Banjir Rumah Pusaka Hanyut Cuma Tinggal Tangga Batu


BernamaPerdana Menteri Muhyiddin Yassin bertanya khabar kepada mangsa banjir Nik Hazran Nizam Teh Seman, 49, di pusat pemindahan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh. (Gambar Bernama)KUANTAN: Lima anak tangga batu berwarna merah bata dan hijau menjadi satu-satunya peninggalan kesan banjir selepas rumah pusaka keluarga seorang pekerja swasta Abdul Daud Muntil di Kampung Ajai, Dong, Raub dihanyutkan arus deras.
Abdul Daud, 56, berkata rumah dua bilik yang diperbuat daripada kayu itu dihanyutkan arus deras kira-kira 3m dari tapak asal sebelum “tersangkut” antara pokok buah-buahan yang ditanam di perkarangan belakang, manakala keseluruhan peralatan di dalamnya rosak serta disaluti lumpur tebal.
“Keadaan dalam rumah seperti kapal karam. Perabot, peti sejuk, mesin basuh dan peralatan lain semuanya berselerak dan ada yang terbalik.
“Tiada satu pun yang boleh digunakan lagi. Sebak juga lihat rumah peninggalan orang tua jadi begitu,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau yang menetap di Puncak Alam, Selangor berkata rumah pusaka yang menjadi tempat berkumpul mereka lima beradik pada hujung minggu dan hari raya, boleh dianggap sebagai “total loss” (kerugian penuh).
Menurutnya, banjir melanda ketika beliau bersama-sama dua anak lelakinya menghabiskan cuti akhir tahun di situ, dan hujan berterusan sejak Sabtu menyebabkan halaman rumah mula dinaiki air pada sebelah petang.
Berdasarkan pengalaman sebelum ini, Abdul menyangka banjir tidak akan melepasi paras rumah, namun sangkaan itu meleset apabila mereka tiga beranak terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Pia susulan air naik mendadak.
“Pada 9 malam Ahad, jiran yang masih berada di rumah kerana menunggu bot penyelamat menelefon memberitahu melihat rumah saya bergerak sebelum panggilan terputus. Saya cuba menghubunginya lagi namun gagal.
“Saya berjumpanya di pusat pemindahan pada tengah malam dan perkara pertama diberitahu ialah rumah saya hanyut bersama sebuah lagi rumah dalam kampung yang sama. Saya tergamam juga memikirkan betapa kuatnya arus banjir kali ini,” katanya.
Abdul berkata, buat masa ini, dia bersama adiknya Abdul Raof, 50, yang tinggal berhampiran rumah pusaka itu sedang membersihkan sisa banjir dan mereka bercadang untuk membina pondok sementara sebelum berpakat dengan adik-beradik lain bagi membina rumah baharu di tapak sama.
Katanya, kerja pembersihan dijangka mengambil masa agak lama kerana selain perabot untuk dibuang, mereka perlu berhati-hati bergerak dalam rumah yang “senget” dan dibimbangi runtuh.
Sementara itu, seorang manga banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh di Temerloh berpeluang menyuarakan keresahannya kepada Muhyiddin Yassin ketika perdana menteri melawat mangsa banjir di pusat itu hari ini.
Sebak dan terharu atas keprihatinan dan belas ihsan perdana menteri, Jamaliah Jamaludin, 40, kelihatan bergenang air mata ketika menyuarakan keresahan dialaminya.
“Rumah saya tenggelam dan rosak teruk, banyak barang elektronik hanyut, air banjir pula tidak tahu bila hendak surut jadi tidak pasti bila boleh balik rumah.
“Kita bukannya orang kaya, kita orang susah, tadi PM (perdana menteri) pesan pada saya untuk jaga kesihatan diri dan jaga keluarga,” katanya yang menetap di Kampung Padang Tenggala.
Nik Hazran Nizam Teh Seman, 49, yang turut disantuni Muhyiddin, melahirkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan dalam menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dipatuhi.
“Kemudahan rawatan Klinik Kesihatan Temerloh dipindahkan dekat sini jadi senang untuk penghuni dirawat dan ambil ubat. Keadaan di sini selesa, cukup makan minum semua,” katanya yang berkerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya hampir dua bulan lepas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/banjir-rumah-pusaka-hanyut-cuma-tinggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
16 Desa Di Kolaka Utara Terdampak Banjir 12 Rumah Hanyut

16 Desa Di Kolaka Utara Terdampak Banjir 12 Rumah Hanyut

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 273 hits
Saat ini korban banjir yang rumahnya tidak rusak parah dan telah dibersihkan dari genangan lumpur oleh BPBD bersama OPD terkait telah kembali ke rumah mereka masing masing
Banjir Rendam Rumah Di Landasan Ulin Selatan Kalsel Semakin Tinggi

Banjir Rendam Rumah Di Landasan Ulin Selatan Kalsel Semakin Tinggi

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 272 hits
Eko pun mencoba menggerakkan warga yang memiliki perahu atau kelotok untuk bisa membantu dalam proses pendistribusian bantuan bagi mereka yang masih bertahan di rumah
Buang 5 Habit Ini Kalau Mahu Rumah Tangga Bahagia Pucuk Pangkalnya Anda Mesti Bertoleransi

Buang 5 Habit Ini Kalau Mahu Rumah Tangga Bahagia Pucuk Pangkalnya Anda Mesti Bertoleransi

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 302 hits
Bukan mudah untuk melayari bahtera perkahwinan Baik si suami atau pun isteri dua dua perlu memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keharmonian dalam rumah tangga Suami tidak boleh sepenuhnya mengharapkan isteri dan begitu jugalah i...
9 Sikap Suami Ini Ternyata Menyakiti Hati Istri Amp Merosakkan Hubungan Rumah Tangga

9 Sikap Suami Ini Ternyata Menyakiti Hati Istri Amp Merosakkan Hubungan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 273 hits
Menjalani kehidupan suami isteri pastinya dipenuhi dengan warna warni Terkadang rasa bahagia bagaikan dunia ini milik kita dan ada kalanya berselisihan faham seperti meletusnya perang dunia kedua Biasanya lelaki tidak peka akan kesalahan ke...
Hiburan Keluarga Larang Pun Tetap Nak Kahwin Sharifah Sakinah Tak Sabar Nak Dirikan Rumah Tangga Bersama Kekasih

Hiburan Keluarga Larang Pun Tetap Nak Kahwin Sharifah Sakinah Tak Sabar Nak Dirikan Rumah Tangga Bersama Kekasih

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 529 hits
Pelakon yang sinonim dengan watak gila gila Sharifah Sakinah kini sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka mat saleh dan telah pun mengumumkan akan menamatkan zaman jandanya dengan Michael Hansen pada 28 Mei tahun hadapan Menerusi progr...
Video Netizen Terhibur Tengok Cara Ahmad Maslan Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

Video Netizen Terhibur Tengok Cara Ahmad Maslan Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 414 hits
1 876 total views 1 876 views today Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan baru baru ini telah memuatnaik satu video di Twitter yang memaparkan dirinya sedang melakukan kerja kerja pembersihan di sebuah rumah penduduk yang dimasuki b...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online