Banjir Di Kelantan Kegagalan Teknikal Bukan Bencana Alam


Kelantan hanya perlukan kemahuan politik untuk bina infrastruktur yang telah lama dibangunkan negara lain.
Setiap kali musim tengkujuh, Kelantan mengulangi skrip sama. Bandar seperti Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas dan Pasir Puteh kembali ditenggelami air.
Skrip ini tidak berubah sejak beberapa dekad. Yang sepatutnya merisaukan kita bukanlah hujan, yang boleh diramal tetapi ketiadaan sistem perparitan bandar dan pengurusan banjir yang sepatutnya melindungi kawasan ini.
Seperti yang pernah saya jelaskan dalam penulisan di FMT pada 26 Mac 2024, Kota Bharu may have no proper drainage but has plenty of hope, isu utama adalah tiadanya struktur utama untuk mengelak daripada terjadinya banjir, bukan mengelak musim.
Kawasan bandar tanpa sistem perparitan dan pengurusan air hujan
Kebanyakan bandar yang berfungsi di serata dunia dibina dengan rangkaian perparitan kejuruteraan yang mampu menyalirkan air ribut dengan selamat dari kawasan berpenduduk.
Namun bandar-bandar di Kelantan masih bergantung kepada tanah rendah semula jadi, longkang-longkang kecil yang tidak mencukupi, dan tindakan menahan air secara tergesa-gesa, yang tidak berkesan ketika hujan monsun.
Komponen asas mitigasi banjir moden sama ada tidak wujud atau terlalu terbelakang:
Longkang asas yang disambung kepada longkang utama dan longkang monsun.Kolam takungan dan kolam tadahan.Stesen pam di lokasi-lokasi kritikal.Laluan limpahan berterusan ke sungai atau laut.Pengurusan kelodak atau sedimentasi dan kerja pengerukan berjadual.Pemodelan hidraulik untuk meramal beban ributDi Kelantan tiada satu pun kemudahan asas yang disenaraikan ini, dibina dan wujud pada kapasiti yang diperlukan. Akibatnya, walaupun hujan monsun sederhana, sudah cukup untuk melumpuhkan sistem sedia ada.
Titik buta teknikal berdekad lamanya
Apa yang paling menghairankan ialah ketiadaan sebarang pelan induk kejuruteraan asas untuk menangani masalah ini secara jangka panjang.
Banjir berulang setiap tahun, namun pihak berkuasa perancang tidak pernah memajukan penyelesaian komprehensif; tiada rangkaian perparitan terperinci, tiada saluran lencongan banjir, tiada model hidrologi peringkat lembangan.
Sebaliknya, pengurusan banjir kekal bersifat reaktif, tertumpu pada respons kecemasan dan bukannya pencegahan struktur secara menyeluruh.
Ini menimbulkan persoalan yang tidak selesa: Bagaimana sebuah negeri boleh menanggung fenomena merosakkan yang sama setiap tahun tanpa mendesak penyelesaian teknikal?
Jika Kelantan berada di Belanda…
Jika Kelantan terletak di Belanda, masalah ini sudah diselesaikan setengah abad yang lalu.
Negara Belanda, yang berdepan cabaran air jauh lebih besar, membina identiti nasional dengan cara perancangan kejuruteraan bagi mengatasi banjir.
Mereka membangunkan:
Sistem terusan yang mampu menangani ribut 100 tahun (atau 100 year storm).Rangkaian tanah rendah atau ‘polder’ untuk mengawal paras air bandar.Kolam takungan dan stesen pam pintar.Lencongan sungai bagi melindungi kawasan berpenduduk.Amsterdam adalah contoh sempurna yang boleh dikenal pasti dan dilawati untuk dilihat dengan lebih dekat.
Terusan-terusannya bukan sekadar menyalirkan air ribut: ia membolehkan rangkaian pengangkutan atau mobiliti penumpang.
Terusan menjadi identiti Amsterdam, memperkayakan kehidupan bandar, meningkatkan nilai hartanah, menyokong pelancongan dan membentuk keunikan bandar dan sejarah.
Air dilihat bukan sebagai ancaman, tetapi sebahagian daripada persekitaran, infrastruktur yang ditukar menjadi manfaat besar.
Mengapa tiada sistem terusan untuk Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat?
Tiada sebab dari sudut teknikal dan perancangan, mengapa Kelantan tidak boleh membangunkan sistem terusan dan laluan takungan yang berskala besar dan sesuai seperti di Belanda.
Rangkaian terusan yang serupa, mampu:
Mengurangkan tekanan ke atas lembangan Sungai Kelantan.Mengagihkan aliran hujan monsun dengan lebih cekap.Menurunkan kemuncak aliran yang menyebabkan banjir di pusat bandar.Mewujudkan koridor hijau dan zon rekreasi.Meningkatkan daya huni dan daya tahan bandar.Membuka peluang pengangkutan awam berasaskan air.Daripada pengembangan tidak terancang dan masalah takungan air berterusan, Kelantan boleh mereka bentuk semula bandar-bandarnya dengan seni bina terusan air yang pintar dan tahan iklim, seperti dilakukan di Hoi An, Vietnam; satu contoh yang agak dekat.
Tetapi sebaliknya, kita mendapat tembok di sepanjang Sungai Golok.
Ini amat mengecewakan. Cadangan membina ‘tembok’ sepanjang Sungai Golok (bernilai RM445 juta) menunjukkan masalah pemikiran, pendekatan dan perancangan tidak mendalam: penyelesaian politik yang tidak selari dengan realiti hidrologi tempatan.
Seperti yang saya hujahkan dalam penulisan di FMT pada 22 Nov 2024 A meaningless Trump-inspired Wall for Sungai Golok?, tembok hanya mengalihkan air, memburukkan kesan di hilir, dan langsung tidak menangani banjir dan akan menjadi satu kegagalan perparitan dalaman.
Ia adalah teater politik, bukan penyelesaian kejuruteraan dan alam sekitar yang memberi kesan yang baik kepada rakyat.
Empangan di hulu Sungai Golok
Satu alternatif penyelesaian teknikal yang kukuh, dengan pelbagai manfaat sampingan, ialah pembinaan sebuah empangan di hulu Sungai Golok dan beberapa lagi empangan di sungai yang sesuai.
Dengan reka bentuk yang betul dan pintar, empangan sebegini boleh:
Mengawal aliran hujan monsun dan mengurangkan banjir di kawasan hilir.Menjana tenaga hidro untuk mengukuhkan keselamatan tenaga Kelantan.Menyimpan air mentah bagi menangani masalah bekalan air bersih yang berlarutan.Menyokong pengairan pertanian.Mempromosikan ekopelancongan dan rekreasi sungai yang terkawal.Inilah jenis infrastruktur pelbagai fungsi yang sepatutnya dibina oleh negeri moden – satu peruntukan yang menyelesaikan masalah, bukan mengalihkannya.
Banjir di Kelantan ialah kegagalan perancangan teknikal, bukan masalah cuaca.
Monsun boleh dijangka. Banjir di Kelantan berpunca daripada alam sekitar yang tidak diurus dengan baik, akibat puluhan tahun pengabaian perancangan, ketiadaan visi kejuruteraan, dan keengganan melaksanakan penyelesaian peringkat lembangan.
Kelantan tidak memerlukan satu lagi pusat pemindahan, satu lagi sidang media, atau satu lagi kutipan derma untuk mangsa banjir.
Apa yang diperlukan ialah kemahuan politik untuk membina infrastruktur yang telah lama dibangunkan oleh negara lain, seperti di Belanda yang turut berdepan cabaran air dulunya jauh lebih besar dan lebih serius.
Persoalan yang perlu Kelantan jawab amat mudah:
Adakah kita mahu terus mengurus banjir setiap tahun atau mahu mencegahnya secara jangka panjang? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/11/banjir-di-kelantan-kegagalan-teknikal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kereta Hanyut Warga Emas Korban Banjir Kedua Di Kelantan

Kereta Hanyut Warga Emas Korban Banjir Kedua Di Kelantan

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 202 hits
FMT ReportersSiti Gayah Zakaria ditemui lemas tidak jauh dari lokasi kejadian manakala anaknya dilaporkan selamat Proton Saga FLX yang dinaiki dua beranak dihanyutkan arus deras di Kampung Batu Lima Jalan Jedok Tanah Merah PETALING JAYA Seo...
Banjir Mb Nasihat Penduduk Terjejas Banjir Di Kelantan Segera Berpindah

Banjir Mb Nasihat Penduduk Terjejas Banjir Di Kelantan Segera Berpindah

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 296 hits
Banjir MB Nasihat Penduduk Terjejas Banjir Di Kelantan Segera Berpindah KOTA BHARU 23 Nov Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud menasihati penduduk terjejas banjir di negeri ini supaya segera berpindah apabila diarahkan pihak b...
9 384 Mangsa Banjir Direkodkan Di Tujuh Negeri Kelantan Tertinggi

9 384 Mangsa Banjir Direkodkan Di Tujuh Negeri Kelantan Tertinggi

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 204 hits
Ercy Gracella Ajosam hmetro com myPengurusan Universiti Malaysia Kelantan mengambil inisiatif menyediakan bot bagi membantu pelajar keluar dari kolej kediaman di Kota Bharu hari ini FOTO Nik Abdullah Nik OmarKuala Lumpur Seramai 9 384 mangs...
Lebih 100 Kampung Di Kelantan Berisiko Dilanda Banjir Hingga Ahad Ini

Lebih 100 Kampung Di Kelantan Berisiko Dilanda Banjir Hingga Ahad Ini

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 191 hits
Lebih 100 Kampung Di Kelantan Berisiko Dilanda Banjir Hingga Ahad Ini KOTA BHARU 26 Nov Lebih 100 kawasan rendah di lima jajahan di Kelantan diramal berdepan banjir bermula hari ini hingga 30 Nov ini Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara J...
Kelantan Diramal Banjir Bermula Esok

Kelantan Diramal Banjir Bermula Esok

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 200 hits
MOHD FAHMI ISMAILPETALING JAYA Beberapa jajahan di negeri Kelantan diramal berisiko mengalami banjir bermula 19 hingga 21 November ini susulan Amaran Hujan Berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi semalam Pusat Ramalan dan Amaran Ban...
Banjir Beberapa Jalan Utama Di Shah Alam Ditutup Sepenuhnya

Banjir Beberapa Jalan Utama Di Shah Alam Ditutup Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 239 hits
BERNAMAShah Alam Beberapa laluan utama di sekitar bandar raya ini ditutup sepenuhnya selepas paras air meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam Majlis Bandaraya Shah Alam dalam hantaran di Facebook memaklumkan Polis Dir...
Kelantan Bachok Dilanda Banjir 2 Sungai Di Kelantan Berada Tahap Waspada

Kelantan Bachok Dilanda Banjir 2 Sungai Di Kelantan Berada Tahap Waspada

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 245 hits
Hidayatidayu RazaliKOTA BHARU Paras air di dua sungai utama di Kelantan meningkat dan berada di tahap waspada susulan hujan lebat sejak petang semalam Berdasarkan laman web public info banjir Sungai Galas di Limau Kasturi Gua Musang mencata...
Beberapa Daerah Di Kelantan Dijangka Dilanda Banjir Mulai Esok Jps

Beberapa Daerah Di Kelantan Dijangka Dilanda Banjir Mulai Esok Jps

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 152 hits
Beberapa Daerah Di Kelantan Dijangka Dilanda Banjir Mulai Esok JPS KOTA BHARU 28 Nov Jabatan Pengairan dan Saliran menjangkakan kemungkinan berlakunya banjir di beberapa kawasan rendah dan berisiko di Kelantan susulan amaran hujan berterusa...
Metmalaysia Keluarkan Amaran Hujan Tahap Bahaya Di Kelantan

Metmalaysia Keluarkan Amaran Hujan Tahap Bahaya Di Kelantan

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 271 hits
MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Tahap Bahaya Di Kelantan Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Kelantan dan tahap buruk melibatkan lima negeri sehingga 25 November ini...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu