Bandar Nakhon Si Thammarat Thailand 9472



Ligor yang Penuh Sejarah
- Januari 31, 2014

Hari Ketiga: 31 Januari 2014

Awal-awal pagi lagi saya sudah bangun dan bersiap untuk melawat ke bandar Nakhon Si Thammarat.

Lokasi hotel saya dengan pekan Nakhon ada dalam 5 km. Kelihatan banyak penduduk di sini mundar-mandir bagi memulakan hari.
 Lokasi pertama saya adalah pasar pagi di pekan Nakhon. Tujuan saya ke sini adalah untuk mencari sarapan.Alhamdulillah, saya sebuah gerai muslim menjual nasi pulut dengan ayam goreng. Makcik dalam gambar di bawah ini (sebelah kiri) boleh berbahasa Melayu.
 Memandangkan di pasar ini tidak ada orang menjual air minuman, saya pun menunggang motor ke bandar untuk mencari restoran. Saya singgah di salah sebuah restoran ini dan memesan air teh panas. Saya pun menikmati pulut ayam goreng yang saya bungkus dari pasar tadi.Selepas sarapan, saya pun bertanya kepada tuan kedai tentang cara untuk ke city wall (kamphaeng muang dalam bahasa Thai). Apabila dapat saya menunggang motor, dia menawarkan untuk menunjukkan lokasi ke situ. Saya mengekori motornya. Baiknya orang di sini.Saya pun tiba di city wall.Menurut sejarah, nama asal Nakhon Si Thammarat adalah Ligor. Kerajaan Ligor adalah antara kerajaan Siam di selatan Thai dan kerajaan ini jugalah yang kerap menyerang kerajaan Kedah Tua dahulu. Kemudian kerajaan Ligor dijajah oleh kerajaan Srivijaya yang kemudian menukar namanya kepada Negara Sri Darmaraja (Negara=Nakhon, Sri = Si, Darmaraja = Thammarat). Saya tertarik dengan senibina di sini yang tidak jauh bezanya daripada senibina yang terdapat di Lopburi yang pernah saya lawat beberapa tahun dahulu.
Apa yang menarik perhatian saya adalah binaan berbentuk kubah ini dan ini mengingatkan saya tentang Raja Narai di Lopburi.

Seperti kebanyakan tembok kuno, kamphaeng muang ini dikelilingi oleh moat (parit). Seterusnya saya menunggang motor ke Hor Phra Narai. Memandangkan aplikasi Waze di Thailand ini tidak berapa update, saya menggunakan kaedah manual berpandukan peta ini. Tidak seperti kuil Buddha yang lain, saya dapat di dalam Hor Phra Narai ini terdapat gambar-gambar dan patung menyerupai sembahan agama Hindu.Berhadapan dengan Hor Phra Narai, terletaknya Hor Phra Isuan dan giant swing. Di dalamnya juga menyerupai Hor Phra Narai. Kemudian saya pun kembali ke hotel kerana telah berjanji dengan receptionist  tersebut untuk dia menunjukkan jalan ke tempat-tempat menarik sekitar Nakhon. Namanya adalah Bush. Dia menyuruh saya mengekori motornya. Tidak lama selepas itu, saya pun tiba di Wat Mahathat Woramaha Wihan. Wat ini terkenal dengan chedi yang hujung puncaknya dibuat daripada emas.Saya dapati kebanyakan pengunjung di sini akan mengeliling chedi ini sampai menyentuhnya. Menurut penerangan oleh Bush, mereka mempercayai dengan mengelilingi chedi sebanyak 3 kali sampai menyentuhnya akan memberi kebaikan dan kesihatan.Selain itu terdapat chedi-chedi lain yang lebih kecil di dalam Wat ini. Menurut Bush, di dalam chedi ini ditanam abu orang mati yang mempunyai ranking (sak dalam bahasa Thai) tinggi  dan juga imej patung Buddha (Phra Puttharup dalam bahasa Thai) 
 
 
 Bergambar bersama Bush yang berbaik hati menunjukkan saya jalan ke tempat menarik sekitar Nakhon Si Thammarat. Selepas itu, Bush membawa saya ke Muzium Nakhon Si Thammarat. Di hadapan pintu masuk muzium ini terdapatnya papan tanda harga tiket. Dalam bahasa Inggeris, harganya adalah 150 Baht, dalam bahasa Thai harganya cuma 30 Baht. Ini adalah kebiasaan di Thailand di mana mereka kerap mengenakan harga tiket yang lebih mahal untuk pelancong asing. Saya pun bercakap bahasa Thai semasa membeli tiket dan mendapat harga 30 Baht!Di dalam Muzium ini banyak pameran tentang sejarah Nakhon Si Thammarat.Saya dapati cara hidup masyarakat di sini tidak jauh bezanya dengan budaya Melayu. Mereka juga mempunyai Menora. Dalam perjalanan ke hotel, saya dapati banyak gerai di tepi jalan menjual pakaian yang menyokong kempen Tutup Bangkok. 
 Selepas itu, saya pun kembali ke hotel untuk check-out. Kemudian Bush pun membawa saya ke kawasan air terjun (namtok dalam bahasa Thai). Saya pun mengekori motornya. Dalam perjalanan ke situ, saya tiba di kampung (ban dalam bahasa Thai) Khiriwong. 
 
 
Kemudian Bush membawa saya ke kawasan air terjun yang lebih ke dalam.Saya dapati air terjun di kawasan ini sangat bersih dan terdapat banyak ikan di dalamnya. Tidak hairanlah, Ban Khiriwong merupakan pintu masuk ke Taman Negara Khao Luang. Selepas puas mandi air terjun, saya pun meninggalkan Ban Khiriwong dan bergambar kenangan di jambatan kampung ini. Gunung-ganang dalam gambar di bawah adalah sebahagian daripada Taman Negara Khao Luang. Di situlah terletaknya gunung tertinggi di selatan Thailand. Pemandangan Ban Khiriwong ini akan kekal dalam ingatan saya. Selepas itu, saya dan Bush kembali ke Nakhon Si Thammarat. Dalam perjalanan, kami singgah di stesen PTT dan mengisi minyak. Selepas makan tengah hari, saya mengucapkan terima kasih kepada Bush atas kerelaannya menunjukkan tempat menarik sekitar Nakhon Si Thammarat. Saya pun mengucapkan selamat tinggal dan meneruskan perjalanan seorang diri ke Krabi.
Kredit: 
http://tuxedonero.blogspot.com/2014/02/ligor-yang-penuh-sejarah.html

Nota kaki: 

Kamal Badri bin Tak M Zainudin15 Disember 2016 8:06 PGTuan, ke bawah Segenting Kera adalah bumi Melayu yang dijajah oleh Siam. Thai buddha ni adalah pendatang di wilayah ini dan Melayu adalah peribumi.
Budok Nano5 Mac 2017 1:23 PTGligor dijajah oleh srivijaya? hehe. sebenarnya ligor tu kerajaan melayu sebelum siam menakluk mereka.
alwalid mohd2 April 2017 7:07 PGLigor ni juga dikenali sebagai Tambralingga atau Nagara Sri Dharmaraja. Ligor termasuk sebahagian dari wilayah Srivijaya. Apabila Srivijaya lemah, Ligor membebaskan diri dan mulai menguasai kerajaan Melayu di selatan termasuk Temasik. Dalam Sejarah Melayu dinyatakan Temagi adalah wakil kerajaan Siam. Padahal Siam belum ujud pada masa itu. Yang sebenarnya Temagi adalah wakil kerajaan Ligor atau Nagara Sri Dharmaraja. Sejarah kerajaan Melayu banyak yang perlu diperbetul fakta dan dinilai semula.
Kamal Badri bin Tak M Zainudin29 September 2017 7:22 PG Segenting Kera itu bukan nama Melayu ke? Kebanyakan Wilayah dan tempat telah ditukar kepada nama Siam.
Kamal Badri bin Tak M Zainudin29 September 2017 7:38 PGTambralinga adalah Kerajaan Melayu Buddha yang ditubuhkan oleh Chandrabhanu Sridhamaraja. Negara ini juga telah menjadi pusat pengajian agama Buddha. Ramai pelajar dari seluruh Asia datang ke sini malah mereka dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu. Kehebatan Tambralinga ialah ia satu-satunya negara empayar di Asia Tenggara yang pernah menyerang Sri Lanka pada tahun 1258 & 1270 walaupun dapat dipatahkan. Juga dikatakan sebahagian Orang Melayu Buddha di sini terus memganut Buddha sehingga Siam menakluknya. Kini dengan beragama Buddha dan sudah tidak boleh berbahasa Melayu, Orang Melayu Buddha ini hilang setelah berasimilasi dengan penjajah Siam. Mungkin mereka pun tidak lagi mahu mengaku Melayu...

AYLP. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/01/bandar-nakhon-si-thammarat-thailand9472.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aksi Lucu Rakyat Thailand Kreatif Beli Belah Tanpa Beg Plastik

Aksi Lucu Rakyat Thailand Kreatif Beli Belah Tanpa Beg Plastik

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 549 hits
BANGKOK Pengumuman kerajaan Thailand mengenai larangan penggunaan beg plastik sekali guna di kedai utama di seluruh negara bermula tahun 2020 disambut baik oleh rakyatnya Malah rakyatnya juga dilihat tampil kreatif menggunakan apa sahaja be...
7 Warga Myanmar Cuba Masuk Ke Malaysia Ditangkap Di Selatan Thailand

7 Warga Myanmar Cuba Masuk Ke Malaysia Ditangkap Di Selatan Thailand

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 271 hits
7 warga Myanmar cuba masuk ke Malaysia ditangkap di selatan Thailand nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 3 Ja
Tips Dan Itinerari Ke Bangkok Dan Lopburi Thailand

Tips Dan Itinerari Ke Bangkok Dan Lopburi Thailand

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 326 hits
Trip Bangkok NYE 2020 Baru sampai Malaysia Otak tgh fresh So ni simple iti yg aku boleh taip kalau nak complete sekali transport pm aku aku bt iti complete details kat bwh ni aku hnya cerita tmpt aku pi saja nt aku bagi file excel ok Bajet ...
Thailand Giat Jejaki 18 Tahanan Rohingya Lari Dari Depoh

Thailand Giat Jejaki 18 Tahanan Rohingya Lari Dari Depoh

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 176 hits
Thailand giat jejaki 18 tahanan Rohingya lari dari depoh Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 8 Jan 2020 11 36PM
Video Kehidupan Orang Bandar Berubah 360 Darjah Kampung People Memang Lawak Habis

Video Kehidupan Orang Bandar Berubah 360 Darjah Kampung People Memang Lawak Habis

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 1107 hits
Sebaliknya naskah yang lebih ringan dan berunsurkan komedi dilihat lebih mencuri perhatian ramai seperti drama terbaru yang berjudul Kampung People ini Keluarga bandar terpaksa pindah masuk kampungTampil dengan plot berbeza drama arahan Wan...
Rm140b Bandar Malaysia Project A Rotten Deal For The Gov T

Rm140b Bandar Malaysia Project A Rotten Deal For The Gov T

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 495 hits
QUESTION TIME There are two reasons why the Bandar Malaysia deal signed on Dec 17 should have been scrapped one the price at which the land was transferred to the consortium was way too low and two the government is likely to forego a huge ...
Customer Assistant Senior Customer Assistant Bandar Sunway Shah Alam Klang

Customer Assistant Senior Customer Assistant Bandar Sunway Shah Alam Klang

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 306 hits
Maintain a professional level of customer service in promoting the company s products Provide professional services to customers Ensure adequate stock levels Achieve sales targets Being a cashier and promote expertise in card Interested can...
Assistant Supervisor Supervisor Bandar Sunway Shah Alam Klang

Assistant Supervisor Supervisor Bandar Sunway Shah Alam Klang

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 267 hits
To maintain a professional standard of customer care in promoting company products managing an effective team Assist store manager in hiring managing staffs duty roster leave welfare disciplinary issues Motivate train staffs on the company ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage