Baling Bom Tangan Bakar Harta Awam Rakyat Indonesia Merusuh Lagi
Gara-gara tidak berpuas hati dengan undang-undang bari tenaga kerja, rakyat Indonesia melakukan demonstrasi di beberapa daerah termasuk Jakarta, Lampung, Bandung, Tangerang, Makassar, Yogyakarta dan Surabaya. Memetik laporan The Star, himpunan demonstrasi itu melibatkan golongan mahasiswa dan Persatuan Buruh Indonesia.
Omnibus Law Cipta Kerja
Difahamkan, demontrasi itu dijalankan adalah bagi membantah undang-undang Omnibus Law Cipta Kerja yang diluluskan Parlimen Indonesia pada Isnin lalu. Dimana Omnibus Law Cipta Kerja ini dilihat mengabaikan hak pekerja seperti pengurangan kos pampasan terhadap pekerja yang diberhentikan, pengurangan cuti tahunan, pembatalan peraturan gaji minima dan pindaan berkaitan peraturan pekerja kontrak.
Demonstrasi yang berlaku bermula 10.00 pagi pada 8 Oktober 2020 itu pada awalnya tiada kekecohan tetapi berlaku kekecohan apabila pihak polis cuba untuk meleraikan perhimpunan itu. Difahamkan, perhimpunan ini juga telah berlaku sejak Isnin lalu lagi dan sudah masuk hari ketiga.
Ramai mahasiswa terlibat
Pihak polis juga bertindak meleraikan perhimpunan tersebut dengan melemparkan gas pemedih mata dan semburan air. Tidak berakhir disitu saja, penunjuk perasaan juga bertindak membakar pondok polis, merosakkan harta benda awam dan bertindak membaling objek batu serta ‘molotov coctail’ kepada anggota polis.
Terbaru, menurut laporan The Star, setakat ini 1000 orang yang terlibat dalam perhimpunan tersebut telah ditangkap pihak polis. Menurut jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus melaporkan lebih 400 orang pelajar yang terlibat dalam demonstrasi tersebut.
Susulan daripada demonstrasi itu, pihak kerajaan tempatan juga bimbang akan jumlah peningkatan kes jangkitan Covid-19.Mereka yang ditahan ini bukannya mahasiswa atau golongan pekerja, tetapi mereka yang mengganggur, tapi turut serta dalam demonstrasi itu yang kemudiannya sengaja mewujudkan kekacauan.
Demonstrasi Jalanan Dah Jadi ‘Senjata Makan Tuan’
The post Baling ‘Bom Tangan’, bakar harta awam, rakyat Indonesia merusuh lagi appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2020/10/10/baling-bom-tangan-bakar-harta-awam-rakyat-indonesia-merusuh-lagi/