Balik Kerja Diperlakukan Saya Seperti Sedih Kerana Benih Ini Wujud Bukan Kerana Cintanya Suami Saya Pada Saya


Assalamualaikum. Semoga hati ini kuat untuk menceritakan kisah pahit yang pernah terjadi dalam hidup saya. Kisah ini berlaku selepas saya berkahwin dengan lelaki yang saya cintai. Kini saya sedang cuba membina hidup baru bersama anak. Kisahnya begini.
Saya merupakan seorang isteri dan seorang surirumah kerana suami tidak membenarkan saya bekerja walaupun saya ada lepasan ijazah. Suami saya berkerja di ibu kota sebagai jurutera. Kami berkahwin selepas kami mengenali satu sama lain hanya selama 3 bulan.
Suami ajak saya kahwin sebab pada waktu itu dia sudah mampu nak tanggung saya, dia berusia 29 tahun sekarang dan saya masih berumur 25 tahun. Lima bulan selepas kami berkahwin, suami sudah menunjukkan sifat sebenarnya iaitu terlalu kuat cemburu dan panas baran. Dia cemburu buta sehingga tidak membenarkan saya keluar dari rumah ketika dia keluar bekerja, malahan kunci kereta saya diambil.
Suami akan membenarkan saya keluar, dengan syarat dia mesti ikut sekali. Suami seakan tidak mempercayai saya. Saya tiada langsung menaruh hati kepada orang lain selain suami saya. Saya akur dan masih menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Menjaga dia seikhlas hati. Selepas beberapa minggu, suami menjadi sangat panas baaran sehinggakan apa sahaja yang saya buat adalah salah dimata dia.
Suami seakan membenci saya. Setiap hari selepas pulang dari kerja, suami mencari saya. Memaksa saya untuk melayan naffsunya. Pada permulaan, saya akur kerana tidak mahu derhaka pada suami kerana melayan suami yang sudah halal tidak berdosa. Tetapi lama kelamaan, saya dilayan seperti binaatang, dirgol oleh suami sendiri sedangkan saya tidak rela.
Saya dipuukul jika tidak ingin melayan kemahuannya. Hancur hati saya melihat perubahan orang yang saya sayang. Dia seakan membenci saya. Dia bukanlah lelaki yang saya kenal seperti sebelumnya. Masakan saya langsung tidak disentuh seperti sejak mula mula kahwin dulu. Dia kerap makan diluar. Saya bertanya dengan lembut pada suami. Kenapa buat saya macam ni? Suami hanya membalas dengan kata kata kesat, mengatakan yang saya layak diperlakukan sebegini.
Saya ni jjik seperti binatng, kata suami. Apa dosa saya? Kami tidak lagi solat bersama, kerana selalunya saya yang ajak suami solat. Tapi kini, suami tidak lagi menjadi imam. Tiada kucupan didahi saya lagi selepas solat. Suami tidak tidur bersama saya lagi. Kami tidur di bilik berasingan. Dia hanya akan menduri saya selepas pulang dari kerja dan meningggalkan saya seperti seorang pelcur di atas katil. Nafkah masih diberi suami, namun saya tidak langsung menggunakannya.
Di waktu siang semasa suami bekerja, saya hanya menghabiskan waktu membuat cookies untuk dijual kerana saya terlalu bosan di rumah. Suatu hari, rahsianya terbongkar apabila saya terbaca mesej suami saya dengan wanita lain . Wanita itu merupakan kawan lama di sekolah menengah suami saya. dan suami mempunyai hubungan suliit di belakang saya. Suami saya curang dengan saya.
Perit hati rasa, hidup saya seakan kosong, tiada makna. Saya tiada sesiapa untuk meluah rasa kecuali kepada kakak saya yang tinggal berkilometer jauhnya. Saya membuat keputusan untuk minta dilepaskan. Tetapi saya belum beritahu suami. Kerana saya disahkan mengandung 2 bulan. Saya pada waktu itu tidak pasti sama ada itu adalah khabar gembira atau tidak.
Saya terlalu sedih kerana benih ini wujud bukan kerana cintanya suami saya pada saya. Saya ingin lari, jauh dari suami saya kalau boleh. Saya buntu, saya sayangkan anak dalam kandungan ini kerana inilah cahaya mata kami berdua. Tapi tiada hak saya untuk minta cerai disaat benih suami yang saya kandung.
Saya menahan seksa, menelan rasa sehingga pada suatu malam, kesabaran saya sudah sampai penghujungnya. Saya mengetuk pintu bilik suami, sambil membawa cincin pernikahan kami berdua. Saya ingin memulangkan cincin tersebut, kerana saya ingin dia melepaskan saya, meminta agar suami faham akan permintaan saya.
Suami mengatakan “Pergi mmpus kau nak buat apa apa pun.” Suami mengambil cincin saya dan suruh saya keluar dari rumah. Dia tidak menceraikan saya tapi meminta saya untuk keluar dari rumah. Saya tidak pasti jika talak jatuh sebab saya sedang mengandung.
Kandungan saya sudah mencecah 5 bulan pada ketika itu. Suami lebih menyayangi wanita itu dari saya dan anak. Saya akur untuk meninggalkan rumah. Saya mengemas barang saya, usah terbayang perasaan saya waktu itu. Saya dihalau suami saya sendiri. Lelaki yang berjanji akan mencintai saya sehingga hujung nyawanya.
Saya mengosongkan almari saya. Yang tinggal di almari saya hanyalah pakaian yang diberi oleh suami, telekung hantaran dari suami dan album perkahwinan kami. Saya redha. Ini lah jalan penceritaan saya. Saya buntu, tidak tahu kemana. Duit di tangan masih ada. Di dalam akaun, berbaki hanya RM2500++.
Saya nekad untuk memulakan hidup baru. Saya kemudian tinggal di rumah kakak, sementara saya cari rumah lain kerana bimbang mengganggu keluarga kakak. Saya nekad untuk berniaga kerana keadaan saya tidak sihat atas alahan yang saya alami hasil pembawaan anak dalam kandungan.
Kakak saya sudi meminjamkan saya wang modal untuk berniaga nasi lemak setiap pagi dan di waktu petang, saya mengambil upah kerja di kedai dobi. Pendapatan saya hanyalah lebih kurang Rm1500, alhamdulillah masih cukup untuk saya sara anak. Saya bercadang untuk pulang ke rumah bapa apabila saya sudah bersedia.
Ibu saya sudah meninghgal dunia kerana barrah payuudaara dua tahun lalu. No telefon saya sudah ditukar namun, suami masih cuba untuk menghubungi saya melalui kakak saya tetapi kakak tidak melayannya. Namun dia tetap memberi nafkah setiap bulan. Namun saya tidak menggunakannya malah saya memulangkan nafkah tersebut pada akaun bank suami balik.
Saya mampu hidup tanpa wang suami kerana saya taknak menyusahkan suami lagi. Saya juga tidak tahu tentang keadaan suami saya dengan wanita itu, Apa yang saya tahu, selepas anak saya dilahirkan, saya akan failkan penceraian. Saya masih sayangkan suami saya. Saya rela dilepaskan untuk lihat dia bahagia. Bagi saya, tiada makna erti perkahwinan jika tiada rasa sayang.
Doakan saya semoga dipermudahkan segala urusan saya dan anak saya. Saya ingin menjalani hidup baru bersama permata hati saya yang bernama Nur Natasha yang bermaksud cahaya kekuatan, moga Natasha kuat seperti saya suatu hari nanti. Cinta tak bererti kita harus memiliki, kadang kadang cinta bererti kita harus melepaskan.
Terima kasih sudi mendengar luahan hati saya. Buat suamiku. Wahai suamiku, terima kasih kerana telah menjaga Saya dan menyayangi Saya walaupun dalam tempoh yang singkat. Anak dalam kandungan ni adalah hadiah paling bermakna untuk Saya walaupun abang benci kami berdua.
Saya redha. Saya nak abang bahagia bersama dia. Saya sedar siapa diri Saya. Saya janji akan jaga anak kita sebaiknya. Ampunkan dosa Saya. Jangan cari Saya lagi. Kredit kisah rakyat.
The post “Balik kerja diperlakukan saya seperti ”. Sedih kerana benih ini wujud bukan kerana cintanya suami saya pada saya appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2019/01/16/balik-kerja-diperlakukan-saya-seperti-sedih-kerana-benih-ini-wujud-bukan-kerana-cintanya-suami-saya-pada-saya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedih Sangat Pelajar Ini Menetap Di Pondok Usang Kerja Menombak Sawit Selepas Ditinggal Ibu Bapa

Sedih Sangat Pelajar Ini Menetap Di Pondok Usang Kerja Menombak Sawit Selepas Ditinggal Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 767 hits
SEORANG pelajar lelaki terpaksa tinggal di sebuah pondok usang selepas ditinggal oleh kedua ibu bapanya yang masing masing beragama Islam dan Kristian Menurut Cikgu Arbin yang berkongsi kisah sedih pelajar tingkatan 3 tersebut remaja bernam...
Wujud Balik Kpm Buat Perolehan Buku Teks Dlp Secara Rundingan Terus Bernama

Wujud Balik Kpm Buat Perolehan Buku Teks Dlp Secara Rundingan Terus Bernama

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 371 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan khas untuk permohonan melaksanakan perolehan buku buku teks Program Dwibahasa secara rundingan terus Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata kelulusan khas pada 18 September...
Warganet Biadap Hina Kerja Bomba Seperti Chuah Chun Howe Perlu Di Ajar

Warganet Biadap Hina Kerja Bomba Seperti Chuah Chun Howe Perlu Di Ajar

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 525 hits
Kejadian sebuah kereta jenis kenderaan utiliti sukan Mazda CX5 yang terhumban ke laut setelah terlibat dalam kemalangan ngeri melibatkan dua buah kenderaan ternyata menarik perhatian umum termasuk warganet memandangkan kejadian itu boleh di...
Pahami Makna Di Balik 5 Pertanyaan Saat Wawancara Kerja

Pahami Makna Di Balik 5 Pertanyaan Saat Wawancara Kerja

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 218 hits
Anda harus mempersiapkan diri agar nantinya bisa menjawab pertanyaan pertanyaan yang dilontarkan oleh pewawancara dan meninggalkan kesan yang positif Termasuk mempersiapkan jawaban seperti apa yang harus Anda berikan untuk meyakinkan pewawa...
Suami Isteri Hina Ydp Agong Telah Digantung Kerja

Suami Isteri Hina Ydp Agong Telah Digantung Kerja

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 1519 hits
Harian Metro melaporkan Sepasang suami isteri yang melemparkan komen biadap terhadap institusi diraja menerima padah apabila mereka digantung sementara kerja oleh majikan masing masing Menurut kenyataan rasmi di laman Facebook sebuah firma ...
Suami Sedih Isteri Makan Luar

Suami Sedih Isteri Makan Luar

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 1157 hits
Perkongsian kisah dari seorang yang mengalami masalah dalam perkahwinan sehingga menyebabkan isteri keluar rumah dan makan luar Baru baru ini terserempak dengan seorang kenalan lama bernama Aman Sembang punya sembang beliau menceritakan kis...
Kediamannya Diteror Bom Agus Dan Laode Kerja Seperti Biasa

Kediamannya Diteror Bom Agus Dan Laode Kerja Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 203 hits
Sebelumnya kediaman Ketua KPK Agus Rahardjo di Kawasan Jatiasih Bekasi Jawa Barat ditemukan barang yang diduga bom pipa Sementara di kediaman Laode Syarif ditemukan diduga bom molotov
Lepas Bersalin Tiba Tiba Sedih Cepat Terasa Hati Letih Bahaya Jangan Pendam Luah Pada Suami

Lepas Bersalin Tiba Tiba Sedih Cepat Terasa Hati Letih Bahaya Jangan Pendam Luah Pada Suami

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 500 hits
Selain sakit fizikal lepas bersalin cabaran paling besar bagi wanita ialah untuk menstabilkan emosi Hampir 80 peratus wanita hadapi perubahan mood dan perasaan negatif sejurus selepas bersalin Ini fakta realiti tak kira bersalin anak pertam...
Moments Di Bali Jadi Tumpuan Di Instagram Foto Elfira Loy Suami Yang Ini Paling Bersemut

Moments Di Bali Jadi Tumpuan Di Instagram Foto Elfira Loy Suami Yang Ini Paling Bersemut

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 413 hits
Digelar pasangan bahagia 2019 Elfira Loy dan suaminya iaitu Faris Anuar sering sahaja menjadi tumpuan ramai apatah lagi kini difahamkan pasangan sama cantik sama padan ini berada di Bali Elfira dan suaminya dilaporkan ke sana juga kerana me...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage