Ketika masyarakat berminat sangat dengan isu Rohingya, jangan pula lupa akan MELAYU ISLAM MYANMAR yang juga perlukan perhatian kita. Mungkin ramai antara kita tidak tahu bahawa bangsa Melayu ada yang tinggal dan menetap di Myanmar. Mereka tidak sibuk pun untuk meninggalkan negara Myanmar seperti kaum Rohingya.
Mengapa perlu memberi perhatian yang terlampau terhadap kaum Rohingya ini sedangkan kita ada bangsa seagama kita sendiri di Myanmar yang sangat memerlukan perhatian dan bantuan, namun mereka tetap berdikari, berusaha menjalani kehidupan dengan aman tanpa gangguan atau tekanan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan Myanmar, malah kerajaan Myanmar sangat menghormati kaum Melayu kerana sikap mereka yang setia dan taat kepada negaranya. Walaupun hidup dalam keadaan serba kedaifan, mereka tetap tinggal di sana kerana mereka menganggap Myanmar adalah negara kelahiran mereka.
Orang-orang Melayu di Myanmar masih mengekalkan jati diri mereka sebagai bangsa bermaruah. Mereka duduk di Kampung-kampung di Selatan Myanmar, bertutur menggunakan Bahasa Melayu, belajar kitab-kitab jawi Melayu, belajar silat melayu dan mengekalkan budaya dan cara hidup Melayu, namun banyak lagi yang mereka perlukan sokongan untuk kekalkan jati diri Melayu mereka yang telah tiada di sana.
Melayu Myanmar / BurmaKepulauan Mergui (juga Kepulauan Myeik atau Myeik Kyunzu) adalah sebuah kepulauan paling Selatan di Myanmar. Ia terdiri daripada lebih 800 buah pulau, berlainan saiz dari yang sangat kecil ke beratus-ratus kilometer persegi, semuanya terletak di Laut Andaman di pesisir barat Semenanjung Melayu.
Sebagian besar Melayu Myanmar di Tanintharyi tinggal di Distrik Kawthaung, salah satu daerah paling multikultural di Myanmar. Populasinya terdiri atas Melayu Muslim, orang Buddha Thailand, dan suku pengembara Melayu yang dikenal masyarakat lokal dengan nama Pashu. Di sana tinggal juga orang Cina dan India yang pada masa kolonialisme Inggris direkrut sebagai buruh pertambangan timah.
Kedatangan orang-orang Melayu di Kawthaung bermula dari para pencari ikan. Pada 1865, sekelompok nelayan yang dipimpin Nayuda Ahmed, seorang Melayu keturunan Arab, berlayar mencari ikan di sekitar Kepulauan Mergui. Mereka mendirikan perkampungan kecil di sebuah teluk di Victoria Point.
Etnik Melayu yang tinggal di Myanmar juga mempunyai kaitan erat dengan orang Patani di Thailand selatan. Mereka sama-sama keturunan orang-orang dari Kerajaan Patani lama. Setelah Patani runtuh, mereka menyebar di beberapa bagian Burma dan Kerajaan Ayutthaya. Bahasa mayoritas di daerah tersebut adalah bahasa Myanmar dan orang Melayu juga masih menggunakannya sebagai lingua franca untuk berinteraksi dengan masyarakat dari suku lain.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |