Bakal Pengantin Mati Dibunuh Kejam Kerana Pro Ikhwan Muslimin Turki Qatar



Siapa Jamal Khashoggi? Siapa bakal isteri beliau? Kenapa begitu dahsyat sekali pembunuhan yang dilakukan Arab Saudi ke atas beliau? Apa hubungan beliau dengan pesaing Arab Saudi iaitu gerakan Islamis Ikhwan Muslimin, Turki dan Qatar?

Nama Jamal Khashoggi tiba-tiba menggegarkan arena politik antarabangsa. Pada mulanya, lelaki Arab Saudi ini yang sepatutnya melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi telah disytiharkan hilang selepas beliau pergi ke Konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki untuk urusan persediaan perkahwinannya. Akhirnya kebenaran tidak dapat disembunyikan lagi: pihak Turki memiliki bukti bahawa beliau telah mati dibunuh dengan dikerat hidup-hidup, dipenggal dan anggota badannya direndam dalam asid untuk menghapuskan bukti pembunuhan dahsyat di Konsulat Arab Saudi di Istanbul ini.
Jamal Khashoggi bukanlah sebarangan lelaki. Beliau sebenarnya pernah berkhidmat dengan agensi perisikan Arab Saudi selama lebih 20 tahun sebelum hari ini terkenal sebagai seorang penulis dan wartawan yang berpengaruh dan banyak mengkritik rejim monarki Arab Saudi yang diketuai oleh Raja Salman dan Putera Mohammed Bin Salman.
Beliau pernah berkhidmat di bawah Putera Turki al-Faisal, Putera Bandar al-Sultan dan arkitek badan perisikan Arab Saudi sendiri iaitu Brigadier-General Yousuf al Idrissi. Beliau pernah menulis laporan pada 1994 bahawa usaha Arab Saudi untuk menghapuskan pengaruh gerakan Islamis yang paling berkuasa di Mesir iaitu Ikhwan Muslimin adalah sia-sia.
Hubungan Jamal Khashoggi dengan gerakan Islamis Ikhwan Muslimin menjadi fokus utama yang mengakibatkan pembunuhan kejam ke atas beliau ini. Beliau pada asalnya menyertai jemaah Ikhwan Muslimin pada waktu muda sebelum berkhidmat dengan kerajaan Arab Saudi.
Susulan pendirian beliau yang menentang tindakan Putera Mohammed Bin Salman seperti memerangi Yaman, memulau Qatar, dan rapat dengan Donald Trump, beliau telah bertindak nekad melarikan diri dari Arab Saudi pada September 2017. Jamal Khashoggi juga lantang mengkritik Israel dan sering menyeru para pemimpin Dunia Islam dan Arab khususnya agar berjuang menentang Israel. Pada 2 Oktober 2018, beliau telah ke Konsulat Arab Saudi untuk urusan perkahwinannya – itulah hari terakhir beliau dilihat di khalayak ramai.
Adakah beliau dibunuh hanya semata-mata kerana ‘mengkritik Raja Salman dan Putera Mohammed Bin Salman’ atau dasar luar agresif Arab Saudi? Tidak, motif yang lebih kukuh adalah pada bakal isterinya dan juga perancangan Jamal Khashoggi sendiri.
Siapakah bakal isteri Jamal Khashoggi? Beliau ialah seorang wanita Turki bernama Hatice Cengiz. Siapakah Hatice Cengiz ini? Beliau ialah seorang diplomat dan merupakan anak perempuan kepada bekas penasihat Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Apakah perancangan Khashoggi? Beliau merancang untuk menubuhkan sebuah Pusat di Turki dengan bantuan dana Turki dan Qatar – dua negara yang pro-Ikhwan Muslimin dan pesaing kuat kepada dominasi Arab Saudi di Timur Tengah.
Hakikatnya, jika Putera Mohammed Bin Salman sekadar ingin membunuh Khashoggi, beliau boleh mengupah mana-mana pembunuh upahan untuk membunuh Khashoggi di jalanan Istanbul. Sebaliknya, beliau ingin menyoal-siasat Khashoggi terlebih dahulu dan mendapatkan pelbagai maklumat hubungan dan perancangan beliau. Tentu sahaja, perancangan Kashoggi untuk menubuhkan pusat di Turki dengan dana Turki dan Qatar – yang masih dipulaukan oleh Arab Saudi – cukup mengancam rejim Mohammad Bin Salman.
Hal ini demikian kerana Khashoggi memiliki rangkaian yang cukup besar dan meluas di dalam mahu pun di luar Arab Saudi. Maka tidak menghairankan apabila Putera Mohammad Bin Salman mengutuskan pembantu beliau sendiri, iaitu Maher Abdulaziz Mutreb ke Istanbul untuk ‘menguruskan’ Khashoggi.
Rahsia ini bocor apabila seramai 15 orang ejen dari Arab Saudi – termasuk ahli patologi – dikesan terlibat hasil siasatan pihak berkuasa Turki. Malah, foto pembantu Putera Mohammad Bin Salman, iaitu Maher Abdulaziz Mutreb memasuki Konsulat Arab Saudi beberapa jam sebelum ‘kehilangan’ Khashoggi juga telah didedahkan.
Konsulat Arab Saudi yang pada mulanya mendakwa bahawa Khashoggi telah pun keluar beredar dari konsulat di Istanbul selepas urusan beliau selesai akhirnya menukar kenyataan mereka. Terbaru, mereka mengakui bahawa Khashoggi telah ‘terbunuh’ dalam konsulat.
Apa pula reaksi ‘polis dunia’ iaitu Amerika Syarikat yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara para wartawan? Seperti diduga, Presiden Trump mengulangi kenyataan bahawa Arab Saudi ialah sahabat dan sekutu paling penting bagi Amerika Syarikat di Timur Tengah.
Pastinya, Arab Saudi dan Amerika Syarikat cukup gerun dengan perancangan Khashoggi yang boleh mengukuhkan pengaruh Ikhwan di Timur Tengah – apatah lagi dengan dukungan Turki dan Qatar di samping pengalaman beliau dalam perisikan Arab Saudi. Dari segi luaran, gerakan Ikhwan Muslimin hari ini semakin berpengaruh dalam politik negara sekutu Saudi iaitu Bahrain, Kuwait, dan Jordan serta turut memerintah di Maghribi, dan berpengaruh di Tunisia. Dari segi dalaman pula suara tentangan terhadap Raja Salman dan Putera Mohammad Bin Salman semakin jelas kedengaran. Begitulah bahayanya seorang lelaki bernama Jamal Khashoggi ini.
Semoga keadilan dapat ditegakkan dalam kes pembunuhan berprofil tinggi ini dan seluruh dunia Islam juga tidak wajar berdiam diri semata-mata kerana menjaga kepentingan dengan Arab Saudi dan Amerika Syarikat.


Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
The post Bakal Pengantin Mati Dibunuh Kejam Kerana Pro-ikhwan Muslimin, Turki & Qatar appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/bakal-pengantin-mati-dibunuh-kejam-kerana-pro-ikhwan-muslimin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
List To Do Utk Bakal Pengantin Sebelum Majlis

List To Do Utk Bakal Pengantin Sebelum Majlis

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 555 hits
assalamualaikumdah lama tak menulis entry maklumlah sibuk dgn si kecil n tugasan di pejabat dikesempatan ini saya nak berkongsi senarai penting yg perlu dibuat sebagai panduan persiapan majlis kahwin bagi bakal pengantin di luar sana sebena...
Turki Klaim Rekaman Suara Dan Video Buktikan Khashoggi Dibunuh

Turki Klaim Rekaman Suara Dan Video Buktikan Khashoggi Dibunuh

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 187 hits
Sumber lain juga mengatakan kepada Middle East Eye Khashoggi diseret dari kantor konsul di dalam gedung konsulat sebelum dibunuh dengan brutal oleh dua pria
Kejam Polis China Pukul Anjing Milik Gelandangan Sehingga Mati Di Depan Orang Awam

Kejam Polis China Pukul Anjing Milik Gelandangan Sehingga Mati Di Depan Orang Awam

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 260 hits
Bagi pencinta haiwan anjing sering dianggap sebagai kawan baik manusia dan kesetiaan anjing pada tuannya memang tiada berbelah bahagi Namun tindakan kejam sekumpulan penguatkuasa di China yang memukul anjing milik seorang gelandangan ini se...
Arab Saudi Dikabarkan Akan Mengakui Jamal Khashoggi Mati Dibunuh

Arab Saudi Dikabarkan Akan Mengakui Jamal Khashoggi Mati Dibunuh

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 255 hits
Mengutip dua orang sumber yang tidak disebutkan namanya kepada CNN Saudi nantinya akan mengakui bahwa Khashoggi terbunuh akibat dari proses interogasi yang kelewat batas
Hebat Surface Pro 3 Dengan Skrin 12 Incisur Dari Microsoft Bakal Ganti Komputer Riba Anda D

Hebat Surface Pro 3 Dengan Skrin 12 Incisur Dari Microsoft Bakal Ganti Komputer Riba Anda D

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 324 hits
Komputer riba pada suatu ketika mungkin merupakan gajet yang menjadi rebutan disebabkan saiznya yang kecil dan kompak berbanding PC Namun kini semua itu bakal berubah dan zaman komputer riba mungkin akan berakhir apabila pihak Microsoft tel...
Gara Gara Isteri Selalu Ejek Orang Tiga Beranak Mati Dibunuh

Gara Gara Isteri Selalu Ejek Orang Tiga Beranak Mati Dibunuh

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 357 hits
The ReporterBengang kerap diejek dengan gelaran gajah seorang lelaki nekad menculik dan membunuh satu keluarga dalam kejadian di Deli Serdang Sumatera Utara Suspek Agus Hariyadi didakwa dibantu tiga rakannya mengikat tangan kaki dan mulut m...
Htc Vive Dan Vive Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Secara Rasminya Minggu Hadapan

Htc Vive Dan Vive Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Secara Rasminya Minggu Hadapan

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 289 hits
HTC Vive merupakan subsidiari HTC yang memfokuskan kepada peranti realiti maya Terkini HTC Vive telah pun mengumumkan akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya dimana mereka bakal melancarkan HTC Vive dan Vive Pro untuk pasaran tempata...
Siapa Jamal Khashoggi Wartawan Saudi Yang Hilang Di Turki Dan Dipercayai Telah Dibunuh

Siapa Jamal Khashoggi Wartawan Saudi Yang Hilang Di Turki Dan Dipercayai Telah Dibunuh

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 346 hits
Khamis 11 Oktober 2018 Jamal Khashoggi JAMAL Khashoggi meniti karier sebagai seorang reporter ketika dia sudah berteman dengan Osama bin Laden sampai kemudian menjadi pembangkang terkemuka Arab Saudi yang terpaksa meninggalkan negaranya Seb...
Redmi Note 6 Pro Bakal Dijual Bermula 20 Oktober Akan Berharga Kurang Rm1k

Redmi Note 6 Pro Bakal Dijual Bermula 20 Oktober Akan Berharga Kurang Rm1k

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 212 hits
Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menjual Redmi Note 6 Pro di Malaysia bermula hari Sabtu ini 20 Oktober 2018 Redmi Note 6 Pro menggunakan skrin 6 26 inci dengan rekaan bertakuk dijana cip Snapdragon 636 memor...
Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Udon Noodle Soup