Balik Kampung Di Hari Cuti Deepavali


 Assalamualaikum WBT 


CUTI sempena perayaan Deepavali baru-baru ni, pada mulanya, Sk dan PI merancang untuk jjcm ke Muar sahaja. Tak nak pergi jauh-jauh sebab tak mahu terperangkap dalam kesesakan lebuhraya di musim cuti. Hotel pun dah tempah awal-awal sebab hotel yang kami nak menginap ni selalu full house. Tapi, tak jadi ke Muar bila dapat berita pemergian abang PI. Tak sempat nak melawat masa arwah meninggal. Kena jenguk jugak kakak ipar (biras) yang ditinggalkan. Sk cekalkan hati la walaupun sesak ke apa ke highway, kena jugak redah.



Hari sabtu tu, PI masih kerja lagi sampai malam, buat liputan perlawanan hoki Piala Sultan Johor. Dalam pukul 11.30 lebih, PI balik. Dekat-dekat pukul 12.30 tengah malam baru gerak dari rumah. Sk ni konon nak tidur dulu sementara tunggu PI balik, tapi tak boleh. Sebelum bertolak tu, kami makan mihun goreng tapau dari rumah Cik Ani yang makan-makan petang tu. Kemudian berhenti minum pulak di RNR Pagoh. Iman jer makan nasi lemak. Dia memang sejenis lapar tengah malam. Sedap nasi lemak tu beli dekat Gerai Chombi (hujung sekali sebelah kanan)


Sk dan PI minum kopi segera dan kongsi-kongsi makan Creme Brulee Cake. Konon nak bawa roti jala dan dalca kambing tu, makan kat RNR, kan.. tapi fikir nanti sejuk pulak dalca, jadi membeku, jadi, tak bawa la. 

PI memandu dari rumah. Kemudian tukar giliran dengan Sk di Pagoh. Sampai Senawang, mata Sk dah tak boleh tahan. Iman pulak sambung memandu. Elok pulak sampai Tanjung Malim, dah dekat pukul 5.30 pagi. Punyalah ramai orang kat surau. Dahlah sinki kat toilet ada empat biji aje. Mujur tandasnya banyak dan bersih. Lepas subuh, kami meneruskan perjalanan ke utara, Sk pulak memandu sampai Tapah. Ajaibnya, dari Johor sampai Tapah tu, tak jammed langsung ya. Agaknya semua orang dah gerak hari Jumaat kot, hihi


Baru jam 7.30 pagi. Masih awal lagi sebenarnya nak sarapan kalau ikut perut PI. Jadi, kali ni beli nasi lemak sorang sebungkus aje


Sebungkus, RM2.50


Ramai jugak makan nasi lemak tapi kebanyakannya makan nasi lemak ceduk dalam pinggan letak ayam goreng


Tapi.. tapi.. tapi.. nasi lemak dia kali ni dah macam nasi impit. Nasi pun agak tawar dan tak berasa lemak. Nasib la beli sorang satu jer


Iman tapau kopi o ais. Dari Tapah, memang tak singgah mana dah, terus menuju ke Kuala Ketil. Sampai sana pun tak ingat pukul berapa, mata pun dah kelat rasa berpasir sebab tak tidur sepanjang malam. Memang tak ada jammed la sampai Kuala Ketil pun. Masa Iman memandu tu cuba jugaklah untuk tidur tapi otak asyik berfikir, haha. Lepas zuhur, kami bergerak ke Pulau Pinang, Melawat Pusara Arwah Abang Pet. 


Balik dari pusara, bawa Kak dan sepupu PI, Kak Jah (yang ikut sekali) makan di Padang Brown. Mulanya nak bawa makan nasi lauk Melayu di Restoran Syazana atas cadangan Kak Roz (kakak ipar), tapi dah habis lauknya. Tu terus ke sini aje la yang senang, PI kata nak belanja Kak makan mi sotong. Kak tak berapa makan nasi kandar, tu la kami pun tak dapatlah makan nasi kandar jugak, hihi


Selain mi sotong, ada jugak mi kerang mi udang, mi ketam dan mi special. Kerang, udang, ketam dan sotong tu bukan digoreng bersama mi tetapi dimasak sambal yang diletakkan di atas mi goreng (mamak)


Kalau datang sini, tekak rasa nak minum yang manis-manis jer. 

Laksa wajib pesan la jika ke sini.  Tak silap yang datang sebelum ni gerai laksa ni macam tak buka


Mi Sotong. 

Markisa Kelapa dan Sarbat Kelapa


Pasemburrrr selambakkkk! Padahal Sk tengok Iman pilih sikit aje, boleh jadi banyak macam ni. RM35 ke berapa ni, lupa harga sebenar



Kak dengan Kak Jah tak pernah mai sini depa kata. Lepas makan terus balik Kuala Ketil. Pasembuq tak habih, bungkuihhh


Sampai tu dah nak maghrib. PI ajak beli nasi lemak bungkus untuk makan malam. Jadi, malam tu tak keluar makan dah. Tidur Kuala Ketil kali ni, tak tidur Sungai Petani macam selalu. Kak pun dah siapkan bilik, terima kasih, Kak


Esok pagi, lepas sarapan kuey teow goreng, bertolak balik. Lupa nak ambil gambar kuey teow goreng Kak, hehehe. 

Singgah tapau donut 6 ketul dan kopi di Krispy Kreme sebelum Plaza Tol Juru


Takde orang, kami jer pelanggan. Agaknya masih awal lagi orang nak beli donut, hehe


Mengopi sikit dan makan donut tiga ketul dulu sebelum Sk pulak memandu


Singgah makan tengahari di Meru. Baru pukul 12 dah lapar, hahaha. Tak ingat la nama restoran ni, Pak Mat kot namanya. Lauk dia banyakkkkk sangat tapi tetaplah masak lemak ikan Kembung daun kunyit yang menjadi pilihan Sk


Iman pilih ayam bakar dan air asam


PI ambil lauk ni dulu lepas tu dia ambil nasi kemudian


Lahhh.. ambil nasi ambil lauk lain lagi. Lepas tu dia paksa Sk makan ikan bakar tu pulak


Semua sekali termasuk 4 gelas air, RM40.20. murah gilerrr! Lepas makan, kami terus gerak ke selatan. Bukan Johor tapi, hehehehe


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/10/balik-kampung-di-hari-cuti-deepavali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Woiii Yb Tak Balik Tengok Kampung Ka Apa Makan Gaji Buta Kot

Woiii Yb Tak Balik Tengok Kampung Ka Apa Makan Gaji Buta Kot

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 156 hits
Berlaku di Rakyat merintih sebab terputus bekalan air selama Maaflah ya Ahli Parlimen kamu sedang sibuk Dia ada urusan lebih besar iaitu Soal rakyat tak ada bekalan air ni Kan tugas ahli parlimen PAS cuma untuk je Bukan untuk bantu rakyat R...
Diskaun Tol 2 Hari Sempena Deepavali Bayaran Str Fasa 4 Seawal 18 Oktober

Diskaun Tol 2 Hari Sempena Deepavali Bayaran Str Fasa 4 Seawal 18 Oktober

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 184 hits
Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2026 hari ini bukan sahaja mengumumkan beberapa inisiatif penting tetapi turut memaklumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 2025 bernilai RM2 bilion akan d...
Hiburan Suami Direman 7 Hari Bantu Siasatan Kes Ibu Dan Anak Ditemui Maut Di Kampung Sekolah Juru

Hiburan Suami Direman 7 Hari Bantu Siasatan Kes Ibu Dan Anak Ditemui Maut Di Kampung Sekolah Juru

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 164 hits
Polis menahan reman suami kepada wanita yang ditemukan maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru Pulau Pinang malam tadi bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismai...
Polis Menjangkakan Kira Kira 2 1 Juta Kenderaan Akan Berada Di Jalan Raya Seluruh Negara Sempena Cuti Deepavali

Polis Menjangkakan Kira Kira 2 1 Juta Kenderaan Akan Berada Di Jalan Raya Seluruh Negara Sempena Cuti Deepavali

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 196 hits
BENTONG Polis Diraja Malaysia menjangkakan kira kira 2 1 juta kenderaan akan berada di jalan raya seluruh negara bermula 18 Oktober ini sempena cuti perayaan Deepavali Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Ser...
Laluan Teluk Bahang Balik Pulau Ditutup Dua Hari Akibat Tanah Runtuh

Laluan Teluk Bahang Balik Pulau Ditutup Dua Hari Akibat Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 195 hits
Laluan Teluk Bahang Balik Pulau Ditutup Dua Hari Akibat Tanah Runtuh GEORGETOWN Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang memaklumkan Jalan Persekutuan FT006 jalan mengelilingi Pulau dari Teluk Bahang Ke Balik Pulau ditutup sepenuhnya akibat tanah ru...
Cuti Panjang Barisan Beratur Masuk Hatyai Pun Panjang

Cuti Panjang Barisan Beratur Masuk Hatyai Pun Panjang

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 138 hits
KOSMO Tangkap layar beberapa video tular memaparkan keadaan di sempadan negara pada musim cuti perayaan deepavali tahun ini PETALING JAYA Setiap kali tiba musim cuti sempadan Malaysia Thailand pasti menjadi tumpuan apabila orang ramai sangg...
Tema Baju Deepavali Team Zumba Untuk Lunch

Tema Baju Deepavali Team Zumba Untuk Lunch

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 193 hits
Pada 24 10 2025 lepas memang meriah betul bila team kami buat lunch dengan tema Masing masing datang dengan pakaian penuh warna ada yang pakai dan ada yang berbaju kurti Memang meriah habis rasa macam tengah sambut betul betulWaktu lunch tu...
Kuih Raya Deepavali 2025

Kuih Raya Deepavali 2025

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 189 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi Hari ini adik dapat satu bekas kuih raya sempena hari Deepavali Rakan sekerja iaitu Devan yang memberikan kepadanya First time adik terima kuih raya ini Baru adik bercadang nak meminta maruku dengan tujuan u...
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Cadangan Teresa Tak Hormati Sultan Kedah Jangan Sentuh Isu Babit Institusi Raja Mahdzir Khalid

Best Life Insurance Plan Malaysia Compare Choose The Right Policy

Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar

Jika Cinta Itu Buta Drama Penuh Plot Twist Sampai Geram Rasa Nak Sekeh Je

Tomyam Putih Vs Ikan Siakap Sambal

Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kajian Korea Dakwa Risiko Kanser Naik Selepas Vaksin Covid 19

Mahkamah Agung Pakistan Mengadakan Mesyuarat Setelah Peletakan Jawatan Hakim Hakim

Hari Perlawanan 8 Pertarungan Epik Menanti Di Arena

Tajuk Caj Jalan Baru Di Genting Reaksi Terkejut Dari Pengguna

Saya Adalah Anak Cucu Pejuang Sanusi Tak Gentar Pertahankan Hak Amp Kebenaran

Enam Meninggai 25 Cedera Hotel Lima Bintang Terbakar