejas akibat pandemik COVID 19 Langkah ini perlu bagi merangsang dan merancakkan pertumbuhan ekonomi domestik sekali gus...
Mowgli Malaysia Bersedih 25 Ekor Kerbau Mati Secara Mengejut

Mowgli Malaysia Bersedih 25 Ekor Kerbau Mati Secara Mengejut

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 458 hits
Dikenali dengan nama gelaran Mowgli Malaysia kerana gambarnya bersama kerbau peliharaan tular tahun lalu hari ini Syukor Khamis berkongsikan berita sedih apabila lebih 25 ekor kerbaunya mati secara mengejut Menerusi perkongsian di Facebook ...
Ministry Malaysia S Durian Production To Hit 443 000 Metric Tonnes By 2030

Ministry Malaysia S Durian Production To Hit 443 000 Metric Tonnes By 2030

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 276 hits
RAUB National durian production is expected to increase to 443 000 metric tonnes by 2030 said Ministry of Agriculture and Food Industries marketing and export division secretary Khalid Ibrahim He said the projection is based on the 2019 Cro...
15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Ringgit Weakens Against Us Dollar Amid Ongoing Trade War Concerns

Norza Leaves Bam On A High

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

Cancel Culture Antara Keadilan Sosial Dan Pengadilan Massa Digital

Insurance Binders A Temporary Coverage Solution

The Pros And Cons Of Different Mortgage Year Terms Choosing The Right Option For

Lebai Terus Memperbodohkan Walaun

Beto Tolak Babak Atas Katil Watak Lgbt Saya Tak Mahu Cemar Maruah Keluarga