Balu Mejar Zahir Pohon Hentikan Spekulasi Kematian Suaminya


KUALA LUMPUR, (Bernama) — “Saya mohon jangan dibangkitkan benda yang bukan-bukan berkaitan pemergian arwah suami, kesian arwah yang telah tiada”, kata balu Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut dalam insiden tertembak ketika membuat aksi gimik pada Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah, awal bulan ini.
Nour Shafinar Harun, 31 berkata dirinya menerima dengan reda bahawa pemergian arwah suaminya adalah disebabkan kemalangan dalam latihan.
“Saya reda dengan pemergian arwah. Saya juga tidak mahu individu-individu luar mengaitkan apa-apa pasal arwah (berhubung kematiannya), sebab kita dalam badan ketenteraan ni, saya pun faham macam mana situasi begini boleh berlaku.
“Orang yang telah tiada, tetap tiada…untuk kebajikan saya selepas ini, memang pihak kerajaan akan mengambil alih dan akan dijaga oleh pihak tentera sendiri,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Kem Wardieburn di sini hari ini.
Nour Shafinar turut menzahirkan kesyukuran dan rasa terharu di atas kesudian Dr Wan Azizah meluangkan masa melawat dirinya bersama anak-anak serta mensihati agar terus tabah mengharungi kehidupan mendatang selain turut lega apabila kerajaan menghargai jasa arwah meskipun telah meninggal dunia.
Dalam kejadian pagi 4 Sept itu, Mohd Zahir yang juga merupakan anak pengarah dan pelawak terkenal, AR Badul tertembak oleh rakannya sendiri dalam jarak lingkungan 5 meter menggunakan senjata api semasa acara itu.
Sementara itu, Nour Shafinar memberitahu bahawa anak-anaknya yang masih kecil turut menunjukkan perkembangan positif dan memahami keadaan bahawa ayah mereka telah tiada.
“Anak-anak semua faham dan mereka reda. Memang saya sendiri sebagai ibu beritahu mereka bahawa ‘daddy’ dah tiada dan mengajar mereka untuk sentiasa mendoakan arwah.
“Saya turut memberitahu bahawa ‘daddy’ mereka pergi disebabkan kemalangan dalam latihan, jadi saya ajar anak-anak untuk terima dan reda dengan keadaan itu,” katanya.
Jelasnya, ada ketika anak-anak akan menatap gambar dan wajah ayah mereka sebagai pengubat rindu.
Bagaimanapun, Nour Shafinar tidak menghalang sekiranya anak-anaknya mahu mengikut jejak langkah bapa mereka untuk menjadi penembak satu hari nanti.
“Saya galakkan anak untuk teruskan perjuangan kami sebab saya pun bekas penembak tepat (tentera) juga. Anak yang sulung sudah menunjukkan sedikit ciri-ciri minatnya dan anak yang kecil (bayi)  pun agresif lebih sikit,” ujarnya sambil tersenyum.
Beliau yang kini sedang hamil turut mengakui dalam proses menguruskan perpindahan mereka sekeluarga ke Perak memandangkan itu adalah hasrat terakhir arwah kepadanya.
Pegawai Tentera Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas itu merupakan penembak tepat, meninggalkan seorang balu bersama lima orang anak berumur antara enam bulan dan 10 tahun.- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/21/balu-mejar-zahir-pohon-hentikan-spekulasi-kematian-suaminya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Kecewa Dan Hampa Dengan Kenyataan Tentera Masih Keliru Atas Punca Kematian Anak Ar Badul Mahu Inkues Mejar Zahir

Saya Kecewa Dan Hampa Dengan Kenyataan Tentera Masih Keliru Atas Punca Kematian Anak Ar Badul Mahu Inkues Mejar Zahir

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 421 hits
Sungguhpun Tentera Darat Malaysia semalam telah mengesahkan insiden kematian pegawai komando Mejar Mohd Zahir Armaya sebagai satu kemalangan dalam latihan nampaknya bapa kepada arwah tidak begitu bersetuju dengan kenyataan tersebut Saya kec...
Kejadian Terpencil Kemalangan Dalam Latihan Tdm Dedah Keputusan Siasatan Kes Kematian Mejar Zahir

Kejadian Terpencil Kemalangan Dalam Latihan Tdm Dedah Keputusan Siasatan Kes Kematian Mejar Zahir

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 368 hits
Lembaga siasatan insiden melibatkan kematian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Bin Armaya akibat tertembak peluru ketika demonstrasi awal September mengkalifikasikan kejadian tersebut sebagai kes terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan ...
Polis Siasat Kematian Mejar Zahir Disebabkan Kecuaian

Polis Siasat Kematian Mejar Zahir Disebabkan Kecuaian

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 416 hits
KUALA LUMPUR Siasatan terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi Rabu lepas menjurus kepada faktor kecuaian Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata kes tersebut disiasat m...
Atm Hormat Keputusan Ar Badul Mohon Inkues Kematian Mejar Zahir

Atm Hormat Keputusan Ar Badul Mohon Inkues Kematian Mejar Zahir

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 318 hits
LUMUT 27 Sept Angkatan Tentera Malaysia menghormati keputusan AR Badul yang mahu inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya Mej Mohd Zahir Armaya Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata permoho...
Kematian Mejar Zahir Terpencil Ar Badul Mahu Inkues

Kematian Mejar Zahir Terpencil Ar Badul Mahu Inkues

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 260 hits
Mejar Mohd Zahir Armaya mati tertembak dalam latihan demonstrasi di Kem Kok Lawi Sabah Foto ihsan Facebook Story Angkatan Tentera MalaysiaKUALA LUMPUR 26 Sept Pelakon dan pelawak veteran AR Badul mendesak satu inkues diadakan bagi mengetahu...
Insiiden Kem4tian Mejar Zahir Ada Faktor Kecuaiian Pihak Polis Buka Mulut Dan Ini Kenyataan Terkini

Insiiden Kem4tian Mejar Zahir Ada Faktor Kecuaiian Pihak Polis Buka Mulut Dan Ini Kenyataan Terkini

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 490 hits
SIASATAN terhadap insiiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang m4ut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi Rabu leInsiiden Kem4tian Mejar Zahir Ada Faktor Kecuaiian Pihak Polis Buka Mulut Dan Ini Kenyataan Terkini
Anak Sulung Arwah Mejar Zahir Bertanya Soalan

Anak Sulung Arwah Mejar Zahir Bertanya Soalan

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 808 hits
Soalan Anak Sulung Arwah Mejar Zahir Saat Lihat Jenazah Bapa Buat Netizen SebakSemalam negara dikejutkan dengan berita pemergian anak pelakon veteran AR Badul Mejar Mohd Zahir Armaya 36 tahun sewaktu latihan Demonstrasi di Kem Kok Lawi Kota...
Pernah Dikatakan Giia Iqram Dinzly Solatkan Jenazzah Mejar Zahir Belakang Menteri

Pernah Dikatakan Giia Iqram Dinzly Solatkan Jenazzah Mejar Zahir Belakang Menteri

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 1171 hits
Siapa yang tidak mengenali pelakon Iqram Dinzly yang sejak kebelakangan ini kerap tampil dengan pemakaian dan juga video video yang menarik di media sosial Pernah dikatakan giIa Iqram Dinzly solatkan jenazzah Mejar Zahir belakang menteri
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Continuous Learning In Business

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option

5 Sebab Untuk Rebut Peluang Memiliki Kediaman Di Laman Sendayan 2

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Paip Penapis Air Cuckoo Bocor

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Ketaksuban Terhadap Gen Ai Suatu Kebebalan

Petua Bawang Kisar Supaya Tak Cepat Rosak

Gani Famous Pasembur Pulau Pinang

Goreng Sekali Elok Gebu Tak Merekah Ini Tip Buat Bergedil Paling Menjadi