Balik Kampung Ooo Balik Kampung Hati Riang



Assalamualaikum..

SELEPAS sahaja Perdana Menteri memberi kebenaran merentas negeri, berkali-kali Pak Inche mengajak Sk untuk pulang ke kampung halamannya di Kedah Darulaman. Tapi, memandangkan Sk sendiri baru sahaja kembali bekerja pertengahan bulan Mei, jadi kami hanya pulang ke kampung pada minggu kedua selepas rentas negeri dibenarkan. Tapi.. tetiba ada pulak panggilan pulau.. Pak Inche kena hadir training syarikat pada hari yang telah dirancang.. kwang kwang kwanggg


Iman orang yang paling sukalah bila babah kena training di KL sebelum balik ke kampung. Cepat-cepat dia  bagi cadangan untuk booking satu lagi bilik hotel. Ialah, Pak Inche training arahan syarikat, tentu-tentu dah dapat bilik sponsor, kan. Nak balik kampung punya pasal, Pak Inche terus setuju untuk tempah satu bilik di Cititel Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan dengan Midvalley. Masuk bilik, ada nota atas katil.. Iman kata, mesti housekeeping dia kurang kerja, hahaha. Ialah, kalau sebelum-sebelum ni, memang ada nota tapi umum la... haha

Disebabkan kami hanya bertolak ke KL pada petang selepas kerja, dah sampai Kulai baru sedar ada barang tertinggal, patah balik ke rumah, singgah makan dan sebagainya, kami sampai di KL hampir tengah malam. Aduhhhh.. Cititel Hotel yang selalunya meriah 24 jam dengan pelancong dan pelencong menjadi senyap sunyi, seram pun ada tau. Nasib baik kami dapat bilik depan lif, huhu. Pemandangan di luar pun gulap gelita


Dapat bilik sebelah dengan bilik Pak Inche bersama kawannya yang datang dari cawangan Terengganu. Yang kelakar, bila dah sampai baru tahu bahawa training tu dibatalkan. Kawan Pak Inche punyalah risau takut Pak Inche tak jadi tidur KL sebab training batal, kan. Matilanakkk tidur sorang-sorang kat hotel yang dah lama ditinggalkan, takut jugak kan.. hahaha. Walaubagaimanapun kami singgah jugaklah, sebenarnya dah sampai tu baru tau. Tapi, Pak Inche tetap jugak pergi ke HQ pagi-pagi tu


Cititel ni antara hotel yang mahal kerana kedudukannya di tengah-tengah KL tapi bilik dia punyalah sempit. Sk dan Iman ni tak boleh bertembung, rasanya hujung katil dengan dinding tu jarak tak sampai tiga kaki pun. Bilik air pun sama sempit, kalau nak mandi tu kena tangan kena tegak aje kalau berpusing-pusing nak kuak lentang tu memang terlanggar dinding.. hahaha


Kami dah pesan awal-awal dengan Pak Inche, booking bilik tanpa sarapan sebab malas nak turun. Lagipun sarapan pun bukannya buffet, kan. Pagi tu, Sk tuang susu makan dengan honey star aje. Dah tengahari baru kami keluar cari makan kat Midvalley. Mula nak ajak Iman makan kat Hanamaru tapi tekak Iman nak makan lasagna katanya


Lasagna untuk Iman dan Nasi Goreng Thai untuk Sk. Sk perasan Iman sekarang macam dah suka makan apa yang dulu Sk suka makan, macam lasagna dan spaghetti. Kalau dulu, manjang nak makan nasi dengan ayam sweet sour. Nasi Goreng Thai tu rasa macam nasi goreng cina aje, nak rasa thai dia, kena tabur udang kering dan sambal belacan tu. Ngam-ngam habis makan, Pak Inche telefon, bagitahu dia dah keluar pejabat untuk jemput kami. Oh, ya.. sebelum ke Midvalley ni, kami dah check-out dulu
Dari Midvalley, kami terus ke rumah adik Sk di Pantai Dalam. Dah lama Cikwa tak ikut balik kampung katanya, rindu Tok Min, hahaha


Nak jugak singgah Ipoh mengopi, hahaha. Kali ni kami makan di kedai kopi belakang New Hollywood. Lupa la apa nama kedai ni. Macam biasa, kedai kopi di Ipoh ni bertemakan 1Malaysia, jadi tak perlu ragu-ragu ya, semua makanan untuk berbilang bangsa ada di sini


Mereka-mereka sahaja order, Sk malas nak order sebab tahu nanti akan ada banyak makanan. Roti bakar la, rojak, Yong Taufu goreng, puding karamel, kuey teow... fuhhh... kenyang... dan kami pun meneruskan perjalanan ke Kuala Ketil. Awal jugak sampai, dapatlah berehat awal


Esok pagi-pagi tengok rambutan bergayut-gayut kat pokok. Mak mertua pesan berkali-kali supaya Sk jangan lupa ambilkan buah tu bagi kat besannya. Jadi, pagi sebelum balik tu, Sk dan maid kait rambutan untuk bawa balik Johor. dapatlah jugak kongsi dengan kawan sepejabat, Alhamdulillah


Kalau dah balik Kedah, wajiblah pergi Tanjung Dawai cari belacan dan segala produk makanan laut yang di keringkan. Lepas habis shopping, kami singgah makan tengahari di bawah blok komplek Tanjung Dawai tu. Seronok dan enak sungguh makan-makan di situ


Balik tu, singgah tengok sawah padi pulak. Baru ada anak padi yang remaja kot, buah pun tak ada. Tak dapatlah tunjuk tanaman padi yang sedang menunduk


Kegembiraan seorang Cikwa di tengah sawah padi yang terbentang. Sejak Iman masuk poli, kami tak jalan sama-sama lagi. 

Haaa.. ingat senang ke nak buat ig stories
Iman ni takut sikit dengan sawah, takut lecak, takut lintah la, hahaha


Lihatlah keindahan.. sawahku dan juga padiku..
Lihatlah kemesraan.. hehehehe.. lupa lirik

Singgah warung beli Milo Ais ikat tepi. Kaw betul milo ais ni


Kak masakkan Mee Kuah untuk minum petang. Bertuah betul jadi adik ipar, tau-tau siap jer sarapan pagi dengan minum petang. Kita tolong makan aje



Selain belacan dan ikan kering, wajib jugak beli stok rempah kari Cap O
Sk sejak guna Cap O ni, rasa macam sedap jer karinya, hahaha


Eh, kak buat cucur pulak. makan.. makan.. makan.. itu ajelah kerjanya sepanjang di kampung


Cari kat NSK tak jumpa, jumpa kat Kuala Ketil, terus beli dua botol. Dua botol jer sebab dah banyak sangat barang dibeli


Pergi Baling jugak, cari beras puluit siam untuk mak. Sekali yang ada beras pulut negara lain. Menurut penjual di Baling ni, beras pulut siam tak boleh bawa masuk Malaysia sebab PKP. Apa bezanya beras pulut siam dengan yang biasa siap pack tu? Saiznya panjang-panjang dan cantik-cantik, gitulah


Terpinang pulak periuk ayan. Tak ada Le Cruiset, dapat ayan pun dah cukup bahagia


Mana nak letak bag nanti pun tak tahulah. Tapi, sebelum balik tu, Sk susun semua elok-elok, syukur semua muat masuk kereta dan tak ada siapa yang kena riba barang, haha


Oh, ada durian Balik Pulau di Kuala Ketil. Belikan beberapa biji untuk mak dan kak
Ada RM10, RM15 dan RM20 sekilo. Sk pilih yang RM15, Alhamdulillah, tebal dan sedap isinya tu


Sekarang dah tahu nak beli durian, jangan beli yang murah atau lelong, belum tahu boleh makan. Lebih baik beli yang mahal sikit. Yang mahal banyak tu, kena ukur baju di badan sendiri lah. 

Puas cari bekas freezer saver ni kat mana-mana kedai RM2, kebanyakan habis stok. Rupanya depan rumah mak bukan main banyak stok dia, haha


Asal nampak kedai RM2 nak singgah. Kemaruk betul. 

Mak dan anak busuk bongsu. Mak mertua Sk dah lama strok sebelah badan dan tak boleh bangun atau berjalan, tapi Alhamdulillah, mak sihat


Kakak ipar yang tinggal bersama mak. Terima kasih kak, susah-susah masak untuk kami walaupun sibuk

Semoga dapat balik kampung lagi, insyaAllah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/07/balik-kampung-ooo-balik-kampung-hati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Balik Kampung Tanpa Gambar

Balik Kampung Tanpa Gambar

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 441 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Balik Kampung Tanpa Gambar Alhamdulillah syukur tidak terhingga kerana masih diberi peluang untuk meneruskan hidup pada hari ini Semoga dikurniakan kesihatan yang baik buat kita sekeluarga sajanakjadice...
Periksa Kereta Anda Sebelum Balik Kampung

Periksa Kereta Anda Sebelum Balik Kampung

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 303 hits
Menjelang hari raya ramai di kalangan anda bakal pulang ke kampung halaman lebih lebih lagi kepulangan kali ini amat dinanti oleh semua insan Kepada yang memandu pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik untuk perjalanan jauh s...
Tiada Sekatan Perjalanan Boleh Balik Kampung Bagi Menyambut Hari Raya Aidiladha Ismail Sabri

Tiada Sekatan Perjalanan Boleh Balik Kampung Bagi Menyambut Hari Raya Aidiladha Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 445 hits
Orang ramai boleh pulang ke kampung masing masing bagi menyambut Hari Raya Aidiladha susulan tiada sekatan perjalanan termasuk rentas negeri kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau bagaimanapun mengingatkan orang ramai supa...
Tiada Hati Perut Pemilik Terkejut Kucing Balik Rumah Dengan Ekor Sudah Dikerat

Tiada Hati Perut Pemilik Terkejut Kucing Balik Rumah Dengan Ekor Sudah Dikerat

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 550 hits
Kucing merupakan antara haiwan yang sangat disukai oleh manusia untuk dipelihara dirumah Bukan hanya comel dan jinak kucing turut sangat manja dan tidak membahayakan Oleh sebab itu kucing kerap menjadi pilihan untuk menemani manusia di ruma...
Boleh Balik Kampung Tiada Sekatan Rentas Negeri Dan Daerah

Boleh Balik Kampung Tiada Sekatan Rentas Negeri Dan Daerah

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 356 hits
SHAH ALAM 27 JULAI Orang ramai kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan tiada sekatan rentas perjalanan antara negeri dan daerah dikenakan Tidak ada sekatan perjalanan orang ramai masih boleh balik kampung tetapi jangan lu...
Tengok Kau Berlama Lama Rasa Sejuk Sangat Hati Apakah Petandanya Ini

Tengok Kau Berlama Lama Rasa Sejuk Sangat Hati Apakah Petandanya Ini

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 240 hits
Mesti kau pernah alami benda yang sama macam ini kan Tengah kau berjalan sorang sorang kau mundar mandir usha itu ini duduk makan Fun Fries McD tiba tiba kau terpaku dengan seseorang Hati kau tiba tiba jadi sejuk bila kau lihat wajah dia Pa...
Lirik Lagu 12 Tahun Terindah Single Terbaru Bcl Sangat Menyentuh Hati

Lirik Lagu 12 Tahun Terindah Single Terbaru Bcl Sangat Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 439 hits
hi semua lirik lagu 12 tahun Terindah single terbaru Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali dengan nama BCL sungguh lagu ini sangat mempesona di sanubari Mrs Pip Melodi lagunya menarik namun siapa sangka di sebalik bait bait kata lagu ini ...
Busuknya Hati Mural Wajah Wira Wira Negara Termasuk Lukisan Wajah Ydp Agong Diconteng Ditulis Kata Kata Kesat

Busuknya Hati Mural Wajah Wira Wira Negara Termasuk Lukisan Wajah Ydp Agong Diconteng Ditulis Kata Kata Kesat

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 1035 hits
144 total views 144 views today Tular lukisan potret mural wajah wira negara yang bekerja keras untuk mengendali krisis Covid 19 di negara telah diconteng oleh individu yang tidak bertanggungjawab Antaranya potret Yang di Pertuan Agong Perd...
Usia Dah Lima Tahun Baru 10 Kg Berat Kerap Demam Batuk Bila Periksa Rupanya Ini Penyebabnya Mak Ayah Kena Hati Hati

Usia Dah Lima Tahun Baru 10 Kg Berat Kerap Demam Batuk Bila Periksa Rupanya Ini Penyebabnya Mak Ayah Kena Hati Hati

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 719 hits
Anak anak memang suka minum manis kalau diminta untuk minum air kosong memang jenuh nak suruh Tapi tak dinafikan ramai ibu bapa hari ini sudah peka dengan keadaan tersebut menjadikan anak anak suka minum air kosong Mungkin masih ada yang ti...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri