Banjir Pantai Timur Akan Melanda Lagi Ini Tips Selepas Banjir
Adakah banjir akan kembali melanda Pantai Timur? Aduh, shaking saya ni bukan sebab risau je tapi juga sebab sejuk akibat hujan non stop di luar rumah.
Tahun lepas rumah mak dinaiki air sebanyak dua kali. Ia bukan banjir biasa tetapi banjir yang menyebabkan kami traumatised kerana air naik hingga hampir mencecah ke siling rumah. Banyak barangan elektrik yang rosak walaupun kami dah sedaya upaya mengangkut barangan tersebut ke tempat yang lebih tinggi, tapi siapa sangka kan air naik lebih tinggi daripada sangkaan kami.
Ini kejadian dan gambar sewaktu banjir ---> Banjir Terburuk 2022.
Hinggalah kami terperangkap tak dapat keluar dan terpaksa minta bantuan daripada peronda yang sedang melakukan operasi menyelamat mangsa banjir, akhirnya kami selamat keluar dengan menaiki bot. Kenangan ini memang tak dapat dilupakan kerana inilah kali pertama saya terperangkap dan merasai sendiri banjir paling teruk saat berada di rumah mak. Sebelum ini saya hanya dengar daripada ahli keluarga yang lain kerana menyambung pelajaran di luar negeri.
Yang paling memeritkan bila mana dalam tahun yang sama, rumah emak dilanda banjir sebanyak dua kali dengan paras air yang hampir menyamai ketinggian bahu saya di dalam rumah. Kalau di luar rumah pula, memang paras air dah melebihi ketinggian saya! Bayangkan kami terpaksa buat double cleaning rumah yang berlumpur dan membuang banyak barangan rumah yang rosak.
Banjir Pantai Timur?Namun awal pagi ini saya dikejutkan dengan satu mesej daripada Digi yang berbunyi,
Banjir dijangka di kampung-kampung di Daerah Setiu dan Hulu Terengganu mulai 8am 19/11/2023
Jantung seakan terjatuh saat membaca mesej tersebut. Cepat-cepat saya telefon ahli keluarga di rumah mak untuk bertanya khabar. Nasib baik semua masih dalam keadaan terkawal dan air belum naik pun lagi di kawasan sekitar walaupun hujan berterusan bermula semalam. Alhamdulillah. Harapnya banjir tak melanda lagilah tahun ini. Jenuh nak mencuci dan mengangkut barang tiap kali banjir melanda.
Playground tempat anak2 bermain dah tenggelam hampir keseluruhan
Tak tunggu lama, saya buat juga carian di Google tentang amaran banjir yang berlaku kini. Dan ada berita buruk kepada rakyat Kelantan dan Terengganu kerana dijangka sesetengah kawasan akan dinaiki air bermula hari ini termasuklah di Besut, Setiu, Pasir Mas dan Tanah Merah. Turut dinyatakan yang banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada dijangkakan.
Walaupun Hulu Terengganu tiada dalam berita tapi saya masih risau juga. In shaa Allah jika tiada aral, saya akan pulang ke rumah emak pada esok hari untuk packing barang mana yang patut. Lagipun mak dan ayah dah tak berapa kuat nak buat kerja berat dan tak ada orang yang boleh tolong kerana kebanyakan adik beradik yang lain bekerja di luar negeri. Cuma adik bongsu yang tinggal dengan emak dan dia pun perlu pergi bekerja. Doakan tahun ini rumah ma dan abah tak dilanda banjir ya! Terima kasih untuk doanya :)
Tips Selepas Banjir
1. Waspada dengan langkahmu
Ada satu ketika selepas banjir, abah pulang ke rumah lebih awal untuk lihat keadaan rumah. Beberapa orang adik beradik saya yang lain juga tak ketinggalan untuk ikut sama. Bagaimana pun saya tak ikut serta. Pada masa itu, banjir masih belum betul-betul surut dan masih ada lapisan lumpur yang basah di sepanjang jalan menuju ke rumah abah.
Salah seorang adik yang sedang berjalan menuju ke rumah terputus seliparnya akibat memijak lumpur yang dalam. Jadi adik ambil keputusan untuk berkaki ayam sahaja ke rumah abah. Langkah pertama saat adik memijak tanpa selipar, dapat dirasakan olehnya ada benda panjang dan lembut yang bergerak-gerak di bawah kakinya jadi dia cepat-cepat berlari ke tempat lain sambil menjerit.
Jadi waspadalah saat air belum betul-betul kering, kebiasaannya ada binatang yang mampu hidup di dalam air berlumpur seperti cacing atau ular yang sedang menikmati bebasnya bergerak di atas jalanan dipenuhi lumpur. Silap langkah mungkin kaki berparut akibat disengat haiwan kecil atau mungkin juga luka akibat terpijak benda tajam yang tak kelihatan di bawah telapak kaki.
2. Hati-hati Saat Membuka Suis
Saya perasan tiap kali selepas banjir besar melanda, pasti akan ada kerosakan yang berlaku pada suis di rumah. Kali pertama saya terkena renjatan elektrik kecil selepas banjir adalah sewaktu sedang dalam proses mencuci rumah. Saat itu saya berhasrat untuk membersihkan tandas terlebih dahulu dengan niat ia akan memudahkan ahli keluarga yang ingin melepaskan hajat atau membersihkan diri.
Pada saat saya menekan suis lampu tandas, terasa pijar pada tangan. Tindakan refleks saya dengan cepat menarik tangan menjauhi suis lampu. Lampu juga berkelip-kelip selepas dinyalakan. Jadi saya capai sodek kering yang berada berhampiran (kerana tandas terletak di sebelah dapur) untuk menutup lampu. Lampu tersebut tidak kami buka sehinggalah ia dibaiki.
3. Jangan Hidupkan Barangan Elektrik
Jangan sesekali hidupkan barangan elektrik selepas ditenggelami air. Walaupun telah seminggu berlalu, jangan sambungkan ia pada plug elektrik dan pasangkannya sehingga betul-betul yakin yang ia dah kering luar dan dalam. Komponen dalaman boleh rosak sekiranya ia dihidupkan dalam keadaan basah.
Langkah terbaik adalah dengan cara mengeluarkan barangan elektrik yang ditenggelami air dan cuci dahulu keseluruhan bahagian (luar dan dalam) untuk membersihkan daripada lumpur yang melekat. Kemudian jemur di tempat selamat yang tak terdedah secara langsung pada cahaya matahari atau hujan. Biarkan ia di situ selama lebih kurang sebulan untuk memastikan barang elektrik telah benar-benar kering sebelum dihidupkan semula.
4. Jangan Start Enjin Kenderaan
Jangan hidupkan kenderaan yang telah ditenggelami air. Sama seperti barangan elektrik, jika ia dihidupkan dalam keadaan masih basah..komponen dalaman boleh rosak sekaligus mengakibatkan kerosakan lebih besar dan merugikan. Walhal perkara ini boleh dielakkan dengan bersabar dan beri masa kepada kenderaan untuk kering terlebih dahulu.
5. Sentiasa Berhati-hati
Paling penting adalah untuk sentiasa berhati-hati semasa melakukan cucian rumah selepas banjir. Pada ketika ini banyak haiwan berbisa yang sedang mencari tempat perlindungan baru, jadi mungkin ada yang terlepas masuk ke dalam rumah. Ada juga perabot kaca yang mungkin pecah akibat terjahan pusaran air saat banjir, jadi sentiasa alert dengan setiap langkah dan tindakan kita.
Kenangan banjir Februari 2023
Akhir kata semoga hujan yang turun ini tak akan menyebabkan banjir bukan sahaja di Pantai Timur malah di seluruh negara. Semoga Allah surutkan air yang bertakung dan keringkan ia dengan cepat. Dan dalam keadaan hujan turun tanpa henti ini, jangan lupa untuk doakan rakyat Palestin yang kini sedang berada dalam keadaan yang amat mendukacitakan. Semoga kemenangan milik Palestin dan kekalahan maha besar kepada Israhell laknatullah..aamiin..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2023/11/tips-persediaan-selepas-banjir.html