Bakal Guru Disyaki Mangsa Sindiket Tipu Kerja Meninggal Di Thailand


 
Goi Chee Kong, 50, dan isterinya berusia 45 tahun dari Ipoh, Perak mendapat tahu anak sulungnya Zhan Feng menjadi mangsa sindiket penipuan kerja. (Gambar Bernama)BANGKOK: Pasangan suami isteri warga Malaysia yang ke Bangkok untuk mencari anak lelakinya yang hilang tidak dapat menahan kesedihan sebaik mengetahui anaknya sudah pun meninggal dunia 11 Mei lalu di Hospital Mae Sot berhampiran sempadan Thailand-Myanmar.
Lebih menyedihkan apabila Goi Chee Kong, 50, dan isterinya yang berusia 45 tahun dari Ipoh, Perak mendapat tahu yang anak sulungnya Zhan Feng, 23, menjadi mangsa sindiket penipuan kerja.
Zhan Feng dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang dan diseludup ke Myawaddy, Myanmar serta dipaksa bekerja untuk sindiket itu.
Pasangan suami isteri itu berlepas ke Bangkok pada 30 Ogos dan dijadualkan ke Mae Sot pada hari berikutnya untuk bertemu anak mereka.
“Kami diberitahu anak kami sakit dan menerima rawatan di hospital. Jadi, saya dan isteri datang ke Bangkok untuk bawa dia pulang ke Malaysia bagi dapatkan rawatan.
“Bagaimanapun, kami diberitahu dia meninggal dunia, 2 pagi pada 11 Mei. Doktor percaya anak saya didera sebelum ditinggalkan di hospital pada 11 April,” katanya kepada Bernama di sini.
Chee Kong berkata, anaknya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu dengan menggunakan nama dan nombor pasport palsu.
Berikutan itu katanya, pihak hospital tidak dapat menghubungi kedutaan dan keluarga untuk membincangkan mengenai keadaan kesihatan dan rawatan anaknya.
“Disebabkan tidak mendapat rawatan lanjut, sebulan kemudian dia meninggal dunia. Jasadnya dikebumikan di tanah perkuburan di Si Racha di wilayah Chonburi,” katanya.
Beliau dan isterinya berharap dapat membawa pulang abu anak mereka secepat mungkin.
Bagaimanapun, beliau perlu menjelaskan tunggakan bil hospital kira-kira RM40,000 sebelum boleh mendapatkan sijil kematian untuk menjalankan ujian DNA dan pembakaran mayat.
Dengan bantuan ADUN Teruntum Sim Chon Siang yang berada di Bangkok, satu kempen mengumpul dana telah dilancarkan pada Jumaat.
Hanya kira-kira 22 jam, sejumlah RM50,000 dapat dikumpulkan yang akan digunakan bagi membayar bil dan yuran pembakaran mayat serta membawa abu pulang ke Ipoh, Perak.
Sim berkata, urusan pembayaran bil hospital akan dibuat pada Isnin bagi mendapatkan sijil kematian serta kebenaran untuk menggali kubur.
“Kami berharap dapat bawa pulang abu ke Malaysia pada Khamis. Kami harap semuanya akan berjalan lancar,” kata Sim.
Zhan Feng, pelajar tahun akhir Institut Pendidikan Guru (IPG) itu berlepas ke Bangkok untuk bercuti pada 19 Januari lalu dan bagi bertemu rakan yang dikenalinya di media sosial.
Dia sepatutnya pulang ke Malaysia untuk menyambut ulang tahun kelahiran ibunya pada 5 Feb. Berikutan itu pada 7 Feb bapanya membuat laporan orang hilang.
Pada 31 Mac, pelajar itu menghubungi keluarganya dan memberitahu dia berada di Mae Sot di Wilayah Tak serta memerlukan RM80,000 untuk rawatan perubatan.
“Kami percaya sesuatu berlaku pada dia. Kami yakin dia sedang diperhatikan dan diancam. Dia minta maaf kerana tak dapat balik ke rumah. Dia janji akan balik semula setahun kemudian…sejak itu kami tidak dengar apa-apa berita daripadanya,” kata Chee Kong.
Beliau percaya anaknya menjadi mangsa sindiket penipuan kerja dan telah membuat laporan polis pada 2 April lalu.
“Kami terima apa yang berlaku. Saya harap apa yang menimpa anak saya menjadi pengajaran kepada semua pencari kerja. Saya harap perkara yang sama tidak akan berulang,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/09/bakal-guru-disyaki-mangsa-sindiket-tipu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Menyamar S U Sulit Tengku Mahkota Pahang Di Tuduh Tipu Yayasan Bank Rakyat

Datuk Menyamar S U Sulit Tengku Mahkota Pahang Di Tuduh Tipu Yayasan Bank Rakyat

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan cuba menipu dengan menyamar sebagai Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang dua tahun lepas Tertuduh Datuk Redzuan Zainudd...
Kemaruk Anugerah Guru Cikgu Cikgu Jangan Sampai Kena Tipu Ya Anugerahscam

Kemaruk Anugerah Guru Cikgu Cikgu Jangan Sampai Kena Tipu Ya Anugerahscam

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 249 hits
CIRI CIRI AWARD PALSUSebab ramai cikgu2 yang tanya award apa meh saya reveal kat sini ciri2 award palsu Korang identify sendiri ya Yang penting kena bagi kesedaran supaya KPM JPN PPD atau badan lain termasuk media pun tak kena tipu iktiraf ...
Bakal Pengantin Dicekup Khalwat Disyaki Buat Rehearsal Di Malam Ambang Merdeka

Bakal Pengantin Dicekup Khalwat Disyaki Buat Rehearsal Di Malam Ambang Merdeka

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 257 hits
Bakal pengantin dicekup khalwat disyaki buat rehearsal di malam ambang merdekaPasangan kekasih yang sudah dua tahun bertunang dan bakal melangsungkan pernikahan pada Oktober ini dicekup berkhalwat di sebuah hotel di Sungai Petani semalam Da...
Disuruh Kerja Saat Cuaca Panas Gajah Thailand Mengamuk Sampai Bunuh Pawangnya

Disuruh Kerja Saat Cuaca Panas Gajah Thailand Mengamuk Sampai Bunuh Pawangnya

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 263 hits
Pekerja perkebunan karet menelepon petugas hewan untuk menenangkan gajah yang sedang mengamuk itu
Cipung Gemas Berseragam Sma Netizen Bentar Lagi Kuliah Wisuda Trus Kerja Di Rans

Cipung Gemas Berseragam Sma Netizen Bentar Lagi Kuliah Wisuda Trus Kerja Di Rans

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 358 hits
Rayyanza lagi lagi membuat gemas Kali ini ia tampil menggunakan seragam SMA Melihat itu banyak sekali netizen yang berkomentar Kocaknya ada yang menyebut bila anak kedua Raffi Ahmad dan Nagita Slavina itu tak lama lagi akan kuliah dan wisud...
Adun Durian Tunggal Bantu Rakyat Cari Kerja

Adun Durian Tunggal Bantu Rakyat Cari Kerja

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 187 hits
DURIAN TUNGGAL 16 NOV Ahli Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal Mohd Sofi Abdul Wahab melancarkan program membantu rakyat mencari kerja Dalam postingnya di FB beliau meminta mana mana individu untuk datang ke Pusat Khidmatnya di Taman Seri ...
Kominfo Bahas Kerja Sama Tik Dengan Dubes Tiongkok

Kominfo Bahas Kerja Sama Tik Dengan Dubes Tiongkok

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 152 hits
Usai pertemuan bilateral dengan Dubes Tiongkok pada Kamis Menkominfo Johnny G Plate mengatakan keduanya telah membahas rencana kerja sama di bidang Teknologi Informasi dan Komunikasi
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Jn 1 Covid 19 Subvariant Poses No Significant Health Threat Says Ministry

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Read Pilot Stripes Dan Kisah Kemalangan Air India

Hari Lautan Sedunia Siapa Sangka Tanah Mati Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

Lobster Masak Cili

Rezeki Melimpah Usia Panjang Dengan Silaturrahim

Resipi Sup Daging Ala Thai Paling Senang Tanpa Rempah Sup Bunjut

Pagar Makan Tanaman Hijau Daun