Banjir Taman Sri Muda Surut Mangsa Mula Proses Pembersihan


 BERNAMA
SEMINGGU selepas kejadian banjir yang menimpa Taman Sri Muda, Shah Alam kini keadaan semakin pulih apabila air tidak lagi bergenang di kawasan-kawasan terjejas malah cuaca cerah turut menerangi penempatan yang terletak dekat Seksyen 25 itu.
Di beberapa lokasi perumahan yang dilanda banjir sebelum ini, mendapati ramai penduduk mula mencuci kediaman mereka yang terkesan susulan kejadian bencana itu pada 18 Dis lepas.
Kelihatan masing-masing bersama keluarga sibuk membersihkan halaman rumah, mencuci perabot, mengumpul barangan keperluan yang masih boleh digunakan serta membuang barangan rosak akibat banjir.
Sungguhpun begitu, rata-rata penduduk yang ditemui meluahkan rasa syukur kerana dapat pulang semula ke rumah dan meneruskan kehidupan mereka dengan harapan tragedi seumpama ini tidak berulang pada masa akan datang.
Seorang penduduk di Taman Sri Muda 2, Azli Mohd Yusof, 43, berkata kejadian banjir itu merupakan kali pertama dialaminya sejak menetap di kawasan perumahan ini 10 tahun lepas, namun bersyukur kesemua ahli keluarganya terselamat daripada sebarang perkara tidak diingini.
“Alhamdulillah. Keadaan sudah semakin baik dan kami sekeluarga pun telah pulang ke rumah semalam selepas dibenarkan pihak berkuasa. Sekarang agak sibuk untuk membersihkan rumah,” kata bapa kepada empat anak itu.
L. Banathan, 42, yang menetap di kawasan perumahan dekat Jalan Amanah di Taman Sri Muda pula pasrah dengan nasib yang menimpa susulan bencana itu bagaimanapun dia gembira apabila keadaan beransur pulih.
“Cuma saya harapkan lebih ramai yang sudi bantu menyumbangkan tenaga untuk cuci rumah kami yang terjejas termasuk banyak juga longgokan sampah di kawasan persekitaran ini,” katanya.
Selain itu, pemerhatian Bernama turut mendapati para peniaga bersama pekerja-pekerja di pusat komersial berdekatan Plaza Taman Sri Muda mula membersihkan premis perniagaan mereka yang terjejas akibat banjir.
Seorang pemilik kedai barangan elektronik yang tidak mahu dikenali meluahkan rasa sedih berikutan banyak produk jualannya rosak sehingga mengakibatkan kerugian lebih RM100,000.
 “Tetapi hendak buat macam mana, benda sudah jadi. Kita (peniaga) harap supaya kerajaan akan pertimbangkan inisiatif tambahan lagi kepada mangsa-mangsa banjir sebab sekarang ini susah mahu bertahan,” kata lelaki berusia 39 tahun itu.
Sementara itu, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Hussein Omar Khan berkata keadaan banjir di Taman Sri Muda semakin pulih dan air juga sudah surut di setiap kawasan terjejas banjir itu.
Justeru, katanya, ketika ini penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing untuk menjalankan kerja pembersihan namun pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi bagi memberi ruang kepada mangsa untuk berada di PPS sehingga mereka selesai membersihkan rumah.
“Ada yang sudah mendiami rumah mereka tetapi mengikut keadaan rumah masing-masing, ada juga sebahagian yang berlindung di PPS kerana di PPS ada penyediaan makanan, rawatan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau turut berkata kerja-kerja pembersihan giat dijalankan di kesemua kawasan terjejas yang melibatkan petugas daripada pelbagai agensi berkaitan antaranya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) termasuklah badan bukan kerajaan serta sukarelawan. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/banjir-taman-sri-muda-surut-mangsa-mula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ramai Teruja Lihat Michelle Yeoh Bantu Mangsa Banjir Di Taman Sri Muda

Hiburan Ramai Teruja Lihat Michelle Yeoh Bantu Mangsa Banjir Di Taman Sri Muda

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 299 hits
Ramai tidak menyangka bintang Hollywood kelahiran Malaysia turut turun padang membantu mangsa banjir dengan menyertai kerja kerja pembersihan di Taman Sri Muda Shah Alam semalam 1 bulan laluMichelle Yeoh Sebagai Penerbit Bersama Siri Televi...
Banjir 3 794 Mangsa Taman Sri Muda Masih Di 21 Pps

Banjir 3 794 Mangsa Taman Sri Muda Masih Di 21 Pps

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 275 hits
Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED SHAH ALAM Seramai 3 794 mangsa banjir Taman Sei Muda Seksyen 25 masih ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara di sekitar bandar raya di sini setakat ini Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharud...
Dengar Suara Ramai Minta Tolong Dipercayai Mangsa Banjir Terperangkap Di Taman Seri Muda Shah Alam

Dengar Suara Ramai Minta Tolong Dipercayai Mangsa Banjir Terperangkap Di Taman Seri Muda Shah Alam

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 418 hits
Hujan lebat tanpa henti telah menyebabkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia kini sedang terjejas bencana banjir yang serius termasuk kawasan Lembah Klang Hari ini sempat beredar khabar mengatakan masih ramai mangsa yang terkandas dan...
Polis Tiga Mayat Dipercayai Mati Lemas Ditemukan Dalam Insiden Banjir Di Taman Sri Muda

Polis Tiga Mayat Dipercayai Mati Lemas Ditemukan Dalam Insiden Banjir Di Taman Sri Muda

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 415 hits
Tiga mayat dipercayai mati lemas telah ditemukan dalam insiden banjir di Taman Sri Muda Perkara itu telah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia seperti yang dikongsikan Bernama di laman Twitter rasmi Dalam pada itu kedalaman paras air di T...
Proses Sedut Keluar Air Banjir Di Sri Muda Dijangka Selesai Hari Ini

Proses Sedut Keluar Air Banjir Di Sri Muda Dijangka Selesai Hari Ini

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 274 hits
BERNAMA 80 air banjir disedut keluar ke Sungai Klang semalam Suasana banjir di Sri Muda Shah Alam Selangor menjadi negeri yang paling teruk terjejas selain merekodkan mangsa korban paling ramai setakat ini Proses menyedut keluar air banjir ...
Banjir Perkembangan Banjir Di Taman Sri Muda Setakat Jam 7 Pagi

Banjir Perkembangan Banjir Di Taman Sri Muda Setakat Jam 7 Pagi

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 434 hits
Setakat semalam seramai 137 mangsa diselamatkan sehingga jam 10 malam menjadikan jumlah mangsa yang diselamatkan seramai 3 677 Semalam dua lagi mayat mangsa banjir ditemukan menjadikan 14 mayat yang ditemukan di Sri Muda Wartawan Astro AWAN...
Fakta Kejadian Banjir Di Taman Sri Muda

Fakta Kejadian Banjir Di Taman Sri Muda

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 299 hits
HAMZAH RIE NAPada 17 Disember 2021 hingga 19 Disember 2021 Negeri Selangor telah menerima taburan hujan luar biasa di antara 100 mm ke 400 mm secara berterusan dan telah mengakibatkan kejadian banjir di 186 kawasan melibatkan 9 daerah di Ne...
Banjir Di Selangor Ragut 9 Nyawa 6 Daripadanya Di Taman Sri Muda

Banjir Di Selangor Ragut 9 Nyawa 6 Daripadanya Di Taman Sri Muda

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 286 hits
Oleh Orang ramai membantu mangsa dalam kejadian banjir disekitar Taman Seri Muda Shah Alam hari ini GAMBAR Abd Razak Aid KEADAAN banjir di luar jangka melanda Lembah Klang terutama Selangor sejauh ini dilaporkan telah meragut sembilan nyawa...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayur Kubis Dan Karot Goreng Simple

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan