Bangsa Melayu Myanmar Diakui Hak Warganegara



Bangsa Melayu tersebar luas di seluruh dunia. Melayu menjadi kaum minoriti di banyak negara. Antara negara tersebut ialah di Myanmar.
Bangsa Melayu Myanmar diterima sebagai warganegara Myanmar dan hidup aman serta diperakui hak mereka sebagai rakyat. Biarpun sebagai kaum minoriti, bangsa Melayu Myanmar berdikari, berusaha menjalani kehidupan dengan aman tanpa gangguan atau tekanan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan Myanmar.
Justeru, kerajaan Myanmar sangat menghormati kaum Melayu kerana sikap mereka yang setia dan taat kepada negaranya. Walaupun hidup dalam keadaan serba kedaifan, mereka tetap tinggal di sana kerana mereka menganggap Myanmar adalah negara kelahiran mereka.
Orang-orang Melayu di Myanmar masih mengekalkan jati diri mereka sebagai bangsa bermaruah. Mereka duduk di Kampung-kampung di Selatan Myanmar, bertutur menggunakan Bahasa Melayu, belajar kitab-kitab jawi Melayu, belajar silat melayu dan mengekalkan budaya dan cara hidup Melayu.
Kawasan didiami Melayu Myanmar ialah di Kepulauan Mergui. Kepulauan Mergui (juga Kepulauan Myeik atau Myeik Kyunzu) adalah gugusan kepulauan paling selatan di Myanmar. Ia terdiri daripada lebih 800 buah pulau bersaiz kecil sehingga ada beratus-ratus kilometer persegi.
Kebanyakan orang Melayu yang menetap di selatan Myanmar dan selatan Thailand adalah berketurunan Melayu Kedah. Suatu masa dulu, kerajaan negeri Kedah Tua pernah menjadi kuasa hebat dalam sejarah Asia Tenggara. Empayarnya memanjang dari bahagian selatan Myanmar Taninthayi hingga negeri-negeri utara di Malaysia.
Orang Melayu di Burma atau Myanmar bertutur dalam dialek Kedah-Perlis. Etnik Melayu memiliki budaya Muslim sejak abad ke-15. Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca nusantara, atau bahasa perantaraan. Selain bertutur dalam bahasa Melayu, beberapa golongan tua boleh membaca tulisan Jawi, tulisan bahasa Melayu yang ditulis dalam abjad Arab.
Jika anda lihat peta selatan Myanmar anda akan dapati beberapa nama tempat adalah dalam Bahasa Melayu seperti Kampong Ulu, Kampong Mah Puteh, Kampong Tengah, Pase Panjang, Telok Babai serta Kampong Pulo Chili.
Sebahagian besar Melayu Myanmar di Tanintharyi tinggal di kawasan Kawthaung, salah satu daerah paling multikultural di Myanmar. Penduduknya terdiri Melayu Muslim, orang Buddha Thailand, dan suku pengembara Melayu yang dikenal masyarakat tempatan dengan nama Pashu. Di sana tinggal juga orang Cina dan India yang pada masa kolonialisme Inggeris diguna sebagai buruh melombong timah.
Nama Tanintharyi sendiri berasal dari penyebutan Melayu “Tanah Sari”. Lidah Burma sukar menyebut nama itu dan menyebutnya dengan lidah mereka menjadi "Tanintharyi." Orang-orang Eropah menyebutnya “Tenasserim."
Pada abad ke-19 sampai awal abad ke-20, Kawthaung lebih dikenal dengan nama Victoria Point dan menjadi pelabuhan kecil di Myanmar selatan. Di situ tak hanya berlabuh perahu-perahu dagang, tapi juga tempat singgah para pencari ikan dari daerah-daerah yang jauh.
Kedatangan orang-orang Melayu di Kawthaung bermula dari para pencari ikan. Pada 1865, sekelompok nelayan yang dipimpin Nayuda Ahmed, seorang Melayu keturunan Arab, berlayar mencari ikan di sekitar Kepulauan Mergui. Mereka mendirikan perkampungan kecil di sebuah teluk di Victoria Point.
Awalnya tempat itu sekadar untuk singgah. Namun, lantaran hasil ikan di situ sangat banyak, mereka memutuskan menetap. Sejak itulah para nelayan Melayu beranak-pinak di tempat itu. Orang Melayu yang sekarang berada di situ adalah keturunan para pengikut Nayuda Ahmed. Kawasannya sekarang dikenal sebagai Desa Bokpyin.
Etnik Melayu yang tinggal di Myanmar juga mempunyai kaitan erat dengan orang Patani di Thailand selatan. Mereka sama-sama keturunan orang-orang dari Kerajaan Patani lama. Setelah Patani runtuh, mereka tersebar di beberapa bahagian Burma dan Kerajaan Ayutthaya. Bahasa utama di daerah tersebut adalah bahasa Myanmar dan orang Melayu juga masih menggunakannya sebagai lingua franca untuk berinteraksi dengan masyarakat dari suku lain.
Orang Melayu Burma adalah pengikut aliran Sunnah Islam yang terdiri dari Mazhab Shafie, sedikit berbeza daripda Mazhab Hanafi bagi Muslim lain di Burma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2020/06/gbf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tedia Pemuda Kagum Bangsa Lain Bantu Rider Melayu Kemalangan

Tedia Pemuda Kagum Bangsa Lain Bantu Rider Melayu Kemalangan

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 420 hits
Pemuda kagum bangsa lain bantu rider Melayu kemalangan pelanggan dapat order lewat harap bersabar Setandan pisang tak semuanya busuk Rider Melayu yang terlibat kemalangan dekat Kayu Ara menerima bantuan daripada orang ramai di lokasi kejadi...
Sampai Bila Cina India Melayu Nak Bergaduh

Sampai Bila Cina India Melayu Nak Bergaduh

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 2322 hits
Bual Bicara Politik Sampai Bila Cina India Melayu Nak Bergaduh Moderator Mohd Prasad Hanif Panelist 1 Dr Halimah Ali Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Parti Islam Se Malaysia 2 Puan Nicole Wong Ketua Pemuda Malaysian Chinese Association 3...
Matlamat Mahathir Adalah Untuk Kembalikan Kuasa Kepada Melayu

Matlamat Mahathir Adalah Untuk Kembalikan Kuasa Kepada Melayu

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 328 hits
Rancangan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah untuk menghancurkan Pakatan Harapan supaya satu gabungan semua parti Melayu boleh diwujudkan Ini kerana Mahathir sudah tidak boleh tahan dengan gelagat dan juga perangai yang bukan Melayu di dalam ke...
Dong Zong Cuba Perangkap Melayu Lancar Kempen Tangani Rasisme

Dong Zong Cuba Perangkap Melayu Lancar Kempen Tangani Rasisme

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 488 hits
Mereka dakwa Melayu tindas kaum Cina apabila sesama puak kiasuPertubuhan radikal Dong Jiao Zong bersifat talam dua muka apabila melancarkan kempen yang kononnya sebagai usaha menangani kebencian dan diskriminasi terhadap kumpulan masyarakat...
Senarai 10 E Book Dalam Bahasa Melayu Paling Laris Sepanjang Bulan May 2020 Semua Pasal Bisnes

Senarai 10 E Book Dalam Bahasa Melayu Paling Laris Sepanjang Bulan May 2020 Semua Pasal Bisnes

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 581 hits
Kalau anda turun ke bawah sekali kat footer blog jasduit com ini ada senarai beberapa buah e book yang saya kongsikan laman pautannya untuk mereka yang ada minat nak baca e book itu Ada banyak lagi e book lain sebenarnya yang tidak saya mas...
Mee Champa Mee Sup Melayu Champa Yang Menyelerakan Di Kuala Terengganu Puashati

Mee Champa Mee Sup Melayu Champa Yang Menyelerakan Di Kuala Terengganu Puashati

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 878 hits
Selepas PKP Corvid baru Admin ada ruang untuk ke Kuala Terengganu menyempurnakan beberapa urusan setelah 3 bulan terkurung sepi Juga ambil peluang untuk mencari idea bisnes selepas PKP yang cukup mencabar Dan waktu tengahari singgah ke Rest...
Myanmar Minta Malaysia Hantar Pulang Pekerja Haram Selepas Kes Bunuh Diri

Myanmar Minta Malaysia Hantar Pulang Pekerja Haram Selepas Kes Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 450 hits
Pelarian Rohingya diperiksa dalam satu operasi Covid 19 di Kuala Lumpur baru baru ini PETALING JAYA Myanmar meminta bantuan Malaysia untuk menghantar pulang pekerja haramnya susulan laporan 8 pendatang tanpa izin dari negara itu membunuh di...
Cara Semak Bantuan Asnaf Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Kelantan

Cara Semak Bantuan Asnaf Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Kelantan

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 1223 hits
Alhamdulillah ada juga sedikit sebanyak rezeki orang kampung kita yang terjejas akibat covid 19 ni Walaupun ada juga dikalangan kita yang keputusannya masih lagi 50 50 atas angin Tak pasti samada tersenarai ataupun tidak sebagai penerima ba...
Kenapa Yb Melayu Yang Kebulur Rasuah

Kenapa Yb Melayu Yang Kebulur Rasuah

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 452 hits
FB Yaakob Sapari Rasuah hukumnya haram Tidak berkat hidup Daging yang makan benda yang haram tempatnya di neraka Selepas peristiwa kerajaan Perak 2009 saya berjumpa seorang YB berbangsa India dari Perak Dia beritahu saya bagaimana wakil UMN...
A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan

Data Analytics For Business Decisions

Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Anggota Tentera Maut Dipercayai Dibelasah 20 Senior

Resepi White Macadamia Cake

Printing Kotak Packaging Custom Pilihan Terbaik Untuk Bisnes Kecil Sederhana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cristiano Ronaldo Akhirnya Lamar Georgina Rodriguez

Ibu Hamil Bersalin Tepi Jalan Orang Awam Datang Bantu Buat Ramai Terharu

The World Must Unite And Beat Trump At His Own Game

Stronger Measures Being Taken To Deal With Digital Misconduct Among Students Fadhlina Tells Parliament

Siti Kasim Wants Zahid To Impose Gag Order On Gollum Akmal Before He Shames The Malays Further

Ideas Beef Recipes Pioneer Woman