Bangpi Lekor Chips Memang Sedap Bohh
EDISI MAKANAN RINGAN PILIHAN Ada tak di kalangan pembaca blog
AlongMurni (AM) yang menggemari keropok lekor seperti AM? Keropok lekor
merupakan makanan yang sangat popular di Terengganu. Secara peribadi AM sukakan
keropok lekor Terengganu kerana padat dengan ramuan isi ikan yang lebih banyak.
BANGPI LEKOR CHIPS
Untuk Edisi Makanan Ringan
Pilihan AM kali ini, AM memilih BANGPI LEKOR CHIPS yang mempunyai rasa asli,
padu dan ranggup. Malahan keropok ini menggunakan 100% isi ikan Selayang dan diproses
tanpa memasukkan tulang ikan sebagai bahan.
AM sangat tertarik dengan cara pembungkusan
yang unik kerana menggunakan material plastik dan disimpan di dalam
pembungkusan yang kedap udara. Jenis pembungkusan yang jenis ‘zip’ yang boleh
dibuka dan ditutup ini sangat praktikal dan boleh dimakan pada bila-bila masa
setelah bungkusan dibuka.
Terdapat dua jenis perisa iaitu
original dan juga spicy cheese dengan berat bersih 400g. AM sendiri telah
merasai keenakan dan kerangupan BANGPI LEKOR CHIPS. Memang sesuai dengan
taglinenya ‘SEDAP BOHH’. Uniknya adalah di dalam setiap bungkusan BANGPI
LEKOR CHIPS telah disediakan Paket SOS yang sangat sedap untuk dicicah bersama
keropok lekor chips.
BANGPI LEKOR CHIPS (Original)
RM 25
BANGPI LEKOR CHIPS (Spicy & Cheese)
RM 28
Setakat ini, BANGPI LEKOR
CHIPS telah mendapat sambutan dan sangat digemari terutamanya di Singapura dan
Malaysia. Kerana kerangupan dan rasanya
enak serta pembungkusan yang mesra pengguna, jualan sebulan produk BANGPI
LEKOR CHIPS ini telah mendapat permintaan tinggi sehingga jualan mencecah 100k-
150k sebulan.
BANGPI SERUNDING
ISTIMEWA HARI RAYA AIDIL ADHA
Jenama BANGPI ini ada juga mengeluarkan
produk seperti Serunding asli dari Kampung Laut Kelantan. Rasanya semestinya
enak dan sesuai dimakan bersama ketupat, lemang, roti dan juga nasi putih.
Dengan berat bersih sebanyak 100g, serunding ini dijual dengan harga RM 15.
Antara pilihan serunding adalah daging,
ayam dan ikan. Sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelang tak lama lagi,
BANGPI telah menawarkan RM 10 bagi setiap pack serunding.
PENGASAS BANGPI LEKOR CHIPS -
HANAFI ROSDI
Pada tahun 2021, industri kreatif
merupakan sektor yang paling terkesan dan menjejaskan lebih sejuta penggiat
seni akibat pandemik Covid-19. Meskipun negara dilanda kemelut Covid-19, ianya
tetap tidak mematahkan semangat Encik Hanafi Rosdi, 32 tahun anak kelahiran
Terengganu yang merupakan seorang koreografer bagi program seperti BigStage,
Gegarvaganza, Anugerah Meletop Era, Vokal Mania, Anugerah Bintang Popular
Berita Harian, Anugerah Juara Lagu dan pelbagai lagi.
Pada mulanya Encik Hanafi memulakan
perniagaan dengan menjual keropok lekor sejuk beku (frozen) diperoleh sendiri
di kilang yang cukup dikenalinya di Terengganu. Berikutan sambutan yang sangat
menggalakkan sehingga ke negara jiran iaitu Singapura, sehingga jualan pada
tahun 2021 mencecah 1.5 juta.
AM sangat kagum dengan kegigihan
dan dedikasi En Hanafi dalam memastikan usaha perniagaan yang dijalankan
berhasil dan mendapat sambutan dari pelbagai masyarakat samada di dalam mahupun
di luar negara. Berminat untuk menjadi agen dan stokis boleh scan QR Kod di
bahagian belakang bungkusan BANGPI LEKOR CHIPS atau hubungi terus ke
talian 014-6446580.
BANGPI
LEKORS
Facebook:
https://www.facebook.com/BANGPILEKORS
Tiktok
Shop: https://www.tiktok.com/@bangpilekors
Instagram:
https://www.instagram.com/bangpi_lekors.hq/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2023/06/bangpi-lekor-chips-memang-sedap-bohh.html