Bakat Aina Abdul Diintai Penyanyi Popular






Bakat besar yang dimiliki penyanyi, komposer dan penulis lirik, Aina Abdul kini mula diintai penyanyi popular.

Sekian lama menyimpan impian, akhirnya Aina bakal bekerjasama dengan penyanyi Elly Mazlein dan Ernie Zakri apabila dua penyanyi popular meluahkan hasrat untuk menyanyikan karyanya.

Bagaimanapun, terbit kerisauan di hati penyanyi berusia 27 itu sekiranya kualiti tidak menepati cita rasa mereka.

"Impian saya sejak dahulu memang nak buat untuk lagu untuk penyanyi lain. Alhamdulillah, ia menjadi kenyataan, tetapi saya risau jika tidak berjaya memenuhi kehendak mereka.

"Saya menghasilkan single untuk nyanyian sendiri, selama ini. Jika banyak kali kena betulkan pun tidak mengapa.

"Jika saya menghasilkan karya untuk penyanyi lain, saya akan pastikan ia menepati cita rasa dan kehendak mereka sebelum serahkan lagu. Saya akan siapkan karya dengan baik.

"Syukur, Elly dan Ernie tiada masalah dan memberi kerjasama yang baik. Ada orang menasihatkan berhati-hati bekerja dengan penyanyi lama sebab mereka sukar berkomunikasi. Bagaimanapun, Elly mahupun Ernie sangat menyenangkan. Sekarang, saya baru sahaja selesai merakamkan dan menyusun demo untuk mereka," katanya kepada BH Online.

Berkongsi mengenai kerjasama itu, Aina berkata, Elly dan Ernie yang meluahkan hasrat untuk bekerjasama.

"Ernie mesej, tentunya saya gembira. Pada hari menerima mesejnya, dari pagi hingga malam, saya dengar lagu dendangannya untuk mendapatkan 'roh' lagu. Saya dapat menyiapkan rangka dan menyerahkan pada Ernie pada hari yang sama.

"Kemudiannya, Ernie terus menyumbangkan suaranya dalam mesej 'voice note' selepas sebulan kami saling berhubung. Sekarang, single ini dalam pembikinan.

"Elly pula banyak memberikan sokongan kepada saya selama ini. Dia minta lagu Sumpah versi 2.0. Sama macam Ernie, saya dengar lagu dendangkan Elly sebelum menghasilkan karya buatnya. Single ini seperti lagu Sumpah tetapi versi lebih matang.

"Saya menghasilkan lagu buat Elly, manakala lirik pula, Wan Zakaria. Ernie pula berbeza apabila memilih untuk menghasilkan lirik sendiri. Jadi, saya dan Ernie berkolaborasi menghasilkan lagunya," katanya yang ingin bekerjasama dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Misha Omar.

Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Semalam itu akan melancarkan dua single serentak dalam masa terdekat.

"Dua single ini agak berbeza dari karya yang pernah diketengahkan. Sebelum ini, saya banyak mendendangkan lagu bergenre balada, tapi kali ini saya melakukan eksperimen dengan genre lebih 'catchy' kerana saya mahu menarik pendengar muda.

"Jadi, dua single ini lebih ringan dan mesejnya bersesuaian dengan remaja. Satu lagu bergenre pop balada dan satu lagi berentak pop R&B," katanya.

Mengulas kenapa memilih untuk mengeluarkan dua single serentak, Aina berkata, dua single berkenaan berkaitan antara satu sama lain.

"Ada kesinambungan cerita dalam dua single ini, jadi apabila peminat mendengar lagu pertama, mereka kena dengar lagu kedua untuk mengetahui kisahnya.

"Saya tahu bukan senang orang nak kenal Aina Abdul. Disebabkan itu, lagu yang dikeluarkan perlu berbeza dan jujur dari hati saya," kata bakat kelahiran program Mentor Legend pada 2014 itu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/08/bakat-aina-abdul-diintai-penyanyi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lagu Semalam Aina Abdul

Lirik Lagu Semalam Aina Abdul

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 632 hits
Lirik lagu Semalam Aina Abdul Assalamualaikum dan Hai Aina Abdul satu nama yang telah ramai kenali apabila kita sebut lagu SUMPAH Kini Aina Abdul muncul lagi dengan lagu baru yang berjudul SEMALAM Seperti yang dijangkakan lagu ni sangat la ...
Aksi Pianis Dan Penyanyi Prancis Unjuk Kebolehan Konser Di Atas Danau

Aksi Pianis Dan Penyanyi Prancis Unjuk Kebolehan Konser Di Atas Danau

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 117 hits
Aksi Pianis dan Penyanyi Prancis Unjuk Kebolehan Konser di Atas Danau Seorang Pianis Cecile Wouters dan penyanyi Evelyne Zou tampil menunjukkan kebolehannya bermain piano dan penyanyi di atas danau dalam pertunjukan mereka bertema Melting F...
Biodata Dolla Popular Dengan Lagu Dolla Make You Wanna

Biodata Dolla Popular Dengan Lagu Dolla Make You Wanna

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 1686 hits
Biodata Dolla Popular Dengan Lagu Dolla Make You Wanna KORANG kenal tak dengan sebuah kumpulan muzik wanita Malaysia ini yang dikenali sebagai DOLLA Kumpulan DOLLA yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Angel Sabronzo Syasha dan Tabby...
James Wan Spyglass Angkat Siri Popular 80an Knight Rider Ke Layar Perak

James Wan Spyglass Angkat Siri Popular 80an Knight Rider Ke Layar Perak

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 264 hits
Sudah lebih 30 tahun sejak siri lakonan David Hasselhoff Knight Rider mengakhiri episodnya dan kini Deadline melaporkan bahawa James Wan bekerjasama dengan Spyglass Media untuk menghasilkan filem reboot siri aksi popular 80an itu James Wan ...
Senarai 5 Restoran Trendy Yang Popular Di Kuala Lumpur Malaysia

Senarai 5 Restoran Trendy Yang Popular Di Kuala Lumpur Malaysia

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 449 hits
Jika di negara asing kita terbiasa dengan restoran trendy yang cantik dengan lampu dan perhiasan indah Menarik untuk dipandang dan selesa untuk bersantai Tetapi trendy di Malaysia tidak hanya pada persembahan premis dan makanan tetapi juga ...
Menteri Hal Ehwal Agama Beri Peluang Penyanyi Nasyid Jadi Bilal Rawatib

Menteri Hal Ehwal Agama Beri Peluang Penyanyi Nasyid Jadi Bilal Rawatib

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 306 hits
Sebelum ini Menteri Hal Ehwal Agama Senator Datul Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri ada mencadangkan usul untuk memberi peluang kepada penyanyi nasyid yang terkesan akibat pandemik menjadi Bilal Rawatib di masjid dan surau sekitar Wilayah Persek...
Penyanyi Iyet Bustami Ditawari Maju Jadi Cawabup Bengkalis

Penyanyi Iyet Bustami Ditawari Maju Jadi Cawabup Bengkalis

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 188 hits
Penyanyi dangdut khas melayu Sri Barat alias Iyet Bustami direkomendasikan untuk maju sebagai bakal calon Wakil Bupati Bengkalis Provinsi Riau
Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim Cabar Dr Mahathir

Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim Cabar Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 387 hits
Kata saya penyamun tapi kenapa tidak dituduh Azeez cabar Dr M Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim hari ini membidas Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa beliau mencuri dana Tabung Haji tetapi tidak pernah didakwa ketika pemerintahan keraj...
Mujahid Cabar Abdul Azeez Debat Isu Tabung Haji

Mujahid Cabar Abdul Azeez Debat Isu Tabung Haji

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 281 hits
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mencabar bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim untuk berdebat berkenaan isu isu agensi itu dan segala dakwaan yang dilemparkan sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan Menerusi temubual...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


The Friendly S Music Pub By Kvadrat Architects In Astana Kazakhstan

Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal