Balu Arwah Abam Menang Saman Fitnah Ali Puteh


Balu Allahyarham Abam, Hidayah Foto Instagram
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 pada isteri Abam Bocey Kuala Lumpur: Kontroversi panas yang membabitkan pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali akhirnya terjawab apabila keputusan kes saman fitnah yang difailkan balu Allahyarham Abam Bocey itu berpihak kepadanya.

Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada kakak ipar, Siti Nor Hidayah
Hidayah ketika ditemui di Mahkamah Sesyen, di sini, berkata, dia berasa lega dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat dia dan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Ali Puteh (kanan) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen di sini selepas selesai prosiding kes, hari ini.
"Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak saya. Alhamdulillah saya dah rasa lega," katanya ringkas.

Sementara itu, peguam yang mewakili Hidayah dari Tetuan Ibrahim & Fuaadah, Mohamed Ibrahim Mohamad berkata, kemenangan itu sekali gus berjaya membersihkan nama serta reputasi keluarga Hidayah.


"Alhamdulillah mahkamah hari ini memberikan keputusan yang mana ia berpihak kepada anak guam kami. Tuntutan keluarga arwah Abam dan Ali terhadap anak guam saya, Hidayah ditolak dengan kos.

Nor Hidayah Mohd Ali, balu kepada Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam, selepas keputusan kes saman oleh adik iparnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
"Manakala, tuntutan kami terhadap Ali telah dibenarkan dengan kos juga, ganti rugi RM60,000 telah dipersetujui oleh mahkamah untuk dibayar kepada Hidayah.

"Kami percaya keputusan ini telah membersihkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami dan berharap selepas ini tiada lagi.



"Sebelum ini ada kenyataan dibuat seolah-olah ada pihak dianiaya oleh anak guam kami, tapi hari ini mahkamah telah menjelaskan bahawa tiada berlaku sebarang penganiayaan, sebaliknya yang dianiaya adalah anak guam kami," katanya.

Kontroversi mula tercetus apabila Hidayah memfailkan saman terhadap Ali sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Saman yang dibuat Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.


Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Pada 27 Ogos 2020 lalu, Ali memfailkan saman terhadap Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.


Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.

SOURCE: HM

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2022/02/balu-arwah-abam-menang-saman-fitnah-ali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan 2 Tahun Bergelut Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi Rm60k

Hiburan 2 Tahun Bergelut Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi Rm60k

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 265 hits
Hampir dua tahun naik turun mahkamah atas sebab kes saman fitnah yang difailkan terhadap pelawak yang juga merupakan adik iparnya iaitu akhirnya balu Allahyarhamn Abam Nor Hidayah Mohd Ali menang kes Difahamkan keputusan tersebut dibuat ole...
Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi Rm60 000 Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah

Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi Rm60 000 Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 457 hits
Balu kepada pelawak Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali telah menang dalam kes saman fitnah yang telah dibuat oleh Ali Puteh yang juga adik iparnya Menerusi laporan mStar peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Nor Hidayah berk...
Saya Dah Rasa Lega Dah Balu Abam Bocey Menang Kes Saman Fitnah Ali Puteh Diperintah Bayar Rm60 000

Saya Dah Rasa Lega Dah Balu Abam Bocey Menang Kes Saman Fitnah Ali Puteh Diperintah Bayar Rm60 000

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 284 hits
Selepas hampir dua tahun akhirnya balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya Ali Puteh Doakan yang baik baik untuk saya dan anak saya Saya dah rasa lega dah kata Hidayah rin...
Ali Puteh Akur Kalah Kepada Balu Arwah Abam Cuma Dia Akan Buat Satu Pendedahan Lagi

Ali Puteh Akur Kalah Kepada Balu Arwah Abam Cuma Dia Akan Buat Satu Pendedahan Lagi

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 411 hits
Pelawak Ali Puteh akur dengan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang memerintahkannya membayar RM60 000 kepada isteri Allahyarham Abam Bocey Siti Nor Hidayah Mohd Ali kerana mengeluarkan kata kata mengaibkan di Instagram dua tahun lalu
Nor Hidayah Baiu Abam Menang Kes Sam4n Fitn4h Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi

Nor Hidayah Baiu Abam Menang Kes Sam4n Fitn4h Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 332 hits
SETELAH hampir dua tahun turun naik mahk4mah akhirnya balu Allahy4rham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menang dalam kes sam4n fitn4h yang difailkan terhadap adik iparnya Ali Puteh Keputusan itu dibuat Hakim Mahk4mah Sesyen Kuala Lumpur Zulq...
Ali Puteh Kebal Kecaman Dari Netizen

Ali Puteh Kebal Kecaman Dari Netizen

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 293 hits
Pelawak Ali Puteh kalah saman Kuala Lumpur Pelawak Ali Puteh bersedia menghadapi sebarang kecaman daripada netizen selepas diperintahkan membayar ganti rugi am RM60 000 kepada kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali kerana memfitnah dalam la...
Hiburan Fitnah Saya Kahwin Pakai Duit Sendiri Isu Saman 1 Juta Bekas Menantu Balas Tuduhan Cef Wan

Hiburan Fitnah Saya Kahwin Pakai Duit Sendiri Isu Saman 1 Juta Bekas Menantu Balas Tuduhan Cef Wan

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 219 hits
Baru baru ini muncul satu isu dimana cef selebriti terkenal Cef Wan berasa terkilan apabila mendapat surat saman daripada bekas menantunya iaitu Syikin Maembong Difahamkan melalui hantaran yang dibuat oleh beliau surat tuntutan saman itu te...
Sudah Lah Hadi Dengan Politik Bohong Dan Fitnah Kali Ni Boleh Makan Saman Gamaknya

Sudah Lah Hadi Dengan Politik Bohong Dan Fitnah Kali Ni Boleh Makan Saman Gamaknya

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 262 hits
JAMZURI ARDANIHj Hadi dakwa MUDA dan Amanah adalah parti yang ditubuhkan oleh DAP untuk mengelirukan orang Melayu Dok bohong orang tak abis abis Kesian betul saya tengok dia nie
Najib Akan Saman Shamsul Iskandar Kerana Fitnah

Najib Akan Saman Shamsul Iskandar Kerana Fitnah

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 351 hits
freemalaysiatoday com February 24 2022 10 13 PMNajib Razak menafikan dakwaan Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan berkata beliau tidak didakwa menyeleweng dana sebaliknya dituduh atas pengubahan wang PETALING JAYA Najib Razak mengarahkan pegua...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka