Banjir Kilat Bukan Kerana Lebuh Raya


Oleh Nor Azizah Mokhtar Sungai Ampang selepas kejadian banjir lumpur di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang. - Foto NSTP/ASYRAF HAMZAH KUALA LUMPUR: Pemegang konsesi Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE), EKVE Sdn Bhd menafikan banjir kilat yang berlaku di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang kelmarin berpunca daripada projek raya terbabit.
EKVE dalam kenyataan, hari ini memaklumkan banjir kilat yang berlaku berpunca daripada hujan yang terlalu lebat sehingga menyebabkan aras air Sungai Ampang naik mendadak dan melimpah ke kawasan rendah.
"Bacaan meteorologi di Bukit Antarabangsa dan Puncak Atheneum, masing-masing menunjukkan kadar ketumpatan hujan sebanyak 144 milimeter (mm) dan 138 mm yang dikategorikan sebagai sangat lebat, berlarutan selama lebih kurang tiga jam di sekitar Ampang.
"Ini menyebabkan aras air di Sungai Ampang khususnya, naik mendadak dan melebihi paras bahaya seperti direkodkan di laman sesawang Info Banjir Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) pada jam 7:30 petang, 22 November 2021," katanya.
Menurut kenyataan itu, situasi berkenaan menyebabkan banyak kawasan rendah termasuk jalan raya utama dinaiki air dan berlakunya banjir kilat di sekitar Ampang dan Hulu Langat.
"Perkara ini turut dijangka akan berlaku akibat musim monsun timur laut seperti kenyataan dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Bencana, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 17 November lalu.
"Bagaimanapun, EKVE sudah mengambil langkah memberi bantuan segera kepada mangsa banjir di kawasan terbabit dengan turut menjalankan kerja pembersihan dan lain-lain mengikut keperluan," katanya.
Menurut kenyataan itu, kontraktor sentiasa memastikan pelaksanaan sistem kawalan hakisan kelodak di tapak diselenggara dan ditambah baik daripada semasa ke semasa seperti pematuhan syarat penilaian impak alam sekitar (EIA) yang diluluskan.
"Kerja pembinaan hanya berbaki pembinaan jambatan, tembok penahan, 'roadbase', 'pavemen' dan bangunan plaza tol. Semua kerja tanah di tapak sudah selesai.
"Pihak agensi bertanggungjawab juga sentiasa turun ke tapak bina untuk memantau pelaksanaan projek ini," katanya.
Katanya lagi, kemajuan kerja pembinaan di tapak sehingga akhir bulan Oktober lalu sudah mencapai 95 peratus dan pembinaan lebuh raya EKVE dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada suku pertama tahun depan.
Semalam, Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata tanah yang tergelongsor dari projek EKVE berhampiran, memasuki Sungai Ampang mengakibatkan sungai berkenaan menjadi cetek.
Katanya, keadaan sungai yang cetek tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak sehingga melimpah dan menyebabkan berlaku banjir lumpur di kawasan berhampiran.

Pekerja mengangkat sampah dan peralatan yang rosak di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang selepas kejadian banjir. - Foto NSTP/ASYRAF HAMZAH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/banjir-kilat-bukan-kerana-lebuh-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Kilat Landa Taman Hilview

Banjir Kilat Landa Taman Hilview

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 255 hits
Oleh NOR AZIHAN BINTI MD GHAZALI Bomba yang tiba di lokasi mendapati air semakin surut AMPANG Banjir kilat dilaporkan berlaku di kawasan kediaman di Lorong Hilview 2E Taman Hilview dekat sini lewat petang tadi Pengarah Bomba Selangor Noraza...
Gambar Likas Banjir Kilat Air Sungai Moyog Melimpah Pagi Tadi

Gambar Likas Banjir Kilat Air Sungai Moyog Melimpah Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 198 hits
BANJIR kilat di sekitar Likas Maktab Perguruan Sabah dan Kampus INTAN Sabah pagi ini menyebabkan kesesakan teruk di jalan utama kawasan berkenaan Foto ihsan Twitter BombaPENAMPANG Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan beberapa kampung di...
Banjir Kilat Satu Amaran

Banjir Kilat Satu Amaran

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 179 hits
Hujan lebat secara menyeluruh beberapa hari lalu menyebabkan banjir kilat dibeberapa daerah di Negeri Pahang Antaranya yang teruk terkesan adalah di Lancang Kuala Krau serta Jerantut Jerantut adalah sebuah kawasan pedalaman yang berbukit bu...
Wang Terbang Dari Trak Berperisai Di Lebuh Raya

Wang Terbang Dari Trak Berperisai Di Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 222 hits
WARTA RAKYAT KEADAAN satu lebuh raya di California Amerika Syarikat menjadi huru hara apabila pengguna jalan tersebut mengerumuni sebuah trak berperisai selepas sejumlah besar wang tunai jatuh dari kenderaan itu Insiden di lebuh raya itu be...
Apa Pencapaian Kj Dan Masalah Bekalan Air Di Besut Terengganu

Apa Pencapaian Kj Dan Masalah Bekalan Air Di Besut Terengganu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 459 hits
Apa pencapaian KJ dan masalah bekalan air di Besut TerengganuOleh yieMEGAMUNGKIN pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang juga UMNO sudah biasa bersikap kurang ajar mungkin sebab itu kita tidak hairanlah ramai pemimpin yang berada di bawah ...
Raya Pertama Sebagai Paksu

Raya Pertama Sebagai Paksu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 173 hits
Assalamualaikum Hai semua First of all Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan batin Alhamdulillah Raya tahun nie meriah Meriah sebab tahun nie dapat sambut hari raya dengan ahli keluarga baharu Semua orang bukan main excited lagi nak s...
Lagu Selamat Hari Raya Dari Supermoms Dan Superdads

Lagu Selamat Hari Raya Dari Supermoms Dan Superdads

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 212 hits
Assalamualaikum Apa khabar semua bagaimana dengan persiapan hari raya korang dah setel dah semua ke ke ada yang dah start bercuti dan pulang ke kampung nie insyaAllah hari Sabtu nie kita balik ke Segamat Johor tahun nie turn sebelah kita be...
Hari Ni Aku Balik Raya

Hari Ni Aku Balik Raya

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 166 hits
Assalamualaikum pelayar alam maya huhu rasa seronok pulak dapat balik rumah ni sure la seronok sebab nama je rumah dekat tapi jarang2 jugak balik btw ade cerita sedih sebalik keseronokan aku balik ni 1st charger enset aku tertinggal kat hos...
Raya Di Malaysia Raya Di Perantauan

Raya Di Malaysia Raya Di Perantauan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 151 hits
Raya di Malaysia Raya di Perantauan Selesai dah sambutan Hari Raya Aidil Adha Tahun ni langsung tak berpeluang berjumpa keluarga menyambut sama sama hari raya Sambutan secara maya saja yang mampu Bila suasana begini tak ada bezanya dengan b...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Berbuka Puasa 2025 Dengan Bufet Syoknya Ramadan Di New York Hotel Jb

Dapur Sambal Jb Kini Dibuka Kerjasama Istimewa Dengan Cerebral Palsy Johor Untuk Menyokong Komuniti

Your Tanks Neil Woodman Practical Fishkeeping

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

7 Lelaki Didakwa Bunuh Tanam Rakan Dalam Kolah

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis