Balun Membalun Kerajaan Baru Mahathirzahid



Saya amat malu hari ini kerana mempunyai seorang Presiden yang lemah dan tiada jati diri. Dato’ Sri Ahmad Zahid Hamidi hari ini tiba-tiba muncul dalam mesyuarat JK Perhimpunan Muafakat Nasional UMNO yang dipengerusikan oleh Dato’ Sri Tajuddin Abd Rahman. Didalam ucapan beliau, beliau telah menyatakan 4 sebab utama kenapa beliau mahu UMNO berkerjasama dengan Mahathir (Bukti Rakaman seperti video diatas)

1) Kita hendak jaga Muafakat Nasional, disebabkan PAS hendak kerjasama dengan Mahathir, UMNO kena ikut supaya kita tidak ketinggalan.

Jawapan Lokman : Umno adalah sebuah parti keramat yang berusia 72 tahun. Selama tempoh tersebut, UMNO sentiasa memimpin rakan-rakan komponen yang berkerjasama dengan kita. Sungguhpun sebagai seorang abang, kita boleh belajar dan berkerjasama dengan PAS dalam soal mendaulahkan Islam, namun adalah tidak masuk akal bahawa UMNO perlu mengikut PAS menyokong seorang diktator yang zalim dan meninggalkan Mantan Presiden UMNO yang sedang dianiaya oleh Mahathir. Tuan Guru Hj Hadi sendiri lebih tegas dengan Tun Mahathir dengan menyatakan bahawa sebarang kerjasama tidak boleh meninggalkan Dato Sri Najib yang kini mendapat sokongan rakyat. Kenyataan Zahid ini jelas membuktikan bahawa beliau adalah manusia yang suka menyalahkan orang lain demi menghalalkan tindakannya.


2) Kedua, Zahid kata kalau tidak berkerjasama dengan Mahathir, kita tak boleh selesaikan masalah Bossku.

Jawapn Lokman : Selepas guna nama Hj Hadi untuk menghalalkan tindakannya berunding dengan Mahathir, sekarang dia guna nama Bossku pula. Yang dia tidak cerita, perundingan dengan Mahathir hanyalah untuk menyelamatkan dirinya dari 87 pertuduhan dan kembali dalam kabinet. 33 pertuduhan yang beliau hadapi kini mendapat tawaran pilihan dengan hukuman lebih rendah. Ini juga boleh dianggap bukti jelas rundingan telah berlaku. Dari pertuduhan yang boleh membawa hukuman denda atau penjara 20 tahun setiap pertuduhan, kini tinggal denda atau penjara maximum 2 tahun sahaja. Bossku tidak pernah melantik Zahid menjadi perunding bagi menyelesaikan kes beliau. Malah Bossku meminta agar UMNO tidak melibatkan diri dengan kesnya, kerana beliau yakin beliau berada dipihak yang benar dan mampu membuktikannya dimahkamah jika mahkamah berlaku adil tanpa campurtangan politik.


3)Sekarang kuasa ditangan Mahathir. Sudah ada diatas meja seorang yang sangat berkuasa untuk mengharamkan UMNO.

Jawapan Lokman : Adakah disebabkan UMNO mahu diharamkan dan akaun UMNO telah dibekukan oleh diktator zalim bernama Mahathir, maka solusi yang mampu diambil oleh Zahid hanyalah dengan tunduk dan berkerjasama dengan Mahathir. Jika ini sahaja yang mampu Zahid lakukan, maka sewajarnya beliau melepaskan jawatan beliau sebagai Presiden UMNO. Lebih baik buat Pemilihan semula sekarang supaya ahli ada hak untuk memilih pasukan yang mahu menentang Mahathir atau pasukan yang mahu berkerjasama dengan Mahathir.


4) Kalau Umno nak diharamkan ada yang kata Ahli UMNO akan sertai PAS. Zahid kata, PAS dah belah Mahathir, kalau keluar UMNO masuk PAS pun sama sahaja.

Jawapan Lokman : Sekiranya UMNO diharamkan supaya ianya boleh menghalalkan penyokong Hishammuddin dan Zahid menyertai Mahathir, saya yakin lebih 90% ahli UMNO akan mengikut Dato’ Sri Najib untuk mengambilalih mana-mana parti lain. Jangan harap ahli dibawah mahu mengikut manusia bernama Mahathir atau mana-mana manusia yang boleh diperalat atau dikudakan oleh Mahathir. UMNO perlu pemimpin yang bersedia untuk lawan bagi membela nasib rakyat, bukan mereka yang sanggup berkompromi dengan penguasa demi menyelamatkan diri penjara dan mengejar jawatan dan habuan.


5) Zahid kata, beliau boleh guna kuasa veto untuk berkerjasama dengan Tun Mahathir. Sebaliknya beliau menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Jawapan Lokman : Memanglah beliau berani bentangkan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO, kerana beliau yakin MT yang Pro Mahathir, yang dibawah payroll Hishammuddin, yang ditekan oleh SPRM dan LHDN melebihi separuh dari jumlah keseluruhan MT. Soalnya, kenapa tidak ikut perlembagaan? Ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO semasa PAU 2019, dalam menit ke 28.25 – 28.28 https://youtu.be/G_nGjDgxEnw , beliau ada menyebut :

Melalui Muafakat Nasional, kita tidak impikan perubahan kerajaan melalui pintu belakang yang terbuka luas. Walaupun ketika ini pintu depan dan pintu belakang terbuka, kita tetap memilih pintu hadapan. Kita akan bina kerajaan sendiri mengikut lunas-lunas demokrasi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sementara kita bersiap menunggu PRU ke-15, banyak perkara perlu kita selaraskan dalam Muafakat Nasional, Insyallah…
Ucapan Dasar Zahid ini telah dibahas dan diterima oleh Perwakilan Perhimpunan Agong UMNO secara sebulat suara. Sebarang usaha untuk mewujudkan kerajaan “Pintu Belakang”, gabungan dengan mana-mana parti sebelum pilihanraya umum ke 15 wajib mendapat kelulusan ahli akar umbi melalui Perhimpunan Agong Khas. Tindakan Zahid ini jelas telah melanggar disiplin parti dan mengenepikan suara akar umbi UMNO.

Dato’ Lokman Noor Bin Adam
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
3hb Februari, 2020

Shahbudin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/02/balun-membalun-kerajaan-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nik Nazmi Selar Cubaan Tubuh Kerajaan Baru

Nik Nazmi Selar Cubaan Tubuh Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 259 hits
Ahli parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad mengkritik apa apa percubaan bagi mengkhianati Pakatan Harapan melalui penubuhan kerajaan pintu belakang Tegasnya tindakan seperti itu secara jelas satu bentuk pengkhianatan kepada undi rakyat d...
Kerajaan Baru Petanda Tun M Takkan Serah Kuasa Pada Anwar

Kerajaan Baru Petanda Tun M Takkan Serah Kuasa Pada Anwar

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 382 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak Tuduhan Lokman berat Zahid dan Hishamuddin patut beri penjelasanBANGI Pembentukan kerajaan baharu yang lebih cekap dan berwibawa wajib disegerakan sekiranya kerajaan dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan mereka ...
Wapres Ma Ruf Tegaskan Pemerintah Tak Akan Biarkan Munculnya Kerajaan Kerajaan Baru

Wapres Ma Ruf Tegaskan Pemerintah Tak Akan Biarkan Munculnya Kerajaan Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 253 hits
Wakil Presiden Ma ruf Amin bersuara soal fenomena munculnya kerajaan kerajaan di Indonesia yang mengklaim memiliki pengikut di seluruh dunia Menurut Ma ruf Indonesia tidak menolerir berkembangnya anomali tersebut
Pembentukan Kerajaan Baru Apa Pendirian Majlis Presiden Ph

Pembentukan Kerajaan Baru Apa Pendirian Majlis Presiden Ph

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 357 hits
Berikutan pendedahan Ahli MT UMNO Lokman Noor Adam semalam berhubung keinginan Ahmad Zahid Hamidi untuk membawa UMNO bekerjasama dengan Tun Mahathir Mohamad bagi membentuk sebuah kerajaan baru yang dinamakan Pakatan Nasional beberapa persoa...
Bukan Membentuk Kerajaan Baru Tapi Membawa Lari Kerajaan Sedia Untuk Nafsu Pm Lama

Bukan Membentuk Kerajaan Baru Tapi Membawa Lari Kerajaan Sedia Untuk Nafsu Pm Lama

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 290 hits
Mahu tidak mahu harus diakui bahawa pembentukan kerajaan baru Pakatan Nasional yang hangat diperbualkan sekarang mesti didalangi atau setidak tidaknya direstui oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri Jika tanpa restu dan keinginan beliau tentulah...
Ppbm Gabung Dengan Umno Kerajaan Baru Akan Terbentuk Tahun Ini

Ppbm Gabung Dengan Umno Kerajaan Baru Akan Terbentuk Tahun Ini

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 913 hits
Pandangan yang telah dilontarkan oleh pensyarah daripada UKM berkenaan dengan akan terbentuknya kerajaan baru pada tahun ini memberikan satu kejutan kepada semua orang Pensyarah tersebut ialah Datuk Dr Shamsul Amri Dalam akhbar the Star bar...
Kerajaan Baru Walau Lompong Sikit Sebanyak Rasuah Sapu Habis

Kerajaan Baru Walau Lompong Sikit Sebanyak Rasuah Sapu Habis

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 354 hits
Hashim Rayman 2KERAJAAN BARU Sewaktu saya memilih untuk memangkah Parti Harapan satu menifesto PH pun tidak saya teliti Ianya simple saya sudah muak melihat Parti BN yang mentadbir sekian lama makin hari makin menekan rakyat Belum cukup den...
Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

Dewi Perssik Cinta Merah Jambu Chord

Monday Morning In Tanah Rata Cameron Highland

1mdb Najib Razak Tak Bersalah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


General Service Tax And The Banana Republic Of Confusion

Tri Suaka Feat Langit Sore Galaksi Dan Bumi Chord

Upsi Bus Crash Survivors To Get Oku Card Says Noraini

Hamzah Denies Plot To Oust Muhyiddin As Pn Bersatu Leader

Umno Must Come First Says Mohamad Hasan Amid Talk Of Internal Sabotage

Ufad1 15 June Ufad1 Top 4 By Glenna