Bangkai Mammoth Berusia 10000 Masih Berdarah Ditemui Di Siberia
Bangkai Mammoth yang masih terpelihara membolehkan sampel darahnya diambil untuk usaha2 pengklonanBanyak betul berita mengenai penemuan haiwan-haiwan purba pada akhir2 ni.Terbaru ialah mengenai penemuan bangkai Mammoth Wooly yang terpelihara dan masih berdarah.Darahnya itu akan membolehkan kaum manusia yang kadangkala tak berapa betul untuk berusaha mengklon raksasa purba itu. Kononnya untuk kembalikan mereka daripada kepupusan. Come on lah manusia! Gajah yang ada sekarang korang taknak pelihara, sibuk pula nak hidupkan semula Mammoth?
Foto bertarikh 13-Mei oleh North-Eastern Federal University di Yakutsk menunjukkan seorang penyelidik sedang bekerja berhampiran sebahagian bangkai seekor Mammoth betina yang telah ditemui di sebuah pulau yang terletak jauh di Arctic Ocean.
Saintis Russia kata mereka dah ekstrak sampel darah daripada bangkai itu.Sumber: Mammoth blood? Siberian discovery sparks some wild and woolly claims
Bahagian bawah bangkai terbenam sepenuhnya di dalam ais menyebabkan tisu lembutnya masih dalam keadaan baik.
Bahagian atas bangkai dipercayai telah dimakan pemangsa (North-Eastern Federal University)Sumber: Woolly mammoth discovery yields blood sample
Mammoth yang telah dicipta semula.Sumber: Mammoth Blood Find Boosts Bid To Clone Beast..
Tak semua setuju dengan pendapat bangkai seekor Mammoth boleh ada darah yang masih mengalir dan juga sel hidup. Namun ada pengkaji yang menyatakan bahawa darah Mammoth sesuai untuk suhu sejuk.
Sumber: Can a mammoth carcass really preserve flowing blood and possibly live cells?
Jika sebelum ini kita hanya menonton Mammoth yang dihasilkan melalui imej janaan komputer, selepas ini kita mungkin boleh berjinak-jinak dengan Mammoth sebenar. Di manakah ia akan dibiarkan? Hanya sekadar di zoo?
Sumber: Mammoth discovery fuels hopes of cloning Ice Age animal..
Saintis Russia khabarnya akan bekerjasama dengan saintis Kanada yang mempunyai kepakaran dalam kajian darah.Mammoth yang ditemui itu berusia 60 tahun ketika mati di antara 10000 sehingga 15000 tahun dahulu. Darah gelap memancut ketika para saintis Russia itu memecahkan ais di bawah perutnya."Ketika kami memecahkan ais di bawah perutnya, darah mengalir keluar di sana, darah itu sangat gelap." ~ Grigoryev, saintis North-Eastern Federal University.
Projek pengklonan MammothBangkai Mammoth terbaru ini mempunyai sel hidup dan mungkin dapat membantu usaha manusia untuk klon raksasa itu.North-Eastern Federal University telah mengikat perjanjian dengan peneraju pengklonan Hwang Woo-Suk dari Sooam Biotech Research Foundation yang bertapak di Korea Selatan. Dia bertanggungjawab menghasilkan anjing klon pertama dunia pada tahun 2005.Pakar2 Mammoth daripada Korea Selatan, Russia dan Amerika Syarikat dijangka akan mengkaji bangkai itu dalam beberapa bulan akan datang.Bangkai itu kini disimpan di suatu tempat yang dirahsiakan.
Bacaan berkaitan mengenai penemuan bangkai Mammoth:Semua Tedi dah sertakan pada gambar2 di atas. Kalau ada lagi nanti Tedi update di sini. :)
31 Mei 2013
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2013/05/bangkai-mammoth-berusia-10000-masih.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29