Banjir Surut Penduduk Berebut Dipercayai Cari Emas Depan Rumah
Banjir Surut, Penduduk ‘Berebut’ Dipercayai Cari Emas Depan Rumah
Selepas hampir tiga minggu banjir besar melanda Sumatera, kebanyakan penduduk mula beransur pulang ke rumah masing-masing.
Rata-ratanya pulang untuk menyaksikan keadaan rumah mereka termasuk melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum ia boleh didiami semula.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular klip video memaparkan puluhan penduduk berpusu-pusu dipercayai mencari emas di hadapan halaman rumah, selepas pascabanjir, lapor Portal Lambe Turah.
Difahamkan, kejadian berlaku di perkampungan Seuradeuk, daerah Woyla Timur, Aceh Barat.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok @pujamuliana19 memaparkan orang ramai termasuk kanak-kanak yang turut menggali dan mengutip tanah di kawasan berkenaan.
Bahkan, ada sebahagiannya menggunakan guni, baldi cangkul untuk mengaut tanah di sekitar.
@pujamuliana19
Heboh warga seuradeuk temuan emas berserak didepan rumah. #viral #emas
♬ suara asli – Rave – Rave
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira dengan situasi itu dan menganggap rezeki di sebalik musibah yang menimpa di sana.
“Allah anugerahkan rezaki sebagai ganti kerosakan rumah. Syukur amin,” komen seorang pengguna.
Penduduk Sumatera Tak Boleh Sembarangan Ambil Kayu Balak Sisa Banjir, Kena Ikut Peraturan
Sebelum ini, Istana Presiden Indonesia melalui Menteri Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi, tampil bersuara berhubung penggunaan kayu balak yang dihanyutkan semasa kejadian banjir kilat di Sumatera.
Prasetyo memaklumkan penggunaan kayu balak oleh masyarakat perlu diselaraskan dengan kerajaan wilayah atau kerajaan tempatan.
“Beberapa hari selepas bencana di tiga wilayah, Kementerian Perhutanan telah mengeluarkan surat edaran kepada semua kerajaan wilayah serta kerajaan daerah dan bandar berhubung penggunaan kayu bagi tujuan pemulihan,” katanya.
Menurut beliau, penggunaan kayu balak itu termasuk bagi tujuan pembinaan tempat perlindungan untuk penduduk yang rumah mereka dihanyutkan banjir dan tanah runtuh.
“Termasuk juga bagi tujuan pembinaan perumahan sementara atau perumahan kekal,” katanya
Ahli politik Parti Gerindra itu turut menjelaskan bahawa kerajaan pusat telah mengeluarkan peraturan bagi membolehkan kerajaan wilayah dan kerajaan daerah mengawal selia penggunaan kayu balak berkenaan.
Ia selepas tular di media sosial apabila orang ramai mula menggunakan sisa kayu balak akibat banjir di Sumatera untuk dijadikan barangan yang mempunyai nilai ekonomi, seperti papan bagi membina kembali rumah penduduk yang rosak akibat banjir.
Sumber: TikTok @pujamuliana19, Lambe Turah
BACA: Tito Karnavian Beri Penjelasan Isu 30 Tan Bantuan Beras UAE Dipulangkan
The post Banjir Surut, Penduduk ‘Berebut’ Dipercayai Cari Emas Depan Rumah appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/19/banjir-surut-penduduk-berebut-dipercayai-cari-emas-depan-rumah/